Penumpang MH370 Philip Wood Minta Tolong Dari Diego Garcia?

Selepas pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370 di Media Social, Surat Khabar dan lain2 lagi, pesawat itu masih belum ditemui sehingga sekarang. Hampir 3 minggu sudah berlalu.

Tidak perlu diceritakan lagi mengenai MH370 secara terperinci dan aku yakin korang semua dah tau berita ini dari hari pertama hilang sehingga sekarang. Dalam artikel ini aku cuma nak kongsikan berita terbaru yang mungkin ada kaitan dengan kehilangan pesawat ini.

Melalui forum www.4plebs.org , salah seorang daripada penumpang MH370, Philip Wood yang juga pekerja syarikat komputer terkenal dunia, IBM telah meminta pertolongan disana. Dia mendakwa pesawat telah dihijack dan sekarang berada di Diego Garcia, Amerika Syarikat.

I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.
Didalam forum tersebut, Philip Wood telah memuat naik sekeping gambar hitam sebagai profil gambarnya.

Dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisa data exif dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap menghasilkan maklumat dibawah.

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East ( -7.316197, 72.426544 )



 dibawah pula adalah visual dari saksi yang melihat kelibat MH370 di Diego Garcia.

 Melalui post terakhir di forum tersebut, antara yang menarik ditulis selepas diterjemahkan dalam bahasa

"jika menggunakan photoshop dan zoom gambar tu, memang benar ada bayangan yang samar-samar."

"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "
Gambar Profil (avatar) :



Tarikh Gambar Profil Diupload : 18 Maret 2014)


Kamera Yang Digunakan



GPS






Senarai Nama Penumpang Didalam Pesawat MH370










BN Cuba Menipu - Pembaca Berita TV3



Inilah video yang telah menjadi viral difacebook sejak pukul 9malam tadi selepas pembaca berita TV3, Pang Chin Fei telah tersasur menyebut BN CUBA MENIPU didalam ucapannya selepas Najib Razak berucap.

Tengoklah sendiri video dibawah. Minit ke 1:40. Tak tahu apa nasib si pembaca berita nih esok. Mungkin dikenakan tindakan ataupun terus dipecat.

Isu ini sangat sensitif so berhati-hati lah dalam memberikan sebarang ucapan.


Mesej Rasulullah dan Nelson Mandela - Dr Mashitah Ibrahim


PEMIMPIN dan masyarakat dunia berasa kehilangan Nelson Mandela yang meninggal dunia awal bulan ini.

Dipenjara 27 tahun dan kemudian menjadi Presiden Afrika Selatan, beliau akan dikenang sejarah kerana toleransi dan keikhlasannya mengampunkan rejim aparteid yang menekan rakyat kulit hitam negaranya begitu lama. Walaupun secara peribadi beliau dianiayai, Mandela tidak berdendam.

Mesej keamanan yang dibawanya telah mempercepatkan proses perpaduan nasional di republik itu. Toleransi dan sikap pemaaf yang ditunjukkan Mandela adalah nilai universal yang Islamik kerana Islam adalah ajaran yang sangat cintakan perdamaian.

Bagi umat Islam, tiada contoh lebih baik daripada Nabi Muhammad SAW. Hakikat ini diakui bukan saja oleh sarjana Muslim tetapi juga cendekiawan dan tokoh sejarah Barat/Kristian. Stanley Lane-Poole, dalam buku The Speeches and Table Talk of the Prophet Mohammad, menyatakan kekagumannya dan memuji sikap toleransi Rasulullah SAW ketika Fath Makkah.

Katanya: “The day of Mohammad’s greatest triumph over his enemies was also the day of his grandest victory over himself. He freely forgave the Koraysh all the years of sorrow and cruel scorn in which they had afflicted him and gave an amnesty to the whole population of Mecca (the city of his bitterest enemies)...The army followed his example, and entered quietly and peacefully; no house was robbed, no women insulted.”

Thomas W Arnold (The Preaching of Islam, Ashraf Press, Pakistan, 1968) dan ‘Abd al ‘Aziz ‘Uthman al-Tuwayjiri (Al-Islam wa al-Ta’ayusyi Bain al-Adyan fi Ufuq al-Qarn al-Hadi wa al-‘Isrin, Morocco, 1998) menolak tuduhan bahawa penyebaran dan perkembangan Islam yang begitu pesat adalah melalui perang atau secara kekerasan. Satu contoh klasik ialah ketika Sultan Salahuddin al-Ayyubi (1169-1193H) menakluki Palestin pada 1187 dan menguasai semula wilayah Baitulmaqdis yang berada dalam tawanan tentera Salib sejak 1099.

Beliau tidak membalas dendam atau membunuh tentera Salib walaupun mereka telah membunuh begitu ramai pejuang Islam sepanjang 88 tahun. Hugh Goddard dalam buku A History of Christian-Muslim Relations (Edinburgh University Press Ltd, Edinburgh, 2000) memetik seorang saksi, Raymond of Aguilers, yang berkata dia terpaksa berjalan di celah-celah mayat tentera Islam yang bergelimpangan. Lebih 40,000 dibunuh dalam tempoh dua hari, darah yang mengalir mencecah ke paras lutut.

Ditanya kenapa beliau tidak membalas dendam, Salahuddin menjawab: “Sesungguhnya agama ku melarang menyeksa sesiapa pun. Hati murni ku juga mencegah aku daripada melakukan pembalasan sebagaimana yang telah mereka lakukan kerana agama kami melarang kami membalas perbuatan kejam sebagaimana yang dilakukan musuh kami. Kami diperintahkan agama menepati janji, memaafkan perbuatan buruk mereka dan melupakan kekejaman yang pernah dilakukan ketika berkuasa.”

Banyak petunjuk dalam al-Quran yang menyeru kepada toleransi, termasuk dalam soal keagamaan dalam masyarakat majmuk. Toleransi dalam ajaran Islam membawa kepada perpaduan, keharmonian dan kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat.

Islam mengajar umatnya menghindari perbuatan yang boleh mencederakan orang lain atau menimbulkan ketidakadilan. Al-Qurtubi berkata kekufuran seseorang bukan penghalang untuk mereka mendapat keadilan. (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, Dar al-Kutub al-Ilmiah Jilid III, 1996).

Ayat 99 Surah Yunus, Ayat 256 Surah Al-Baqarah, ayat 8 Surah Al-Maidah dan ayat 108 Surah Al-An’am sering diguna untuk membuktikan prinsip toleransi dan keadilan dalam Islam. Umat Islam dilarang mencerca sembahan penganut agama lain, sebagaimana kita juga tidak mahu menganut agama lain menghina Islam. Paling ideal ialah apabila pihak Muslim dan bukan Muslim sama menghayatinya.

Kita tidak mahu lagi melihat peristiwa seperti bangkai babi dalam masjid, kepala lembu dipijak, gereja dibakar atau serangan ke atas kuil Hindu yang pernah berlaku di Kerling, Selangor 34 tahun lalu. Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik.

Lakukanlah kebaikan selama dan selagi ia tidak menyentuh soal akidah. Akidah yang benar adalah yang bebas daripada unsur kebatilan dan kesyirikan. Moga-moga dengan cara ini, kita akan dapat kembalikan kejernihan dan perpaduan dalam masyarakat kita yang majmuk ini

#Sinar Harian

Misteri Gunung Jerai

Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.



''Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? '' Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.



En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.



Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. '' Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi,'' pinta Rasidah lagi.



En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.





Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.



adi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.



'Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…'' rayu Rasidah, tinggi suaranya.



Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian !



Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan,'' kata Rasidah lagi.



Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?



Lalu beliau cuba menakut-nakutkan mereka. En.Ramli katakan yang hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, atau dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.



''Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada !'' jawab Rasidah. Ah! En.Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu ? Siapa pula puteri itu ?



Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga En.Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. ''Puteri Delima. Puteri Delimaaaa !! '' beliau terpaku. Siapa yang bercakap ? Darahnya mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak datang, fikirnya berulang.



''Sayalah Puteri Delima !'' kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. ''Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee… ! Saya nak jumpa tok wan ! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!! '' kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.



En.Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, beliau terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.



Esoknya En.Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan beliau, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas.



Pada pengalaman En.Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.



Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka cepat-cepat beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib.



Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.



Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.



En.Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ.



Sebenarnya En.Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, beliau diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.



''Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,''kata En.Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.



Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi.



Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang telah terjadi ?



En.Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu ? Mesti ada sebab yang lain.



En.Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan- hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.



Beliau juga selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.



Di pinggir air terjun pula, kata En.Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. En.Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap.



Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. “Ini kerja bunian,” berkali-kali dikatakan begitu.



Oleh kerana itulah En.Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala mungkin akan menimpa.



''kalau ada apa-apa perkara yang pelik berlaku, jangan tegur. Lebih baik, diam ! Kalau ternampak benda-benda yang ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian '' pesan En.Ramli.



Gunung itu sering 'mengambil nyawa' manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi En.Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. En.Ramli percaya semua itu angkara bunian.



Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa En.Ramli, dia akan berpesan, ''hati-hati. Jangan main-main dengan pengunggu Gunung Jerai ini. Tempat ini keras ! ''



P/s : Aku sendiri penah ada pengalaman semasa berkempen di Gunung Jerai.Kalau korang teringin nak rasa pengalaman tu, datang sendiri ke Gurun,Kedah.Tapi ingat, jangan CAKAP BESAR!



SOURCE

Kenali Forum Cari.com.my

CARI.com.my @ CARI Internet Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat Malaysia yang diasaskan beroperasi di laman enjin carian pertama negara dan laman web portal, bersama-sama dengan Flowers.com.my iaitu sebuah laman web menjual bunga secara online.

CARI Forum adalah forum yang menggabungkan 3 versi bahasa iaitu( Cina, Melayu & English) untuk membincangkan sesuatu topik yang dibuka

Diasaskan oleh oleh Liew Chew Keat pada tahun 1996 dan menjadi salah seorang terkaya di negara malaysia dengan menerima RM2.5 juta (USD 657,808) dalam pembiayaan modal dari AKN.com pada tahun 2000 sebagai pertukaran untuk kepentingan 15%, yang kemudiannya dipindahkan ke Swansoft Technologies.

Pada tahun 2003, CARI Internet mengumumkan pelancaran website yang dibangunkan menggunakan E-Commerce @ E-Dagang platform, yang bekerjasama dengan sistem Payment Sdn. Bhd Pada tahun 2008.

CARI mengumumkan satu perkongsian dengan restoran tempatan Startup FoodStreet, yang diasaskan oleh ahli teknologi tempatan dan makanan iaitu Aidan Lee

Mengikut ranking website popular pada Oktober 2010 (Alexa) , cari.com.my adalah laman web yang ke-19 yang paling popular di kalangan 17 juta pengguna internet diMalaysia apabila menerima pelawat unik sebanyak 5 juta setiap bulan pada tahun 2009 iaitu 70% dalam versi bahasa Cina.

Mengikut ranking Alexa 2011, forum CARI berada di tangga yang ke-16 website paling popular diMalaysia dan merupakan antara forum yang paling popular berbanding forum Carigold,Wang Cyber dll.

Website : www.cari.com.my
Reference : http://en.wikipedia.org/wiki/Cari_Internet
Alexa Ranking : http://www.alexa.com/topsites/countries/MY

Malaysia Tersingkir Kelayakan Piala Dunia


Malaysia tersingkir daripada saingan kelayakan Piala Dunia 2014 selepas sekadar seri 1-1 dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Singapura mara ke pusingan ketiga dengan agregat 6-4.

Gol dijaringkan oleh Safee Sali min 59 dan singapore min ke 72

Fakry dilayangkan kad merah pada minit2 akhir permainan.

"TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"



P/s : Kenapa la Rajagopal tak bawa masuk Badrol Baktiar?yang p bawa masuk Fakry tu buat apa!apeee ponn tak boleh!


Dr Asri - Warkah Terbuka Kepada Anggota Polis

Terharu aku baca warkah dari Ustaz Asri kepada anggota polis yang dihantarkan kepada laman web malaysiakini.Setiap ulasan beliau dalam artikel ini memberi maksud yang amat mendalam.

Wahai anggota polis sekalian, cuba luangkan masa untuk membaca artikel ini.Sama2lah kita jadikan iktibar dan panduan



Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jul 26, 11
3:57pm


Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Top 5 Forum Malaysia

Selain laman social seperti Facebook,Myspace,Friendster,Tagged,Twitter korang pernah tak lepak diforum?Bagi aku,lepak diforum adalah lebih baik disamping dapat menimba ilmu baru dan berkenalan antara satu sama lain.

Hasil dari kajian aku ( bukan cilok mana2 sumber),jom kita kenal 5 forum yang popular di Malaysia mengikut ranking Alexa

1) Lowyat Forum


Jika korang kaki gadjet dan juga komputer,di website lowyat lah tempat yang terbaik untuk dilayari.Selain tu,owner website ni ada menyediakan forum untuk membincangkan sesuatu topik berkaintan dengan IT.

Alexa Ranking (2010) - 14 ( www.forum.lowyat.net )

2) Cari Forum

Cari antara forum yang menyatukan semua bangsa dimalaysia.Lebih kurang macam 1 malaysia la.Bukan setakat topik dalam bahasa Melayu sahaja dibuka,admin forum tu telah buka section dalam bahasa cina dan juga inggeris.So,tak jadi masalah la kalau kita nak belajar bahasa lain.

Alexa Ranking (2010) - 15 ( www.cari.com.my)

3) Carigold Forum


Kepada kaki main saham (Forex),forum ini amat sesuai sekali untuk korang.Ramai otai Forex lepak disana.Selain topik berkaitan Forex,admin tersebut juga menyediakan topik lain seperti Gosip,isu semasa,sukan,komputer dan lain-lain lagi.

Alexa Ranking (2010) - 41 ( www.carigold.com )

4) Wangcyber Forum

Kalau teringin nak buat duit dekat internet,forum ini untuk korang.Tetapi perlu diingat,tak semua topik buat duit yang dibincangkan disana betul2 membayar kepada kita.Yang penting kaji dan juga tanya otai-otai terlebih dahulu.

Alexa Ranking (2010) - 85 ( www.wangcyber.com )

5) GengBlogger Forum

Kepada kaki blogger macam aku ni,rasanya korang mungkin dah kenal dengan website ni.Fungsi web ni adalah lebih kepada ping blog.Selain ping blog,admin web tu ada sediakan forum untuk blogger membuka sesuatu topik

( www.gengblogger.com )

Kalau korang ada forum lain untuk dikonsgikan,jangan lupa tinggalkan komen

(Memalukan!)Couple Cium Depan Public

Malas nak komen sangat.Korang komen la sendiri.Apa yang boleh aku cakap MEMALUKAN BANGSA MELAYU + ISLAM!





P/s : Depan public pon jadi kerja.Cover la sikit kawan.ini bukan amerika!

Apa Dah Jadi Dengan Bangsa MELAYU?


Agenda politik yang tiada penghujungnya,harga barang naik,melayu sama melayu bergaduh,pukau sana sini,bunuh sana sini,rasuah sana sini,dan macam-macam lagi la isu yang terjadi dekat bangsa melayu kita sekarang ni!

Aku sebagai orang melayu + islam bukan nak salahkan bangsa kita,tetapi bila difikirkan balik memang orang melayu kita dah makin mundur dizaman pemerintahan 1 Malaysia!(tak ada niat nak perli pemimpin kita )

Tujuan aku tulis artikel ni bukan nak mensasikan blog ini,tetapi sekadar ingin berbincang sesama kita (melayu) macam mana perkara sebigini boleh berlaku.Artikel ini aku selitkan sekali dengan artikel perbicangan sahabat-sahabat diemail aku.


Kita makin tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan. Jika barang mewah atau barang kurang perlu naik harga tak lah kita kisah sangat. Tetapi barang makanan semakin naik harga. Gula, tepung dan beras yang terkawal harganya naik sedikit demi sedikit. Caj perkhidmatan seperti tol , pengangkutan dan lain-lain juga turut naik. Bank juga semakin tidak bertimbang rasa. Kalau dulu kereta cuma akan ditarik selepas 4 atau 6 bulan kini 3 bulan sudah kita terima akibatnya. Pinjaman juga semakin susah untuk diperolehi. Peniaga makin kekurangan modal lalu pelanggan menerima akibatnya.

Oleh Melayu kini tidak lagi mudah untuk berurusan dengan bangsa-bangsa pendapatan. Orang Cina sudah tidak lagi berminat untuk sewakan premis mereka kepada orang Melayu. Bagi peniaga pula sangatlah susah untuk mendapat kredit jangkapanjang dari pembekal barangan dagangan dari bangsa asing. Orang Melayu sudah dikategorikan sebagai bangsa yang tercorot dalam carta golongan yang boleh diberi kemudahan untuk perniagaan.

Pekerja menerima upah yang rendah berbanding dengan perbelanjaan bagi menguruskan kehidupan. Gaji 2 ribu sebulan sudah tak ada nilainya lagi. Kakitangan kerajaan yang sebelum ini boleh dikatakan sebagai pekerja yang selesa dari segi upah dan gaji kita hanya cukup makan. Akibatnya rasuah berleluasa. Nak minta borang pun kadang kadang kena ada under table, belum lagi memohon kelulusan.

Orang Melayu hanya nampak bergaya dari segi kulit luaran. Mereka sebenarnya hidup atas belas ehsan bangsa pendatang. Jika makan gaji hanya cukup makan. Nak berniaga mana nak dapatkan modal ? . Nak harapkan kementerian pembangunan usahawan sudah pun kena pancung. Nak harapkan Tekun, mereka pun sudah kering tabung. Nak harapkan MARA entah bila wang akan turun. Nak harapkan SMIDEC , setelah diitukarkan nama kepada SMICorp hala tujunya bukan lagi untuk bantu orang Melayu.

Makin tertekan hidup rakyat Melayu ditanah tumpah darah mereka sendiri. Bangsa asing kini menguasai semua sektor ekonomi. Harga barang dan perkhidmatan bukan lagi ditentukan oleh kerajaan tetapi dikawal oleh pedagang-pedagang bangsa asing yang dulu hanya menumpang mencari rezeki ditempat kita.

Dimana orang Melayu selepas ini ? Bergerai dipinggir-pinggi jalan. Menjual nasi lemak dan goreng pisang. Perniagaan apa orang Melayu selepas ini ? MLM dan direct selling dan bergantung pada logo halal dan kesucian barangan buatan muslim. Mengharap tender-tender kerajaan yang semakin hari semakin kurang. Berebut satu tender hingga 200 ke 300 syarikat mengambil bahagian. Setelah dapat , jika ada modal memang tak mencukupi. Pergi ke bank untuk ambil pinjaman, macam-macam alasan dan syarat dikenakan hingga terpaksa meminta dan merayu macam pengemis. Selepas beberapa ketika pinjaman tak diluluskan. Akhirnya menggadai projek kepada syarikat bangsa asing. Jadi apa dengan syarikat Melayu bumiputera itu ? Sekadar dapat menambah senarai pengalaman menjalankan projek didalam profail. Pengarah dapat sedikit habuan dari jualan projek, kakitangan semakin dikurangkan kerana mereka tidak lagi diperlukan.

Kemana kita selepas ini ? Terus mengemis di tanah air sendiri ? Wang kita sudah terkumpul sepenuhnya ditangan bangsa yang dulunya menumpang disebelah rumah kita. Melayu nak buat apa sekarang ? Berdebat di stadium, berebut jawatan. Bercakap degar-degar di TV di radio. Berhujah tentang ketuanan Melayu . Tuan apa bendanya ? Tuan kepada orang Melayu sendiri ? Tapi tanah air sendiri bertukar tangan. Tuan kita bukanlah lagi orang kita.

Jika berhujah mengenai agama seolah-olah kita adalah paling Islam dari orang Islam yang lain. Golongan itu tak betul golongan ini tak betul. Fahaman itu tak betul, fahaman ini tak betul. Tercapailah hasrat para kapitalis untuk meletakkan orang Islam didalam kelompok mereka sesama Islam untuk berdebat dan berhujah mengenai agama mereka. Soal ekonomi dan sosial dilepas pandang. Akhirnya orang Melayu Islam terperosok dalam surau dan masjid, terus menerus berdebat mengenai fahaman dan amalan.

Selepas penat berdebat dan berhujah keluarlah beramai-ramai menjamu selera di kedai India. Sebelum balik kerumah singgah membeli barangan keperluan keluarga di kedai Cina.

Nak kemana kita selepas ini ? Dimana nak letakkan anak cucu kita selepas ini ?


aku yakin artikel ini kalau bangsa lain baca,mesti depa semua akan 'gelak besar' dengan bangsa KITA!tetapi kita jangan salahkan depa.kita kena tanya pada diri kita sendiri macam mana perkara sebegini boleh berlaku!

Kepada korang yang berasa korang bangsa MELAYU,ayuh sama2 tinggalkan komen dan bincang apa yang patut demi bangsa MELAYU!

Popular Posts