Gambar Perodua Alza Baharu

Auuuuumm! nampaknya perodua telah mengorak langkah dengan mengeluarkan Perodua Alza baharu yang lebih stylish dan elegan yang dijangka akan dilancarkan pada bulan januari 2014.

Alza untuk versi kali ini bahagian hadapan menunjukkan bumpernye yang turut menerima rekaan baharu dan lebih stylish.

Oklah, aku tak mau ulas panjang sebab korang boleh tengok sendiri foto yang disediakan nih.







foto credit to : infokereta.com

Perodua Baru Myvi SE 1.5 dan Extreme Dilancarkan

Selepas beberapa bulan Perodua ' Lagi Best ' dilancarkan, hari ini secara rasminya Perodua melancarkan model terbaru mereka yang diberi nama Perodua Myvi SE 1.5 dan Myvi 1.5 Extreme.

Dengan reka bentuk yang lebih menarik dari sebelumnya, pastinya jualan kereta ini akan lebih meningkat.

Menggunakan enjin 1.5 Liter dan kapasiti yang lebih besar.Harga yang ditawarkan pula rasanya berbaloi-baloi la kot.Standart harga kereta Malaysia lah :)


Dibawah harga yang ditawarkan. Boleh dah la kira budget yer..



Bagi aku, warna kuning memang cantik dan menarik gilerr..Sekali tengok dah macam Honda Jazz punya warna pun ada..Ditambah pula dengan bodykit yang ala2 sporty gitu.huh!
Nak lebih gambar layari website Paultan.org

Website Rasmi : www.perodua.com.my

Model Terbaru Perodua Bezza



Bukan Proton je akan keluarkan kereta baru,nah Perodua pun dah nak keluarkan model terbaru mereka iaitu Perodua Bezza.Aku suka design kereta ni.Agak2 berapa yer harga dia?hmmm



Artikel dari Berita Harian :

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) semalam memperkenalkan model prototaip, Bezza yang menggunakan enjin hijau yang sedang dibangunkan bagi kegunaan kenderaan keluarannya pada masa akan datang.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata reka bentuk Bezza dibangunkan sepenuhnya kakitangan PERODUA, manakala enjin hijau dimajukan di bawah Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau syarikat itu dengan kerjasama Daihatsu Motor Corporation, Jepun.

Beliau berkata, Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau PERODUA itu masih pada fasa pertama, bermatlamat menghasilkan enjin yang menggunakan Sistem Bahan Api Cecair Bebas Logam Berharga (PMLFC) iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Sistem PMLFC tidak menggunakan petrol atau diesel sebagai bahan bakar, sebaliknya bahan api alternatif yang tidak mengandungi logam berharga, sekali gus menjadikannya lebih mesra alam dan menjimatkan.

PERODUA berpendapat kos menghasilkan kenderaan elektrik atau hibrid sangat tinggi dan harganya juga mahal.

Kami membangunkan kaedah lain untuk menghasilkan kenderaan mesra alam bagi memastikan PERODUA turut menyumbang kepada teknologi mesra alam, katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan prototaip itu pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Aminar Rashid berkata, sejajar Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau itu, PERODUA akan memohon kerajaan menimbangkan insentif kepada syarikat automotif yang berupaya menghasilkan kenderaan mesra alam selain kenderaan elektrik atau hibrid.
Beliau berkata, insentif itu bukan saja menggalakkan lebih banyak syarikat automotif berusaha menghasilkan kenderaan mesra alam, tetapi dapat menarik pengeluar kereta kompak seperti PERODUA untuk turut sama membangunkan kenderaan sedemikian.

Pengeluar kenderaan kompak seperti PERODUA tidak menumpukan pembangunan kenderaan elektrik atau hibrid kerana kenderaan kami sememangnya menjimatkan dari segi penggunaan bahan api. Kami juga percaya masih ada ruang meningkatkan tahap kecekapan enjin pembakaran dalaman kami, katanya.

Popular Posts