Home » , , » Ketagihan Seks,Gangguan Mental?

Ketagihan Seks,Gangguan Mental?

Persoalan ketagihan seks hingga kini masih menjadi perdebatan antara pakar.Sebahagian mereka berpendapat bahawa hal itu terjadi kerana seseorang itu tidak boleh mengawal nafsunya.Namun, sebahagian ahli mengatakan bahawa ketagihan seks merupakan bentuk ganguan mental.

Para pakar berpendapat,sesuatu yang sifatnya keterlaluan dan tidak dibendung boleh membahayakan. Ketagihan seks, seperti ketagihan minuman keras atau dadah perlu mendapat nasihat dan rawatan dari mereka yang professional.

Akan tetapi,ada diantara ahli kesihatan mental tidak setuju bila ketagihan seks ini dikategorikan sebagai gangguan mental.Oleh kerana itu, dalam edisi terbaru Diagnosis and Statistical Manual of Mental Disorder,ketagihan seks tidak disebutkan dalam kategori ganguan mental

"Belum banyak bukti kajian menyebut ketagihan seks dalam kategori tersebut (ganguan mental)," kata Dr Martin P Kafka, Proffessor psikiatri dari Harvard Medical School.

Namun, hal itu telah ditentang keras."Kami telah menangani kes ketagihan seks selama lebih dari 20 tahun," kata Douglas Weiss, pakar psikologi pusat konseling di Amerika Syarikat.

Weiss menjelaskan perbezaan antara orang dengan dorongan seks yang besar dan ketagih seks. "Orang yang nafsunya tinggi menginginkan adanya hubungan emosional dan menemukan kepuasan setiap kali melakukan hubungan intim. Sementara itu, seorang yang ketagih seks hanya ingin memuaskan hasratnya. Mereka tidak mencari keintiman, bahkan mereka tidak merasa 'ada' ketika melakukannya," Katanya.

Berbeza dengan pendapat prof Kafka, orang yang ketagihan seks tidak melakukan hubungan intim untuk mendapatkan kesan yang sama, seperti halnya pada ketagihan dadah.

Hal itu berbeza dengan ketagihan dadah atau judi yang tidak memiliki dorongan biologi, seperti makan, tidur, atau hubungan seks. "Kita semua ingin makan dan ingin melakukan seks. Dengan kata lain, sulit mengatakan sebuah perilaku yang berkaitan dengan keinginan dasar manusia sebagai sebuah ketagihan," Kata Kafka.

Dalam ilmu psikologi, orang yang ketagihan melakukan sesuatu atas dorongan biologi tidak disebut ketagihan.Misalnya, orang yang makan secara berlebihan disebut sebagai Bulimia, bukan ketagihan makan.Itu sebabnya kini ahli psikologi sedang mencari kategori baru untuk gangguan hiperseks dalam buku manual diagnosis psikiatri.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts