Semuanya bermula tanpa diduga. Aku datang ke KL untuk mulakan hidup baru. Lepas SPM, aku buat kerja kampung di tempat aku membesar di ceruk Melaka selama 3 tahun. Kebosanan dan perasaan ingin mencuba membuatkan aku mengambil keputusan untuk berhijrah.
Sampai saja di kota ini, aku menumpang di rumah Abang Noh yang juga berasal dari kampung yang sama. Dia memang baik hati dan tak mintak aku bayar apa-apa untuk tinggal di rumah dia. Abang Noh juga turut membantu aku mencari pekerjaan. Tapi lepas sebulan mencuba, aku masih lagi gagal.
Pada satu malam, Abang Noh memperkenalkan aku kepada kawannya Harry, seorang tuan punya spa yang terletak di satu kawasan perumahan berdekatan. Harry menawarkan aku kerja sebagai tukang urut. “Kerjanya senang je, dan kau dapat berkenalan dengan ramai orang,” katanya.
Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju. Esoknya aku pergi ke spanya dan telah diberi latihan. Harry sendiri yang melatih aku dan dia kagum aku dapat mengurut dengan baik hanya selepas beberapa hari. Selain daripada aku, ada 6 lagi tukang urut yang semuanya lelaki dan muda seperti aku.
Selepas aku dianggap telah bersedia, aku pun memulakan tugas aku di spa tersebut. Namun hari pertama aku, aku gagal mendapat sebarang tempahan. Cuma pada hari keempat baru aku diberi pelanggan untuk diurut.
Aku ingat lagi orangnya. Tinggi, agak besar badannya dan bermisai lebat. Selepas berbual sedikit, aku pun memulakan tugas aku. Pelanggan aku hanya memakai tuala yang telah disediakan.
Selepas lebih kurang 30 minit aku mengurut, pelanggan aku ni mula mengusap tangan dan kemudian peha aku. Aku terperanjat, tapi aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku hanya mampu senyum dan meneruskan tugas aku.
Dia kemudian bertanyakan samada aku ada membuat “servis ekstra”. Aku betul-betul naïf dan langsung tak tahu apa yang dimaksudkan. Dia semakin berani dan meminta aku membuat seks oral pada dirinya dan menawarkan RM50 kepada aku. Aku rasa mual dan badan aku terus merasa seram sejuk. Aku berkeras menolak tawarannya dan akhirnya dia menerima yang aku bukan orang yang sebegitu.
Sebaik sesi itu berakhir, aku terus berjumpa Harry dan mengadu kepadanya. Terperanjat aku bila dia memberitahu yang memberi “extra service” itu adalah perkara biasa, dan dari situ aku akan mendapat tip yang lebih. “Takkan kau tak tau yang datang ke sini semuanya gay?” dia ajukan soalan kepada aku.
Ketika itu baru aku sedar apa jenis spa itu sebenarnya. Aku merasa naïf sangat. Yelah, aku pun tak pernah terdedah kepada benda macam ni.
Harry kemudian memujuk aku untuk terus berkerja di situ dan meminta aku menjadi lebih “sporting”. “Bukannya luak pun badan kau. Cubalah dulu, mesti kau pun enjoy. Tak susah pun, dan kalau kau “sporting”, banyak lagi tip yang kau akan dapat,” katanya.
Sejak hari itu pun, aku mula memberanikan diri melakukan perkara-perkara yang diminta pelanggan-pelanggan yang datang. Dan ramai antara mereka yang baik, berduit dan layan aku dengan baik sekali. Ada yang mengajak aku keluar dan kemudian memberikan aku pelbagai jenis hadiah.
Kini, aku masih lagi berkerja di spa itu, dan aku masih lagi melayan kehendak pelanggan-pelanggan yang kini ada yang menganggap aku sebagai adik angkat. Bila difikirkan, aku merasa jijik dan keji, tapi aku dapat merasakan juga yang naluri aku kian berubah. Aku terangsang melihat lelaki-lelaki yang datang dan meminta perkhidmatan aku. Dan pendapatan aku juga semakin lumayan. Mungkin inilah yang telah ditakdirkan untuk diri aku…
P/s : Takdir ke macam ni?korang comment la sendiri apa yang dikatakan si penulis ni.Aku tak setuju kalau dia kata ini takdir.
sumber : Gua.com.my
Aku Tukang Urut Gay!
Posted by Unknown
on 6:37 AM
0 comments:
Post a Comment