Kad Pengenalan Aaron Aziz Adalah Palsu

Kad pengenalan yang heboh disebarkan di forum,facebook dan twitter kononnya milik hero malaya Aaron Aziz adalah tipu belaka. Aaron telah membuat penafian berhubung isu tersebut dan dia sangat kesal dengan individu yang menyebarkannnya.

dibawah adalah pengakuan Aaron yang diambil dari harian Metro.

KUALA LUMPUR: “Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa.

Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan 'permainan’ individu yang menyiarkan keratan kad pengenalan ‘buatan sendiri’ didakwa miliknya di sebuah forum hiburan, semalam.

Kata Aaron, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya.

Wartawan Harian Metro yang turut melayari forum terbabit dan melihat kad pengenalan itu mendapati Aaron dikritik hebat di rangkaian laman sesawang terbabit sebelum namanya itu dipermainkan.

Menurut Aaron, perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya dan dia menegaskan nama sebenarnya Aaron Aziz Mustafa bukan seperti didakwa.

Aaron berkata, kad pengenalan tiruan itu turut disebarkan di beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai.

P/s : Mungkin individu yang mengedit dan menyebarkan kad pengenalan palsu itu untuk bergurau sempena April Fool.Tetapi lain pula jadinya.Nasib ko la Aaron. Lepas ni kalau orang pangil ko Haron ko terima ja. Sedap juga tu. Nama mcm ala2 kampung sikit.hehe~

Bahaya Dan Bahagia Facebook

BMW sport carsTerimalah hakikat bahawa ranking masyarakat kita membuka akaun, melayari dan apa jua istilah laman sosial dalam alam maya seperti Facebook, Twitter, Myspace, Finder dan sebagainya antara yang tertinggi di dunia.

Namun isunya apakah yang terjadi dengan teknologi Internet seperti Facebook?


Bukalah laman web Internet dan klik Facebook nama si polan bin/binti si polan dengan mudah kita dapat membelek foto manis, foto tampan, foto samaran atau apa jua kemungkinan yang boleh dieksploitasikan untuk tatapan awam bagai papan tanda di Bursa Saham! Tidak kira isteri orang, jejaka perasan, don juan, kasanova, pemimpin politik yang berkarisma dan apa jua jenis manusia yang mana yang membezakan mereka hanyalah nawaitu masing-masing. lronisnya ada isu fitnah, gosip dan tohmahan pula yang dipaparkan!

Justeru berlakulah seperti laporan konflik politik, pergeseran kaum, pergolakan rumah tangga dek keberanian dan keberahian yang tidak dapat dikawal.

Dan di sebalik tabir menerusi laman sosial seperti ini apabila hubungan dilayani kian bertambah intim dalam kes pasangan suami isteri maka kian parahlah hubungan kekeluargaan.

Si wanita meraih simpati, si lelaki pendengar/pelayan/pelayar yang empati maka hanya tembok malu sebagai benteng terakhir sama ada bertahan atau kecundang jua akhirnya.

Yang mendukacitakan lagi, cuba jengok-jengoklah pejabat kerajaan, baik di Putrajaya atau di mana jua, staf yang senior mahupun yang junior khususnya anak-anak muda begitu tekun dan asyik menghadapi papan monitor; seolah-olah menumpukan tugasan rasmi.

Ketua-ketua jabatan dari peringkat KSN, KSU, KP, TKSU, TKP dan seterusnya ke bawah akar umbi rajin-rajinlah cuba jengok dan pantau.

Jangan anggap bahawa anda generasi lama boleh dikelentong dengan silap mata ICT. Bukanlah mustahil asyik melayani dan chatting menyebabkan sepatutnya surat rasmi yang disiapkan dalam masa satu jam bertukar menjadi satu bulan. Bahkan ada yang ditunda tarikh ke belakang hampir sebulan.

Kepada mereka yang leka gila dengan pembaziran masa cuba hitung masa yang anda bazirkan dalam sehari seminggu atau sebulan semata-mata untuk bersembang-sembang kosong. Lihatlah mereka yang maju seperti anak-anak muda keturunan Cina, mereka terus berniaga dan bekerja gigih secara terus menerus menghargai masa ketika lapang pada usia muda.

Tanyalah diri kita sendiri; berapakah buah buku yang kita berjaya habis baca dalam seminggu atau bulan ini? Sudahkah kita membelai suami/isteri/anak-anak kita dengan bisikan kata-kata romantis pada hari ini; pagi, petang atau malam ini?

Sudahkah kita menyiapkan tugasan rasmi di pejabat? Kunci ada di tangan kita maka kitalah yang sendiri mahu membuka atau mengunci minda kita, terserahlah.

credit to : MAHNESSA A. KADIR

Tip Mudah Ramaikan Followers Di Twitter dan $$$


Selain facebook,Twitter juga merupakan salah satu website social marketing yang terkenal dan menerima lebih daripada 10 juta member baru setiap bulan.Ramai internet marketer yang lain menggunakan twitter sebagai sumber traffik untuk menjana pendapatan di website/blog mereka.

Disini,aku nak kongsi dan tunjukkan macam mana nak dapatkan followers yang ramai dalam masa yang singkat di twitter.Kalau korang masih belum mempunyai akaun twitter,boleh la daftar dekat www.twitter.com

Dengan bilangan follower yang ramai,korang boleh menghantar tweet kepada semua follower korang dan follower mereka.Korang perlu ada bilangan follower paling minumum 2000 orang sebelum mula menghantar tweet2 tersebut.Jom Ikut kaedah dibawah untuk menambahkan bilangan follower twitter korang.

Langkah Pertama :

Layari twittercounter.com/pages/100.Disini korang akan diberi list pemegang akaun twitter top-100. Mereka semua mempunyai beribu-ribu followers. Pilih 10 orang dari list tersebut.Pastikan 10 orang ini mempunyai bilangan follower 20,000 - 30,000 orang atau lebih.


Langkah Kedua :

Buka 10 tab dalam browser Firefox korang.Dalam setiap tab buka satu profile yang korang pilih dalam langkah pertama.

Langkah Ketiga :

Follow semua profile2 tersebut satu-persatu.Setiap kali korang follow mereka, akaun twitter korang akan berada di tempat pertama dalam list follower mereka. Oleh itu, sesiapa yang follow mereka (10 account tersebut) akan follow korang juga. Proses ini boleh berterusan seperti system matrix, follower mereka pun akan follow korang.Dan lebih bagus tweet korang akan dapat dilihat oleh follower mereka juga.

Langkah Keempat :

Selepas follow semua 10 profile tersebut tunggu selama 15 - 20 minit dan kemudian unfollow semua. Masa ini akan membolehkan kebanyakkan follower2 semua 10 profile tersebut follow akaun twitter korang. Tunggu selama 10 minit lagi dan follow mereka sekali lagi (seperti langkah ketiga)

Prosesnya :


Follow 10 akaun ----- (selepas 15-20minit)-----> unfollow-----(selepas 10minit)-----> follow sekali lagi.

Buat proses ini sebanyak 3 kali dan korang akan dapat lebih daripada 2000 follower dengan mudah!


Langkah Kelima (menjana RM/$$) :

Aku andaikan Sekarang korang sudah mempunyai lebih daripada 2000 follower, seterusnya korang akan menghantar 3 tweet sehari kepada mereka semua mengenai website atau blog korang.Jangan hantar lebih dari 3 tweet kali sehari kerana kebanyakkan mereka akan fikir korang sedang melakukan spam dan secara automatiknya mereka akan unfollow korang.

Korang boleh membuka lebih banyak akaun twitter dan menambah lagi bilangan follower.Lebih ramai follower maka lebih banyak traffik dan $$$!!

TIPS : Untuk tweet dengan lebih mudah, sila download tool ini www.Fleck.com.Ia adalah tool mudah yang akan berada dalam browser korang.Klik je icon fleck dan korang boleh tweet post blog/website korang dengan mudah!

Itu sahaja info dan tip yang aku nak kongsikan dengan korang.Kalau rasa berguna,kongsila pulak dengan member-member lain yer.Enjoy!

Korang Nak Kerja Dekat Google,Facebook Atau Twitter?

Dari kedudukan rangking laman web paling popular didunia yang aku petik di Alexa,Google masih lagi mengungguli di tangka teratas.Diikuti Facebook dan twitter.Tapi aku ada juga terbaca dan dengar citer,facebook tengah cuba-cuba mengungguli tangka teratas dan sekaligus menjadi laman web paling popular.Tetapi mampukah facebook lakukan?Sama-sama2 kita tengok nanti.

Aku tak nak ulas panjang pasal kedudukan rangking.Kalau aku ulas,gamaknya korang semua mesti tertidur punya la.Aku just nak korang layann je gambar persekitaran bekerja di google,facebook dan twitter.Mana nak tau lepas korang layan gambar-gambar ni,korang berminat nak apply kerja kat sana kan?hehe

Google Environment








Facebook Environment







Twitter Environment







So,macam mana?berpuas hati dengan gambar yang aku tunjukkan dekat korang ni?Kalau diberi peluang,agak-agaknya korang nak bekerja dekat Google,Facebook atau Twitter?

Popular Posts