Video Ibu Dera Anak




Perbuatan ibu yang mendera anaknya mendapat sambutan yang luar biasa dari pengguna laman social yang bersimpati dengan nasib bayi ini baik di facebook, twitter, ataupun youtube di seluruh dunia.

Semalam, TV3 ada siarkan kepada umum video ini dalam buletin utama TV3. kalau korang terlepas untuk menontonnya, aku telah sediakan 3 link video yang berlainan.








Pihak polis yang menerima hampir 300 aduan dari masyarakat yang bersimpati dengan nasib budak ini telah membuat statement dilaman rasmi facebook PDRM


Jadi, terjawab sudah persoalan sama ada wanita ini telah ditangkap atau belum. Walaupun dia telah dipenjara 18 bulan atas kesalahannya itu, kelakuannya itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada masyarakat seluruh dunia.

Untuk pengetahuan korang, bayi ini sekarang telah ditempatkan di Jababatan Kebajikan Masyarakat untuk dijaga.

Mari kita doakan semoga dia sihat dan hilang trauma akibat kelakuan ibunya itu.

Video Budak 2 Tahun Digilis Lori

Tadi buka Buletin TV3, terkejut bercampur sedih tengok tajuk utama berita apabila budak berusia 2 tahun digilis dengan van di negara China tanpa mendapat belas kasihan dari orang yang lalu lalang disitu.

Tak dapat aku bayangkan keadaan budak tu semasa digilis. Aku hanya mampu menitiskan air mata dan berdoa semoga budak tu cepat sembuh.

Korang dah tengok video tu? Jom kita tengok.Siapkan tishu banyak2 noh? :)





Aku tak faham kenapa orang yang lalu dekat situ buat tatau je dekat budak tu? Kotlaaa rasa nak angkat ke tapi tak pun.

Yang sadisnya tu, budak tu turut digilis kali kedua oleh lori yang lalu disitu.OMG! :((

Difahamkan, budak tu sekarang tengah koma di hospital.Meh la sama2 kita berdoa sesama manusia budak tu cepat sembuh.Amin!

P/s : Kejam ohhhhhhhhh sungguh kejam!~

Misteri Gunung Jerai

Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.



''Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? '' Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.



En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.



Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. '' Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi,'' pinta Rasidah lagi.



En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.





Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.



adi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.



'Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…'' rayu Rasidah, tinggi suaranya.



Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian !



Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan,'' kata Rasidah lagi.



Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?



Lalu beliau cuba menakut-nakutkan mereka. En.Ramli katakan yang hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, atau dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.



''Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada !'' jawab Rasidah. Ah! En.Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu ? Siapa pula puteri itu ?



Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga En.Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. ''Puteri Delima. Puteri Delimaaaa !! '' beliau terpaku. Siapa yang bercakap ? Darahnya mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak datang, fikirnya berulang.



''Sayalah Puteri Delima !'' kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. ''Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee… ! Saya nak jumpa tok wan ! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!! '' kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.



En.Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, beliau terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.



Esoknya En.Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan beliau, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas.



Pada pengalaman En.Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.



Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka cepat-cepat beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib.



Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.



Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.



En.Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ.



Sebenarnya En.Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, beliau diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.



''Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,''kata En.Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.



Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi.



Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang telah terjadi ?



En.Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu ? Mesti ada sebab yang lain.



En.Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan- hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.



Beliau juga selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.



Di pinggir air terjun pula, kata En.Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. En.Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap.



Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. “Ini kerja bunian,” berkali-kali dikatakan begitu.



Oleh kerana itulah En.Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala mungkin akan menimpa.



''kalau ada apa-apa perkara yang pelik berlaku, jangan tegur. Lebih baik, diam ! Kalau ternampak benda-benda yang ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian '' pesan En.Ramli.



Gunung itu sering 'mengambil nyawa' manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi En.Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. En.Ramli percaya semua itu angkara bunian.



Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa En.Ramli, dia akan berpesan, ''hati-hati. Jangan main-main dengan pengunggu Gunung Jerai ini. Tempat ini keras ! ''



P/s : Aku sendiri penah ada pengalaman semasa berkempen di Gunung Jerai.Kalau korang teringin nak rasa pengalaman tu, datang sendiri ke Gurun,Kedah.Tapi ingat, jangan CAKAP BESAR!



SOURCE

(Kantoi ) Video 3gp Nenek 72 Tahun

Eh, aku ingatkan budak sekolah je yang ada video 3gp, tak sangka nenek berusia 72 tahun pun boleh 'kantoi' video 3gp nya.Sungguh menarik!

Terkejut juga aku tengok video ni.Macam tak percaya dalam usia lanjut begini boleh plakkkkk rakam video yang merangsang nafsu serakah aku..

Sebelum tu, meh kita layan lagu ni dulu.Sesuai la kot dengan 'tema' tajuk entry hari ini.hehe





Ok,tak yah buang masa.Meh kita layan ajeeee video 3gp nenek 72 tahun.Gambar dibawah adalah edisi 'short'.Semoga terhibur ;)



KLIK DISINI UNTUK EDISI PENUH VIDEO 3GP NENEK BERUSIA 72 TAHUN










DISCLAIMER :

OWNER BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA TERJADI SESUATU YANG TIDAK DIINGINI.IANYA ADALAH HIBURAN SEMATA-MATA.TERIMA KASIH

P/s/s : Al-Fatihah buat pelakon Zami Ismail @ Pak Uda yang telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi.Moga rohnya dicucuri rahmat.AMIN!

(Ngeri) Kepala Berlubang Kemalangan










Datuk Sosilawati & 3 Yang Lain Sah Dibunuh

gambar suspek kes bunuh Kalau korang ada baca paper hari ini,inilah berita sedih kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati.

BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.

Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.


Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.

“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.

Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.

“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.

Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.

“Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan” katanya.

Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini.

Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.

Sementara itu, pasukan penyelam polis meneruskan usaha menyelam di dasar Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah bagi mencari objek yang boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan berkenaan, semalam.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun.


Sumber : Metro Online 14/9/2010

Akhirnya,terjawab sudah kes ini.Sama-sama kita berdoa semoga roh kesemua mangsa ditempatkan dikalangan orang beriman dan suspek utama pembunuhan kejam ini ditangkap dengan segera

P/s : Siapa ek Datuk yang terlibat dalam kes ini?Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Manusia Makanan Burung (18sx)











P/s : gambar-gambar dekat atas ni bukan diedit ok?mengikut info yang aku dapat,ini merupakan 1 cara mayat disemadikan di Tibet.Sejauh mana kebenaran fakta ini,hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tau! :)



10 Maut Kemalangan Bas Di Ipoh


Sedih dan terkejut aku lepas balik kerja tengok berita tv3 kemalangan bas yang mengorbankan 10 nyawa di plaza tol Ipoh selatan awal pagi tadi.Kali ni membabitkan bas express Sani pulak dah!

Tadi masa aku onway balik rumah pun banyak gak kemalangan yang aku tengok dekat jalan tu.Kereta langgar kereta,moto langgar kereta,lori langgar kereta,lembu langgar lembu.Haish!naik seram aku tengok.huhuhu..nak bawa kereta pun kena hati2 dan berdoa gak moga2 selamat perjalanan aku tu.

Tak ku sangka pulak ada lagi kemalangan dasyat yang berlaku hari ini.Yang sadisnya tu ada gak antara mangsa tu dari sungai petani dan gurun kedah. (aku orang SP).Kenapa banyak betul kemalangan yang membabitkan bas?




IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian jam 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.

Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya identiti mangsa terakhir iaitu seorang wanita yang dipercayai berbangsa Melayu masih belum dikenal pasti.


Itu antara petikan didalam paper Metro hari ini.Nak baca artikel penuh click dekat sini

P/s : Al-fatihah diucapkan kepada semua mangsa yang terkorban.Moga2 roh mereka semua dicucuri rahmat.Amin!

Popular Posts