Home » , » Aksi Sex Dekat Masjid

Aksi Sex Dekat Masjid


Tahun 2010 makin dasyat nampaknya geng-geng remaja ni.Kalau nak 'bermanja' pun pilih la port yang baik sikit.Ada ka patut dekat taman permainan depan publik pun boleh jadi kerja.Dah la buat maksiat depan Masjid.Apa nak jadi ni?Dah tak da maruah ka?Dah tak tau nak hormat rumah suci agama kita ka?

Korang tengok arr sendiri gambar dekat atas tu.Memang tak boleh betul aku kalau pompuan pakai tudung buat benda2 cani.Memang betul arr orang cakap,yang pakai tudung tak semua elok.2x5 juga!

KUALA LUMPUR: Menyakitkan mata! Itulah yang dapat digambarkan terhadap tingkah laku biadab segelintir remaja yang beraksi mesra tanpa segan silu di sekitar Taman Menara Berkembar Petronas (KLCC) terutama pada hujung minggu.


Malah, kawasan rekreasi Taman KLCC yang terkenal di kalangan pengunjung sebagai lokasi bersantai bersama keluarga dan menikmati pemandangan indah menara KLCC kini tercemar dengan kegiatan 'terlampau' segelintir remaja.

Tinjauan Harian Metro mendapati segelintir remaja tempatan dan orang asing yang dipercayai warga Indonesia menjadikan kawasan rehat di sekitar taman itu sebagai tempat memadu kasih tanpa menghiraukan orang sekeliling yang beriadah.

Pengunjung, Sofleyna Mohd Saleh, 32, berkata perbuatan kurang sopan di kalangan muda mudi yang tanpa segan silu 'menunjukkan kasih sayang dan rindu dendam' di khalayak umum begitu memalukan serta menjelekkan mata memandang.

"Lebih menyedihkan kerana kebanyakan remaja yang melakukan perbuatan ini bertudung dan tanpa rasa bersalah berpelukan serta bercumbuan dengan pasangan masing-masing.

"Sudahlah lokasi 'aktiviti' mereka ini berdekatan masjid, mereka langsung tidak rasa bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh. Setidak-tidaknya mereka perlu menghormati rumah ibadat tambahan pula ramai di kalangan pengunjung membawa bersama anak-anak kecil," katanya.

Katanya, individu yang melakukan perbuatan kurang sopan di tempat awam seharusnya dikenakan tindakan sewajarnya kerana ia boleh mempengaruhi orang lain melakukan perbuatan sama, khususnya remaja yang gemar mencuba sesuatu yang baru.

Bagi Zainan Samingan, 41, perbuatan segelintir remaja Melayu beragama Islam melakukan aksi mesra di khalayak umum seakan menjadi kebiasaan (trend) masa kini dan tidak menolak terdapat jurang yang ketara antara remaja dulu dan sekarang.

"Nilai sebagai seorang Islam sudah jauh dipinggirkan dan ditolak tepi semata-mata memenuhi tuntutan nafsu. Perkara ini harus dibendung kerana jika terus dibiarkan dikhuatiri bakal meruntuhkan akhlak remaja dan nilai jati diri lebih-lebih lagi yang beragama Islam," katanya.



Sumber :www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts