Akaun ChurpChurp Dibanned Untuk Selamanya

Salam semua pembaca blog ini. Agak lama tak update entry sebab xda mood gara2 akaun dibanned oleh ChurpChurp. Penat kumpul duit last sekali penyudahnya makan 'taik kucing' je.haha~

Aku pun tak pasti sama ada mereka betul2 ban ataupun ada kesilapan dalam sistem mereka. Nak hantar support ticket pun dah tak boleh.

05-08-2011: First Notice Letter - Suspicion in Fraud Clicks' Activities
17-11-2011: Second Notice Letter - Suspicion in Fraud Clicks' Activities
04-01-2012: Third Notice Letter - Suspicion in Fraud Clicks' Activities
04-01-2012: Final Notice Letter - Suspicion in Fraud Clicks' Activities

Yang menjadi tanda tanya adalah notice yang yang ketiga dan terakhir tu. pelik bebeno tarikh yang sama plak tu diorang kata ada buat fraud clicks. padahal aku cuma letakkan iklan churpchurp dengan term yang betul bukannya ada buat spam.



Ini pula final notice yang dihantar ke email aku. Maknanya disini, aku telah di ban selama lamanya oleh mereka. Senang cakap, goodbye churpchurp la.


Kalau pihak churpchurp2 ada baca entry ni, aku harap sangat diorang check balik akaun aku tu.

Kepada korang yg dok tengah kumpul duit tu, hati2 je la yer. Churpchurp sekarang dah mengganas. Bila2 masa je boleh kena ban.

Berhati-Hati Dengan ChurpChurp

Dalam keseronokkan kita mempromosikan kempen churpchurp, jangan lupa syarat2 mereka semasa korang dok promote kempen tu.Al-kisahnya, minggu lepas aku dapat email dari churpchurp yang bertajuk "First Notice Letter - Suspicion in Fraud Clicks' Activities".

Aku rasa tak sedap hati dah dengan email tersebut.Dok pikir duit yang tengah terkumpul dalam akaun churpchurp aku tu.huhu



Dengan rasa bersalah, aku pun hantar support ticket dekat diorang bertanyakan tentang click fraud ini.

Dibawah jawapan dari pihak ChurpChurp

First and foremost, advertising in forums is not allowed. In additional to that, you've inserted an irrelevant link 'JOM CUBA NASIB MENANG RM10,000 DENGAN NESCAFE!' and this leads to a Churp Churp campaign. This is offence is labelled as 'Sharing the campaign(s) links alongside misleading messages to entice clicks from friends and followers.'

We strongly discourage you to participate in any click fraud activities and/or violate our terms, rules and regulations as Churp Churp upholds genuinity in all Social Sharing campaigns.

Hope this explains it and do avoid committing the offence in the future.

Baru aku tau mempromosikan kempen melalui FORUM tidak dibenarkan sama sekali baik melalui posting thread ataupun signature.Kalau korang ada buat cara sama macam aku, cepat2 la buang yer.

Tapi aku sedikit kesal dengan mereka sebab tak inform terlebih awal.Rasanya aku promote melalui forum start dari awal tahun lagi kot.Kenapa baru sekarang cakap TAK BOLEH?

Apa2 pun, aku tetap bersyukur dan berterima kasih dekat Churpchurp sebab tak tolak earning yang telah terkumpul setakat hari ini.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua pengikut-pengikut blog ini dan selamat menunaikan ibadat puasa.

Di samping itu, aku juga ingin memohon maaf kalau2 pernah buat sebarang kesilapan dalam posting blog dan juga didalam facebook .

Sebagai reminder kot2 dah lupa niat puasa , meh kita refresh dan hafal ok :)

Niat Puasa Harian:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Niat Puasa Sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Doa Buka Puasa:






Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Oh yaaa, sebelum terlupa kepada blogger yang nak join majlis berbuka puasa bersama Nuffnang tidak lama lagi,sila berikan cadangan tempat berbuka puasa yang menarik kepada mereka.

Aku dah cadangkan depa buat dekat kedah..hampa pulak?vote la kedah ek?hehe

Jom kenali Hackers Gaysec

Banyak betul hackers zaman sekarang ni kan?Sebelum ni kita dikejutkan dengan gang hackers yang menggelarkan diri mereka Anonymous yang telah godam beberapa lama web kerajaan dan juga bank.

Info terbaru yang aku dapat mengenai hackers yang menggelarkan diri mereka Gaysec telah menggodam beberapa laman web antaranya Nuffnang, Adverlerts, CIMB Bank, TV3 dan banyak lagi.Korang boleh masuk ke laman web rasmi mereka DISINI

APAKAH OBJEKTIF DAN MOTIF GAYSEC?

Objektif kami adalah untuk mewujudkan salah satu kumpulan yang menegakkan keselamatan sesuatu laman web atau apa sahaja sistem yang berada di dalam negara malaysia ini.

Kami tidak mahu malaysia menjadi salah satu mangsa 'dibuli' oleh pembuli siber, kerana itulah kami terpaksa melakukan perkara ini semua semata-mata untuk menyedarkan sesebuah pihak atau webmaster tentang keselamatan sesuatu sistem laman web atau sistem itu. Kami akan mengeluarkan bukti dan kenapa kami melakukan ini semua di dalam setiap pengumuman berita 'serangan' kami.

Kami bukannya suka melakukan ini semua, tetapi kerana kami takut dan tidak mahu jika suatu hari nanti dunia siber di dalam malaysia ini lumpuh dan menjadi "medan permainan" oleh sesebuah pihak kerana kesilapan seseorang webmaster atau sistem admin itu sendiri. Kami mahu setiap webmaster di malaysia ini saling mengingati dan sentiasa berwaspada dengan tahap keselamatan laman web sendiri sebelum menyalahkan kami, kami tidak akan pernah merosakkan sesuatu sistem itu, tetapi hanya untuk memberi kesedaran terhadap keselamatan laman web itu.

ANTARA LAMAN WEB YANG BERJAYA DIGODAM OLEH GAYSEC

1) TV3
2) NUFFNANG
3) CIMB BANk
4) ADVERLETS
5) GENGBLOGGER
6) JIWANG.ORG
7) ECCOUNCILACADEMY.ORG
8) PLKN ( Pusat Latihan Khidmat Negara)

Hmmm..Apakah website seterusnya yang ditarget oleh Gaysec?Hope bukan web aku ni la yer..

Kalau korang teringin nak dapatkan tip2 dari hackers ni, boleh la join facebook diorang

FACEBOOK GAYSEC

Jom Racing Secara Berkhemah


Malam ni aku nak ajak korang racing secara berkhemah untuk memang iPad 2 32GB Wifi, Canon EOS 550D dan HTC Desire dan juga 100 Tiket Wayang

Macam mana nak join?Mudah saja, korang hanya perlu mendaftar secara percuma DISINI dan ikut arahan yang diminta.

Selesai je daftar, korang gunalah kepakaran korang untuk menang hadiah menarik dibawah.



KLIK DISINI UNTUK LIHAT SAPA YANG TENGAH LEADING RACING NI


Oh ya sebelum aku terlupa, racing ni akat tamat pada 17 Julai 2011. Sila buat note ye supaya korang tak terlepas untuk menang Ipad2

P/s : aku menggunakan minyak fuel save 95 untuk race malam ni.hehe

Samsung S II Dan Lady Gagap

3 Perkataan je aku nak bagitau tentang Samsung S II ni iaitu Vivid, Fast, and Slim!

Apa yang menariknya Samsung baru ni?Baca sedikit info kat bawah.



4.3" SUPER AMOLED Plus display, a dual core application processor and only 8.49mm, doesn't that sound so good?


Tak mau cerita banyak, kalau korang nak tau lebih lanjut atau nak tau harga Samsung S II ni, layari website Samsung dengan KLIK DISINI



Ini pula pasal Lady Gagap.Apa yang menariknya?

Can't stop listening to Born This Way by Gaga? Fill up your details today & you could be on your way to catch Gaga at #GagaSecretGig


KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT PASAL GIG LADY GAGAP

P/s : Tahniah kepada pasukan Malaysia yang telah berjaya menewaskan Lubnan 2-1 di Stadium Bukit Jalil semalam.Malaysia BOLEHHHHHHHHHHHHHH!!


Tahniah! Anda Menang Tiket Percuma

Entry semalam aku ada mentioned menang hadiah dari ChurpChurp.So,harini aku nak tunjukkan bukti hadiah apa aku menang tu.hehe



Itu la hadiah yang aku dapat.Tiket PERCUMA hasil dari usaha dalam kempen ChurpChurp Race punya.tiket apa aku tak pasti lah.Rasanya tiket wayang la kot.hehe

Masalahnya sekarang ni,nak kena p KL kot.Kalau menang Ipad 2 ke aku sanggup MC kerja.hehe

BTW,terima kasih kepada ChurpChurp kerana memilih aku sebagai pemenang walaupun 'kereta' aku agak lembab untuk mengejar Lambogini.aha

P/s : Semalam aku ada bagitau awek aku nak p KL.Dia tanya nak p buat apa?Aku kata rahsia.Kalau dia baca entry ni,dia paham la kenapa aku nak p KL.ahaha



Jana Pendapatan Dengan Grapevine



Selepas bertapak hampir 4 tahun,Nuffnang dan churpchurp akhirnya melancarkan program / kempen terbaru mereka yang diberi nama Grapevine yang sebelum ini hanya dalam versi Beta

Mungkin nama Grapevine ni masih baru dan ada yang tak perasan.Kalau korang login akaun ChurpChurp,korang akan nampak seperti gambar di bawah :



Kempen ini masih lagi baru dan tak ramai yang terserempak dengan iklan Grapevine.Bila diorang akan betul-betul launching aku tak sure. kita tunggu je pengunguman dari diorang.

Kepada korang yang masih lagi blur,boleh tengok contoh iklan Grapevine dibawah

CONTOH LINK IKLAN GRAPEVINE


Menurut kata dari pihak nuffnang, Grapevine adalah satu versi baru iklan skyscraper yang membolehkan kita berkongsi iklan /kempen tersebut di facebook, twitter , blog dan sebagainya

Apa yang lebih menariknya Grapevine ni,kalau kita tak ada blog tapi nak juga generate earning boleh join program ni.Lihat gambar dibawah untuk gambaran lebih jelas flow Grapevine



Untuk info lanjut,boleh layari WEBSITE GRAPEVINE.

Mana bukti payment RM10,000 tu bro?Insyaallah nanti dah dapat aku tunjukkan yer.jangan marah :)

Dibawah bukti earning yang aku dapat setakat hari ini.So far ok la baru je try2 dah dapat banyak tu.Memang bestt!



Kepada korang yang taktau macam mana nak dapatkan unik link sendiri,sila tinggalkan komen

Hope entry ni membantu korang!all the best..


Peluang Kerja Di Nuffnang & ChurpChurp


Korang inginkan suasana kerja yang 'cool' atau mahukan persekitaran ofis yang menarik ala2 ofis google?

Ini ada berita baik nak kongsikan dengan pembaca blog ini.Jika korang masih lagi tak dapat kerja atau baru lepas graduate,Nuffnang & Churpchurp ada sediakan jawatan kosong untuk korang

Ada 4 posisi yang ditawarkan antaranya :

Blogger Relations
If you love dealing with bloggers and planning events, you will love this job!

Ad Operations
If love making sure that all campaigns run smoothly under your care, this job is for you!

Web Programmer
If you speak PHP language better than your mother tongue language, you’ll want this job!

Media Sales
If you love going out to meet clients and brainstorming with them for campaigns ideas, this is the job for you.



Jika korang rasa posisi tu melayakkan korang untuk apply,jangan tunggu lagi hantar resume korang ke career@churpchurp.com ataupun klik DISINI

Mari kita lihat koleksi gambar ofis Nuffnang & Churpchurp



P/s : kalau diberi peluang,aku pun teringin nak kerja kat sana kot!hehe

Note : Kalau masih belum daftar dengan ChurpChurp,klik DISINI

Bayaran Pertama Dari Churpchurp

Akhirnya,cek churpchurp yang ditunggu-tunggu sampai juga kat petik surat umah aku.Nak dekat seminggu dah sampai,baru hari ni bleh snap gambaq.hehe

Nak kata happy sangat tu biasa-biasa ja sebab duit ni aku pakai setle hutang.Tak dapat juga la nak shopping baju Giordano terbaru.sob3x!

Pas ni nak kumpul banyak2 dulu,baru nak cashout pulak .hehe

Ha kepada korang yang masih xtau churpchurp ni apa,boleh klik dekat SINI

Korang cana dah penah dapat ke cek dari Churpchurp?Meh la share dekat sini :)

Be Part of ChurpChurp Today!@

Entry aku petang ini just nk cukupkan syarat join contest yang diajurkan ChurpChurp je..Tengok dekat blog diorang,entry terbaik akan dapat RM100 credit.So,sapu je la kot2 aku orang yang bertuah tu kan.hehe

Cuba tengok logo churpchurp kat ats tu comey kan?macam nak je aku picit hidung dia.aha

Baru je kelmarin aku cashout duit churpchurp.Ikutkan hati nak simpan dulu.Tapi tangan ni dah gatal sangat nak tekan button cashout.Maka dibawah inilah hasilnya selama aku join churpchurp




Apa itu ChurpChurp?

ChurpChurp adalah anak syarikat Nuffnang dan merupakan medium pengiklanan di Twitter di mana korang akan dibayar untuk setiap tweet bagi kempen yang telah di berikan untuk korang.

Memang mudah sangat nak buat duit dengan churpchurp ni.Yang penting kena ada akaun twitter.Lagi ramai follower twitter,lagi banyak $$$ yang korang akan dapat.

Nah..layan jee slideshow dibawah ni dulu



Nak lebih info pasal Churpchurp?Jommmmmmmmmm terjahh www.churpchurp.com

Cepat jadilah sebahagian komuniti Churpchurp dan juga Nuffnang.Banyak kelebihan jika korang support dan join diorang.

Check Kedua Dari Nuffnang


Alhamdulillah,Selepas sebulan setengah tunggu akhirnya cek kedua nuffnang sampai juga.Sayangnya check tu aku bank in khamis (9/9/2010) sampai hari ini ahad ( 13/9/2010) tak clear lagi di akaun bank.Maklumlah bank tutup sebab cuti raya.Memang nak kena tnggu sehari 2 lagi baru bleh clear la kot duit nuffnang.huhu

Alang-alang cerita pasai nuffnang,aku nak kongsikan sikit buffered earning aku sejak akhir-akhir ini.Aku tak tau la sebab apa bulan lepas sampai bulan ini blog macam macam ada tak dapat buffered earning langsung!

Adakah sebab nuffnang merajuk aku memadukan diorang sebelum ini?aku pun tak pasti kenapa.Nak kata pelawat blog tak ramai mustahil sebab hari-hari cecah 1K visitor.Survey dekat nuffnang pun aku dah update.Alahai sedihnya..rasa macam down je semangat nak berblogging.huhu

Aku harap bulan ini nuffnang bagi la buffered earning.Tak banyak pun tak apa.Janji ada sudah.Sunyi kot blog ni tak dak buffered earning.kesian la aku.hehe.

Blog ni la yang banyak menyumbang pendapatan dari nuffnang.Kalau blog ni tak dak lagi buffered earning macam mana aku mau cari side income dengan nuffnang?takkan nak harap click je?memang susah la nk cashout tiap-tiap bulan.hmmmm

Korang semua doa-doa la ek aku murah rezeki sikit bulan ini.Baru semangat sikit nak berblogging + buat duit dengan nuffnang.ehhehe

Dapatkan RM1000 Dengan Contest ChurpChurp

Sejak akhir-akhir ini,banyak betul aku dapat 'tag' buat duit hanya login facebook.Mula-mula tu aku ingat memang betul la.Siasat punya siasat,Hampeh je.Buang masa aku ja.Semuanya basic kepada MLM!mengarut betul.Dahla aku paling tak suka MLM punya program.Yang kaya org atas dan yang kayap orang bawah.huhu

Entry lepas,aku penah kongsikan apa itu Churchurp dan macam mana kita boleh menjana pendapatan dengannya.Korang boleh tengok DISINI

Ok,malam ini aku nak share sikit contest yang churpchurp anjurkan.Hadiah menarik menanti korang.Apa hadiahnya tu ek?

One (1) Grand Prize winner of RM 1, 000 instant credit
One (1) Second Prize winner of RM 5 00 instant credit
Ten (10) Consolations Prize winners of RM 100 instant credit each
20 Lucky New Churpers will get RM 25 instant credit each


Contest ini berjalan dari August 3 – September 2, 2010 dan terbuka kepada 'chuppers' dari malaysia sahaja

Jadi,apa tunggu lagi.Meh ramai-ramai join Churchurp.KLIK DISINI UNTUK DAFTAR DENGAN CHURPCHURP.Paling penting dekat form pendaftaran dibahagian Referral Contest (Optional) - Malaysia only, korang masukkan nama lunaih

:)

Majlis Berbuka Puasa Bersama Nuffnang


Kepada semua Nuffnangers,jangan ketinggalan untuk berbuka puasa bersama Nuffnang pada hari Rabu khamis 12 Ogos 2010 di di The Apartment, KLCC.

Disamping berbuka puasa,korang boleh la kenal antara satu sama lain sesama blogger cina,india dan melayu.

Tujuan sesi berbuka puasa ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim di antara para blogger beragama Islam dan kakitangan Nuffnang yang berada di sebalik tabir perkhidmatan menjual ruang-ruang iklan di blog anda. Selain itu, para blogger juga boleh mengambil kesempatan ini untuk bertemu dan bergaul di antara satu sama lain terutamanya bagi mereka yang tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi telah lama membaca blog sesama diri.


Disamping mengenali antara satu sama lain,Nuffnang ada menyediakan juadah bebuka yang cukup istimewa.Rugi sape tak pergi.Aku tak pasti la korang masih berpeluang tau x untuk pergi ke sana.Apa-apa pun,just email kepada berbukapuasa@nuffnang.com dengan nama penuh dan URL blog Korang.

P/s : Selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Umat Islam Di Seluruh Malaysia.Jangan curi2 makan plak disiang hari.hehe

Nuffnang Kebas Duit Aku

Sebelum aku merapu dan melalak tak tentu pasal,aku nak minta maaf dekat nuffnang kalau post aku ni 'biadap' sangat.Post aku ni bukan nak tuduh Nuffnang scam ke ape ke.Just nak tahu saja apa yang aku rasa tak puas hati.

Al-kisahnya selepas aku kehilangan pangkat Glitterati.Aku tak kisah sangat hilang pangkat ni sebab memang salah aku pun letak iklan Nuffnang bersama competitor Nuffnang.Tetapi yang buat aku tak puas hati buffered earning aku tiba-tiba jadi berkurang dari nilai asal.

aku check balik semua buffered earning yang aku dapat,semuanya sudah 'disapu' habis.WTF!apa dah jadi ni?sebelum ni aku hilang pangkat Glitterati tak der plak nilai RM aku kurang.Macam mana aku nak beli kereta ferrari?hah!





Sebelum aku buat post ni,nuffnang masih lagi belum kreditkan buffered earning yang aku tanda tu (sekarang sudah jadi metered earning).Masa aku nak printskrin kan SS ni,nuffnang dah kreditkan buffered earning tu.omg!agak sedih aku tengok nilai yang dikreditkan untuk campaign Nestle Coffee Mate Love Notes SS,Nestle Coffee Mate Love Notes LR,Maxis Whiteberry Bold LR. :(

Sebelum hilang pangkat,nilai yang terkumpul untuk campaign tu,seingat aku dah cecah RM30++.Tapi apa yang jadi sebaliknya sekarang?wtf!

Tidak ketinggalan untuk buffered earning aku sekarang di SS,nilai yang korang tengok tu sebenarnya bukan nilai asal aku dapat sebelum hilang pangkat.Tetapi sekarang dah jadi kurang.hahhhhhh!!!memang bangang lah!

Aku memang tak puas hati dengan apa yang jadi ni.Bagi aku tak fair lah.Nuffnang tolonglah kredit balik duit aku tu.Kalau yer pun turun pangkat,tak payah la slumber badak je potong nilai asal dia.Sebelum ni tak macam ni pun.

Buat korang yang pernah jadi macam ni,tolong share pengalaman sikit.Kalau staff nuffnang ada baca entry ni,tolonglah jawab.Aku nakkan kepastian.

kesimpulan dia sekarang,aku rugi.terima kasih!

Nuffnang Vs Manggads


Nampaknya,Nuffnang sudah ada competitor baru selain Adverlets.Siapakah pesaing Nuffnang tu yer?Kalau korang perasan la kan,iklan Manggads sudah mula memenuhi setiap pelusuk blog/web yang ada diinternet.Manggads lah pesaing yang aku maksudkan tu.

Apa yang aku baca dilaman web Manggads,keuntungan yang akan diperolehi oleh blogger berbanding syarikat pengiklanan like Nuffnang jauh lebih tinggi.Mungkin ini berita baik buat semua blogger.Tetapi,apa yang tak syoknya tu,kita tak boleh meletakkan iklan Manggads bersama Nuffnang.Kalau tidak,korang akan dapat jawapan seperti dibawah :

Hi Khairul,

Mangga Ads are our competitor.
If you insert their ads into your blog, your membership status will change to Ordinary.

Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations Executive




Jadi,kalau korang beria-ria nak letakkan iklan nuffnang bersama Manggads,bersedialah untuk diturunkan pangkat yer.Tapi tak salah kalau kita mencuba manggads ni di blog baru.Mana tau income dengan Manggads lagi ma$ukk ke.

5 sebab utama kenapa korang mesti join Manggads :

1) KEUNTUNGAN YANG LEBIH TINGGI.
2) BAYARAN YANG CEPAT DAN MUDAH.
3) DASHBOARD AHLI YANG MENARIK.
4) RANGKAIAN SOSIAL UNTUK PENULIS BLOG.
5) DISOKONG SYARIKAT MEDIA BERPENGARUH.

Untuk lebih info,boleh ke SINI

Siapa Kata Dengan Blog Tak Boleh Dapat Duit?

Dalam kegairahan kita dok mencari sumber pendapatan di internet,maklumlah nak tambah duit poket sebab gaji bulan2 tak pernah cukup,kita seharusnya berhati-hati dalam memilih program itu sebab banyak sangat program dekat intenet yang menipu (tidak membayar@SCAM!)

Banyak kes yang kita dengar di kaca TV,di surat khabar, dan juga diinternet orang ramai ditipu selepas menyertai sesuatu program tersebut.Statistik dekat malaysia saja pengguna internet yang ditipu sudah berapa ramai.Itu tak kira lagi dekat luar negara lagi.Aku ambik contoh orang Malaysia la yer.Apa yang aku perasan,kebanyakkan orang Malaysia ni jenis cepat nak kaya tanpa berusaha dan kaji terlebih dahulu program yang mereka sertai tu.

Apa yang terjadi selepas mereka tidak mendapat bayaran?nak menyesal pun tak guna sebab duit dah habis labur.So,nak salahkan siapa?Lu fikirlah sendiri!

Artikel aku kali ni,bukan nak ulas panjang pasal benda alah ni.Sampai esk pun tak habis.Aku just nak share dengan korang terutamanya newbies program yang mana satukah betul-betul membayar kepada kita.Dalam artikel ni,aku akan sertakan beberapa bukti bayaran yang aku pernah dapat diinternet


1)Nuffnang.com.my


Nuffnang merupakan syarikat yang betul-betul bayar kepada blogger.Tanya la blogger mana tak pernah dapat duit dari Nuffnang.Semuanya berpuas hati dengan Nuffnang termasuklah aku.Ada blogger sebulan boleh generate income beribu-ribu K dengan Nuffnang (Jeles gak aku kadang2).hehe

2)Google Adsense



Google adsense tak payah aku ulang sangat kot sebab ramai pengguna dekat internet ni dah kenal dengan google adsense.Kalau yang tak kenal lagi tu,cuba p tanya pakcik google macam mana nak buat duit dengan google adsense.Insyaallah korang juga bakal menerima bayaran dari google.

3.Ziddu.com


Kalau korang ada blog pasal download mp3,video atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan download,Ziddu.com lah paling sesuai untuk buat duit dengan diorang.Alhamdulillah dah 2x aku terima payment dari diorang.Payment ke-3 bakal muncul nanti.Insyaallah dengan izinNYA :)

4.Linkbucks.com


Linkbucks.com salah satu lubuk nak buat duit dekat internet ni.Memang mudah sekali.Yang penting pastikan blog korang berkaitan dengan download dan make sure juga ramai visitor baru income ma$$ukk!!

5.Youthsays.com


Sebelum ni aku macam tak berapa nak fokus sangat dengan YS.Yela nak generate income pun agak susah sebab perlu jawab survey yang diorang bagi.Kalau timeout jawab survey,memang habuk pun tadak.Tapi selepas diorang perkenalkan PPC (pay per click) program,dalam sebulan lebih aku dah berjaya generate income yang tak seberapa ni.Payment dalam progress.Kalau dah dapat nanti aku share ngn korang semua.

Cukup la kot 5 bukti aku nak share dengan korang semua.Ini just pembakar semangat dan motivasi kepada kita je.Yang bestnya semua program yang aku join TAK perlu keluarkan modal 1 sen pun.Cukup sekadar ada blog dan usaha sahaja.

Siapa kata dengan blog tak boleh buat duit?Bukti dah ada so terpulanglah kepada korang nak bertindak atau sebaliknya.all the best!

Konsert Double Trouble Wings & Search


Kepada peminat-peminat Wings & Search,korang semua pastinya tertunggu tunggu konsert double trouble kali kedua yang akan diadakan di Johor Bahru selepas konsert pertama mereka di KL baru-baru ini.

Nama search dan Wings tidak asing lagi dikalangan peminat muzik rock kapak dari zaman kemuncak mereka pada tahun 80 an.Setiap lagu yang dimainkan mereka pastinya membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya akan tergoda (cewahh)

Walaupun sekarang ni zaman muzik indie,nama Wings & Search still maintain dan tidak tenggelam.Lagu dan lirik lagu diorang semua membawa kenangan yang begitu bermakna.


Antara lagu Wings yang paling disukai ramai sudah pastinya Taman Rashidah Utama,Sejati,Opera Hidup,Dipenjara Janji.Dan lagu Search pula Isabella,Isi Dan Kulit,Fantasia Bulan Madu.

Berita baik kepada peminat wings dan search,korang berpeluang mendapat sepasang tiket yang akan diberikan Nuffnang.Untuk lebih info,korang boleh click DISINI

Aku harap lepas habisnya konsert dekat Johor nanti,Wings & Search dapat mai utara pulak untuk konsert Double Trouble.Ramai kot peminat Wing & Search kat utara ni.hehe

Tarikh: 5 Jun 2010
Masa : 8.30 malam
Tempat : Stadium Larkin, Johor Bahru

Cek Nuffnang Cash Cek Atau Tidak?

Macam mana bulan ni dengan income Nuffnang korang?ada bagus ke atau dok merangkak-rangkak lagi?nasihat aku kalau income korang still slow,jangan putus asa dan teruskan berblogging dan dapatkan traffic (pelawat) dari Malaysia seramai mungkin kerana nuffnang lebih utamakan pelawat dari Malaysia untuk membolehkan korang dapat buffered earning.

Ok,berbalik kepada tajuk kita iaitu adakah check nuffnang 'cash check' atau tidak?Cash check ni merupakan check yang membolehkan kita terus tunaikan duit nuffnang dikaunter dengan cepat.Kiranya tak payah la kita tunggu check tu clear dalam masa 2-3 hari.

Kepada yang pernah terima duit dari nuffnang,mungkin artikel ni tidak sesuai kot untuk korang.Tapi kalu nak baca juga boleh saja.hehe


Sebelum aku terima payment,aku ada tanya dekat nuffnang pnya staff adakah check yang dihantar nuffnang merupakan cash check atau tidak.

Dalam masa sehari sahaja,aku sudah dapat jawapan dari mereka yang mengatakan check itu bukan cash check.So,ini bermakna check yang kita dapat tu tak boleh la kita tunaikan secara cepat dikaunter bank.Kena tunggu dalam masa 2-3 hari waktu bekerja baru boleh check nuffnang clear di akaun bank kita.

Agak kecewa juga la check nuffnang bukan cash check.Tapi tak apa lah,lambat sikit tak apa yang penting duit nuffnang masuk ke akaun bank sudah.

Diharapkan artikel aku ni dapat memberi satu lagi info baru buat korang tentang nuffnang.

Cek Nuffnang Sampai


Entry last sebelum aku tidoq,nak post la cek Nuffnang aku terima minggu lepas punya.Sebab apa baru post hari ini?Sebab cek tuh sampai dekat rumah mak bapak aku.Aku pula duk umah sewa.Sekarang tengah cuti Kong Ci Fa Chai.So,baru boleh buat entry pasal nih.hehe

Berapa jumlahnya?ehem2..mungkin korang semua tak sabaq2 tengok bukan?tapi janji jangan dok gelak ek tengok income yang tak seberapa ni.ehe





Tadaaa..!!nampak x?sorry la noh kalau cek ni tak berapa nak clear.Al-Maklumlah pakai hp Nokia 3310 amek gambaq.Memang tak dak kualiti langsung.Nak kena pakai duit nuffnang beli hp yang kamera clear sikit la kot.heh

Buat yang mata rabun tu,jumlah cek dekat atas tu RM323.87

Ok,sampai sini saja kot entry pasal cek nuffnang.Ada tip?ok boleh usya balik entry aku yang lepas2 punya.Tak pun p tanya pakcik google.

Popular Posts