Home » , » Budak 4 Tahun Diiikat Tangan dan Kaki di Rumah Pengasuh

Budak 4 Tahun Diiikat Tangan dan Kaki di Rumah Pengasuh

Apa dah jadi dengan dunia hari ini. Bila diamanahkan untuk menjaga anak di pusat asuhan, begini pulak jadinya.

Kes terbaru yang viral di laman social facebook terjadi kepada budak ini apabila tangan dan kakinya diikat oleh pengasuh dan dibiarkan tanpa belas kasihan.

Mengikut info, pengasuh ini sengaja mengikat budak ni yang dikatakan terlalu "nakal" . Dia meninggalkan budak ni bersama anaknya yang berumur 11 tahun.

Ibu kepada budak ni terkejut selepas dia sendiri datang ke pusat asuhan ini untuk membuat pemantauan dan mendapati anak lelakinya yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya di Flat Taman Seri Pinang.

Polis telah membuat tangkapan terhadap pengasuh ini dan akan didakwa. Semoga mendapat balasan yang setimpal!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts