Home » , , » Arak Itu Najis Ke?

Arak Itu Najis Ke?


Pendapat Pertama: Arak itu Najis

Pendapat ini adalah pendapat jumhur (majoriti) ulama iaitu empat ulama mazhab, Syaikhul Islam Ibnu Taimiah dan ulama kontemporari seperti Syaikh Muhammad Amin Asy Syinqithi, Al Lajnah Ad Da-imah lil Buhuts `Ilmiyah wal Ifta', Syaikh `Abdul `Aziz bin `Abdillah bin Baz, dan Syaikh Sholih Al Fauzan.

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah rijsun termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan." (QS. Al Maidah: 90) Dari ayat ini, majoriti ulama berdalil bahawa Arak di samping haram, juga najis. Mereka memaknakan rijsun dalam ayat tersebut dengan najis.


Pendapat Kedua: Arak Memang Haram, Namun Arak Tidak Najis.

Inilah pendapat yang dipilih oleh Robi'ah, Al Laith, Al Mazini, dan ulama salaf lainnya. Sedangkan ulama terkemudian yang berpendapat seperti ini adalah Asy Syaukani, Ash Shon'ani, Ahmad Syakir, Syaikh Muhammad bin Sholih Al Uthaimin dan Syaikh Al Albani rahimahumullah.


Ada tiga alasan yang dikemukakan oleh pendapat kedua ini.

Alasan pertama: Tidak ada dalil yang menyatakan najisnya Arak.

Hal ini dapat dilihat daripada beberapa tinjauan.

1) Perlu diketahui bahawa kata rijsun yang disebutkan di dalam surat Al Maidah ayat 90 di atas adalah kata musytarok, iaitu mengandungi banyak makna. Di antara maknanya adalah: kotor, haram, jijik, azab, laknat, kufur, kehinaan, dan najis.

2) Kami tidak menemui tafsiran daripada para ulama salaf yakni para sahabat yang memaknai rijsun dalam ayat tersebut dengan najis. Bahkan yang ditemui adalah seperti perkataan Ibnu `Abbas, beliau mengatakan bahawa makna rijsun adalah as sakhthu (murka). Ibnu Zaid menyatakan rijsun adalah asy syar (keburukan).

3) Kata rijsun ada dalam ayat lain selain daripada ayat ini. Tidak ada daripada ayat-ayat tersebut yang menggunakan rijsun dengan makna najis. Kita dapat menemui hal ini dalam tiga ayat selain ayat di atas:

Ayat pertama,
"Begitulah Allah menimpakan seksa (ar rijs) kepada orang-orang yang tidak beriman." (QS. Al An'am: 125). Lihatlah makna ar rijs di dalam ayat ini bukanlah najis, namun bermakna seksaan (azab).

Ayat kedua,

"Sesungguhnya mereka itu adalah kotor (rijsun) dan tempat mereka jahannam." (QS. At Taubah: 95)

Ayat yang menerangkan mengenai keadaan orang musyrik di sini, kata rijs yang ada bukanlah bermakna najis namun bermakna qobih (sesuatu yang kotor)

Ayat ketiga,

"Maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang rijs itu." (QS. Al Hajj: 30)


Kata rijs dalam ayat ini bukanlah menunjukkan bahawa berhala itu najis. Namun makna rijs dalam ayat yang ketiga adalah sebab datangnya azab.

4) Dalam surat Al Maidah ayat 90 di atas terdapat juga kata lainnya yang dinamakan rijsun iaitu anshob (berhala) dan mengundi nasib dengan anak panah. Padahal kedua hal ini tidaklah najis. Inilah dalil yang memalingkan makna rijsun daripada makna najis yang asal dan dialihkan ke makna najis yang sifatnya abstrak. Ringkasnya kata rijsun dalam ayat tersebut bermakna najis yang abstrak dan bukanlah najis yang zahir. Hal ini juga sebagaimana firman Allah yang menjelaskan mengenai keadaan orang-orang musyrik. Allah Ta'ala berfirman,

5) Yang perlu diperhatikan lagi bahawa diharamkannya Arak tidaklah menunjukkan najisnya. Ingatlah kaedah yang biasa disebutkan oleh para ulama: Sesuatu yang haram belum tentu najis. Namun sesuatu yang najis pastilah haram. Contohnya sutera adalah pakaian yang haram digunakan oleh llaki, namun sutera tidak dikatakan najis.

6) Dalam surat Al Maidah ayat 90 dikatakan dalam penutup ayat bahawa amalan-amalan tadi termasuk amalan syaitan. Maka ini menunjukkan bahawa amalan tersebut adalah rijsun secara amal yang bermakna kotor, haram atau dosa, dan bukanlah rijsun yang bermakan najis hakiki.

Alasan kedua: Terdapat dalil yang menyatakan bahawa Arak itu suci (tidak najis).

Sebagaimana hal ini dapat kita lihat pada hadis dari Anas bin Malik tentang kisah pengharaman Arak. Pada saat itu Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam menyeru dengan berkata:

"Ketahuilah, Arak telah diharamkan."

Dalam hadis tersebut disebutkan bahawa ketika itu bekas-bekas arak pun dihancurkan dan penuhlah jalan-jalan kota Madinah dengan Arak. Padahal ketika itu orang-orang pasti ingin melalui jalan tersebut. Jika arak najis, maka pasti Nabi shallallahu `alaihi wa sallam akan menyuruh membersihkannya sebagaimana baginda shallallahu `alaihi wa sallam memerintakan untuk membersihkan kencing orang Badwi di masjid. Jika arak najis tentu baginda shallallahu `alaihi wa sallam tidak membiarkan orang ramai membuangnya di jalan begitu saja.

Alasan ketiga: hukum asal segala sesuatu adalah suci.

Jika kita mahu menyatakan sesuatu sebagai najis, termasuk pula arak, maka perlu adanya dalil sahih yang memalingkannya daripada hukum asalnya yang suci. Jika tidak ada dalil, maka kita tetap berpegang pada hukum asal bahawa segala sesuatu itu suci.

Pendapat Lebih Kuat

Daripada dua pendapat ini, pendapat kedua dinilai lebih kuat, dengan tetap kami menghormati ulama yang beramal dengan pendapat jumhur (majoriti ulama).

Kesimpulan: Arak memang haram, namun tidaklah najis.

Sumber : www.rumaysho.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts