Sinopsis Filem Damping Malam

Filem Damping Malam mengisahkan WADI dengan isterinya KU KHALIRA yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden.

Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH oleh NURAIZA.

UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.

Kisah bermula semasa minggu orientasi NURAIZA yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat WADI tetapi ada sedikit kebimbangan buat KU KHALIRA yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah NURAIZA.

Selama ini NURAIZA tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka NURAIZA jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, HASNI dan SYARIFAH. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu ERNA dan NADIA yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran.

NURAIZA belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama HASNI dan SYARIFAH. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan ERNA dan NADIA yang mahu mengenakan NURIZA, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka NURAIZA mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.

Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. NURAIZA saja yang nampak dan ia semakin menakutkan NURAIZA sehingga membuatkan NURAIZA histeria. Bagi ERNA pula itu semua lakonan dan tipu helah NURAIZA untuk tarik perhatian.

Sehinggalah ERNA dan NADIA sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. WADI dan KU KHALIRA dimaklumkan, mereka datang dan bawa NURAIZA pulang untuk merawatnya. UMI SIAH terlalu menjaga keselamatan NURAIZA maka tegas tidak benarkan NURAIZA ke asrama semula tetapi WADI tidak setuju. KU KHALIRA sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. NURAIZA beritahu apa yang dia nampak tetapi WADI tidak percaya. Apabila NURAIZA sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak NURAIZA ada di sana.

Apabila NURAIZA tidak ada semula di rumah, rumah WADI tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang NURAIZA lalu, juga menganggu penghuni rumah WADI. KU KHALIRA mengesyaki UMI SIAH ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat UMI SIAH, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu RAJA SARAH pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu.

WADI mula mengesyaki juga UMI SIAH sehingga ada insiden yang berlaku buatkan WADI percaya UMI SIAH mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau UMI SIAH dari rumah. UMI SIAH cuba terangkan keadaan sebenar tetapi WADI tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. USTAZ BAKRI ialah sahabat lama WADI sejak dibangku sekolah.

Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. USTAZ BAKRI terasa unsur negatif itu di rumah WADI dan meminta WADI banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila WADI yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM



credit to : ceritartis

Kereta Baru Peronda Polis PDRM

Polis PDRM telah melancarkan kereta baru buat polis peronda keluaran Naza iaitu model Forte.Tengok dari design pada kereta tersebut apa yang boleh dikatakan memang terbaik!

Yang tak tengok lagi tu,boleh la klik gambar dibawah untuk tumbesaran



Menurut info, PDRM juga bercadang untuk menggunakan Toyota Camry dan Kia Corento pada masa depan

P/s : Tahniah kepada team bolasepak Malaysia yang menjuarai piala AFF sebentar tadi selepas menewaskan Indonesia dengan agreget 4-2



Top 10 Dresses Anugerah Skrin 2010

Anugerah Skrin dah berlabuh tirai.Pemenang pun kita dah tau sapa.Mai kita tengok siapa yang paling anggun dan bergaya

Sila klik dekat gambaq untuk saiz besar




Lagi gambaq menarik artis pada ASK10.Layan yer ;)


Bukti Bayaran Dari 701Panduan.com

Akhirnya,bayaran yang ditungu-tunggu dari 701Panduan 'cair' juga dalam akaun aku harini.terbukti diorang ni bukan SCAM dan betul-betul membayar kepada ahlinya.Janji untuk diorang send payment pun tepat pada waktunya.

Aku tak dapat nak screenshotkan bukti payment melalui cek disebabkan diorang terus bank in duit ke akaun kita.Tidak seperti program yang lain dimana payment dihantar menggunakan cek.Bagi aku,terus transfer duit ke akaun lebih mudah dan cepat

Dibawah bukti sebelum payment dihantar kepada aku.Bukti ini bukan PALSU!ini memang betul-betul punya yer.Jangan dok kata aku nak tipu korang pulak :)



Jadi,Bagaimana nak buat duit dengan 701Panduan?

Sebenarnya,konsep program ni sama je seperti Nuffnang,Adverlets iaitu PPC (Pay Per Click) dimana kita sebagai blogger haruslah daftar dengan diorang dan letakkan code didalam blog kita.Secara automatiknya,akan keluar iklan seperti yang korang nampak dekat blog aku ni.

Berbeza sikit dengan Nuffnang,iklan dari 701Panduan sentiasa keluar tak kira siang malam.Iklan diorang pun menarik gak.No Wonder la kalau pelawat masuk blog korang tu tak klik kan?

Sebelum ni,diorang hanya bayar 0.10sen untuk 1klik.Bermula pada Disember 2010,setiap klik adalah sebanyak 0.30sen.Agak tinggi juga diorang bayar tu.Ma$$$ukkk!!!

Dari pemerhatian aku,tak ramai lagi blogger yang menggunakan servis dari 701Panduan dalam blog.Yang aku tau setakat semalam,blog yang join 701Panduan adalah www.ohtidak.com

Apa yang lebih menarik lagi,jika korang meletakkan iklan 701Panduan bersama-sama dengan nuffnang,ianya tidak menjejaskan status Glitterati korang kerana 701Panduan bukanlah competitor kepada Nuffnang.

Setiap pendaftaran yang diterima,secara automatiknya akan dikreditkan RM10 kedalam akaun korang.Banyak tu kan?

Nak cerita panjang tak cukup pulak nanti.So,adalah lebih baik korang layari website 701Panduan dan cepat2 join dengan diorang.Pendaftaran adalah percuma.Untuk mendaftar,klik je DISINI

Sharing is caring.jangan lupa kongsikan dengan semua blogger.Nak copy paste artikel aku pun boleh.Macam biasa la kasi kredit sikit yer ;)

P/s : Tengah tunggu payment dari GumGum.com pulak

Top 5 Forum Malaysia

Selain laman social seperti Facebook,Myspace,Friendster,Tagged,Twitter korang pernah tak lepak diforum?Bagi aku,lepak diforum adalah lebih baik disamping dapat menimba ilmu baru dan berkenalan antara satu sama lain.

Hasil dari kajian aku ( bukan cilok mana2 sumber),jom kita kenal 5 forum yang popular di Malaysia mengikut ranking Alexa

1) Lowyat Forum


Jika korang kaki gadjet dan juga komputer,di website lowyat lah tempat yang terbaik untuk dilayari.Selain tu,owner website ni ada menyediakan forum untuk membincangkan sesuatu topik berkaintan dengan IT.

Alexa Ranking (2010) - 14 ( www.forum.lowyat.net )

2) Cari Forum

Cari antara forum yang menyatukan semua bangsa dimalaysia.Lebih kurang macam 1 malaysia la.Bukan setakat topik dalam bahasa Melayu sahaja dibuka,admin forum tu telah buka section dalam bahasa cina dan juga inggeris.So,tak jadi masalah la kalau kita nak belajar bahasa lain.

Alexa Ranking (2010) - 15 ( www.cari.com.my)

3) Carigold Forum


Kepada kaki main saham (Forex),forum ini amat sesuai sekali untuk korang.Ramai otai Forex lepak disana.Selain topik berkaitan Forex,admin tersebut juga menyediakan topik lain seperti Gosip,isu semasa,sukan,komputer dan lain-lain lagi.

Alexa Ranking (2010) - 41 ( www.carigold.com )

4) Wangcyber Forum

Kalau teringin nak buat duit dekat internet,forum ini untuk korang.Tetapi perlu diingat,tak semua topik buat duit yang dibincangkan disana betul2 membayar kepada kita.Yang penting kaji dan juga tanya otai-otai terlebih dahulu.

Alexa Ranking (2010) - 85 ( www.wangcyber.com )

5) GengBlogger Forum

Kepada kaki blogger macam aku ni,rasanya korang mungkin dah kenal dengan website ni.Fungsi web ni adalah lebih kepada ping blog.Selain ping blog,admin web tu ada sediakan forum untuk blogger membuka sesuatu topik

( www.gengblogger.com )

Kalau korang ada forum lain untuk dikonsgikan,jangan lupa tinggalkan komen

Siapa Hana Tajima Simpson?

Hana Tajima Simpson adalah gadis kacukan japan british dan telah memeluk islam kira-kira 5 tahun lepas (2005). Berusia 23 tahun dan merupakan Fashion Designer. Antara pakaian artis yang telah direka oleh Hana adalah Yuna dan ramai lagi.

Untuk pengetahuan semua, Hana Tajima sudah pun berkahwin. Minta maaf buat masa sekarang gambar suami Hana masih tidak didedahkan kepada umum.

" Saya mula mengenali Hana melalui twitter" - Yuna

Hana Tajima juga merupakan pengasas brand Maysaa London





Lagi gambar Hana untuk tontonan umum...




Video tutorial oleh Hana...



Sedikit info mengenai Hana Tajima...

My name is Hana Tajima-Simpson, I'm 23, with a Japanese father and English mother. I have a pretty mixed background, both my parents are artists, so I grew up in a really creative environment. I didn't study fashion for that long, and although I am a self-confessed geek I never really got along with formal education.

I didn't want to lose my love of designing, so I left the fashion course I was on. It's less of a contradiction than it sounds!


Info lanjut, layari website Hana Tajima

Popular Posts