Home » , » 8 Tanda Menikahi Lelaki Yang Salah

8 Tanda Menikahi Lelaki Yang Salah

Claire Lindsey, mengatakan, "Jika saya boleh memberikan nasihat kepada calon pengantin perempuan atau laki-laki, yang berfikir bahwa mereka merasa melakukan kesalahan dengan menikah, dengarkanlah tanda-tanda ini. Jangan pernah mengabaikan tanda peringatan seperti ini," katanya kepada Daily Mail.

Untuk mengenali adakah korang menikahi lelaki yang salah, berikut tandanya:

1. korang tidak tertarik dengannya

Ketertarikan fizikal amat penting. Jika korang tak berhasrat melepaskan 'bajunya', tandanya korang tak menginginkannya.

2. korang lebih berjaya darinya

Kalau pekerjaan korang atau level pendidikan korang lebih tinggi dari pasangan, ini bukan jadi masalah besar. Namun, ketika korang merasa malu atas diri pasangan, dan korang merasa tak selesa kerananya, jangan pernah menikahinya.

3. Si dia membuat korang tak selesa

Sikap pasangan yang membuat korang merasa tak selesa adalah salah satu petanda. Ketika si dia membuat korang merasa tidak menarik dibandingkan dengan perempuan lain di sekitar korang, fikirkan lagi untuk menikahinya.

4. Si dia terlalu berkuasa

Jika pasangan korang jenis mengongkong, fikirkan apakah korang mahu benar-benar menikahinya? korang tentu tak selesa ketika semua kegiatan korang si dia selalu awasi sampai tiada ruang lansung untuk kita. Atau korang wajib mengikuti perintahnya untuk menjalankan apa pun aktiviti rutin seharian

5. Tak mahu berkomunikasi

Komunikasi merupakan kunci keberhasilan hubungan pernikahan. Cuba kenali, jika saat ini pasangan korang tak terbiasa berkomunikasi, berkongsi cerita, berkomunikasi, mungkin suatu saat ia akan berubah. Namun, jika korang melihat si dia tak mahu berubah dan enggan berkomunikasi dengan korang, sebaiknya fikir kembali soal pernikahan. Menikahlah dengan lelaki yang suka berkomunikasi, korang takkan pernah menyesal.

6. Tak mampu bersikap humoris

Ketika pasangan boleh lalui masa susah dan senang bersama, hubungan pernikahan akan berjalan lancar, termasuk ketika pasangan menikah boleh sama-sama tertawa meskipun sedang susah. Keserasian inilah yang diperlukan untuk pasangan menikah. Jika pasangan korang terlalu serius dan tak pandai menceriakan suasana, fikirkan kembali mengenai soal pernikahan.

7. Si dia berbohong

Kebiasaan berbohong menjadi petanda bahawa si dia bukan pasangan yang tepat untuk korang. Pasangan yang suka berbohong menjadi salah satu petanda bahawa ia bukan lelaki yang tepat untuk dinikahi.

8. Keluarga tak menyukai

Hubungan korang dan si dia memang personal. Namun, penilaian keluarga atau orang terdekat juga penting. Jika orangtua korang atau orang lain melihat ada yang salah dengan pasangan korang, cubalah pertimbangkan kembali. Boleh jadi penilaian orang lain lebih positif

Sumber: Shine

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts