Home » , » Ulasan/Kritikan Filem 2 ALAM Dr Rozmey

Ulasan/Kritikan Filem 2 ALAM Dr Rozmey

Walaupun dah ditayangkan pada 27 Mei 2010,baru hari ni penuh dengan krtikan/kutukan/komen dari sahabat aku di email.Aku pun tak tengok lagi filem 2 AlAM arahan Dr Rozmey.Nak bagi komen pun tak boleh.So,aku just kongsikan komen dari sahabat aku je la.

Saya telah berpeluang menonton Filem 2 ALAM Keluaran Dr.Rozmey.Memang rasa kecewa sangat dengan filem yang digembar-gemburkan akan mencapai kutipan angka RM 40 Juta.

Berikut Adalah Kesimpulan/Penilaian Yang Boleh Dibuat Setelah Menonton Filem 2 ALAM:

1)Hanya Memakan Masa Tayangan 1 Jam 10 Minit. (Kalau Drama Kat TV Pun akan Memakan masa 1 jam 30 Minit + Iklan Jadi 2 Jam.

2)Filem ini Hanya Sesuai Untuk Tayangan Di TV je..

3)Filem 2 ALAM lebih mirip Siri Drama ' HIDAYAH ' dari Indonesia Yang Pernah Ditayangkan Di ASTRO. Malah Drama " Hidayah " adalah lebih Baik Dan Berkesan dari Filem 2 Alam.

4)Pada Permulaan Cerita, Penonton Dipaksa Membaca Falsafah-falsafah yang tertera Di Layar Hampir 5 Minit (Membosankan).


5)Penonton sebenarnya tidak tau siapa sebenarnya yang mati (Lelaki Atau Perempuan)sebab Wajah Si Mati Tidak Ditunjuk dengan Jelas. Yang Mandikan Pak Imam dan Orang2 Masjid Sedangkan Si Mati Berambut Panjang.

6)Latar belakang MUZIK amat membosankan sebab lebih kuat dari Dialog Pelakon2. Kadang2 penonton Tidak Dapat Mendengar dengan jelas dialog2 pelakon.

7)Penonton Jadi Keliru untuk fokus jalan cerita, sebab setiap scene ditukar2 sekejap Kisah Mandikan Mayat dari Rumah Sampai lah Ke Kubur yang banyak mengalami Rintangan. Memang tak logik langsung..mengusung mayat dari tengahari sampai ke tengah malam tak sampai2.

Satu lagi scene yang diselangselikan dengan kisah hidup Si Mati (ADAM - Lelaki yang Menukar Jantina menjadi perempuan dan Penyanyi/Pelacur bernama AMY.Mayatnya tidak diterima Bumi sebab Dia Murtad berkahwin dengan Mat Salleh Di luar Negara.

8)Terlampau banyak adegan2 SEX antara Amy dan Pasangan2nya. Kes Dia Dirogol Bergilir-gilir di dalam Kebun.Dan Perkataan2 lucah " MAIN Dengan Amy " dan juga aksi2 lucah yang meloya, menjijik dan memalukan. Filem ini sepatutnya diletakkan tanda (18sx).Tidak Sesuai Untuk Bawa Keluarga terutama kanak-kanak.

9)Keseluruhannya filem ni dikatakan Kurang berjaya menarik semua penonton-penonton. Sudah tentu kutipan yang dijangkakan tidak akan sampai RM 40 juta. Mungkin setakat RM 4 juta sahaja (Itu pun belum tentu lagi)

10)Ramai Penonton2 mungkin akan terdiri dari sahabat handai, saudara mara, kenalan atau pelanggan2 BODY SLIMMING di bawah Naungan Dr. Rozmey


Sinopsis Filem 2 ALAM

Seorang lelaki bernama Adam asal kampung telah berhijrah ke luar negara. Masa kecil dia pandai mengaji Qur'an dan berkawan Baik dengan Ustadz (Aaron Aziz).Ustaz sambung belajar di Mesir sedangkan ADAM berhijrah ke Eropah.Bertukar Jantina melalui pembedahan menjadi seorang perempuan yang cantik. menukar nama dari Adam jadi Amy. Menjadi Penyanyi Terkenal di Kelab Malam.Sering berbuat Maksiat dengan jantan2 yang dia suka. termasuk Bangsa Mat Salleh.

Disebabkan terlalu menyintai Mat Salleh ini Adam/Amy telah sanggup menukar agama menjadi Murtad.Mereka Berkahwin Di Gereja (Entah Di mana?).Maka Mereka berfoya2 tiap2 malam dan mabuk2.1 Malam mereka berdua telah diugut oleh 3 samseng2.Mat Salleh ni dipukul, Adam/Amy telah dirogol bergilir-gilir hingga Pengsan.Keesokannya Mat Salleh ni buat laporan Polis menyatakan dia di belasah samseng dan teman wanitanya (Adam/Amy) telah dirogol.Berita masuk suratkbar dan diketahui umum hinggalah sampai ke kampungnya.

Adam/Amy amat kecewa dengan sikap Mat Salleh Ni.Mereka bergaduh sakan hingga membawa Adam/Amy ' Membunuh Diri".Mayatnya dibawa balik ke kampung untuk disemadikan di Perkuburan Islam.Tapi berbagai halangan dan masalah yang dihadapi semasa hendak menghantar mayat dari rumah ke kubur.

Diakhir cerita mayat selamat sampai di tanah perkuburan waktu tengah malam di mana emak dan ayah si mati dah sedia menunggu di tepi kubur.

P/s : Kalau korang dah tengok filem ni,bagi la komen sikit yer ;)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts