Home » , , , » Suami Tidak Mahu Memberi Nafkah Batin

Suami Tidak Mahu Memberi Nafkah Batin

Saya ingin bertanya mengenai hubungan intim suami isteri.Saya sudah menikah selama 2 tahun,tetapi hingga kini masih belum mengandung.Suami saya belum pernah pernah berhubungan intim dengan saya.Tampaknya dia segan berhubungan intim, walaupun saya minta dengan baik dan halus bahkan dengan pujuk rayu.

Bagaimana hukumnya dalam islam ustaz, suami yang tidak memenuhi keinginan biologi isteri? Saya lihat di buku-buku islam kebanyakan membahas isteri yang menolak suami, hampir tidak ada yang membahas kalau suami yang menolak permintaan isteri.Bagaimana untuk saya menghadapi dengan suami saya ustaz?

Saya mulai panik ustaz,kerana ingin segera memiliki anak, usia saya sudah mendekati 30-an.Saya takut jatuh ke zina tangan ustaz,kerana untuk berdekatan intim saja dalam satu bulan belum tentu mau, bahkan dalam 8 bulan suami saya menolak mencuba berhubungan suami isteri dengan saya. Alasannya adalah kerana letih atau belum ada mood

Wasalamualaikum.

Luna

jawapan :

Semoga Allah merahmati kita semua

1.Menurut sebahagian besar Ulama’ Nafkah batin hukumnya wajib, laki-laki wajib memberikan nafkah batin kepada pasangannya (isteri).Jika dia tidak melakukannya maka hukumnya adalah berdosa.Jika alasannya kerana tidak mampu maka kembali kepada hukum tidak mampu melaksanakan kewajipan.

2.Sebaiknya dicari alasannya, boleh jadi kerana faktor tekanan,atau kerana penyakit. Setiap masalah insyaallah ada penyelesainya.

Sumber: Ustaz Muchsinin Fauzi, LC

P/s : Semoga kita memperoleh manfaat daripada artikel ini.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts