Home » , » Sinopsis Drama Cinta Elysa

Sinopsis Drama Cinta Elysa

First time aku tengok promo drama ni dekat TV3 semalam, aku rasa dah macam tak sabaq nak layan.Tengok pelakon dia pun boleh tahan gak Johan Arif @ Johan Juvana hero.Muka gansgter hati kiut.hahahaha!!

Drama yang dimuatkan dalam Slot Lestary TV3, 13 episod akan menampilkan pelakon seperti Zila Bakarin,Ayam Juvana (Adam Shah),Dato Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.Drama ni diterbitkan oleh Suhan Movies.

Sinopsis Cinta Elysa

Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).

Jasman bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.

Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa ( Johan dalam hati ada taman..hehehe).Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya.

Elysa pada mulanya tidak suka kat Aril dek sikap Aril yang samseng.Namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril

Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa diri bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok.

Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik.Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.

Korang rasa Johan ni ada chemistry tak bila digandingkan dengan Fasha?Sama2 kita tunggu tayangannya pada 13 September 2011,di slot Lestary TV3 jam 9 malam :)

Oh ya, drama ni akan memuatkan lagu Kisah Dongeng nyanyian Stacy.Memang tacing habis la kot nanti kan?huhuhu

LIRIK LAGU STACY KISAH DONGENG

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

Belum pernah aku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

P/s : Jom la like ramai2 fanpage Cinta Elysa http://www.facebook.com/pages/Cinta-Elysa-Slot-Lestary-TV3/282197425130475

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts