Selepas berakhirnya drama Soffiya, Slot Akasia TV3 akan menayangkan sebuah lagi drama yang mungkin akan menarik jutaan penonton yang meminati drama melayu.
Tentang Dhia diapdatasikan dari sebuah novel membariskan pelakon hebat seperti Adi Putra, Nora Danish, Tasha Shilla, Izreen Azminda, Ako Mustapha, Irfan Roslan dan ramai lagi artis yang diarahkan oleh Feroz Khan.
Sinopsis Tentang Dhia :
Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki sangan dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.
Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.
Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi.
Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.
Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.
Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.
Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir?
Diatas adalah cover dari sebuah novel. Jalan cerita drama ni xtau sama ke tak dengan novel :)
Nantikan tayangan episod 1 pada 9 November 2011. Jom kita like FANSPAGE TENTANG DHIA ramai2 :)
P/s : Tahniah diucapkan kepada team dan pelakon Soffiya yang berjaya membuatkan penonton menangis, ketawa, marah dan sedih sepanjang drama ini berlangsung :)
UPDATED :
Download OST Tentang Dhia
1 ) Adi Putra - Dhia (TV Version) :: DOWNLOAD LINK ::
2 ) Adi Putra - Dhia (Full Version) :: DOWNLOAD LINK ::
Lirik Adi Puta - Dhia
sejak bertemu kau dan aku...
menusuk jantungku mula jiwaku...
merelakan menjadi milikmu...
itu yang ku mahu,itu yang ku mahu..
cintamu...
sinar mentari pasti...
menyinar rahsia sunyi..
biarlah ku bermimpi...
kerana dibuai sepi..
Dhia...
yang aku cinta...
selama ini ku tatap...
coba kau fahami...
tak akan dirimu dilukai...
Lirik credit to : gualirik.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment