Home » » Buah Asam Gelugur

Buah Asam Gelugur


Asam gelugur sering digunakan dalam pelbagai resepi masakan seperti laksa, asam pedas dan resepi tradisional yang memerlukan rasa masam. Rasa masam buah gelugur yang unik dapat merangsang selera. Daun gelugur yang masih muda dan berwarna kemerahan sering juga dijadikan ulam dan penyedap rasa dalam resepi masakan lauk pauk.

Buah asam gelugur ditumbuk halus bersama ramuan lain atau direndam di dalam cuka dan disapu pada tubuh wanita selepas bersalin untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil.

Kepingan buah kering digunakan untuk mengurangkan berat badan, mengatasi obesiti dan menurunkan tahap kolesterol.Jus daunnya diminum selepas bersalin untuk mencuci bahagian peranakan serta untuk mengurangkan tekanan darah.


Daun dan akarnya digunakan untuk merawat sakit telinga. Daun dan buah ditumbuk halus dan tampal pada perut wanita selepas bersalin.

Dibawah ada Serangkap pantun tentang asam gelugur.Selamat beramal!

"Asam kandis asam gelugur,
Dua urat asam belimbing;
Menangis mayat dalam kubur,
Melihat papan menjadi dinding".


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts