Sebut saja pasal Sex,aku pasti semua orang mesti suka punya baik muda ataupun pakcik2 tua pun sama naik.kalau Sex 'disaluti' dengan nafsu setan,maka akan terjadi lah kes datuk 'makan' cucu,ayah 'makan' anak dan macam macam lagi la kes yang bernama sex ni.
Akan tetapi,kesihatan seksual yang baik sangat penting untuk kesihatan fizik, dan psikologi seorang lelaki. Secara keseluruhannya, seks dapat berpotensi mengurangkan risiko kanser prostat.
Seks merupakan aktiviti yang bebas kos dan menyenangkan. Lebih murah daripada menjadi anggota sebuah club kecergasan.
Ada beberapa sebab yang membuatkan lelaki lebih sihat dengan melakukan seks.Nak tahu sebab apa? mari follow wahai kaum2 lelaki..
1. Dengan melakukan seks secara rutin bererti kita melakukan pembakaran kalori. Jika korang menghabiskan waktu setengah jam untuk melakukan seks setiap hari,korang dapat menurunkan berat sekitar sepuluh pound atau lebih selama setahun.
2. Selain membakar kalori, seks juga membantu pengeluaran testosteron, yang dapat memperkuat tulang dan otot. Testosteron juga bertanggung jawab untuk menjaga tingkat energi yang sihat, hati tenang, kesuburan, dan hasrat untuk seksual.
Jadi,hubungan seks ketika ini boleh membantu menjaga ghairah seks mendatang. Penurunan kadar testosteron, yang dikenali sebagai andropause atau menopause lelaki, dapat mengakibatkan beberapa kesan sampingan termasuk penurunan libido, kelelahan dan depresi.
3. Dengan seks juga dapat mencegah dari terkena kanser. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang ejakulasi lebih dari 30 persen secara teratur lebih kecil kemungkinannya untuk terkena kanser prostat. Ejakulasi secara teratur, baik dari hubungan seksual atau masturbasi, membantu flush prostat, yang dapat membantu mengekang perkembangan kanser prostat.
4. Seks dapat menghilangkan stres. Penurunan tekanan darah yang diakibatkan dari hubungan seks dapat membantu menurunkan tingkat stres korang.
5. Seks Meningkatkan kesihatan kardiovaskular, kerana seks merupakan bentuk sukan yang baik.hal itu akan nampak positif terhadap kesihatan jantung korang. Satu kajian dari Queens University menunjukkan bahawa lelaki yang melakukan seks lebih dari tiga kali seminggu mengurangi risiko serangan jantung dan stroke.
6. Seks Meningkatkan Ketahanan.Lelaki mungkin tidak menyedari bahawa hubungan seksual secara teratur meningkatkan tingkat immunoglobulin A, sebuah antibodi yang dikenal untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Seks sekali atau dua kali seminggu dapat membantu mencegah pilek atau flu.
7. Seks dapat merapatkan keakraban.Sebelum orgasme, sejumlah endorfin dilepaskan dan kadar hormon oksitosin, kadang-kadang disebut sebagai “hormon cinta,” naik hingga lima kali tingkat normal. Oksitosin juga telah berkaitan dengan peningkatan rasa kemurahan hati, dan dikenal untuk bertindak sebagai neurotransmitter di otak, membangun kepercayaan dan membantu untuk memperkuat ikatan.
8. Seks juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit yang terkait dengan masalah umum seperti sakit kepala.
9. Seks juga memberikan ketenangan ketika tidur malam.
10. Seks dapat membuatkan kesihatan berpanjangan untuk jangka panjang makin baik.
Itulah antara sedikit info berkenaan dengan manfaat seks untuk kesihatan kaum lelaki.Kalau korang laki laki dah ada pengalaman seks,apakata kongsikan manfaat lain untuk kebaikan bersama
10 Manfaat Seks Untuk Kesihatan Lelaki
Posted by Unknown
on 7:52 AM
0 comments:
Post a Comment