Sedih dan terkejut aku lepas balik kerja tengok berita tv3 kemalangan bas yang mengorbankan 10 nyawa di plaza tol Ipoh selatan awal pagi tadi.Kali ni membabitkan bas express Sani pulak dah!
Tadi masa aku onway balik rumah pun banyak gak kemalangan yang aku tengok dekat jalan tu.Kereta langgar kereta,moto langgar kereta,lori langgar kereta,lembu langgar lembu.Haish!naik seram aku tengok.huhuhu..nak bawa kereta pun kena hati2 dan berdoa gak moga2 selamat perjalanan aku tu.
Tak ku sangka pulak ada lagi kemalangan dasyat yang berlaku hari ini.Yang sadisnya tu ada gak antara mangsa tu dari sungai petani dan gurun kedah. (aku orang SP).Kenapa banyak betul kemalangan yang membabitkan bas?
IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.
Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian jam 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.
Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya identiti mangsa terakhir iaitu seorang wanita yang dipercayai berbangsa Melayu masih belum dikenal pasti.
Itu antara petikan didalam paper Metro hari ini.Nak baca artikel penuh click dekat sini
P/s : Al-fatihah diucapkan kepada semua mangsa yang terkorban.Moga2 roh mereka semua dicucuri rahmat.Amin!
10 Maut Kemalangan Bas Di Ipoh
Posted by Unknown
on 4:36 AM
0 comments:
Post a Comment