Tak mahu puasa di bulan Ramadhan? Tak mau haus dan lapar dari terbit fajar sampai maghrib? Ingin makan makanan sedap2 di siang hari di bulan puasa? Boleh, asalkan korang termasuk golongan yang berikut
1. Musafir
Seorang yang melakukan perjalanan jauh, mendapatkan keringanan untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
Allah عز وجل berfirman:“Maka barang siapa di antara kalian ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (QS. Al-Baqarah:184)
2. Orang yang sakit
Jika sakit yang diderita seseorang akan bertambah parah dengan berpuasa atau susah sembuh, atau boleh mengakibatkan kematian, maka dalam hal ini ada keringanan untuk tidak berpuasa.Dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah firman-Nya pada ayat di atas.
3. Wanita haid dan nifas
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Bukankah wanita bila haid tidak solat dan berpuasa? Mereka para wanita menjawab, “Tentu. ” (HR.Bukhari dari Abu Said Al-Khudri radhiyallahu’anhu)
Wanita yang haid dan nifas bukan hanya diperbolehkan berbuka puasa, bahkan wajib baginya untuk berbuka puasa. Ulama telah sepakat bahawa wanita yang haid dan nifas tidak dibolehkan untuk berpuasa, walaupun ia tetap berpuasa, maka puasanya tetap tidak sah.
4. Orang Tua
Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Atha, ia mendengar Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما membaca ayat: “Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankan puasa, (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin.” (QS.Al-Baqarah:184)
Berkata Ibnu ‘Abbas, “Ayat ini tidak mansukh (dihapus) hukumnya, ia untuk lelaki dan perempuan lanjut usia yang tidak mampu untuk berpuasa, maka hendaklah keduanya memberi makan setiap harinya kepada orang miskin. “
5. Wanita hamil dan menyusui
Dari Anas Bin Malik رضي الله عنه, ia berkata, ” Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda kepadanya, “Mendekatlah, aku akan ceritakan kepadamu tentang masalah puasa. Sesungguhnya Allah تبارك وتعالى menggugurkan setengah shalat atas musafir dan menggugurkan kewajiban puasa atas orang hamil dan menyusui. ” (HR.Abu Daud dan Ibnu Majah dll)
Jadi,jika korang termasuk dalam kategori golongan diatas silakan berbuka puasa dengan segera :)
Tak Mau Puasa?
Posted by Unknown
on 9:08 AM
0 comments:
Post a Comment