Gambar Lelaki Paling Cantik Didunia

Siapa sangka lelaki yang telah menukarkan jantinanya telah dinobatkan paling cantik didunia. Kalau dilihat dengan mata kasar, memang tak nampak sangat dia ni secara aslinya adalah lelaki.





Disebalik kecantikannya yang luar biasa,sebenarnya Nong Poy Treechada adalah seorang Lelaki yang telah melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun.

Nong poy yang lahir pada tahun 1984 ini memiliki ketinggian 171 cm,Ukuran badan: 33-24-36 dan Berat: 48 kg.Jiwa ke'wanita'annya sudah mulai dirasakan sejak Nong poy berada di bangku Sekolah Rendah lagi.

Nong Poy merasakan dirinya lebih sesuai menjadi seorang perempuan berbanding lelaki dan Nong Poy sudah lama bermimpi untuk menjadi seorang perempuan,Tetapi jika dia berada dihadapan orang tuanya,Nong Poy masih berkelakuan seperti Anak Lelaki.Nong Poy melakukan pembedahan ketika berumur 17 tahun.

Pada awalnya Nong Poy sangat takut melakukan pembedahan tersebut,tetapi setelah meminta nasihat dengan ramai doktor pakar,akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan menukar jantina tersebut.

Proses pembedahan itu sangat menyakitkan bagi Nong Poy. Dia mengalami kesakitan yang luar biasa, tapi demi 'cita-cita'nya menjadi seorang perempuan, dia tidak ambil peduli dengan rasa kesakitan pada saat itu. Setelah dia berubah menjadi 'perempuan’,rasa sakit itu dianggapnya sebagai berbaloi.

Dua tahun setelah melakukan pembedahan, Nong Poy berjaya memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ ketika berusia 19 tahun. Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004.

Dia semakin dihargai bukan semata-mata kerana prestasi di pentas dunia yang dia perolehi. Tidak seperti wanita lainnya,Nong Poy tidak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.Dia hanya melakukan pembedahan pada anggota tubuhnya dan menukar alat kelaminnya menjadi wanita.

Oleh karena itu,dia pun ditawar sebagai Model, Bintang Iklan dan juga Pengacara di Thailand. Selain Cantik,Nong Poy juga bijak dan berbakat. Kecerdasan dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thiland. 'Nong Poy Treechada' yang nama sebenarnya 'Treechada Petcharat',dikatakan kononnya sudah bertunang dengan seorang Aktor Lelaki Thailand.

Gambar Nong Poy ketika zaman remajanya. Jauh bebeno rupanya.hohoho


Ini pula video dari Nong Poy. Memang tak boleh cam dia ni sebenarnya lelaki tulen!



-mediaprimatv-

Tonton Episod Tentang Dhia

Diatas permintaan ramai dan sambutan yang menggalakan terhadap drama Tentang Dhia, aku akan mengupload setiap episod untuk ditonton disini.

Apa yang aku perasan di laman FB Page Tentang Dhia, ramai yang komen macam mana nak tengok episod yang telah diuploadkan oleh admin tersebut di page? Rasanya admin tu dah pernah bagi kot tutorial macam mana nak tengok. Mungkin kawan2 yang baru like kot terlepas pandang.

Sila bookmark page ini kerana aku akan update setiap episod disini. Selamat menonton :)






























































Drama ini hanya tinggal 8 episod lagi untuk tamat. Adakah Dhia akan hidup bahagia bersama Zikir? sama2 nantikan hingga ke penghujung episod

Kehadiran 'LEMBAGA ' Di Set Filem Pierre Andre

Aku tak pasti sama ada gambar ini memang betul2 real ataupun sekadar kamera effect saja. Mungkin sekali tengok tak berapa nampak sangat tapi bila diamati betul2 memang ada nampak rambut dan shape kain putih sebelah kanan tu.

Gambar ini secara tidak sengaja diambil semasa pengambaran filem Pierre Andre di rumah tinggal di Ampang.

Menurut krew2 kat sana, mereka mengatakan kawasan yang mereka jalankan penggambaran ni memang agak 'keras' sikit. Cuba korang lihat betul2 gambar ni



Adakah ianya berlaku secara kebetulan ataupun saja dimanipulasikan untuk mendapat publisiti?

Apa yang menjadi tanda tanya selepas kejadian tu, Pierre Andre & adiknya Mikael Andre yang turut berlakon dalam filem tu terpaksa 'berubat' atas sebab-sebab tertentu.

Sejauh mana kebenarannya? mungkin Pirre boleh jawab sendiri :)

- MIG Online -

Rating Drama Tentang Dhia 2.8 Juta Episod 16

Drama bersiri yang tengah hangat ditayangkan di TV3 dalam slot Akasia bakal mencetuskan 1 lagi fenomena baru selepas Nur Kasih berjaya mencatatkan rating tontonan 4.3 Juta dalam episod akhir 3 tahun lalu.

Dalam episod 16, rating penonton yang menyaksikan episod ini mencatatkan seramai 2.8 juta jumlah penonton. Info ini telah dipetik didalam twitter rasmi Adi Putra


Dalam episod ini, penonton dikejutkan dengan scene dimana Dhia yang disahkan doktor telah meninggal dunia sebenarnya masih hidup dan telah hidup kembali selepas itu . Dhia telah disihir oleh seorang bomoh yang diupah oleh ibu Zikir yang tidak suka kepada Dhia.



Rating drama ini dijangka akan terus meningkat sehingga episod akhir. Banyak komen di Facebook Tentang Dhia berpendapat drama ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan bakal mengalahkan rating Nur Kasih.


Jangan ketinggalan untuk menonton drama ini yang hanya tinggal 10 episod lagi untuk tamat.

Oh ya, sebarang update drama ini bolehlah LIKE Facebook Tentang Dhia

P/s : Minat dengan lakonan Melly. Memang tiptop~

7 Sebab Kenapa Selalu Berasa Letih

Korang selalu berasa letih dan tidak bermaya?Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum korang cuba menyalahkan cara hidup yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab lain ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan korang itu

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid


Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine


Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung


Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

Sumber asal : Alamhamil

P/s : Patutla aku sekarang berasa sangat letih. Cukup tidur pun sama juga. Rasanya nak kena pergi mengurut kot :P

Manusia dipantau di dunia, balasan setimpal menanti di akhirat

Ramai terdorong melakukan perkara mendatangkan dosa ketika muda disebabkan mengikut nafsu. Masa muda sepatutnya digunakan untuk melakukan kebaikan sebanyak mungkin memandangkan tenaga masih kuat serta memiliki kelebihan lain.

Rasa takwa akan mengingatkan kita kepada dua malaikat yang mencatatkan apa dilakukan manusia. Menyedari perkara itu tentu kita berfikir banyak kali untuk melakukan perbuatan ditegah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Ketika dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.” (Surah Qaf ayat 17)

Jelas pentingnya rasa kesedaran terhadap pengawasan Allah dan dua malaikat dalam setiap detik kehidupan. Kesedaran itu menghalang kita melakukan kesalahan secara sengaja biarpun berada di tempat sembunyi.

Jika melakukan kebaikan, tidak pula mengharapkan diketahui atau mendapat pujian daripada orang lain kerana pujian akan menyebabkan timbul perasaan riak dan sombong. Apa dilakukan semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyatakan, menyedari kewujudan dua buku catatan itu dapat mengingatkan manusia supaya mempunyai kecenderungan untuk tidak melupakan segala dosanya. Tentu akal waras tidak akan melakukan dosa dan mencampakkan diri ke dalam neraka di akhirat kelak.

Buku catatan itu akan dibawa ke hadapan Allah SWT ketika pengadilan di Padang Mahsyar yang mana tidak ada satu pun salah catatan, melainkan semuanya benar belaka. Manusia dijatuhkan hukuman dengan adil seperti mana dilakukan di dunia ini.

Firman Allah SWT bermaksud: “Pada hari ini, setiap diri dibalas dengan apa yang diusahakannya, tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisab-Nya.” (Surah al-Mukmin ayat 17)

Untuk menjadi Muslim sejati perlu dilakukan bersungguh-sungguh dengan menjana keimanan, memantapkan ketakwaan, beristiqamah melaksanakan perintah Ilahi serta menjauhi larangan-Nya. Perkara ini antara rahsia kemuliaan seseorang Muslim dan ketinggian darjatnya pada sisi Allah SWT.

Sesungguhnya, belum layak seseorang mengaku dirinya beriman jika banyak melakukan dosa berbanding pahala.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita, tetapi iman itu keyakinan yang tertanam dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.” (Hadis riwayat Ad-Dailami)

Tanpa syarat itu, sudah pasti seseorang manusia tergamak atau tanpa segan silu melanggar batasan digariskan Allah. Tidak hairanlah ada mengaku beriman, malah mendabik dada mengatakan dialah paling beriman atau mulia pekertinya, tetapi pada masa sama melakukan larangan Allah.

Jangan mencari kesalahan orang lain sebelum melihat diri sendiri. Cara itu lebih baik kerana kita bertanggungjawab terhadap diri sendiri, bukannya mencari kesalahan orang lain.

Saidina Umar al-Khattab pernah menyatakan satu ungkapan masyhur yang bermaksud: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab pada hari akhirat kelak, timbanglah segala amalan kamu sebelum kamu ditimbang dalam sidang pengadilan Ilahi nanti.”

Ungkapan itu menginsafkan kita betapa amalan bermuhasabah dan mencermin diri yang dilakukan akan menentukan kesudahan nasib pada hari kiamat nanti.

Manusia unggul sentiasa melakukan kebaikan dan tidak melakukan perkara ditegah agama. Perjalanan hidup sentiasa dipandu oleh acuan al-Quran dan sunnah yang membawa kepada destinasi diredai Allah.

Kata-kata mutiara pilihan untuk hari ini : Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Renung-renungkan...

Sumber Asal : Berita Harian 4.11.2011

Popular Posts