Menangisi Murtad dan Zakat

Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.

Sedih

Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan ‘mesra dan sayang’. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.

Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.

Tangkap

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi.

Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini. Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.

Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut ‘semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya’.

Semasa saya menziarahinya –tanpa notis awal- dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.

Salah Siapa?

Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.

Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.

Zakat

Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?

Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.

Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya):

“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)


Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a :

“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).


Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Penulis Asal : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Tarikh Artikel : Aug 25, 2011

P/s : Bangunan besar tapi tanggungjawab xdak!

Gambar Nanu Baharuddin Pegang Anjing

Rasanya dah jadi trend kot artis bela@bermanja dengan anjing?Kekdahnya macam bela kucing kan?hehe



Terdahulu kita dikejutkan dengan kontroversi Syarifah Sofia dengan anjing beliau.Kali ini yang terbaru gambar pelakon, Nanu Baharuddin dilihat sedang bermanja dengan anjing yang agak comey gitu.



Gambar ini telah diupload sendiri oleh Nanu di facebooknya.Meh kita layan2 sikit gambar tu..













Perlu diingatkan disini, menyentuh atau memegang anjing hukumnya tidak berdosa dan menyalahi hukum islam.Apa yang perlu dilakukan mestilah disamak dengan air mutlak sebanyak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah - Mazhab Shafie



Jadi dengan pendedahan gambar ini, janganlah kita hukum dan kutuk Nanu yer..mungkin dia cintakan semua makhluk Allah tak kira la anjing pn ;)



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua pengikut-pengikut blog ini dan selamat menunaikan ibadat puasa.

Di samping itu, aku juga ingin memohon maaf kalau2 pernah buat sebarang kesilapan dalam posting blog dan juga didalam facebook .

Sebagai reminder kot2 dah lupa niat puasa , meh kita refresh dan hafal ok :)

Niat Puasa Harian:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Niat Puasa Sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Doa Buka Puasa:






Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Oh yaaa, sebelum terlupa kepada blogger yang nak join majlis berbuka puasa bersama Nuffnang tidak lama lagi,sila berikan cadangan tempat berbuka puasa yang menarik kepada mereka.

Aku dah cadangkan depa buat dekat kedah..hampa pulak?vote la kedah ek?hehe

Isu Pusat Hiburan Di Kedah

Dibawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh TG Nik Aziz berhubung isu pusat hiburan di Kedah.Dari pandangan aku sendiri, sebenarnya kerajaan PAS Kedah xpatut rasa malu dengan isu ini.

Sekurang kurangnya mereka telah melaksanakan hukum islam yang sebenar dan sedia mendengar pandangan dari bangsa lain.Tidak seperti dipihak sebelah sana tu yang ....
malas nak explain..korang paham sendiri lah!

ISU PUSAT HIBURAN DI KEDAH - TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.

Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat
di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.

Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?

Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.

Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh : 18 Julai 2011

(Video) Mati Gantung Diri Akibat Tekanan Hidup

Sebelum korang saksikan video ini,mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah even kesalahan yang dilakukannya tergolong dalam dosa besar..

Video ini telah dikongsi oleh kawan aku sendiri yang kebetulan berada ditempat kejadian.Mengkut sumber dari kawan aku ni,si arwah merupakan seorang pelajar pandai dan pendiam.Akibat dari tekanan hidup,si arwah telah membuat keputsan untuk membunuh diri dengan menggantung dirinya sebelum keesokkan harinya ditemui oleh ibunya sendiri





Daripada Jabir bin Samurah R.A. katanya:

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:


Sama-samalah kita ambil pengajaran dari video ini.Ingat,buatlah keputusan yang RASIONAL sebelum bertindak!

Ps/s : Oh yaa..sebelum aku terlupa kepada yang minat dengan Formula 1,kalau nak tengok racing tu pada 8-10 April nanti,boleh dapat tiket Free DISINI

Mengapakah Dunia Islam Berdiam Diri Krisis Libya?


Dibawah ini adalah komen seorang hamba Allah yang dihantar ke email aku terhadap perkara yang sedang berlaku di Libya dan mugkin juga aku rasa dikebanyakkan negara Islam Lain di Dunia.

Beliau mengeluarkan kenyataannya sebagai berikut

Mengapakah dunia Islam berdiam diri?

Ketegangan di negara Libya tidak pernah terjadi dalam dunia sebelum ini. Seorang penjenayah dan tidak berakal telah membangunkan negara penindas selama 42 tahun dan membawa seluruh kelengkapan tenteranya untuk membunuh rakyat awamnya di samping memusnahkan negara sendiri. Anehnya dunia Islam berdiam diri menyaksikan jenayah kejam ini.

Apakah Al-Quran tidak mengarahkan memerangi kelompok yang bertindak zalim atas kumpulan yang lain dalam negara Islam? (Surah al-Hujurat, ayat 9)

Peperangan tidak diperlukan namun mengapakah pemimpin negara Islam, cendiakawan dan ahli politik berdiam diri? Mengapakah Pertubuhan Persidangan Islam menyepi? Mengapakah Liga Arab tidak memainkan peranan mereka?

Setidak-tidaknya negara Islam mampu mengiktiraf revolusioner secara rasmi manakala pemerintah Libya serta tali barutnya diakui sebagai penjenayah perang, kemudian mereka ini dihadapkan ke mahkamah antarabangsa.

Ini boleh memanaskan para revolusioner di samping memberitakan penjenayah Libya tidak mempunyai masa depan. Meskipun ia dapat memberikan kesan untuk menghadang jenayah, namun ia masih belum memadai.

Jelas sekali semua jenayah kejam tiada tandingan ini dilaksanakan ke seluruh kota-kota Libya dan orang awamnya dibunuh. Mustahil kerajaan ini dapat memerintah lagi di waktu mendatang, apakah mereka ingin mengiktiraf secara rasmi pemerintah seperti ini?

Umat Islam mengulangi hal yang sama di Yaman dan beberapa negara Islam yang lain. Jikalau pihak Barat kelihatan berpeluk tubuh bergembira menonton perkembangan yang memusnahkan dan membunuh negara Islam ketika menggulingkan kerajaan mereka, bagaimana pula halnya dengan umat Islam yang berdiam diri?

Nama-Nama Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah

Sedar atau tidak kita ketika menunaikan solat,jika salah membaca surah Al-Fatihah maka rosaklah solat.Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid.

Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama Syaitan :

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan" ( astaghfirullahalazim)

7) SIROTHOLLAZI ..sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN..hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat..Insya-Allah.

P/s : Semoga kita menjadi orang sentiasa membaiki bacaannya.


Jangan Gunakan Perkataan Salam

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya :“Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum”dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’yang bermaksud‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.


Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Sharing is Caring ..

credit to : Abdullah Spontan

(Artikel) Tuhan Dimana Jodohku?

Hello Readers..Malam ni aku nak kongsikan 1 kisah menarik dengan korang semua yang dihantar melalui email aku.Tuan punya badan minta supaya dirahsiakan identitinya.So,Baca dan jadikan pengajaran khasnya perempuan diluar sana yang masih belum menemui jodoh

Saya berumur awal 30an dan blm pernah berkahwin. Pernah melalui proses berkawan, bercinta beberapa kali tidak kira lelaki sebaya, muda mahupun jauh lbh tua, bujang ada juga suami org. Namun jodoh blm menjengah agaknya hingga hari ini masih bersendirian. Saya x pernah berputus asa utk memulakan hubungan dgn sesiapa yg berpotensi utk dijadikan calon suami namun akhirnya istikharah juga rujukan saya dan jawapannya selalu negative.

Akhirnya pada awal tahun lalu saya mendaftarkan diri dalam laman mencari jodoh antarabangsa (manalah tahu jodoh saya org luar kot). Saya meletakkan profile yg sederhana dgn gambar yg paling kurang menarik (kononnya nak cari lelaki yg tidak memandang rupa padahal saya x lah hodoh pun). Disinilah kisah penuh pengajaran itu bermula.

Setelah beberapa bulan mendaftar ramai juga yg menunjukkan minat cuma blm ada yg btl2 menunjukkan kesungguhan (dah agak dah rupa paras jugak yg jd ukuran) hinggalah saya tertarik pada satu email yg kelihatan amat bersungguh. Kerana tertarik dgn kata2 yg sungguh manis dan profile lelaki tersebut yg “mantap” saya memberi respon yg baik dan kami saling berbalas email. Lelaki tersebut mengakui dia berbangsa Eropah berasal daripada United Kingdom dan kini berada di Sarawak kerana terlibat dalam satu projek pembinaan yg diusahakan oleh syarikat miliknya (mantap x mantap).


Dua bulan pertama berbalas email dan sms serta panggilan telefon juga kadangkala YM segalanya berjalan lancar. Cuma isu besar yg selalu ditekankan bila saya ajak berjumpa bertentang mata, dia seakan mengelak kerana sibuk menguruskan material utk projek pembinaan. Sempat juga dlm tempoh tersebut dia kembali ke UK selama 2 minggu (dia memang ke UK kerana saya ada menghubungi dia melalui no. UK) utk menguruskan kontena2 yang mengandungi material bahan binaan.

Namun kesungguhan, sikap ambil berat dan perhatian terhadap saya serta janji2 manis tahap luar biasa yg di taburkan kadangkala membuatkan saya menerima sahaja alasan2 tersebut dgn sabar. Namun dalam pada masa yg sama istikharah x pernah putus, setiap perkataan yg keluar daripada mulutnya saya ambil kira setiap satu. Dalam pada itu byk juga perkara2 yg diceritakan kadangkala x sequence, dan bila saya bertanyakan kembali ada sahaja alasan utk menutupi kelemahan tersebut. Selalunya dia akan memujuk dgn kata2 yg amat indah hingga saya seolah2 blh sahaja melupakan kekhilafan tersebut.

Berbalik kepada kontena yg kononnya diuruskan daripada UK untuk di hantar ke Sarawak dikhabarkan mengalami masalah. Setelah lebih 2 minggu kontena tersebut x lepas dan terpaksa di tahan oleh pihak kastam. Dalam pada itu byk jugalah dia mengadu kononnya ada masalah dgn kementerian itulah inilah….(sebenarnya mendengar perkataan kastam pun saya dah cuak giler….sebab byk sgt kes penipuan org suka sgt libatkan pihak kastam ni…..kesian kastam).

Dalam cuak tu beberapa hari jugalah terpaksa mendengar masalah dia berkaitan kastam demi meraih simpati daripada saya (btul2 pelakon tahap Gred A). Saya x lah terus serkap jarang tapi memilih utk menunjukkan simpati kerana rasa ada yg x kena dgn lelaki nih. Alang2 berniat ingin mengetahui sejauh mana lakonan tersebut harus sahaja ikuti sejauh mana dia blh berlakon. Dan akhirnya hari kemuncaknya tiba jua

Hari itu kononnya dia akan berurusan dgn pegawai kastam terbabit. Dalam pada itu dia menelefon saya mengatakan kakitangan kastam tersebut mahu bercakap sendiri dgn saya kerana ada masalah komunikasi dgn dia kerana perbezaan bahasalah kononnya…..Huh…dah agak dah perempuan yg mengaku pegawai kastam tu mulalah merapu meneruskan legasi pembohongan yg dimulakan oleh kawan lelaki saya tadi.kononnya dia cuba nak memahamkan kawan lelaki saya tadi berkenaan duti import yg harus dibayar yg kononnya mencecah RM250 000.huhu sebenarnya cara perempuan tersebut menerangkan serta menjawab kemusyikalan saya byk yg blh dipertikaikan.

Syukurlah sebelum ni saya pernah menguruskan perkara berkaitan kastam melalui pengalaman bekerja masa lalu. Malas nak dgr lbh byk diorang merapu soalan saya senang sahaja pada kedua mangkuk tersebut.So,what should I do for you? Dan jawapan yang saya dah agak….dia nak pinjam duit daripada saya RM5000 kerana duit yg ada padanya x mencukupi.malas nak cakap byk coz takut saya akan menyumpah seranah terus sahaja letak telefon.terus lagi ke tikar sembahyang istikharah 12 rakaat dan akhirnya Allah memberikan saya satu lagi kelapangan bahawa lelaki itu bukan terbaik untukku..


Moral daripada cerita ini khusus kepada wanita2 di luar sana (terutama yang blm bertemu jodoh):

1)Sebagai perempuan yg melewati umur jgn sesekali kita mudah putus asa untuk mencari jodoh yang terbaik utk kita.Kadangkala mungkin kita terlalu “demanding” sebab itu Allah lambatkan jodoh kita.Anggaplah calon suami kita sedang berusaha memenuhi criteria yang kita impikan.

2)Dalam usaha kita mencari jodoh pasti kita akan menemui lelaki pelbagai "warna" yang kadangkala sukar dijangka. Kelihatan baik luarannya blm tentu ikhlas hatinya. Oleh itu, jangan sesekali menjauhi istikharah dalam membuat pilihan. Sekiranya mengalami sebarang kebuntuan, rujuklah pada Allah kerana dia maha luas pengetahuan berbanding mengadu sesama manusia yang sangat terbatas akal fikiran serta ilmunya.

3)Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu serta janji2 manis lelaki. Cintailah mereka dengan akal bukan nafsu semata. Jaga kehormatan diri sebaiknya kerana perempuan yang baik hanya utk lelaki yang baik

4)Jgn sesekali transfer duit pada lelaki yg blm cukup kita kenali, x kiralah apapun alasannya. Lelaki yg berkualiti dan bermaruah tidak akan meminta2 duit daripada perempuan yang lemah yang sepatutnya dilindungi bukan diletakkan beban di atasnya

5)Baca surah Yusof sebanyak 3kali pada mlm Jumaat dlm sebekas air bersih.Mandikan dengan air tu tiap2 pagi 3x berturut2 dan minum 7x setiap hari selama 3 hari berturut2.InsyaAllah dengan berkat usaha, doa dan tawakal jodoh yang baik akan tiba nanti.

Kisah Mengenai Dajal

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya DAJAL

Dajal,popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

“Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”

KEISTIMEWAAN DAJAL

Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

1)Ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

2)Dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

3) Boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

BILA DAJAL DILAHIRKAN?

Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?

Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen.Akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

Note : Pulau Bermuda dikatakan menjadi tempat persembunyian dajal dan Tasik Tabariah @ Sea of Galilee adalah tempat dimana dajal sedang menanti air tasik itu kering.

Azab Untuk Wanita

BMW 5 series carSayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan.Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa seperti itu?

1) Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2)Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

3)Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

4)Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

5)Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

6)Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

7)Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.


P/s : buat kamun wanita,sama-sama ambil iktibar dari artikel ini.Dan jangan lupa kongsikan dengan semua sahabat islam yang lain

(Isu IFF)Datin Rosmah Mansur Digesa Mohon Maaf

BMW 5 seriesDekat facebook,blog,web sudah tersebar luas isu ini dan juga adegan kutuk mengutuk terhadap Datin Rosmah yang merupakan penaung kepada IFF (Islamic Fashion Festival).Dekat salah satu FB page yang aku jumpa,diorang menggsa supaya Datin Rosmah memohon kepada umat islam berhubung isu IFF.Boleh tengok dekat SINI

Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Lantas persoalan itu dijawab oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mengenai IFF.

Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;

1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.


5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.

7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.


P/s : Takkan mufti nak dok senyap saja?mana media?ini isu agama xkan nak sembunyi lagi kot?huhu

Kubur Islam Yang Pelik





Mengikut info yang aku dapat,kubur pelik ini dekat mumbai.Kubur ini selepas 6 bulan akan dikorek dan diganti dgn mayat baru.Kalau pergi tanah perkuburan kadang-kadang boleh nampak tulang manusia




Sejarah Kota Makkah

Sejarah kota Makkah bermula dengan pendudukan puak Amaliqah, diikuti Jurhum dari Yaman. Keluarga Nabi Ibrahim iaitu anaknya Nabi Ismail telah berkahwin dengan suku Jurhum dan telah melahirkan golongan Musta’ribah. Selepas itu muncul Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun.

Penguasaan Qusay bin Kilab ke atas kota Makkah :

Selepas Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun muncul pula kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab dan muncul juga Bani Harith yang diketuai oleh Amru bin Luhai dan memperkenalkan agama penyembahan berhala di Makkah setelah terpengaruh dengan corak penyembahan kaum Balqa.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bertanggungjawab memajukan kota Makkah dan semakin bertambah maju apabila adanya telaga air zam-zam dan telah didirikan kaabah. Baginda telah menyeru agar masyarakat Arab ketika itu menganut agama Allah dan mengerjakan haji. Dalam masa yang sama kedatangan Bani Khuzaah telah menjadikan Makkah sebagai pusat penyembahan berhala dan mempunyai 360 buah berhala sekitar kaabah. Amalan ini berterusan sehingga pentadbiran Qusay bin Kilab dan Nabi Muhammad s.a.w. setelah baginda menerima wahyu pada 610 M.

Pentadbiran Kaum Quraisy :

Corak pentadbiran yang diamalkan adalah kabilah semenjak penguasaan Bani Khuzaah untuk menarik ramai orang mengunjungi Makkah ketika itu seperti menyediakan makanan bagi orang yang mengerjakan haji, menguruskan kaabah dan menyediakan kemudahan para pedagang. Pemerintahan ini dikuasai oleh golongan bangsawan. Sebuah majlis telah ditubuhkan iaitu Majlis Syuyukh yang berperanan membuat peraturan dan menyelesaikan masalah politik, ekonomi dan sosial. Ia dianggotai oleh penyair, pemidato, panglima dan aristocrat.

Pemimpin kaum Quraisy :

Pemimpin kaum Quraisy diketuai oleh Qusay bin Kilab. Permulaan lokasi penempatan mereka adalah di Lembah al Bitah dan mahir dalam bidang ketententeraan serta bertindak mengawal kota Makkah dari sebarang ancaman musuh.

Penubuhan Darul Nadwah :

Qusay telah membina Darul Nadwah sebagai tempat perbincangan pemimpin-pemimpin kota Makkah, tempat sambutan majlis peristiwa-peristiwa bersejarah. Contohnya Abu Jahal pernah berbincang di Darul Nadwah bagi menentang Nabi Muhammad s.a.w. dari terus menyebarkan agama Islam.

Penubuhan Jabatan :

Qusay telah menubuhkan beberapa jabatan baru seperti Sadanah al-Bait untuk menguruskan kaabah, Majlis al-Siqayah untuk menguruskan air, al-Rifadah untuk menguruskan makanan, al-Liwa’, Unnah, Khazanah, Asynaq dan Hijabah. Jabatan ini masih diteruskan oleh anak cucu Qusay setelah Qusay meninggal dunia iaitu dari keluarga Abdul Manaf, Hashim dan Abdul Mutalib

Majlis Suku :


Majlis Suku atau Asyirah ditubuhkan untuk melicinkan urusan pentadbiran suku-suku dan struktur politiknya secara berkumpulan. Selain itu , ditubuhkan juga majlis eksekutif yang dianggotai orang-orang tua yang berumur 40 tahun ke atas.

Hubungan Diplomatik :

Hubungan diplomatic dijalankan bagi mengelakkan ancaman musuh. Contohnya pada masa pimpinan Abdul Manaf dan Hashim, Makkah telah menjalinkan hubungan dengan Negara jiran.

Pengisytiharan Tanah Haram :

Kawasan Tanah Haram telah diisytiharkan untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan kota Makkah. Diisytiharkan juga bulan-bulan yang diharamkan berperang seperti Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam untuk mengerjakan haji manakala Rejab pula untuk mengerjakan umrah. Ia dikenali sebagai al- Asyhurul Hurum.

Peraturan Adat dan Nenek Moyang :

Peraturan adat dan sunnah nenek moyang diamalkan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Setiap individu, suku dan kabilah terpelihara keselamatan mereka selagi menghormati kabilah masing-masing. Sebarang pencerobohan akan ditentang dan terdorong dengan semangat assabiyah.

Dasar pemerintahan sedemikian oleh kaum Quraisy menjadikan kabilah Quraisy sebagai kabilah yang disegani kerana berupaya mentadbir Makkah . Kota Makkah telah menjadi pusat ibadat, kebudayaan, perdagangan dan keamanan, maka ia telah digelar sebagai ‘ jantung hati Semenanjung Tanah Arab’

credit to : Fastnote

Kronologi Iklan TV3 Yang Di Banned

Kalmarin (5/9/2010) Buletin Utama TV3 kalau korang perasan,pemberita ada meminta maaf kepada umum berkenaan dengan iklan yang disiarkan mereka menyentuh hati masyarakat islam dek kerana iklan yang berunsurkan seperti santa claus

Boleh tengok dekat link SINI pengakuan memohon maaf tersebut dari TV3

Kebenaran Disebalik Kebenaran Dan Penipuan

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkinp yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran




Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism




Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.



Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?



Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.



Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh.



Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

Sharig is caring..Sampaikan kepada semua

thanks to kalamul Haqq

P/s : Hairan macam mana iklan ini tidak dikaji terlebih dahulu sebelum dipublish.Siapakah dalang disebalik iklan yang disiarkan TV3 ini?

Gambaran 6 Neraka Mengikut Agama Tertentu

Disini aku akan berkongsi info bagaimana gambaran neraka berdasarkan 6 agama yang berbeza.Jom sama-sama baca..

1. Agama Islam

Ditulis di dalam Al - Qur 'an bahawa manusia setelah melalui alam kubur akan dibangkitkan semula iaitu alam akhirat. Dimana semua manusia yang telah mati dikumpulkan. Satu persatu dari manusia akan melalui jambatan yang disebut Jambatan Sirathal Mustaqim.

Lebar jambatan yang akan dilalui setiap manusia berbeza,bergantung dosa atau pahala kah yang banyak dia lakukan. Jika jatuh dari jambatan itu manusia akan terjun bebas ke bawah dan di bawah sudah menanti neraka yang siap menampung manusia berdosa dan yang paling banyak dosanya akan masuk ke neraka yang paling bawah iaitu Neraka Jahannam.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan- Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” — At-Tahrim [66]:6

2. Agama Kristian

Dimana manusia di neraka menurut agama Kristian akan dibakar oleh api untuk selama - lamanya dan tidak akan pernah ada penghujungnya. Tubuh manusia itu akan meleleh, bernanah dan akan menyebabkan rasa sakit yang tidak terhingga.Tubuh akan utuh kembali dan terbakar lagi. Semua akan terus berulang - ulang selamanya. Itulah hukuman bagi orang yang berdosa

3. Agama Jain

Ini adalah agama asli orang India.Menurut agama ini terdapat 8juta jenis neraka. Jadi,bermula dari penyiksaan manusia dengan api, ada juga yang direbus hidup-hidup atau didiamkan saja. Mungkin seluruh penyiksaan di neraka menurut agama-agama lain ada di neraka menurut Agama Jain.

4. Agama Budha

Menurut agama ini terdapat 15 jenis neraka, 7 diantaranya adalah neraka api. Dimana di dalam neraka ini manusia diikat dan diseksa dengan cara dipotong lehernya, ditusuk dan disayat - sayat tubuhnya oleh setan-setan disana.

5. Agama Taoisme

Dalam agama ini neraka sebenarnya ada di dalam kuil itu sendiri, tapi di sana ada iblis-iblis yang siap menerkam manusia berdosa dengan senjata tajam. Dan tubuh manusia dibelah berkeping-keping.Didalam kuil terdapat dunia yang berbeza.

6. Agama Judaisme

Ini adalah agama orang Yahudi Ortodox, yang mana mereka percaya di dalam neraka manusia akan direbus hidup-hidup dan disiat tubuhnya

Jadi, kita sebagai manusia yang beriman sepatutnya menjalankan amalan baik dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh agama kita masing- masing.Diharapkan info yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua

Musibah Bazaar Ramadhan Amaran Dari Allah

Bagi mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah SWT

Apa tidaknya anda bayangkan seawal tengahari (dari pengalaman penulis memerhati) kelmarin bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru pulang dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai pekerja(baca-mungkin peniaga) sudah mula sibuk memacak khemah dan mengatur barang jajaan. Laju benar mereka menyudahkan solat, apakah mereka hanya hadir ke masjid sekadar mendengar khutbahnya sahaja?










Jika pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu. Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka disini penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan dengan perniagaan itu TIDAK bersolat.

Baik, teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat,apakah kita kira mereka itu bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai tidak memperdulikan soal aurat.

Malah dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil masa dan perhatikan.

Maka tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan oleh pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 - 6 buah diletakkan, tetapi tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau(kontena yang diubahsuai boleh digunakan apa?) itu tidak penting agaknya.




P/s : Penulis yang dimaksudkan dalam artikel diatas bukannya aku.Tetapi sahabat dari email yang menghantar artikel ini untuk dikongsi.Aku memang sokong 100% artikel dari penulis tersebut.Sama-sama kita ambil iktibar

Fakta Menarik Menara Jam Terbesar di Makkah

Macam-macam andaian dari umum mengenai Menara jam terbesar yang dibina di Makkah.Mereka mengatakan itulah tanda-tanda kiamat sudah hampir dekat.

Mengikut info yang aku dapat,Imam Masjidil Haram menangis apabila menara itu hendak dibina.Mungkin kerana ada kalangan umat islam yang pergi ke Makkah bukan hendak melihat kaabah dan beribadat, tapi melihat menara berkenaan.






Jam terbesar di dunia ini akan mula berdetik di menara pencakar langit Makkah dan Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing.

Fakta Menarik Menara Jam Terbesar Makkah :


1) Menjadi sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich dan juga dibina dibangunan kedua tertinggi di dunia.

2) Mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) digunakan semenjak 126 tahun kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia menurut ulama dan cendikiawan Islam.

3) Bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

4) Bakal menenggelamkan Big Ben di London yang pernah menjadi menara jam empat muka terbesar dunia.

5) Jarumnya dikatakan lima kali lebih besar dan ditulis dengan kalimah ALLAH di atasnya akan diterangi dua juta cahaya LED.

6) Lebih besar berbanding jam Cevahir Mall di Istanbul yang mempunyai ukuran muka 36 meter pada bumbung telus cahaya.

7) Dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan masukkanya waktu solat fardu.

8) Direka oleh jurutera Jerman dan Swiss membabitkan kos bernilai $800 juta (RM2.56 bilion)

Popular Posts