Sejarah Hitam Gua Musang, Kelantan

Sebelum negara mencatat sejarah kemerdekaan 31 Ogos 1957, pelbagai rintangan dan cabaran getir dihadapi rakyat ketika itu kerana berdepan dengan keganasan komunis hingga ada yang mati dibunuh dengan kejam.

Kebanyakan mereka juga tidak boleh tinggal setempat dan kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari perlindungan dengan berjalan kaki dalam hutan berikutan tidak tahan dengan serangan komunis.

Sejarah hitam serangan komunis juga pernah berlaku di Gua Musang pada 4 Januari 1943, apabila ramai orang Melayu ketika itu mati dibunuh dan hanya seorang pengawal, Allahyarham Nik Jaafar Nik Soh yang berjaya melepaskan diri dari kepungan komunis.

Beliau lari seorang diri untuk meminta perlindungan di Balai Polis Bertam kerana kebanyakan rumah penduduk termasuk kuarters kereta api dan balai polis di Gua Musang dibakar komunis yang mengganas dan merosakkan semua harta benda penduduk.

Berpandukan perjalanan hidup ditulis penggawa terbabit, yang masih disimpan seorang anaknya, adik perempuannya sendiri yang sarat mengandung lapan bulan adalah antara 26 orang Melayu yang dibunuh dalam serangan komunis itu.

Kubur arwah Nik Mah Nik Soh yang mati dibunuh dengan kejam oleh komunis, masih menjadi kenangan sejarah kerana kini berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh di bandar ini dan mungkin ramai yang tidak tahu mengenainya.

Hanya jenazah arwah seorang yang sempat ditanam di kawasan masjid tersebut dalam keadaan darurat berikutan kumpulan komunis terus menyerang kawasan Gua Musang yang mana kebanyakan penduduk sudah lari untuk berlindung di Kampung Batu Papan.


Allahyarham Nik Mah yang tidak sempat melarikan diri kerana sarat mengandung, hanya melindung diri dalam longkang besar jalan menghala ke masjid sebelum sekumpulan komunis ternampak lalu menembak hingga mati.

Pembunuhan kejam itu menyebabkan jenazahnya tidak boleh dibawa keluar dari kawasan Gua Musang untuk dikebumikan kerana sentiasa dikawal komunis dan jenazahnya pada ketika itu sempat ditanam di tepi tangga belakang masjid tersebut.

Oleh kerana masjid itu diubah suai dan dibesarkan, berikutan jemaah bertambah ramai menyebabkan kubur Allahyarham Nik Mah berada di tengah-tengah masjid hadapan mimbar hingga timbul tanya tanda kebanyakan jemaah yang datang dari luar daerah ini.

Walaupun Gua Musang telah lama wujud, tetapi bilangan penduduk Orang Melayu tidak ramai dan tumpuan utama komunis berkampung di Kampung Pulai yang selalu memeras ugut orang Melayu termasuk makanan.

Pendapatan utama penduduk ketika itu, hanya mengharapkan kepada hasil tanaman dan kerap meminta bantuan kerajaan menerusi pejabat daerah yang terletak di Kuala Krai.

Selain itu, berlaku juga pertempuran hendap antara askar 3RAMD dengan komunis di Sungai Semor dekat Kampung Pulai tahun 1948 yang meragut 16 nyawa anggota tentera dan mencederakan seorang pegawai berpangkat Leftenan Muda.

Seramai 29 orang Pasukan Komunis Malaya (PKM) turut maut sebelum keadaan di Sungai Semor kembali reda dan kini kawasan tersebut menjadi tempat kenangan serta kajian sejarah peperangan zaman darurat dahulu.

Bekas Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Gua Musang, Abu Bakar Jusoh berkata, Gua Musang penuh dengan sejarah hitam berikutan berlaku peperangan menentang komunis yang harus bagi generasi baru menghargai perjuangan orang zaman dahulu.

Beliau berkata, mereka harus mengetahui sejarah asal wujudnya Gua Musang supaya tidak mudah menerima hasutan yang boleh berlaku kejadian tidak ingini dan menggadai maruah negara yang sekian lama dalam suasana aman.

“Saya sebagai bekas tentera, tidak pernah lupa peristiwa pahit menentang komunis walaupun ketika zaman itu bertugas di merata tempat sebelum menetap di Gua Musang,” katanya.

Mat Zain Hassan, 62, pula berkata, walaupun pejuang kemerdekaan negara menentang komunis semakin ramai dimamah usia dan meninggal dunia, tetapi kenangan pahit harus dipahatkan dalam jiwa generasi sekarang.

Katanya, semangat patriotik menyemarakkan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang perlu disemai di kalangan mereka kerana dengan cara itu dapat mengenang kesusahan walaupun mereka lahir selepas merdeka.

“Sekurang-kurangnya kita dapat mengingati kembali kesusahan tentera pada ketika itu yang menentang komunis dan ramai penduduk yang tidak berdosa menjadi mangsa pembunuhan kejam,” katanya.

Thanks to : Amir Jamal

Siapakah Gideon Sundback?

Kalau korang perasan dihalaman utama google, akan keluar gambar seperti diatas. Sebab apa keluar gambar macam tu? dibawah ada sedikit artikel berkenaan dengan Gideon Sundback.

Siapa itu Gideon Sundback ? Beliau lahir di Swedia dan merupakan anak dari Jonas Otto Magnusson Sundback, seorang petani kaya.Ibunya bernama Kristina Karolina Klasdotter. Setelah menghabiskan masa belajarnya di Swedia, Sundback berpindah ke Jerman, dimana dia belajar di sekolah politeknik di Bingen am Rhein. Pada tahun 1903, Sundback mengambil ujian juruteranya. Pada tahun 1905, dia berpindah ke Amerika Syarikat.

Di Amerika, Gideon Sundback mula bekerja di Westinghouse Electric dan Manufacturing Company di Pittsburgh, Pennsylvania. Setahun kemudian, dia bekerja di Universal Fastener Company di Hoboken, New Jersey. Pada tahun 1909, Sundback bernikah dengan Elvira Aronson, puteri dari pengurus kilang kelahiran Swedia, dan selanjutnya Sundback ditukarkan ke posisi designer di Universal Fastener.

Gideon Sundback telah membuat beberapa kemajuan dalam pengembangan ritsleting antara 1906 dan 1914. Dia bertanggung jawab untuk meningkatkan “Judson C-curity Fastener“. Saat itu produk perusahaan masih berdasarkan kait dan kancing. Sundback mengembangkan versi perbaikan dari C-curity, yang disebut “Plako”.

Ia meningkatkan jumlah elemen pengancing dari empat per inci sampai sepuluh atau sebelas. Penemuannya memiliki dua baris gigi berhadapan yang ditarik ke dalam satu bahagian dengan gelangsar, dan meningkatkan pembuka untuk gigi yang dipandu oleh gelangsar. Pada tahun 1914 Sundback mengembangkan sebuah versi baru dengan kode nama “No Hookless 2“, yang merupakan logam ritsleting modern seperti yang kita kenal sekarang ini. Atas penemuannya ini, beliau dihadiahkan paten Amerika Serikat no. 1219881 untuk “Fastener Separable” dikeluarkan pada tahun 1917.

Ritsleting sendiri dipopularkan pada tahun 1923 oleh BF Goodrich, setelah dipasang pada produk sepatu boot mereka. Dua puluh tahun kemudian, industri fashion mula menerapkan penggunaan ritsleting, tepatnya di masa Perang Dunia II dimana para tentera mula menggunakan celana panjang dan baju dengan ritsleting modern.

Artikel lengkap : http://en.wikipedia.org/wiki/Gideon_Sundback

Siapa Sebenarnya Kamal Attaturk?

Sejarah dunia mengenali siapa Mustafa Kamal Ataturk sebagai seorang revolusioner kerana telah membawa kemerdekaan pada Turki. Namun tahukah kita sebenarnya siapa Mustafa Kamal Ataturk itu?

Mustafa Kamal adalah bekas Perdana Mentri Turki dan seorang berbangsa Yahudi dari sebuah kota di Turki bernama Tesalonika (Yahudi Dumamah). Mustafa merupakan seorang agen atau kaki tangan Yahudi Internasional yang disusupkan ke dalam militer Turki sehingga dia menjadi seorang general untuk menghancurkan kekhalifahan Islam Turki Utsmaniyah yang menolak menyerahkan Al-Quds kepada Zionis-Yahudi.

Mustafa Kamal naik menjadi penguasa dan menghancurkan seluruh kehidupan beragama di Turki dan menggantinya dengan pahaman sekuler.Selama berkuasa, Mustafa Kamal memperlihatkan watak seorang Yahudi asli yang sangat membenci agama.

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk semasa pemerintahannya adalah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan :

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Tragedi Berdarah Memali 1985

Selepas demontrasi BERSIH siang tadi, jom sama-sama kita berfikir sejenak dan mengingati kembali tragedi berdarah Memali pada tahun 1985.

Walaupun aku masih belum lahir ketika itu,tetapi aku dapat merasakan kesedihan apabila membaca artikel peristiwa ini.

Diharapkan artikel dibawah dapat memberi iktibar dan membuka minda korang betapa kejamnya kerajaan malaysia ketika itu



TRAGEDI BERDARAH MEMALI NOVEMBER 19, 1985

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.


Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak.”

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.

Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.

Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.


Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali



credit to carigold

Siapa Sebenarnya BERSIH

Pengenalan

BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia.

Formulasi Kenyataan Bersama

Kenyataan Bersama dikeluarkan ekoran ‘Bengkel Reformasi Pilihanraya’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006. Kenyataan Bersama menyatakan objektif-objektif jangka panjang dan tuntutan-tuntutan segera (jangka pendek) sebagai matlamat gabungan ini.

Jawatankuasa Induk BERSIH

Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli dari parti politik dan wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu: Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) and Writers Alliance for Media Independence (WAMI).

BERSIH 2.0 ahli AJK & penganjurnya terdiri daripada pendokong IFC & NGO cina iaitu SUQIU . Apa tujuan & matlamat mereka ?


1- Kesedaran sistem pilihanraya tidak telus, tidak adil

2- Menjelaskan kepada rakyat usaha-usaha perlu dibuat secara bersama.

3 – Menuntut pihak berkuasa supaya menyahut tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya bebas, bersih dan adil.


BERSIH 2.0 dilancar selepas pilihanraya negeri Sarawak baru sudah melabuhkan tirai , selepas tsunami politik melanda semenanjung pada pilhanraya umum ke-12 , 5 negeri berjaya dirampas oleh pakatan pembangkang .

yang menjadi huru hara adalah selepas PRN Sarawak di mana , pakatan pembangkang tidak berjaya menawan Sarawak kerana rakyat Sarawak tidak mudah termakan dengan dakyah & hasutan pembangkang .

selepas kekalahan mereka , maka BERSIH 2.0 diwujudkan . yang menjadi tanda tanya kenapa tidak wujud BERSIH 2.0 selepas 2008 & beberapa siri PRK yang berlangsung di mana mereka(pembangkang) banyak memenangi pilihanraya ? SPR adalah sangat telus untuk mengurus & menyelaras urusan pilihanraya di Malaysia.

AJK BERSIH2.0 :

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

Apa itu IFC ?

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.


14 Tuntutan IFC yang wajib kita mengetahui:

1 – Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2 – Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6- Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7- Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8 – Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10- Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14- Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


P/s : Dipetik dari salah sorang forumer di forum@cari.Aku tak sure 14 tuntuam BERSH tu betul ke tak.Korang ada akal, sama2 fikirkanlah :)

Kad Pengenalan Sebenar Bekas Perdana Menteri Malaysia








Dari tahun 2000 sehingga 2010, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sebanyak 28.99 juta kad pengenalan MyKad.

Jumlah tersebut meliputi pengeluaran MyKad bagi gantian untuk permohonan disebabkan kes kerosakan dan kehilangan.

JPN adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.

Ia ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran) 1948 yang dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.

Peraturan itu memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun dan ke atas.

Kad pengenalan kini sudah menjangkau usia 63 tahun yang menyaksikan evolusi dari hanya sekeping kad kertas yang dikenali sebagai kad beras kepada MyKad iaitu kad pintar bercip yang diperbuat daripada bahan polikarbonat.

Kad pengenalan kertas ( 1948 )

- Pengenalan : Oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation 1948, bagi membendung ancaman pengganas komunis. Ia juga dikenali sebagai ‘kad beras’ kerana sewaktu catuan makanan pada zaman darurat bermula pada 1948 itu memerlukan bukti pengenalan diri bagi mendapatkan beras.

-Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung Malaysia dari tahun 1948 sehingga 1960.

- Ciri-ciri : Tujuan untuk keselamatan, tidak bersalut, gambar hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan.


Kad pengenalan plastik ( 1960 )

- Pengenalan : Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi sistem pengeluaran kad pengenalan.

- Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung dari 1 Ogos 1960 sehingga 31 Mac. Diperkenalkan di Sarawak pada 30 Mac 1966 dan Sabah pada 1 Jun 1972.

- Ciri-ciri : Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan.

Kad pengenalan bermutu tinggi ( 1990 )

- Pengenalan : Bagi menggantikan kad pengenalan plastik. Juga dikenali sebagai kad pengenalan bunga raya.

- Pelaksanaan : Diperkenalkan pada April 1990.

- Ciri-ciri : Keselamatan yang tinggi, gambar hitam putih (1990) dan gambar warna (1999), cap ibu jari kiri dan kanan, maklumat terperinci dan bersalut.

Kad pengenalan pintar

- Pengenalan : Kad pintar yang dikenali sebagai MyKad.

- Pelaksanaan : Mulai akhir 2000 di Semenanjung dan awal 2002 di Sabah dan Sarawak. Penukaran kad pengenalan bermutu tinggi kepada Mykad adalah secara sukarela dan percuma mulai tahun 2003 sehingga 2005.

- Ciri-ciri : Kad pengenalan mempunyai ciri keselamatan tinggi dan berteknologi cip yang kini diperbuat daripada bahan polikarbonat. Pada masa ini, ia memuatkan aplikasi lapan tambah satu (8+1) dalam satu kad.

Gadis Kelantan Kilang Jelitawan

Menarik artikel dalam paper Metro hari ni bertajuk "Pasir Mas kilang jelitawan".AKu semangat nak baca artikel ni bukan apa,sbb rata-rata awek kelantan memang cun2 belaka.

Ingat lagi masa aku travel p kelantan 7 tahun lepas,boleh dikatakan 70% awek kelantan yang aku tengok memang cun sangat.Kulit depa ni mmg putih gebu.serius mcam nak buat bini.hehehe

Haa,gambar dekat sebelah ni awek kelantan.Aku sedut dalam fb dia ( Jangan marah yer wanie) i pinjam pic u jap ;)

Ok,kalau korang malas sangat nak buka web Metro,aku dah copy paste artikel tu dkat blog ni,Teruskan membaca

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya
sebagai‘kilang gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel‘lote’serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap 'putera’.

ni kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

"Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

"Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

P/s : Kalau tak dapat kawen ngn awek kelantan pn xpa la,yg penting muka macam awek kelantan sudah.hihihi

Kisah Mengenai Dajal

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya DAJAL

Dajal,popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

“Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”

KEISTIMEWAAN DAJAL

Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

1)Ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

2)Dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

3) Boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

BILA DAJAL DILAHIRKAN?

Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?

Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen.Akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

Note : Pulau Bermuda dikatakan menjadi tempat persembunyian dajal dan Tasik Tabariah @ Sea of Galilee adalah tempat dimana dajal sedang menanti air tasik itu kering.

Gambar & Berita Palsu Yang Menghebohkan Dunia

Beberapa gambar pernah tersebar luas dalam masyarakat diinternet mahupun media massa dan dipercayai oleh sebahagian orang gambar tersebut merupakan kejadian nyata.Berikut adalah beberapa gambar yang pernah mengebohkan dunia.

1) Gambar ini muncul dihalaman utama Daily Mirror yang menunjukkan tentera Inggeris dari Resimen Queen’s Lancashire memperlakukan semena-menanya tahanan Iraq.Gambar ini ternyata rekaan yang menyebabkan editor Piers Morgan mengundurkan diri.


2) Pada awal tahun 2000,tersebar gambar kucing raksasa melalui e-mail dan dikatakan antara kucing berukuran besar yang ditemui dekat laboratorium nuklir Canada.Gambar ini sebenarnya lelucon Cordell Hauglie yang menyebarkan pada Mei 2001 kepada kawan-kawannya dan tidak pernah menyangka akan terjadi 'terkenal' yang sangat luar biasa.


3) Beberapa ketika selepas serangan 11 September tersebar gambar di Internet mengenai seorang lelaki yang sedang berdiri berdekatan bangunan WTC, dibelakang lelaki tersebut kelihatan pesawat yang akan melanggar bangunan itu.Sebenarnya,gambar tersebut ternyata palsu.


4) Pada tahun 1917, dua orang budak perempuan kembali dari bermain di kebun dengan kamera dan gambar pari pari.Tetapi pada tahun 1970-an terungkai bahawa pari pari Cottingley gambar itu adalah palsu. Salah seorang saksi bernama Elsie Wright mengaku kawan pari mereka tidak lebih dari guntingan kertas.


5) Gambar ini terkenal dengan nama Monster Loch Ness atau Nessie. Pada tahun 1994 terungkai gambar tersebut adalah rekaan semata-mata.


6) Ray Santilli Pada tahun 1995 menyatakan memiliki gambar tentang Alien UFO.Tetapi tahun 2006 dia mengakui bahawa gambar yang ada itu tidak sepenuhnya benar. Gambar tersebut hanyalah rekaan semata-mata dari sebuah kejadian.


7) Gambar ini nampak seakan akan seperti tengkorak yang ditemui di Arab Saudi dalam laporan surat khabar The New Nation Bangladesh pada tahun 2004.Gambar ini sebenarnya palsu dan diedit menggunakan photoshop yang juga pernah dipublikasikan di website Worth1000.com


8) Pada 1 April 2008 sempena hari 'april fool',BBC melaporkan rakaman seekor penguin terbang dari Antartika ke Brazil. Rakaman ini merupakan rangkaian 'April fool' yang sengaja dipublikasikan oleh BBC namun mendapat reaksi yang serius dari berbagai pihak


9) Gambar ini tersebar luas melalui email pada tahun 2001 yang memperlihatkan sebuah helicopter diserang oleh seekor jerung ganas.Gambar ini telah dipilih oleh National Geographic’s sebagai Photo of the Year.

Sejarah Kota Makkah

Sejarah kota Makkah bermula dengan pendudukan puak Amaliqah, diikuti Jurhum dari Yaman. Keluarga Nabi Ibrahim iaitu anaknya Nabi Ismail telah berkahwin dengan suku Jurhum dan telah melahirkan golongan Musta’ribah. Selepas itu muncul Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun.

Penguasaan Qusay bin Kilab ke atas kota Makkah :

Selepas Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun muncul pula kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab dan muncul juga Bani Harith yang diketuai oleh Amru bin Luhai dan memperkenalkan agama penyembahan berhala di Makkah setelah terpengaruh dengan corak penyembahan kaum Balqa.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bertanggungjawab memajukan kota Makkah dan semakin bertambah maju apabila adanya telaga air zam-zam dan telah didirikan kaabah. Baginda telah menyeru agar masyarakat Arab ketika itu menganut agama Allah dan mengerjakan haji. Dalam masa yang sama kedatangan Bani Khuzaah telah menjadikan Makkah sebagai pusat penyembahan berhala dan mempunyai 360 buah berhala sekitar kaabah. Amalan ini berterusan sehingga pentadbiran Qusay bin Kilab dan Nabi Muhammad s.a.w. setelah baginda menerima wahyu pada 610 M.

Pentadbiran Kaum Quraisy :

Corak pentadbiran yang diamalkan adalah kabilah semenjak penguasaan Bani Khuzaah untuk menarik ramai orang mengunjungi Makkah ketika itu seperti menyediakan makanan bagi orang yang mengerjakan haji, menguruskan kaabah dan menyediakan kemudahan para pedagang. Pemerintahan ini dikuasai oleh golongan bangsawan. Sebuah majlis telah ditubuhkan iaitu Majlis Syuyukh yang berperanan membuat peraturan dan menyelesaikan masalah politik, ekonomi dan sosial. Ia dianggotai oleh penyair, pemidato, panglima dan aristocrat.

Pemimpin kaum Quraisy :

Pemimpin kaum Quraisy diketuai oleh Qusay bin Kilab. Permulaan lokasi penempatan mereka adalah di Lembah al Bitah dan mahir dalam bidang ketententeraan serta bertindak mengawal kota Makkah dari sebarang ancaman musuh.

Penubuhan Darul Nadwah :

Qusay telah membina Darul Nadwah sebagai tempat perbincangan pemimpin-pemimpin kota Makkah, tempat sambutan majlis peristiwa-peristiwa bersejarah. Contohnya Abu Jahal pernah berbincang di Darul Nadwah bagi menentang Nabi Muhammad s.a.w. dari terus menyebarkan agama Islam.

Penubuhan Jabatan :

Qusay telah menubuhkan beberapa jabatan baru seperti Sadanah al-Bait untuk menguruskan kaabah, Majlis al-Siqayah untuk menguruskan air, al-Rifadah untuk menguruskan makanan, al-Liwa’, Unnah, Khazanah, Asynaq dan Hijabah. Jabatan ini masih diteruskan oleh anak cucu Qusay setelah Qusay meninggal dunia iaitu dari keluarga Abdul Manaf, Hashim dan Abdul Mutalib

Majlis Suku :


Majlis Suku atau Asyirah ditubuhkan untuk melicinkan urusan pentadbiran suku-suku dan struktur politiknya secara berkumpulan. Selain itu , ditubuhkan juga majlis eksekutif yang dianggotai orang-orang tua yang berumur 40 tahun ke atas.

Hubungan Diplomatik :

Hubungan diplomatic dijalankan bagi mengelakkan ancaman musuh. Contohnya pada masa pimpinan Abdul Manaf dan Hashim, Makkah telah menjalinkan hubungan dengan Negara jiran.

Pengisytiharan Tanah Haram :

Kawasan Tanah Haram telah diisytiharkan untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan kota Makkah. Diisytiharkan juga bulan-bulan yang diharamkan berperang seperti Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam untuk mengerjakan haji manakala Rejab pula untuk mengerjakan umrah. Ia dikenali sebagai al- Asyhurul Hurum.

Peraturan Adat dan Nenek Moyang :

Peraturan adat dan sunnah nenek moyang diamalkan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Setiap individu, suku dan kabilah terpelihara keselamatan mereka selagi menghormati kabilah masing-masing. Sebarang pencerobohan akan ditentang dan terdorong dengan semangat assabiyah.

Dasar pemerintahan sedemikian oleh kaum Quraisy menjadikan kabilah Quraisy sebagai kabilah yang disegani kerana berupaya mentadbir Makkah . Kota Makkah telah menjadi pusat ibadat, kebudayaan, perdagangan dan keamanan, maka ia telah digelar sebagai ‘ jantung hati Semenanjung Tanah Arab’

credit to : Fastnote

Tokoh Pertama Haramkan Ganja

Sampai abad ketiga Hijrah,ulama tidak pernah bercakap soal ganja.Yang pertama kali mengeluarkan fatwa tentang ganja adalah Imam al-Muzani,murid dari Imam al-Syafi’i (175-264 H).Fatwa al-Muzani merupakan reaksi ulama atas fenomena ganja ini dalam kehidupan masyarakat di Iraq,waktu Al-Muzanni mengeluarkan fatwa haram terhadap ganja.

Pada masa itu,al-Muzanni mengatakan fenomena ganja mencapai tahap yang sangat merisaukan.Akhirnya, murid al-Syafi’i itu menyatakan bahawa ganja haram.Fatwa dari al-Muzanni ini telah ditentang oleh oleh Asad bin Amir, murid Abu Hanifah.Asad menyatakan bahawa ganja tidak haram.Tapi, akhirnya semua ulama sepakat bahawa ganja haram digunakan,kerana telah membawa kesan yang sangat besar terhadap masyarakat.

Kononnya,pada masa itu ganja telah umum digunakan masyarakat sehingga sangat banyak orang yang ketagih dan mengalami gangguan fikiran.Orang cerdik banyak yang tak waras gara-gara ganja. Akhirmya, para ulama di Transoxinia (MaWara’a al-Nahr) bersepakat mengharamkannya, sesuai dengan fatwa al-Muzanni.

Ulama pada masa itu juga mengeluarkan fatwa agar daun ganja dibakar,wang hasil transaksi ganja haram,penjual dan orang yang menghisap ganja harus diberi hukuman.

Surat Cinta Berusia 4200 Tahun

Surat cinta tertua di Dunia yang pernah ditemui berasal dari sekitar tahun 2200 SM di lembah Niffer 150 km dari kota Baghdad, Iraq. Penemuan ini berdasarkan penggalian arkeologi sekitar tahun 1889 oleh Noah Kramer ,Profesor dari Philadelphia University

Pada awalnya ahli arkeologi menemui sekitar 70 ribu artifak berbahasa Sumeria yang pada ketika itu masih belum boleh diterjemahkan erti dari bahasa tersebut.

58 tahun setelah penemuan tersebut, sumerologi (ahli bahasa Sumeria ) terkenal didunia yang bernama Muazzez Longsor dan Hatice K?z?laybu cuba menterjemahkan maksud yang terkandung dalam artifak tersebut.Artifak tersebut berbentuk seperi plat diperbuat dari batu.Bila melihatnya,kita tidak akan tahu maksud dan erti tujuan tersebut.

Sejarahnya bermula apabila surat dalam berbentuk artifak itu dibuat oleh seorang pendeta tinggi (High Priest ) bangsa Sumeria bernama Inanna yang ditujukan kepada Raja yang juga suami pada malam pernikahan mereka.Sudah menjadi tradisi bangsa Sumeria bahawa pada ketika malam pernikahan si isteri akan membuat puisi cinta untuk si suami.

Dibawah ini terjemahannya dari Sumerologi orang Turki ke Bahasa Inggris adalah seperti berikut:

Bridegroom, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet,
Lion, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet.
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber,
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Lion, I would be taken by you to the bedchamber.
Bridegroom, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey,
In the bedchamber, honey-filled,
Let me enjoy your goodly beauty,
Lion, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey.
Bridegroom, you have taken your pleasure of me,
Tell my mother, she will give you delicacies,
My father, he will give you gifts.
Your spirit, I know where to cheer your spirit,
Bridegroom, sleep in our house until dawn,
Your heart, I know where to gladden your heart,
Lion, sleep in our house until dawn.
You, because you love me,

Give me pray of your caresses,
My lord god, my lord protector,
My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart,
Give my pray of your caresses.
Your place goodly as honey, pray lay your hand on it,
Bring your hand over like a gishban-garment,
Cup your hand over it like a gishban-sikin- garment.

P/s : Paham ke tak bahasa inggeris?kalau tak paham translate la sendiri tak pun tanya cikgu BI ke atau sapa2 yg paham ye?dah ngntuk nak tidur dlu.hehe

Sejarah Hitam Perkahwinan

"Cinta sesama manusia belum tentu membawa kebahagian melainkan cinta kepada Allah".Itulah ungkapan yang sesuai untuk digambarkan dengan kisah yang aku nak kongsikan dengan korang semua.

Kisah ini telah dikongsi oleh seorang janda melalui email.Dia hanya mahu digelar sebagai Lynn dalam cerita ini.Mari sama-sama kita hayati dan ambil iktibar dari kisah tersebut

Saya Lynn(bukan nama sbnar) ada t'baca 1 email title 'HINAKAH TITLE JANDA?' Untuk p'tahuan semua sy sorg Janda or lebih mesra Ibu Tunggal. Umur sy br 27, then my son br umuq 11 BULAN.

Maybe ramai yg akn m'ngata sy nie ibarat buka pekung d dada. Tapi sy rs munkin ini jalan terbaik utk hilangkn rasa yg terpendam dlm lubuk ati ini atau ia boleh d jd kn 1 pengajaran bagi smua org...tidak kira wanita mahupun lelaki.


Sy b'kawin hujung thn 2008 dengan Ikram (bkn nama sbnar) yg b'umur 34 thn yg sy knal pd tahun 2006. Utk p'tahuan smua, kami b'kawin ats ras cinta & saling m'ngenali ati budi masing2. Ikram m'punyai sifat2 yg negatif (antara nyer kaki perempuan), TETAPI d sebab kn CINTA itu BUTA sy tutup mata sy akn segala sifat2 negatif nyer kepada sifat2 yg positif. BODOH kn sy tika itu...lupakn kluarga, ecs : my mom & my dad. lupakn TUHAN...smua nyer bg sy ENJOY, CINTA & IKRAM.Then utk p'tahuan smua sy sorg yg x akn biarkn pe yg tlh sy p'olehi d miliki oleh org lain. So smasa sy d katakn tgh mabuk cinta sy telas tipiskn smua skandal2 ikram, tanpa p'tahuan dia mahupn dpn mata ikram sendiri.

Macam2 yg saya lakukn utk ikram, dgn alasan agar ikram TIDAK akn tggl kn sy....HAKIKAT nyer is tlh jd 1 kenyataan. Pada p'tengahan thn 2006 ikram tlh kejutkn sy dgr berita bahawa dia BAKAL mempunyai ANK luar NIKAH wit some1 girl (Lily bkn nama sbnr).

Ikutkn ati mmg sy nk tgglkn iram, tp cinta ikram bagai m'gusai sluruh jiwa n minda sy. Ikram juga b'janji nk b'ubah. Then ikram berkali2 ngatakan yg lily akn balik ke kg after abis pantang & akn tggl baby t'sebut bsama ikram..D pendekn citer ikram melamar sy hjg thn 2007, klo citer dr A-Z mau ada yg muntah darah bc kisah nie

Detik utk m'nunggu tiba nyer tarik p'kawinan, sy d duga pelbagai rintangan. Ikram makin ligat aktiviti ngan skandal2 nyer d blakang sy. Tanpa sy sedar or tidak. Ikram menyuarakn mahu lanjutkan tarikh p'kawinan. Sy x setuju, coz lg 1 bulan tarikh kawen akn tiba, & sy tau ikram bkn nk lanjutkn hakikat nyer dia hdk p'kawenan ini d batalkn. Masa itu d sbb 1 bln lg nk kawen, then tlah mcm2 sy lakukn b'sama2 dia, sy tetap ign truskn p'kawenan ini.

Permulaan alam perkawenan mmg indah tp bg sy indah hanya slama 1 bulan...bila doktor sahkn sy preganant ia m'rubah segala2 nyer...ikram jrg blk, sbb ia still SIMPAN lily & ank mereka atas alasan BERTANGGUNGJAWAB. Ikram kerap tdo d rumah lily, & sy tahu mereka hidup still like suami isteri (WALAUPUN) Ikram tidak boleh trima kehadiran ank 'kami'. Ikram makin ligat b'cinta dengan gadis bernama mona. P'cintaan mereka sudah melampaui batas. Ikram m'beritahu pd sy yg dia tidak mampu utk m'jaga sy (isteri yg sah tapi x d cintai) & lily (blom kawen) sbb dia akn b'henti. Then dia mungkin akn lepaskn...d sbb kn tiada perasaan CINTA kpd diri ini. Mcm2 sy lakukn agar ikram tidak akn lepaskn sy. Kepada mertua sy cerita, family sy hanya sy cerita kn yg baik2 ttg ikram. Family sy tahu bila sy dpt sokongan kuat dr kwn2, akhir mak & ayah tahu akan kbenaran nyer. Ay

Ikram m'nyuruh sy tangung skit bebanam dgn kederat sy tgh sarat ngandung & gaji bersih hanya 1100 takat mana le sy mampu? barang2 sy tangung sdiri, nafkah?? brg dapur, bil2 n byr sewa saja ikram kuarkn duit. nk merasa pakai bj pregnant cantik2? x dpt le...

Kandungan 6 bln sy kuar dr rumah dgn izin ikram blik ke rumah family sy, sbb ikram kater dia nk ajk kawan dia msuk rumah sewa kami. supaya dpt lepas bebanan dia utk byr sewa..masa tu tuhan jerk tau mcmne prasaan sy kluar dr rumah itu dn tgglkn suami yg D syangi sorg diri. Sy balik sorg diri tanpa ikram. Then 1 day sy wat p'jumpaan d antara sy, mona, & lily. Nie smua gara2 ingin m'buka mata mereka siapa sbnr nyer ikram. Sok nyer sy trima 1 sms berbunyi 'Abg ceraikn lynn dgn talak 1' jd gila kejap sy....Kami naik mahkamah after sy abis pantang. Then kami sah b'cerai.

Tp idup mesti d truskn wpun hati sy telah hancur, remuk...sy bangkit demi ank dlm kdgn. Alhamdullilah sy selamat melahirkn ank lelaki. Skrg ia sihat d bwh jagaan sy. Ikram tidak pernah tanyakn kabar ank nyer...dia ada hulurkn duit utk ank stip bln hanya 200.

Mmg sptut nyer sy lupakn kisah hitam ini, tp ia ttp dtg melewati dlm pikiran sy. then ia b'tambah sakit sbb sy t'jumpa ikram n mona bersama...then berita yg ikram akan b'kawen ngan mona. Kalo bleh sy nk cuci otak nie, bg lupa sapa ikram n kuncu2 ikram. Sakit ati dgn ppuan yg x derk prasaan like mona!


Petua Panjang Umur

Beberapa kajian mendapati,rahsia panjang umur terletak pada senyuman seseorang itu.Semakin lebar senyuman dan semakin dalam lipatan di sekitar mata korang ketika senyum, semakin besar pula kemungkinan korang untuk hidup lebih lama.

Kaitan antara senyum dan umur panjang ini diurai dan dimuatkan di dalam journal Psychological Science.Penemuan baru ini menambah bukti lain bahawa hidup dengan kebahagiaan dan gembira memberi pengaruh kuat bagi kualiti kesihatan dan harapan hidup.

Penemuan ini merupakan hasil dari kajian yang dilakukan terhadap gambar-gambar lama.Kajian dari Wayne State University, Michigan, meneliti 230 gambar pemain liga besbol yang dicetak dengan data pendaftaran pada tahun 1952.Mereka mengambil kira maklumat dan statistik pemain, seperti tarikh lahir, berat, status perkahwinan, dan karier.


Penyelidik membuat kajian peringkat pemain berdasarkan bentuk senyuman. Ada kelompok pemain yang tak tersenyum sama sekali, tersenyum parsial (sebagian otot di sekitar mulut saja yang aktif), serta tersenyum lebar (ketawa lepas dengan gigi yang tampak, pipi yang naik, dan lipatan di sekitar mata).

Gambar-gambar ini kemudiannya dibandingkan dengan usia dan harapan hidup setiap pemain. Hasil analisis menunjukkan, 184 pemain tercatat sudah meninggal. Mereka yang masuk kategori "tanpa senyum" hidup dengan usia rata-rata 72.9 tahun.

Di antara kelompok "senyum parsial', harapan hidupnya rata-rata mencapai 75 tahun.Ada juga diantara mereka yang senyumnya paling lebar memiliki usia rata-rata 79.9 tahun atau tujuh tahun lebih panjang dari mereka yang "jarang senyum".

Kajian juga menemukan bahawa "senyuman palsu" tidak akan memberikan manafaat sama sekali kerana penambahan angka harapan hidup hanya kelihatan pada pemain yang memiliki senyuman asli yang dikenali sebagai Duchenne smiles.

Senyuman Duchenne mengaktifkan sekelompok otot di sekitar mulut dan mata.Istilah ini diungkapkan oleh seorang ahli saraf pada abad ke-19. Senyuman ini berbeza dengan senyum palsu yang hanya melibatkan otot di sekitar mulut.

Jadi,mulai sekarang marilah kira senyum beramai-ramai yer.Janganla ketat sangat muka tu.Dalam islam pun ada sebut senyum itu satu sedekah ;)

6 Negeri Di Indonesia Majoriti Penduduknya Bukan Islam

Ramai orang mengatakan sebenarnya Indonesia bukan negara Islam dan berbeza budaya, kenapa?hal ini dibuktikan secara geografik Indonesia ini sebahagian banyak yang rata-rata non muslim dan pengaruh budaya luar, namun jumlah penduduk tetap majoritinya beragama Islam.Mari kita lihat negeri manakah di indonesia yang ramai penduduknya bukan islam.


1. Sumatera Utara
Penduduk asli dikawasan ini adalah Batak, Deli, dan Nias. Agama majoritinya adalah Kristian


2)Bali
Bali terkenal sebagai pusat peranginan tercantik didunia.kaya dengan seni dan budaya. Penduduk asli adalah suku Bali,sebagian suku Using berasal dari banyuwangi.Agama majoritinya adalah Hindu.



3. Sulawesi Utara
Manado merupakan bandar negeri Sulawesi Utara.Penduduk asli adalah Minahasa, Sangihe, Talaud, Bolang Mongondow.Agama majoritinya adalah Katholik.


4. Nusantara Tenggara Timur
Penduduk asli NTT adalah Suku Sumba, Atoni, Rote, Lamaholot, Belu, dan Manggarai.Agama majoritinya adalah katholik.


5.Maluku
Maluku merupakan wilayah Indonesia timur.Penduduk asli adalah Ambon, Kei, dan Buton.Agama majoritinya adalah Protestan.


6. Papua
Papua merupakan negeri paling hujung di timur Indonesia.Penduduk asli adalah Suku Asmat, Dani, Korowai, dan sebagian besar adalah Suku Papua Nugini. Agama majoritinya adalah Kristian.

9 Pedang Nabi Muhammad SAW

Dekat bawah ni adalah pedang-pedang yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad SAW semasa hidupnya untuk berdakwah.jumlah kesemua pedang yang pernah digunakan ada 9 buah.Info ni aku dapat melalui email.Sama-sama kita check out!

1. Al Ma’thur



Dikenali sebagai ‘Ma’thur Al-Fijar’ adalah pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum dia menerima wahyu yang pertama di Mekah.Pedang ini diberi oleh ayahnya, dan dibawa semasa hijrah dari Mekah ke Medinah sampai akhirnya diberikan bersama-sama dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Thalib.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 99 cm. pemegangnya dibuat dari emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus.Dekat dengan pemegang itu terdapat Kufic ukiran tulisan Arab berbunyi: ‘Abdallah bin Abd al-Mutalib’.

2. Al 'Adb



Al-’Adb nama pedang ini bermaksud “memotong” atau “tajam.” Pedang ini dikirim kepada sahabat Nabi Muhammad SAW sesaat sebelum Perang Badar.Dia menggunakan pedang ini di Perang Uhud dan pengikut-pengikutnya menggunakan pedang ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW.Sekarang pedang ini berada di masjid Husain di Kairo Mesir.




3. Dhu Al Faqar



Dhu Al Faqar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan pada waktu perang Badar.Dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW memberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Thalib, yang kemudian Ali mengembalikannya ketika Perang Uhud dengan bersimbah darah dari tangan dan bahunya, dengan membawa Dhu Al Faqar di tangannya.

Banyak sumber mengatakan bahawa pedang ini milik Ali Bin Abi Thalib dan keluarga. Berbentuk blade dengan dua mata.

4. Al Battar




Al Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai ‘Pedangnya para nabi‘, dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi :

‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’.

Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala dari Goliath, orang yang memiliki pedang ini pada awalnya.Di pedang ini juga terdapat tulisan yang diidentifikasi sebagai tulisan Nabataean.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 101 cm. Dikabarkan bahawa ini adalah pedang yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk mengalahkan Dajjal.


5. Hatf



Hatf adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Dikisahkan bahawa Nabi Daud AS mengambil pedang ‘Al Battar’ dari Goliath sebagai rampasan ketika dia mengalahkan Goliath tersebut ketika umurnya 20 tahun.

Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS untuk ‘bekerja’ dengan besi, membuat baju baja, senjata dan alat perang, dan dia juga membuat senjatanya sendiri.Dan Hatf adalah salah satu buatannya, menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu.

Dia menggunakan pedang ini yang kemudian disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Musemum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan lebar 8 cm.

6. Al Mikhdham



Ada yang mengatakan bahawa pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudian diberikan kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan ke anak-anaknya Ali. Tapi ada khabar lain mengatakan bahawa pedang ini berasal dari Ali bin Abi Thalib sebagai hasil rampasan pada serangan yang dia pimpin di Syria.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 97 cm, dan mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin’.

7. Al Rasub



Pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya seperti layaknya bahtera (Ark) yang disimpan oleh bangsa Israel.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 140 cm, mempunyai bulatan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Ja’far al-Sadiq’.

8. Al Qadib



Al-Qadib berbentuk blade tipis yang boleh dikatakan mirip dengan tongkat.Ini adalah pedang untuk pertahanan tetapi tidak digunakan untuk peperangan.

Ditulis dipedang berupa ukiran perak yang berbunyi syahadat:

“Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah – Muhammad bin Abdallah bin Abd al-Mutalib.”

Tidak ada indikasi dalam sumber sejarah bahawa pedang ini telah digunakan dalam peperangan. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh khalifah Fatimid.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Panjangnya adalah 100 cm dan memiliki sarung berupa kulit haiwan yang dicelup.


9. Qal’a




Pedang ini dikenali sebagai “Qal’i” atau “Qul’ay.” Nama yang mungkin berhubungan dengan tempat di Syria atau tempat di dekat India Cina.Ulama negara lain mengatakan bahawa “qal’i” merujuk kepada “timah” atau “timah putih”.

Pedang ini adalah salah satu dari tiga pedang Nabi Muhammad SAW yang diperoleh sebagai rampasan dari Bani Qaynaqa.Mengikut info,datuk Nabi Muhammad SAW menemui pedang ini ketika dia menemui air Zamzam di Mekah.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 100 cm. Didalamnya terdapat ukiran bahasa Arab berbunyi: “Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah.”

Popular Posts