Jom kenali Hackers Gaysec

Banyak betul hackers zaman sekarang ni kan?Sebelum ni kita dikejutkan dengan gang hackers yang menggelarkan diri mereka Anonymous yang telah godam beberapa lama web kerajaan dan juga bank.

Info terbaru yang aku dapat mengenai hackers yang menggelarkan diri mereka Gaysec telah menggodam beberapa laman web antaranya Nuffnang, Adverlerts, CIMB Bank, TV3 dan banyak lagi.Korang boleh masuk ke laman web rasmi mereka DISINI

APAKAH OBJEKTIF DAN MOTIF GAYSEC?

Objektif kami adalah untuk mewujudkan salah satu kumpulan yang menegakkan keselamatan sesuatu laman web atau apa sahaja sistem yang berada di dalam negara malaysia ini.

Kami tidak mahu malaysia menjadi salah satu mangsa 'dibuli' oleh pembuli siber, kerana itulah kami terpaksa melakukan perkara ini semua semata-mata untuk menyedarkan sesebuah pihak atau webmaster tentang keselamatan sesuatu sistem laman web atau sistem itu. Kami akan mengeluarkan bukti dan kenapa kami melakukan ini semua di dalam setiap pengumuman berita 'serangan' kami.

Kami bukannya suka melakukan ini semua, tetapi kerana kami takut dan tidak mahu jika suatu hari nanti dunia siber di dalam malaysia ini lumpuh dan menjadi "medan permainan" oleh sesebuah pihak kerana kesilapan seseorang webmaster atau sistem admin itu sendiri. Kami mahu setiap webmaster di malaysia ini saling mengingati dan sentiasa berwaspada dengan tahap keselamatan laman web sendiri sebelum menyalahkan kami, kami tidak akan pernah merosakkan sesuatu sistem itu, tetapi hanya untuk memberi kesedaran terhadap keselamatan laman web itu.

ANTARA LAMAN WEB YANG BERJAYA DIGODAM OLEH GAYSEC

1) TV3
2) NUFFNANG
3) CIMB BANk
4) ADVERLETS
5) GENGBLOGGER
6) JIWANG.ORG
7) ECCOUNCILACADEMY.ORG
8) PLKN ( Pusat Latihan Khidmat Negara)

Hmmm..Apakah website seterusnya yang ditarget oleh Gaysec?Hope bukan web aku ni la yer..

Kalau korang teringin nak dapatkan tip2 dari hackers ni, boleh la join facebook diorang

FACEBOOK GAYSEC

Petua Banyakkan Susu Badan

Sebenarnya, aku rasa segan plak nak post entry ni.Bukan apa, macam tak sesuai plak seorang lelaki kongsi cerita pasal ni.Tapi aku tau, pembaca blog aku bukan lelaki je, pompuan pun ada.So, tak salah aku nak share info ni.hehe

Info ni aku kumpulkan dari perbincangan member2 aku di email.Ada seorang ibu ni bertanya petua untuk banyakkan susu badan.Dibawah ini petua2 yang boleh korang amalkan jika sudah mempunyai anak yang masih menyusu

PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN

1) Minum milo atau choc panas
2) Rebuskan ubat periok ( berupaya menambah pengeluaran susu badan)
3) Rebus lobak putih dengan sedikit garam + bawang merah + daun kunyit
4) Banyakkan memakan sayur bayam
5) Amalkan Nutrilite calcium magnesium dan banyak makan ikan ( dapat memberikan tulang bayi korang kuat & bergerak cergas


Diharapkan perkongsian ini dapat membantu korang :)

P/s : Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 dengan menewaskan Chinese Taipei

Serangan Hack Website Government Bermula ( Part 1)

Buletin Utama TV3 tadi hangat tajuk dimana hackers yang menggelarkan diri mereka "Anonymous" akan menggodam website-website government malaysia.

Setakat sekarang jam 1.30am ( 16.6.2011 ) , aku dah jumpa 2 website yang telah digodam oleh mereka.Mungkin akan ada banyak lagi website akan digodam hari ni.Kita tunggu dan lihat saja

http://www.tourmalaysia.com.my

http://penang.uitm.edu.my




Antara website lain yang menjadi target hackers ini adalah

http://www.malaysia.gov.my
http://www.cidb.gov.my
http://www.sprm.gov.my
http://www.moe.gov.my

Aku tak sabar nak tunggu website ni kena godam.Dengarnya serangan besar besaran akan bermula pada 3.30am nanti.kalau korang larat tunggu la.hehe

P/s : Memang pedihhh hackers2 ni punya ayat dalam website tourmalaysia tu.Terbaik dari ladang!hahahahahha

Website 1.4 Juta Digodam!

Hahahahah..aku rasa nak tergelak pun ada dapat info pasal website 1pengguna.com digodam oleh hackers yang menggelarkan diri mereka " Rilekscrew "

Dengarnya,projek website tu bernilai RM1.4 juta.Gila punya projek sampai juta2 tapi security macam hampeh!dahla developer web tu pakai open source untuk create website tu.Carila programmer yang ada pengalaman dalam security website.Buat malu je la!


KUALA LUMPUR, 10 Jun — Portal 1Pengguna dilancarkan Selasa lalu telah diceroboh, yang mana penggodam memperoleh butiran-butiran peribadi dan alamat e-mel lebih 2,000 pengunjung yang telah mendaftar, kata pakar keselamatan.

Kata mereka, maklumat digodam juga akan digunakan untuk akses kepada data kewangan pengguna terbabit.

Portal komuniti Lowyat dot net pagi ini melaporkan terdapat “beberapa kelemahan” dalam portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB), projek bernilai RM1.4 juta itu, sehingga membolehkan penggodam memperoleh maklumat peribadi pengguna walaupun ia dilaporkan rahsia.

Maklumat peribadi termasuk nama, alamat, tarikh lahir dan bank atau syarikat boleh menyebabkan berlaku kecurian identiti.

“Kata laluan ini tidak sukar untuk digodam, anda juga boleh gunakan kelemahan-kelemahan ini memburukkan keseluruhan portal,” kata pengasas Lowyat dot net dan ketua pegawainya Vijandren Ramadass kepada The Malaysian Insider.

Vijandren juga berkata, Lowyat telah menemui “beberapa kelemahan keselamatan dalam portal itu” ketika ia dilancarkan dan memaklumkan perkara itu kepada pentadbir laman web itu, namun gagal.

Beliau berkata, penggodam yang digelar “Rilekscrew” juga menyatakan “kelemahan-kelemahan ini membenarkan semua data diperoleh daripada pelayan.”

“Jelas, ini bukan projek bernilai RM1.4 juta. Keselamatan dan peribadi pengguna begitu penting terutamanya dalam laman web milik kerajaan,” katanya.

The Malaysian Insider juga memperoleh satu senarai melebihi 1,000 butiran pengguna dari kedua-dua laman web itu.

Semalam, Putrajaya mengakui portal 1MPB masih belum bersedia menerima 3.5 juta capaian sejak dilancarkan dua hari lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laman web 1pengguna.com “mengalami masalah” selepas mencecah sebanyak 300,000 hingga 400,000 capaian sehingga menyebabkan server portal itu terjejas.

Putrajaya melancarkan portal itu Selasa lalu dengan meletakkan senarai harga barang-barang keperluan.

Portal itu mempamerkan harga 355 jenis barangan di pasar raya besar, 100 jenis barangan di pasar raya, pasar basah (50) dan kedai serbaneka (100).

Sebarang perubahan harga akan dikemas kini secara harian.

Bagaimanapun kelmarin usaha untuk memperoleh maklumat daripada laman web itu gagal kerana terlalu sibuk.


P/s : Untunggg laaaa developer web ni.Makan tak habis woi!

7 Panduan Membina Laman Web Yang Bagus

Sekarang sudah begitu ramai yang mampu untuk membina laman web sama ada persendirian, perniagaan, portal mahupun komuniti. Tetapi masih ramai juga yang mencari-cari panduan dalam menghasilkan satu laman web yang memenuhi ciri-ciri laman web terbaik. Namun begitu, terlalu banyak panduan juga mungkin akan memeningkan sesetengah pihak.

Jadi di sini aku kongsikan 7 panduan yang padat dan sesuai untuk digunakan oleh semua jenis golongan, semua jenis laman dan tahap pembangunan laman web atau blog


1. Muat Turun Laman Yang Pantas

Seperti yang anda ketahui, sesuatu laman yang dimuat turun lebih pantas lebih mendapat perhatian para pengunjung, seperti pakcik Google. Setiap laman seharusnya boleh dimuat turun lebih pantas, carian yang padat, paparan informasi yang segera dan elakkan penggunaan apa-apa gadget yang menyebabkan laman anda lambat untuk dibuka. Cuba bandingkan dengan Uncle Google, setiap carian maklumat dapat dipaparkan secara terus dan belum pernah lagi berlaku maklumat tidak dapat dipaparkan.

Jadi, pastikan setiap elemen dalam laman web anda seperti "flash", gambar dan "object" dioptimumkan sebaik mungkin dari segi extension, saiz fail, tahap kualiti dan resolusi. Pastikan laman anda tidak mempunyai sebarang ralat dalam bahasa pengaturcaraan, menyebabkan laman lambat untuk dibuka. Sebolehnya, gunakan teks berbanding gambar, tetapi pastikan ia padat dan senang difahami.


2. Laman Pengenalan Yang Membazir

Adakah anda begitu menghargai seni multimedia? Kerana sesetengah pengguna yang begitu hendak menunjukkan kemahiran dalam multimedia menyediakan laman pendahuluan atau dikatakan "Intro Page". Tetapu bagi saya, laman intro ini boleh tidak memberi makna kerana pengunjung terpaksa menunggu sekian lama sekadar untuk menikmati animasi itu sahaja.

Pada pandangan saya adalah lebih baik jika anda letakkan paparan animasi itu terus pada laman utama anda. Melalui cara ini, anda menyediakan pilihan sekiranya pengunjung hendak menyaksikan animasi teruskan, atau bagi pengunjung yang tetap, mereka boleh terus mendapatkan maklumat terbaru.

Sebelum itu, nasihat saya, jangan sesekali muatkan logo syarikat, pertubuhan atau kelab pada laman pendahuluan dan tertera perkataan "Enter Site" atau "Klik Untuk Masuk" kerana cara ini sememangnya langsung tidak professional dan keanak-anakan. Tambahan lagi, ini membuang masa pengunjung, mereka mahukan laman anda, bukan logo laman anda.


3. Buang GIMIK Yang Mengganggu

Perkara pertama yang menjadi misi pembangun laman web adalah tidak mahu pengunjung lari dari laman anda. Jadi pastikan anda tidak meletakkan sebarang GIMIK pada laman utama seperti "popup window", iklan sebesar-besar alam dan muzik latar yang kuat yang memaksa pengunjung memperlahankan pembesar suara. Elakkan juga sebarang animasi atau paparan yang berterbangan, berkelip-kelip atau melompat-lompat sehingga mengganggu isi kandungan laman anda.

Multimedia dan animasi ini semestinya menjadikan laman anda menarik tetapi cuba jangan penuhkannya di laman utama. Anda boleh gunakan kaedah lain seperti meletakkan pautan untuk pengunjung mendengar lagu-lagu latar atau sediakan pautan gambar-gambar kecil di satu sudut sebelum saiz sebenar dipaparkan. Cara ini memberikan pilihan kepada pengunjung, jika berminat mereka akan klik, jika tidak mereka akan abaikan.

Sentiasa pantau iklan-iklan yang diletakkan pada laman anda. Cuba seminimum mungkin sediakan ruangan untuk iklan tersebut agar kandungan utama laman tidak diganggu oleh iklan-iklan ini. Cuba anda bayangkan, satu laman yang penuh dengan ratusan iklan, sedangkan kandungan laman diabaikan, anda sudah alihkan pandangan pengunjung secara tidak langsung. Secanggih mana pun langkaran laman itu, jika dikotori dengan iklan-iklan ini, amatlah tidak bermakna.

4. Kandungan Tepat dan Padat

Setiap artikel yang dikarang perlulah padat dan tepat isinya dengan menggunakan tajuk artikel yang jelas. Blog-blog kebiasaanya akan dilimpahi dengan teks-teks yang panjang. Cuba optimumkan penulisan blog dengan menggunakan "list" dan pemerengganan sekiranya pelbagai perkara dibincangkan dalam tajuk tersebut.

Jika artikel terlalu panjang, cuba asingkan dengan melakukan sub-topik supaya pembaca boleh memilih kandungan tertentu sahaja untuk dibaca. Gambar boleh memberikan seribu maksud dan penerangan, cuba maksimumkan penggunaanya dalam artikel.

Seandainya artikel tersebut sememangnya panjang dan tidak boleh diringkaskan, cuba letakkan pautan dan sedikit pendahuluan sebelum paparan penuh dipaparkan. Jika pengunjung hendak membaca, dia boleh teruskan, jika tidak berminat, dia boleh abaikan.

5. Kordinasi Reka Bentuk Berlainan

Teknik ini pada mulanya boleh dibanggakan, tetapi pengunjung mungkin akan terkejut kerana setiap kali laman bertukar, corak dan reka bentuk laman juga turut bertukar. Kita mahukan pengunjung selesa dan menyesuaikan diri dengan reka bentuk laman kita. Posisi logo, penggunaan warna yang tetap dan proses pelayaran di laman yang sama memberikan kordinasi yang sesuai kepada pengunjung. Tetapi ini tidak bermakna anda langsung tidak boleh menghiaskan laman berlainan dengan corak tersendiri tetapi jangan terlalu drastik sehingga seperti berada di laman web orang lain.

Kedudukan dan bentuk logo, menu utama dan paparan kandungan yang tetap dan sama dari satu laman ke satu laman tidak menyebabkan pengunjung hilang arah walaupun anda menukar sedikit penggunaan warna atau gambar. Atau, biarkan pengunjung memilih untuk menggunakan tema laman bagaimana, tetapi cara ini menambahkan beban untuk menyediakan pilihan tema.

6. Mudah Untuk Dilayari


Setelah anda berjaya untuk menarik minat pengunjung ke laman, seharusnya kita pastikan bahawa pengguna senang untuk bergerak dari satu laman ke satu laman dan kembali ke laman yang dikehendaki. Anda pastinya biasa melihat dan mendengar "breadcrumbs" dan antara lain tujuannya membolehkan pengunjung mengetahui lokasi mereka semasa melayari laman.

Selain itu, kedudukan menu utama juga amatlah penting. Kedudukan menu pilihan yang biasa digunakan adalah disebelah atas kiri atau atas sahaja. Tujuan lain adalah supaya sekiranya paparan resolusi pengunjung adalah lebih kecil berbanding dengan resolusi anda, menu tersebut masih lagi kelihatan dan hanya kandungan laman sahaja yang tersembunyi.

Cuba letakkan juga pautan-pautan yang penting dibahagian bawah sekali laman kerana sifat manusia akan membaca dan melihat laman anda dari atas sampai ke bawah. Pautan penting di bahagian bawah membolehkan pengunjung terus mencapai maklumat penting tanpa perlu untuk skrol kembali ke atas.

Elakkan dari penggunaan Menu-menu Misteri seperti "drop-down" atau "show-hide" kecuali anda memang mengetahui pengguna sukakannya. Kerana, kalu saya sebagai pengunjung, saya tidak mahu membuang masa mencuba satu per satu menu untuk pastikan tiada lagi menu yang tersembunyi. Saya mahukan maklumat penting terus nampak di hadapan saya.

7. Pastikan Laman Anda Siap

Akhir sekali, jangan SESEKALI lakukan seperti ini: "Under Construction", "Dalam proses pembangunan, sila datang semula"! Ini akan merendahkan intergriti laman anda. Sekiranya kandungan tersebut belum lagi siap, jangan paparkan. Tetapi jika anda mahukan laman anda seperti seolah-olah sentiasa dikemaskini, cuba gunakan sedikit harapan kepada pengunjung supaya sentiasa kembali ke laman anda seperti "Akan datang, Tutorial Dreamweaver" atau cuba paparkan sedikit artikel anda, biasanya ambik bahagian pendahuluannya dan letakkan dibahagian bawah, "Akan bersambung dalam minggu ini".

P/s : kepada korang yang suka sangat letak widget dan flash ntah apa2 dekat blog/web tu,cepat2 la buang.Aku kalau jumpa blog/web macam ni serius aku close terus.Buat semak kepada aku je

Artikel Asal : Forum Joomla-My
Penulis asal : Parasolx
Tarikh Topik : February 26, 2009, 08:40:38 PM

Popular Posts