Menangi iPad 2 Dengan Hanya Membaca Buku!



PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS), penerbit buku bahasa melayu pertama di Malaysia menerbitkan banyak buku-buku untuk semua peringkat umur. Sempena musim cuti yang akan datang, PTS banyak menerbitkan buku-buku bacaan untuk kanak-kanak dan remaja seperti novel, komik dan sebagainya.

Buku PTS yang cool ini pasti ada yang dapat menarik minat kanak-kanak atau korang sendiri? :)

Sempena dengan itu, PTS menganjurkan telah Peraduan Bongkar Kod Rahsia! Pelbagai hadiah menarik seperti iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, Mp3 Player, serta merchandise PTS untuk korang!



MACAM MANA NAK MENANG?


Para pembaca hanya perlu membeli buku PTS berlogo 'Bongkar Kod Rahsia', daftar di laman web PTS dan main online game untuk menang hadiah-hadiah hebat ini!

KLIK SINI UNTUK MAIN GAME JIKA SUDAH MEMBELI BUKU

Jom Bongkar Kod Rahsia dengan pantas!

Pengguna Tidak Berpuas Hati Dengan Facebook

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Para pengguna Facebook kelmarin memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut.

untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.

Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter.

"Ramai yang berasa tidak berpuas hati tetapi tiada seorang pun yang akan berpindah (menggunakan laman jaringan sosial lain)," katanya.

Para pengguna Facebook sebelum ini banyak membuat aduan tentang perubahan dalam laman sosial berkenaan tetapi mereka kemudian berusaha untuk menyesuaikan diri dan masih menjadi pengguna setia laman web itu.

Komen negatif itu disuarakan sehari selepas Facebook mula melaksanakan beberapa siri penambahbaikan dalam apa yang dinamakan oleh pengasasnya Mark Zuckerberg sebagai 'musim pelancaran' untuk ciri-ciri terbaru.

Ciri News Feed di Facebook yang memaparkan kemas kini daripada rakan-rakan kini memberi fokus kepada penghantaran penting dengan paparan imej yang lebih besar berbanding sebelumnya manakala kolum sembang Ticker pula ditambah untuk perbualan dalam masa sebenar.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Facebook banyak memberi tumpuan untuk mencipta kaedah-kaedah baharu supaya para pengguna dapat mengawal aspek penerimaan dan perkongsian maklumat dengan lebih baik.

Facebook pada minggu lalu membenarkan pengguna mengikuti perkembangan orang asing yang bukan rakan mereka melalui penambahan butang Subscribe seperti yang terdapat di Twitter.

Selain itu, Facebook juga membenarkan penggunanya membuat pilihan tentang jenis kemas kini daripada rakan-rakan yang dibenarkan dipaparkan di laman Facebook mereka.

Panel sembang Ticker di kolum kanan skrin Facebook pula membolehkan orang ramai bersembang melalui mesej teks jika terdapat paparan imej baharu atau penghantaran lain.

Facebook dijangkakan membuat lebih banyak pengumuman mengenai pembaharuan laman web itu pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di sini hujung minggu ini.

Antara spekulasi yang tersebar termasuk pelancaran platform untuk perkhidmatan muzik dalam talian seperti Rdio dan Spotify selain paparan berita daripada agensi-agensi profesional.

Persidangan itu diadakan beberapa hari selepas enjin carian Internet Google melancarkan Google+ sebagai saingan terbaru Facebook - Kosmo Online!



P/s : Pendapat aku, facebook yang terbaru ni lebih seronok dengan adanya NewFeed Member di sebelah kanan tu

Sambutan Hangat Drama Soffiya


Baru 2 hari ditayangkan, respon dari penonton tentang drama Soffiya memang terbaik! Dapat info, rating penonton yang tengok Soffiya episod 2 mencecah 2.5 juta orang.Jumlah yang boleh dibanggakan.Tapi, bolehkah lawan rating Nur Kasih?



Kenapa rating Soffiya naik mendadak? Salah satu sebab selain pelakon dan jalan cerita adalah PROMOSI di Facebook,Blog, dan juga Forum sebelum bermulanya drama ini.



SINOPSIS DRAMA SOFFIYA

Drama yang akan ditayangkan dalam Slot Akasia Jam 7 ini mulai 21 September terdapat 28 Episod.Antara pelakon hebat yang akan membintangi adalah Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli (Apek Juavana), Hilal Azman, Azhar Sulaiman dan ramai lagi

Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.

Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri.

Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri.

Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya? - CERITARTIS


INFO LAIN

Pengarah: Joeza Rasidi.

Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar & Tommy ct Loh.

Pelakon2: Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli (Apek Juvana), Hilal Azman, Azhar Sulaiman

Terbitan: Filmscape Sdn. Bhd.

Facebook Fanspage : http://www.facebook.com/Soffiya-Slot-Akasia-TV3



DOWNLOAD EPISOD SOFFIYA

EPISOD 1 - LINK
EPISOD 2 - LINK
EPISOD 3 - LINK
EPISOD 4 - LINK
EPISOD 5 - LINK
EPISOD 6 - LINK
EPISOD 7 - LINK
EPISOD 8 - LINK
EPISOD 9 - LINK
EPISOD 10 - LINK
EPISOD 11 - LINK
EPISOD 12 - LINK
EPISOD 13 - LINK
EPISOD 14 - LINK
EPISOD 15 - LINK
EPISOD 16 - LINK
EPISOD 17 - LINK
EPISOD 18 - LINK
EPISOD 19 - LINK
EPISOD 20 - LINK
EPISOD 21 - LINK
EPISOD 22 -
EPISOD 23 -
EPISOD 24 -
EPISOD 25 -
EPISOD 26 -
EPISOD 27 -
EPISOD 28 -

Senyuman Boleh Mengungkap Siapa Anda

Sebuah senyuman boleh dikatakan sebagai ekspresi wajah seseorang. Mengapa? Senyuman memiliki makna yang sangat mendalam dalam hidup seseorang.

Marianne LaFrance, profesor bidang psikologi dari Universiti Yale, yang juga penulis buku Lip Service, melakukan kajian melalui biologi, antropologi, dan ilmu komputer mengenai senyuman. Dalam kajian terbarunya itu, LaFrance mengeluarkan fakta mengenai senyuman yang perlu korang tahu.

Orang yang suka senyum lebar umurnya lebih panjang


Tahun lalu, kajian menganalisa gambar dari 230 pemain bisbol yang dimuatkan di Baseball Register. Dari gambar-gambar tersebut, kelihatan rata-rata lelaki dengan senyuman lebar dan cemerlang hidup 4 - 9 tahun lebih lama daripada mereka yang hanya senyum sebentar, dan 7 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak senyum.

Sebuah senyuman menunjukkan perasaan yang positif, dan perasaan yang positif berhubungan dengan kehidupan yang sejahtera.

Senyum memancarkan suatu kekuatan yang tersembunyi

Sebagai contoh, ketika seseorang hanya senyum sebentar ( sekitar 1 - 30 saat ), orang lain akan susah menangkap senyuman tersebut. Namun bagi orang yang selalu tersenyum, dunia selalu dipandang lebih menyenangkan. Cerita yang membosankan boleh jadi lebih menarik, gambar-gambar yang neutral kelihatan lebih positif, bahkan minuman yang tawar boleh terasa manis.

Kebahagiaan terdiri atas tiga tingkatan

Sebuah artikel di British Medical Journal melaporkan bahawa cinta sejati akan datang ketika seseorang sedang bahagia, perasaannya yang positif boleh dihantar kepada orang-orang yang ada di lingkarannya melalui jejaring sosial.

Jadi ketika korang senyum, kawan dari kawan korang pun boleh ikut tersenyum.

Ada dua jenis senyuman

Senyum yang tulus dan senyum yang palsu diatur oleh dua jalur saraf yang berbeza. Oleh itu, orang dari bahagian tertentu di otaknya mengalami kerosakan pun masih dapat menampakkan senyuman spontan meskipun mereka tidak mampu tersenyum dengan kemampuannya.

Para pengkaji berpendapat bahawa nenek moyang kita mengembangkan litar saraf untuk memaksa senyuman secara evolusi. Ianya bertujuan untuk menutup rasa takut dan kemarahan mereka.

Untuk mengetahui senyuman palsu seseorang, renung matanya. Orang yang senyum iklas, otot-otot wajahnya yang disebut orbicularis oculi tanpa sengaja akan mengejut, membuatkan kulit di sekitar matanya berkerut.

Kebanyakan dari kita tidak mampu menggerakkan otot-otot ini dengan bebas. Ini bererti, ketika seseorang memalsukan senyumannya,otot-otot orbicularis oculi nya tidak akan bergerak.

Orang Amerika ketika mereka tersenyum berfokus pada gerakan mulutnya berbeza dengan orang Jepun yang mengutamakan senyumannya di bahagian mata.

Note : Senyum tak perlu kata apa2 senyum :)

Sumber Asal : OPRAH

P/s

Perodua Baru Myvi SE 1.5 dan Extreme Dilancarkan

Selepas beberapa bulan Perodua ' Lagi Best ' dilancarkan, hari ini secara rasminya Perodua melancarkan model terbaru mereka yang diberi nama Perodua Myvi SE 1.5 dan Myvi 1.5 Extreme.

Dengan reka bentuk yang lebih menarik dari sebelumnya, pastinya jualan kereta ini akan lebih meningkat.

Menggunakan enjin 1.5 Liter dan kapasiti yang lebih besar.Harga yang ditawarkan pula rasanya berbaloi-baloi la kot.Standart harga kereta Malaysia lah :)


Dibawah harga yang ditawarkan. Boleh dah la kira budget yer..



Bagi aku, warna kuning memang cantik dan menarik gilerr..Sekali tengok dah macam Honda Jazz punya warna pun ada..Ditambah pula dengan bodykit yang ala2 sporty gitu.huh!
Nak lebih gambar layari website Paultan.org

Website Rasmi : www.perodua.com.my

Jommmm Makan Pizza Hut Hot Chunky





SEDAP?NAK MAKAN?layari WEBSITE PIZZA HUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Pizza Hut is introducing its new and delicious 10 layered pizza, laced with crunchy tortilla chips, salty mozzarella and stringy cheese smothered in delicious Napoli sauce and freshly oven bake on a crust that’s not too thick and not too thin.


P/s : Selamat menjamu selera :)

Bantahan Rakyat Kenaikkan Cukai 6% Top-up Di Facebook

Selepas kenaikkan cukai 6% untuk reload & simpack baru-baru ini, ramai yang tidak berpuas hati.Yang paling hangat adalah bantahan rakyat dekat facebook.Macam-macam komen yang dilemparkan mereka disana

6 hari page ini dibuka, sudah hampir 57,803 ribu yang telah menekan button LIKE! Angka ini mungkin akan bertambah jika kerajaan masih belum menarik semula tax tersebut.

Dibawah antara Screenshot yang aku ambik dari page tersebut.Korang lihatlah sendiri wall disitu.Macam-macam ada kan? :D



KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.

Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu.


Kalau korang rasa cukai ini membebankan dan tidak patut, jom reramai kita LIKE page tu.

KLIK DISINI UNTUK LIKE!

Sinopsis Drama Cinta Elysa

First time aku tengok promo drama ni dekat TV3 semalam, aku rasa dah macam tak sabaq nak layan.Tengok pelakon dia pun boleh tahan gak Johan Arif @ Johan Juvana hero.Muka gansgter hati kiut.hahahaha!!

Drama yang dimuatkan dalam Slot Lestary TV3, 13 episod akan menampilkan pelakon seperti Zila Bakarin,Ayam Juvana (Adam Shah),Dato Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.Drama ni diterbitkan oleh Suhan Movies.

Sinopsis Cinta Elysa

Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).

Jasman bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.

Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa ( Johan dalam hati ada taman..hehehe).Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya.

Elysa pada mulanya tidak suka kat Aril dek sikap Aril yang samseng.Namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril

Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa diri bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok.

Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik.Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.

Korang rasa Johan ni ada chemistry tak bila digandingkan dengan Fasha?Sama2 kita tunggu tayangannya pada 13 September 2011,di slot Lestary TV3 jam 9 malam :)

Oh ya, drama ni akan memuatkan lagu Kisah Dongeng nyanyian Stacy.Memang tacing habis la kot nanti kan?huhuhu

LIRIK LAGU STACY KISAH DONGENG

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

Belum pernah aku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

P/s : Jom la like ramai2 fanpage Cinta Elysa http://www.facebook.com/pages/Cinta-Elysa-Slot-Lestary-TV3/282197425130475

Popular Posts