Home » , , » Kenapa Orang Melayu Kurang Berjaya Dalam Perniagaan ?

Kenapa Orang Melayu Kurang Berjaya Dalam Perniagaan ?

Kenapa bangsa melayu lebih mundur dari bangsa lain contohnya cina dari segi ekonomi?kalau nak mengata melayu, kitapun melayu juga, tapi memang sikap melayu semulajadi kot yang tak boleh maju dalam perniagaan? ( tak ramai)

Aku terfikir nak buat entry ini selepas balik berjumpa dengan bekas pensyarah aku dikolej dulu.Sembang punya sembang,dia buka cerita ada buat share partner dengan seorang taukey minyak ni untuk buka bisnes cyber cafe.Mula2 tu ok la kan bisnes maju pelanggan pun ramai.Makin lama makin 'gelap mata' si taukey minyak ni dengan RM.Duit ke mana modal ke mana.Gayanya nak lebih dan nak jadi 'sorang' dalam apa bisnes tu.Lastly,pensyarah aku ambil keputusan nak keluar dari partner dengan orang yang macam tu.Apee pun tak boleh..!!!

Point yang aku nak kongsikan dekat sini juga ada kaitan dengan tajuk entry aku hari ini.Tadi buka email, ada perbincangan dari member aku disana berkenaan tajuk Kenapa orang melayu kurang berjaya dalam perniagaan?Aku berminat untuk share dengan korang 1 kisah member aku ni selama dia bekerjasama dengan bangsa melayu sendiri.Jom sama-sama kita baca..

Dari : En Hamden Yahaya
Tarikh : 29.7 2011

Saya fokus dan menjaga semua aspek perniagaan. Customer is always right,syarikat cukup capacity, delivery on time, produk yang unik dan diperlukan, operasi pemasaran secukupnya, website sangat class, kualiti terjaga, tidak boros, tidak kedekut, selalu upgrade knowledge, network yang agak besar dan segala blah blah dalam buku dan practice. Kebanyakannya customer kami ialah kawan-kawan, kawan pada kawan dan good pay-master pulak.

Saya dah takda sebab untuk gagal TAPI GAGAL JUGAK. Biar saya bentangkan kenapa:

1. SYARIKAT A. Rakan-kongsi bawa lari projek besar kepada syarikat Pak Saudaranya dan juga kepada syarikat kawannya yang lain. Projek kecik dengan syarikat kita. Apabila saya dapat tahu pengkhianatan ini RED-HANDED, saya keluar dari syarikat perkongsian ini dan bawak diri ke luar negara. Saya kenal dia lebih dari 10 tahun dan amat rapat semasa bekerja di dalam satu syarikat. Ada sekali-sekala dia buat khianat kecil terhadap saya, saya maafkan. Tapi bagi saya kali ini adalah khianat besar. Nak kaya cepat, maka mengelat dengan saya. Lepas 1 tahun, syarikat tu bungkus. Perwatakan dia ni macam wali-wali makam tinggi. Saya mengadu kat Allah di depan pintu Kaabah pasal mangkuk tu. Sekarang dia nak berjalanpun terpaksa bertongkat walaupun umur masih muda.

2. SYARIKAT B. Dua orang rakan-kongsi curi duit syarikat berdikit-dikit kerana saya amanahkan pengurusan kewangan dan operasi pada mereka. Saya banyak bawa pelanggan dari network saya. Curi punya curi, tiba-tiba mereka stuck tak dapat supply pelanggan. Untuk menjaga nama saya, saya terpaksa keluar beratus ribu untuk cover dan bayar hutang-piutang. Kemudian saya tutup syarikat. Group ini berjanggut berkopiah dan saya kenal mereka berbelas tahun. Kalau cakap macam pijak semutpun tak mati. Setiap baris ayat ada sebut Allah. Oleh itu saya mengadu kat Allah pasal mereka di Kaabah. Salah seorangnya kini tunggu ajal kerana sakit tenat berpanjangan. Seorang lagi hidup merempat.

3. SYARIKAT C. Saya diminta propose, close deal dan implement projek antarabangsa yang lumayan oleh sebuah syarikat. Ini projek luarnegara pertama bagi mereka. Pelbagai imbuhan dipersetujui oleh semua pengarah dan dimeterai dalam perjanjian. Mereka ni kira orang baik-baik sebab ada yang dah haji dan semuanya solat jemaah. Setelah selesai, berjaya dan dikagumi oleh pelanggan, mereka mungkir janji dengan saya beberapa imbuhan penting. Saya mengadu pada Allah hal mereka semua ni di Kaabah. Mereka ditipu oleh seorang dengan jumlah berpuluh kali ganda banyaknya sehingga syarikat hampir rebah. CEO syarikat hampir diguling keluar.

Serupa aje format kuat mengelat kumpulan Melayu tersebut. Bukan saya seorang aje kena. Ada banyak jugak yang saya deal dengan peniaga Melayu yang lebih kecil, malangnya mereka pun serupa jugak kuat mengelat. Sebelum berjaya, mereka tersengeh-sengeh dan beriya-iya. Setiap hari pick-up saya dan hantar pulang. Setelah tertunai hajat, mereka khianat, membohong, mengelat dan mungkir janji.

Setiap kali pengkhianatan mereka, hidup saya jadi amat susah sehinggakan tiba musim saya terpaksa berhutang-piutang setiap bulan dengan bank.

Satu kali tu sehingga tinggal RM7 aje dalam poket saya, sedangkan anak-anak nak pergi sekolah esokpun tak cukup. Nak beli barang dapur pun tak dapat. Jadinya saya pergilah berjumpa dengan seorang rakan Melayu yang pernah saya bantu sehingga menjadi kaya-raya. Dia dapat supply system kepada beberapa local council. Technologypun saya yang cadangkan semasa dia dibuang kerja. Tapi hampa sebab saya dihalau keluar dari pejabat hanya kerana ingin mencari pekerjaan dengannya. Bukan saya nak berhutangpun. Kini syarikat dia ni dah lingkuppun dan dia terpaksa jual barang MLM serta ambil duit poket dari bini.

Saya tetap berdoa pada Tuhan untuk menggantikan peristiwa pahit dengan kemudahan rezeki. Saya tak pernah rasa hiba sehingga dihalau keluar pejabat kerana memohon kerja dengan kawan sendiri. Sedih betul. Waktu saya kena halau itu adalah waktu Asar dan saya terus ke Masjid Jamek KL memohon bantuan dari Tuhan sehingga Isya. Apa lagi yang saya boleh buat masa rock-bottom ni. Nak balik rumahpun malu jumpa anak dan isteri yang saya sayang. Lepas Isya' saya dapat panggilan untuk buat tugasan dari Saudi Arabia dengan bayaran cukup untuk hidup berbulan-bulan lama.

Cabaran yang saya hadapi, saya bersyukur, tidak beritahu sesiapa untuk beberapa bulan dan terus mengadu pada Allah terlebih dahulu. Kesannya, mangkuk-mangkuk tu semua dapat balasan yang sesuai. Saya diberi kefahaman tentang manusia dan kesedaran dari kobodohan diri sendiri. Pengalaman saya menjadikan saya lebih kuat dan lebih matang.

Tapi jangan kita sangka kita dah pandai, sebab penipu lagi pandai dan sentiasa upgade knowledge mereka. Oleh itu, kita perlu menghadirkan diri kita kepada Allah dan melakukan doa-doa perlindungan yang sesuai. Tawakkal 'alallah.

Sebagai kesimpulan, kegagalan berpunca dari banyak perkara. Selagi tak gagal susah nak berjaya. Bila hampir berjaya, berjaga-jaga dari hasad manusia dengan rahmat perlindungan dari Allah. Apabila sampai pada matlamat, beri rahmat kepada orang lain pula supaya barakah dalam rezeki. Dengan itu dapatlah hidup dan mati dengan rahmat dari Allah.

P/s : Aku suka tengok cara orang cina bekerja.mereka rajin dan tidak pernah kenal apa itu penat!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts