Home » , , , » Bagaimana Nak Didik Anak Hadapi Kesusahan?

Bagaimana Nak Didik Anak Hadapi Kesusahan?


Anak adalah satu anugerah dari yang maha ESA yang tidak boleh diganti dengan wang ringgit.Hilang harta boleh cari.Kalau hilang anak?

Sebagai contoh,kita ambil dari kejadian yang berlaku baru baru ini dimana seorang ibu yang kehilangan 4 orang anak sekaligus akibat lemas.Apa perasaan korang kalau berada dalam situasi tersebut?huhu..

Artikel yang aku nak kongsikan dengan korang ni mungkin tiada kaitan dengan kejadian lemas tu.Tapi lebih kepada untuk mendidik anak menjadi seorang yang berguna untuk agama,masyarakat dan yang lebih penting kepada ibu bapa.


Assalamualaikum,
Semoga semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. begitu pantas masa berlalu, kita sedang berada di penghujung tahun 2009. Dua minggu lagi, kita akan menyambut tahun baru 2010. Tentu ramai yang sedang merancang azam baru utk dilaksanakan. Macamana dengan azam-azam lama?

Alhamdulillah, saya telah diizinkan oleh Allah utk berkongsi cerita suka dan duka sepanjang kembara mencari ilmu di rantau orang. Tentu ada yang menyangka saya ingin mencari nama..sebenarnya tidak sama sekali. Saya cuma berharap cerita saya dapat menjadi penguat semangat buat mereka yang memerlukannya. .sebagai cabaran utk mereka yang belum pasti ke mana arah tuju perjuangan mereka. Saya cuma mahu pelajar2 saya..kawan2 saya tahu bahawa tidak ada jalan mudah utk mencapai kejayaan. Semuanya perlukan pengorbanan. ..masa, tenaga, keringat dan airmata. Seperti yang saya katakan, kita tidak mungkin berjaya tanpa adanya sokongan dari insan2 di sekeliling kita. jadi, tak perlulah sombong bila kita telah berjaya.

Kepada kawan2 semua, saya ingin menjelaskan sesuatu.sebenarnya bagi para pensyarah..phd bukanlah pengakhir perjuangan.sebalikn ya ia adalah satu permulaan perjuangan yang masih panjang dan mungkin perjuangan yang tidak bernoktah. kenapa? phd adalah ibarat kunci yang kita perolehi setelah puas mencarinya. berbekalkan kunci itulah kita akan terus mencari khazanah2 ilmu yang amat bernilai utk disumbangkan kepada masyarakat, pelajar2 dan orangramai..
Dan bagi kami di universiti, pangkat DR itu adalah biasa sahaja, kerana seorang pemegang phd perlu melakukan lebih banyak perkara utk menjadi profesor madya dan seterusnya professor.Setinggi mana sekali pun pangkat dan gelaran yang diterima, ianya tidak akan membawa apa-apa makna jika ianya tidak digunakan utk menyumbangkan sesuatu kepada agama Islam yang dicintai, kepada masyarakat dan kepada negara.

ramai yang bertanya, bagaimana saya boleh bersabar menghadapi segala macam dugaan? Jawapan saya.. pertamanya saya percaya kepada rahmat Allah. saya juga percaya di balik setiap perkara itu pasti ada hikmahnya. Yang keduanya, saya bertuah..kerana di dalam kemiskinan harta benda, saya kaya dengan kasih sayang.kasih sayang datuk dan nenek, kasih sayang ibubapa,kasih sayang suami dan anak2, kasih sayang adik2, kasih sayang sahabat2 dan kasih sayang pelajar2 saya. Di waktu org berkata, kawan ketawa senang dicari kawan setia sukar ditemui..saya mempunyai 3 org sahabat setia yang sentiasa menolong saya di dalam apa jua keadaan. Shila Azarin, Ahlaam dan Ramizah.

Dan kalau sahabat2 ingin tahu..saya tidak pernah mengeluh bila menghadapi kesusahan kerana saya telah terbiasa dengan kesusahan sejak kecil. Saya adalah budak kampung yang menjual nasi lemak dan kuih setiap pagi sebelum ke sekolah dan setiap pagi hari sabtu dan ahad. Alhamdulillah. kerna tidak akan ada kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Hari ini saya selalu bimbang, apakah anak-anak saya mampu menghadapi cabaran hidup seperti ibu mereka? Kerana mereka tidak pernah kenal apa itu susah.... Kepada Allah saya mohon semoga anak2 saya dan semua anak2 yang masih belajar dan kepada mereka yang masih berkembara mencari ilmu...diberikan kekuatan mental dan fizikal utk menghadapi hari-hari mendatang. Semoga akan disingkapkan masa depan yang cerah dan gemilang buat mereka semua. Akhir kalam saya memohon ribuan kemaafan andaikata ada bahasa yang menyakitkan hati dan melukakan perasaan. Yang baik itu drpd Allah, dan yang buruk itu adalah milik saya sebagai manusia biasa. kepada mereka yang menghantar email memberikan sokongan utk terus menulis..ribuan terima kasih saya ucapkan. Salam ukhuwwah drpd saya...dan mudah2an persahabatan kita akan berpanjangan atas nama keikhlasan.


Sama2 kita kita ambil iktibar dari artikel diatas yang aku dapat melalui email.Kalau korang rasa nak letak artikel ni dekat blog just copy and paste.Make sure creditkan my blog sekali yer.Jadilah blogger yang berhemah :)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts