Hasrat manusia yang ingin melihat objek yang tidak terlihat dengan mata kasar nampaknya tidak menjadi masalah zaman ini. Sebagai contoh, hobi menonton filem dapat menjadi kesempatan untuk memenuhi hasrat manusia yang ingin mengintip kehidupan orang lain.
Korea Selatan baru-baru ini telah berjaya menghasilkan kamera tembus pandang yang dapat menembusi bahagian dalam baju.
Satu Lembaga riset Korea Selatan pada tanggal 19 Oktober lalu di bandar Yongin, propinsi Kyeonggi, menyelenggarakan presentasi tentang kemampuan MIRAE (Milimeter-Wave Imaging Radiometer Equipment) atau sejenis kamera yang mampu mendeteksi gelombang milimeter sehingga tembus pandang.
Dalam presentasi itu, MIRAE berhasil menangkap secara tepat posisi dan garis bentuk sebuah telefon yang berada di belakang layar tebal. Sementara itu, kamera biasa dan kamera sinar infra merah gagal menangkap posisi dan garis bentuk telefon itu.
Selain tu, kamera tembus pandang itu mampu mengambil imej nyata objek yang berada di dalam jilatan api dan asap kebakaran serta berhasil mendeteksi sebuah pistol yang disembunyikan di dalam baju.
P/s: Actually artikel ni panjang.Disebabkan mata aku pun dan tak boleh nak angkat,setakat ni je info aku bleh kongsi.
Teknologi Telefon Tembus Pandang
Posted by Unknown
on 9:48 AM
0 comments:
Post a Comment