Din Beramboi Masuk Hospital
Terkejut juga aku dapat tahu pasal abg Din Beramboi kita tengah kritikal sekarang dekat wad kecemasan.
Dengar citer,penyakit yang dihadapi abg din beramboi masih belum dikenalpasti doktor.Tetapi apa yang pastinya,din beramboi ada mengadu yang dia sakit badan dan tak boleh tidur
KUALA LUMPUR, 30 MAC 2010: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi disahkan berada di wad hospital kerana dalam keadaan kritikal.
Bagaimanapun, sakit yang dihidapi penyampai radio ERA FM ini masih belum dikenal pasti memandangkan beliau masih dalam kawalan doktor.
Mengesahkan keadaan sebenar Din Beramboi, Pengurus ERA FM, Nazri Noran berkata setakat ini pihak mereka masih belum mengetahui punca sakit itu secara teknikal.
"Semalam saya pergi melawatnya. Memang benar, Din dalam keadaan lemah dan tidak sihat. Sehingga kini, Din masih dalam kawalan ketat doktor.
"Bagi menjawab apa sakitnya, terus-terang, saya sendiri masih belum pasti apa sakitnya. Doktor sedang memeriksa sakitnya dengan lebih terinci. Doktor sendiri tidak tahu apa sakit yang dialaminya. Insya-Allah, kami akan update keadaan Din beramboi dari masa ke masa," ujar Nazri.
Meneruskan bicara, Nazri menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama Din Beramboi dalam keadaan kecemasan yang mana sebelum ini pengacara program Mandi di Astro Warna tidak pernah sekali pun mengambil cuti sakit dan sanggup hadir ke konti walaupun dalam keadaan sakit.
"Ketika bersiaran bersama Aznil pagi Rabu lalu (24 Mac 2010), Din ada mengadu kepada saya bahawa badannya terasa sakit. Kemudian, keesokannya harinya (Khamis), Din memberitahu saya dengan menghantar SMS mengatakan dia tidak boleh tidur dan demam.
"Din turut mengadu badannya tidak larat memandangkan isterinya juga demam. Akibat keadaannya yang makin serius, pagi semalam (31 Mac 2010) Din terus pergi ke hospital dan terus ditahan dalam wad.
"Sekarang, kami cuma berharap dan doakan agar Din cepat sembuh. Insya-Allah, kami akan cuba membantu keluarganya setakat yang kami mampu. Diharap semua peminat Din turut sama mendoakan yang terbaik buat dirinya," jelasnya.
Sementara itu, murai.com.my difahamkan doktor terpaksa menidurkan Din akibat keadaan beliau yang sudah 3 malam tidak dapat melelapkan mata. Oleh itu, pihak keluarga Din tidak membenarkan sesiapun melawatnya memandangkan dia sedang dikawal rapi oleh doktor dan perlukan rehat yang secukupnya.
P/s : Moga2 Din beramboi cepat sembuh la yer.amin!
credit to : www.murai.com.my
Warna Burung 155 Juta Tahun
Kajian demi kajian ahli ilmuan,makin banyak yer benda2 purba yang kita semua tak tahu.Terbaru info yang aku dapat di forum lunaih.com
Ahli ilmuan telah berjaya menjumpai warna burung yang berusia 155 juta tahun.
Ini antara beberapa info dari artikel tentang burung yang diberi nama Archiornis huxleyi.
Untuk pertama kalinya,para ilmuwan berjaya memecahkan misteri warna tubuh binatang purba yang sudah menjadi fosil.
Para ilmuwan yang berasal dari Museum Sejarah Arkeologi Beijing ini berjaya memecahkan secara lengkap code misteri warna tubuh burung purba yang dikenal dengan Archiornis huxleyi.
Archiornis huxleyi yang hidup kira-kira 155 juta tahun lalu ini termasuk jenis dinasour purba, haiwan sejenis burung buas dan berkaki kecil.
Untuk memecahkan misteri warna burung purba ini, para ilmuwan Beijing bekerjasama dengan ilmuwan ahli dinasour, ilmuwan ahli burung modern, dan ilmuwan ahli burung kuno yang berasal dari Peking University, Yale University, University of Texas, dan University of Akron.
Yanie Mentor Meninggal Dunia
Berita tergempar yang aku dapat tadi mengenai bekas pelajar program Mentor dan juga pelakon iaitu Yanie atau nama sebenarnya Siti Suriane Julkarim yang telah meninggal dunia malam semalam tepat jam 8.20 p.m di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita sakit selama 4 bulan.
Kepada korang yang masih samar-samar,arwah ni yang bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dan menang tempat ke-3 Mentor musim pertama (kalau tak silap aku) serta pelakon dalam drama Fara yang disiarkan di TV3.
Terkejut juga aku dengar berita arwah dah meninggal walaupun tak berapa nak minat sangat dengan dia.
Info Mengenai Arwah
Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM
Nama Panggilan : Yanie
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 14 November 1985
Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Zodiak : Scorpio
Ketinggian : 5 kaki 3 inci
Berat Badan : 52 kilogram
Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)
Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani
Pendidikan : SPM
Sekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu
Status : Berkahwin ( Suami Irfin Abdul Manan)
Pekerjaan : Penyanyi sambilan
Warna Pilihan : Hitam dan Putih
Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz
Hobi : Menyanyi dan Memasak
Pengalaman Seni :
• Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
• Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
• Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
• Menyertai koir sekolah.
• Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
• Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
• Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
• Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
• Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.
P/s : AL-FATIHAH.Moga rohnya dicucuri rahmat.Amin!!!
Jom Tengok Hantu Jepun (Real)
Korang pernah tengok hantu jepun?pernah terjumpa dengan hantu?kalau belum pernah tengok,jom kita ramai-ramai tengok gambar dekat atas ini.jangan tengok saja.Tenung dalam-dalam pada matanya tanpa beralih kemana mana dalam masa 5minit.
Semasa korang tenung tu,sebut dan niat dalam hati yang korang nak tengok hantu jepun.Ni bukan kurafat ke apa ke.just nak test korang punya pancaindera jer.
Aku tak jamin kalau hantu jepun ni kacau atau ikut korang balik.Semuanya tanggungjawab korang sendiri la ek.hehe...hahahahah!!
Mengikut info yang aku dapat,gambar ini Dilukis oleh seorang wanita Jepun yang telah mati bunuh diri.
Wajah sebenar HANTU gadis jepun itu dapat dilihat jika namanya "fuk Yu" disebut dalam hati.
Korang tenung je pada matanya.Tenung 5 minit dan ia akan muncul.Korang macam mana?sudah try?ok ke?
kalau berani,cubalah!
Indonesia Negara Facebok Ke-3 Terbesar Dunia
Kajian dari para analisis yang mengatakan pengguna Facebook didominasi dari pengguna luar Amerika ternyata benar adanya. Namun begitu Amerika masih tercatat sebagai pengguna Facebook dengan peratus terbesar.
Tetapi,apa yang kita semua perlu tahu kira-kira 70 peratus dari pengguna Facebook berasal dari luar Amerika. Indonesia merupakan negara Facebook terbesar ke-3 di seluruh dunia. Posisi Indonesia berada di bawah Amerika dan Turki dengan jumlah pengguna pada Januari 2010 ini mencapai 15.3 juta sedangkan Turki mencapai 16.9 juta pengguna.
Angka dikedua negara ini masih sangat jauh dengan pengguna Facebook di Amerika yang mencapai lebih dari 100 juta. Jumlah ini meningkat kira-kira 5 peratus dibandingkan bulan Desember lalu, yang hanya mencapai 98.1 juta.
Jika di Amerika pertumbuhan penggunanya hanya 5 peratus.Berbeza dengan pengguna Facebook di Turki yang hanya meningkat kira-kira 4 peratus saja jika dibandingkan pengguna pada bulan Desember iaitu mencapai 16.3 juta.
Pengguna Facebook di Indonesia sendiri tumbuh kira-kira 10 peratus dibandingkan jumlah pada bulan Desember yang mencapai 13.8 juta pengguna atau penambahan pengguna kira-kira 1.43 juta.
Secara keseluruhannya, pertumbuhan pengguna Facebook terus bertambah dari masa kesemasa diseluruh dunia. Pada akhir bulan lalu, pengguna Facebook kini telah mencapai 350 juta, dibanding bulan sebelumnya yang hanya 337 juta.
P/s : Agak-agaknya pengguna Facebook dekat Malaysia berapa juta ek?hmmmm
Jom Buat Duit Dengan Geostring
Salah satu cara lagi untuk mendapat duit dekat internet adalah mengikuti program MLM, Multi Level Marketing).Kenapa perlu join MLM?mungkin ramai antara korang yang pernah join MLM tetapi tak balik modal.Ada banyak sekali program MLM yang menjanjikan pulangan yang lumayan. harus diingat tak semua program MLM tu betul-betul bayar.Ada yang hanya SCAM semata mata.
Namun,ada 1 program MLM ni yang menarik perhatian aku untuk mencuba dan kongsi bersama korang iaitu GeoString.Aku dah buat sedikit kajian tentang program ni.So far bukan SCAM (penipuan).Ramai juga antara ahlinya telah mendapat pulangan yang lumayan dengan program ini.
GeoString adalah salah satu program MLM terbaru yang dilancarkan oleh perusahaan ClixSense.Walaupun ramai orang yang masih belum percaya atau ragu-ragu dengan GeoString,tetapi ternyata sudah ramai juga orang yang mengikuti program ini kerana secara automatik korang akan dikreditkan USD10 jika daftar.
Keuntungan dari program ini cukup memuaskan dan menarik perhatian beberapa marketing internet diselutuh dunia kerana di GeoString mempunyai kedalaman level hingga 10.Sebagai contoh, jika korang invite 3 orang saja untuk mendaftar dibawah korang, penghasilan wang korang mencapai USD800 dalam waktu yang cepat dan singkat.
GeoString hanya membuat bayaran melalui Cek sahaja.Jumlah minimum untuk korang terima cek adalah USD100. Jika korang sudah layak untuk terima payment,Pihak Geostring akan telefon korang untuk memastikan alamat dan nama korang tu betul untuk dihantar cek.
Jadi,macam mana untuk join GeoString?
pertama sekali,korang harus masuk ke laman web GeoString dengan click disini.Jadi sudah nampak laman web Geostring?
Baik, berikut ini adalah langkah-langkah untuk mendaftar di GeoString.
1. Klik Register di menu bar web GeoString.
2. Isikan coloumn pendaftaran GeoString, semua coloumn harus diisi dengan betul
3. Setelah semua coloumn terisi,klik Create Account.
4. Login ke halaman GeoString.
Untuk mendapat 3 orang referer dengan mudah,aku ada satu tip iaitu melalui facebook.
Aku guna cara ni memang berbaloi dan ramai juga yang daftar dibawah aku.Korang boleh guna
cara lain seperti shoutbox,myspace,friendster,tagged dll.
So,keputusan ditangan korang.Kalau rasa program ini boleh menjana pendapatan dekat korang,
tidak salah mencuba dan yang lebih seronok 100% free dan korang tidak akan dicas 1 sen pun!
All the best!!!
Umie Aida Batal Pernikahan
Terkejut juga aku dengar cerita dekat radio Hot FM semasa onway datang keja Umie Aida nak cancel pernikahnya dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.
Sampai saja ofis,aku buka paper Kosmo! online nak baca cerita pasal diorang ni.Ni ha artikel yang aku petik dekat Kosmo!
MEKAH - Dua hari sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk bernikah, pelakon Umie Aida hampir membatalkan hasrat Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang mahu memperisterikannya.
Apa yang lebih membuatkan keadaan huru-hara ialah Umie tanpa rasa bersalah memaklumkan hasratnya itu kepada ibunya, Asmah Ali yang benar-benar tergamam sebaik mendengar khabar buruk itu.
Semuanya disebabkan oleh perasaan takut dan bimbang Umie tidak mampu menjadi isteri orang selain risau tidak boleh membahagiakan teman hidupnya itu.
P/s : Akhirnya selamat gak ek diorang bernikah.bikin gimik saja cik umie ni.Tahniah buat Umie dan suaminya!
Gambar Sharifah Sofia Pegang Anjing
Aku hairan juga dengan minah sorang ni.Walaupun umum semua tau dia ni berdarah kacuk (mix),dan juga agama yang dianutianya ISLAM.Tetapi,apesal aku tengok dia macam bangga saja pegang anjing??? (kalau anjing tu comel tak pa gak)hehe..
Aku ada terbaca satu artikel ni (tak ingat dah dekat mana)tidak berdosa jika kita bergambar sambil berpeluk-pelukan dengan anjing dan babi. Tetapi apa yang perlu kita lakukan adalah kena samak sebab ia tergolong dalam najis berat.
Baru-baru ni pun ada timbul kes seorang pelajar malaysia yang slumber badaknya memegang anjing dan babi.Ramai juga yang hentam minah tu.Kesian pun ada.huhuhu..adakah cik Sofia kita ni pun nak ikut jejak pelajar tu dikutuk dan dipandang sinis?
Artikel aku ni bukan nak malukan Sofia,tetapi awak kena ingat sebagai orang melayu (walaupun awak tu mix) dan bergama islam,adalah tidak bagus kalau kita bangga dan nak menunjuk-nunjuk dekat umum "wahai peminat aku semua,layanlah gambar aku telah bergambar dengan anjing."
Kalau yer pun nak bergambar atau peluk anjing tu pun,tak payah la nak upload dekat internet.Simpan baik2 dalam laptop awak tu.Kang tak pasal2 jadi bahan kutukan diinternet.huhuhu
Kalau Sofia ada baca artikel ni,minta maaf kalau artikel ni terlalu melampau atau menyakitkan hati awak.Ingatlah pesan orang dulu-dulu "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak"
Tips Kuruskan Badan Ala Jepun
Siapkan straw.
Potong 5 cm.
Ratakan salah satu hujung straw.
Tutup separuh lubang straw dengan selophan tape.
Lakukan selama 3 minit sehari.
Yang pentingnya di sini, meniup nafas kuat-kuat selama 5 detik.
Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.
Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas
Tak percaya!? Cubalah!
Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut menjadi berlipat kali ganda.
Warning!
Jangan lakukan ketika membuang air besar!