Kemalangan Maut di Kampung Lokawi Baru

Kemalangan yang membabitkan lori dan sebuah kereta ini berlaku di Jalan lama Lokawi Papar, Kampung Lokawi Baru pada pukul 2.00 petang tadi.

Mengikut info, 2 orang mangsa disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,

Kemalangan Ngeri Federal Highway



Berita terhangat pada 21 April 2013 yang membabitkan kemalangan maut di Federal Highway. Kemalangan maut itu dikatakan berlaku seawal jam 4 pagi menurut saksi kejadian.

Dari pemerhatian video dan gambar, kemalangan ini boleh dikategorikan kemalangan ngeri dimana ada antara mayat kaki dan tangan terputus. Mengikut info tidak rasmi, terdapat 12 orang mangsa dan 7 dikatakan maut dan selebihnya ceder parah.

Kemalangan yang melibatkan 5 motosikal dan 2 buah kereta ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang dikatakan mabuk telah melanggar sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di tepi Lebuhraya secara berkumpulan



Dibawah ada video yg dirakamkan saksi tempat kajadian. AMARAN! tidak sesuai untuk ditonton oleh ibu mengandung, kanak2 dibawah umur 18 dan sesiapa ada penyakit jantung. Aku tak bertanggungjawab selepas tengok video ni ada yang mati!



P/s : Takziah diucapkan kepada semua mangsa yang terkorban. Moga roh mereka dicucuri rahmat

Video Budak 2 Tahun Digilis Lori

Tadi buka Buletin TV3, terkejut bercampur sedih tengok tajuk utama berita apabila budak berusia 2 tahun digilis dengan van di negara China tanpa mendapat belas kasihan dari orang yang lalu lalang disitu.

Tak dapat aku bayangkan keadaan budak tu semasa digilis. Aku hanya mampu menitiskan air mata dan berdoa semoga budak tu cepat sembuh.

Korang dah tengok video tu? Jom kita tengok.Siapkan tishu banyak2 noh? :)





Aku tak faham kenapa orang yang lalu dekat situ buat tatau je dekat budak tu? Kotlaaa rasa nak angkat ke tapi tak pun.

Yang sadisnya tu, budak tu turut digilis kali kedua oleh lori yang lalu disitu.OMG! :((

Difahamkan, budak tu sekarang tengah koma di hospital.Meh la sama2 kita berdoa sesama manusia budak tu cepat sembuh.Amin!

P/s : Kejam ohhhhhhhhh sungguh kejam!~

(Ngeri) Kepala Berlubang Kemalangan










Tragedi 10.10.2010 ( 15 Maut,37 cedera)

Innalillah..sadis aku baca berita kemalangan ngeri yang mengorbankan 12 orang,40 cedera membabitkan 6 kenderaan.

Artikel yang dipetik dari Bernama :

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala


Kat bawah ni antara gambar kemalangan ngeri yang dihantar ke email aku .










*UPDATED PHOTO*











P/s : Takziah & Al-Fatihah untuk semua mangsa bergama islam

Kemalangan Ngeri Kerabat Diraja Kelantan

SEPANG - Cubaan seorang pemandu lori simen dan kelindannya untuk menyelamatkan seorang kerabat Diraja Kelantan daripada hangus gagal apabila lelaki itu rentung selepas kereta Volvo dinaikinya terbakar selepas dirempuh kenderaan berat itu dari belakang.

Bagaimanapun, dua lagi penumpang di dalam kereta itu selamat.

Datuk Raja Mohammad Raja Ismail, 60, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas hangus 100 peratus manakala seorang rakan dan anak saudaranya yang dikenali sebagai Tengku Mariani, 26, cedera ringan di kepala apabila sempat diselamatkan.

Kejadian pukul 8.45 malam di kilometer 31.3 Lebuh Raya Elite dekat susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa dilanggar lori berkenaan dari belakang menyebabkan kereta itu terseret sejauh 20 meter sebelum terbakar.


Difahamkan, sebaik melihat kereta mangsa dan lorinya terbakar, pemandu dan rakannya bergegas turun sebelum memberi bantuan tetapi malang mereka hanya dapat menyelamatkan rakan dan anak saudara ahli perniagaan itu sahaja.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) untuk menghantar anak saudaranya menaiki penerbangan ke Kota Bharu, Kelantan.

"Pemandu lori dan kelindan itu mendakwa mereka mengeluarkan kedua-dua mangsa melalui tingkap kereta yang pecah sebelum api marak.

"Bagaimanapun, ketika hendak menyelamatkan seorang lagi mangsa yang tersepit, api sudah mula marak dan membakar keseluruhan kereta termasuk Datuk tersebut," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Putrajaya sementara jenazah mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

credit to : Kosmo Online!

P/s : Takziah dan al-fatihah buat arwah

(Video) Kemalangan Ngeri Dekat Stesen Minyak

Selepas kita semua dikejutkan dengan berita penyanyi Acik Spin meninggal dunia 4 hari lepas,terbaru info dan video yang aku terima mengenai kemalangan ngeri dekat stesen minyak.

Kemalangan ngeri ni dirakamkan menggunakan CCTV.Lokasi stesen minyak pun aku kurang pasti lagi sebab si pengirim video ni pun tak bagitau kat mana.Si pengirim bagitau
2 orang mati dalam kejadian ni iaitu anak dan bapak (melayu)

Kalau korang tak tengok lagi video ni,jom kita tengok.Aku baru je pas upload dekat youtube.Memang sadis giler la.huhu



Aku nak mintak jasa baik kot2 la yang masuk ke blog ni ada terlihat kejadian ni ataupun ada info pasal ni,mohon ceritakan kejadian sebenar.Aku memang nak tau sangat2 punca kejadian tu macam mana.

*Updated*

ells^ciKaLiD
salam..saya wakil dr keluarga arwah, mohon tn admin delete video yg telah di upload di youtube bagi menghormati pemergiannya dan juga menghormati perasaan anak,isteri dan kami sekeluarga.Doakan kekuatan buat isteri dan anak-anaknya yg ditinggalkan. jasabaik anda amat diharapkan dan terima kasih dr kami.


Diatas permintaan ahli pihak keluarga yang terlibat,dengan ini aku akan delete kembali video yang telah diupload di youtube dan juga video yang aku telah upload dekat post ini.terima kasih

Acik Spin Meninggal Dunia

Berita terbaru yang aku dapat dalam paper Kosmo! sebentar tadi.Penyanyi popular yang mungkin sudah dikenali ramai iaitu Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari telah pun kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan ngeri pada petang tadi.

Info tentang kejadian tersebut dalam akhbar Kosmo!

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.


Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.



Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.


Apa-apapun Al-Fatihah buat arwah.Hilang lagi orang seni di Malaysia selepas perginya Yanie Mentor dan Din Beramboi.huhuh



Kemalangan Ngeri Perodua Alza

Sebelum aku nak ulas sikit pasal gambar ni,apa kata korang layan dulu gambar kereta Perodua Alza yang terlibat dengan kemalangan.Daripada gambar yang ditunjukkan ini,adakah korang dapat jangka berapa orang yang mati?







So,macam mana?Ngeri x?agak2 berapa orang mati? actually,tak ada seorang pun yang mati.Si pengirim yang hantar email dekat aku tak bagitau kemalangan tu ada yang mati ke tak.hehe

So,korang fikirlah sendiri.Adakah kereta buatan Malaysia memang tiada safety?baik Proton ataupun Perodua.Ramai yang mengutuk kereta Proton punya body macam tin milo!aku tak nak komen apa2.

Takut pula aku tengok gambar ni.Bukan apa,aku pun pakai Perodua juga.So far setakat la ni masih ok lagi la.Hopefully tak jadi la apa2 dekat keta aku tu ek?huhuhu

Popular Posts