11 Tips Untuk Mengandung Cepat

Sebenarnya,aku rasa macam janggal plak nak post entry ni.Tapi bila difikirkan balik ada bagusnya jugak untuk bakal isteri aku nanti.hehehe

Tip ni aku dapat melalui email.Tak pula diberikan blognya.Mungkin tak ada blog kot.Tak apa lah,meh sama-sama kita tambahkan ilmu

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.


2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.


3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.


4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.


5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.


6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.


7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.


8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
- Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

- Memasak
- Bersenam
- Mendengar muzik
- Membaca dan mendengar audiobooks
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
- Beromantik dengan suami


11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

credit to : Mazlina Mohd Nazir

Kebahagian Seorang Suami

Dari artikel yang aku dapat melalui email ni,pengirimnya berasal dari Indonesia.Pening juga aku nak paham.Aku dah translate ke BM untuk memudahkan korang paham.Kalau tak paham juga,lantak korang lah..hehe



Kebahagiaan yang sesungguhnya bagi seorang suami begitu bermakna justeru bukan dalam kegembiraan namun disaat keluarganya sedang diuji oleh Allah, apakah dirinya sanggup menjalani ujian itu atau tidak?

Kekuatan cinta kerana Allah akan mampu menangani semua derita, menanggung beban dalam suka mahupun duka, hidup bersama isteri dan anak-anaknya. Itulah kebahagiaan bagi seorang suami dengan cintanya yang tulus untuk keluarga. Pernah ada seorang bapak yang diuji oleh Allah. Isteri yang dicintainya sedang sakit. Bersama anaknya sentiasa menjenguk isteri tercintanya yang terbaring dikatil

Disekelilingnya ada alat pengukur tekanan nafas dan tabung untuk memeriksa kesihatan. Bila sampai di hospital, suami yang setia itu datang menggantikan pakaian isterinya dan menanyakan keadaan isterinya. Tidak ada perubahan sama sekali. Keadaan isterinya tetap seperti semula. Tidak ada perubahan yang baik. Kesembuhan isterinya seolah tidak boleh lagi diharapkan.


Setelah menjenguk dan merawat isterinya, Si bapak dengan anaknya selalu memohon doa kepada Allah agar memberikan kesembuhan. Hampir setiap hari menjaga, merawat dan mendoakan untuk kesembuhan isterinya.

Meluangkan waktu untuk merawat ditengah kesibukannya yang juga harus bekerja mencari nafkah. Kesediaannya merawat isteri yang sedang sakit memerlukan energi yang sangat besar. Sifatnya untuk menjaga, merawat dan mendoakan istrinya yang sedang sakit sungguh sangat luar biasa. Padahal keadaan isterinya belum pulih.

Bahkan ada orang yang menyarankan agar mengunjungi isterinya seminggu sekali saja. Namun. Suami setia itu memilih untuk menjaga dan merawat isterinya.

Sesudah si suami sampai untuk menjenguk isterinya, isterinya bergerak dari tempat tidur. Dia merubah posisi tidurnya. Tak lama kemudian isterinya membuka kelopak matanya. Doktor pun datang membantu menolong, meminta jururawat membuka alat-alat bantuan dan membersihkan bekas alat bantuan ditubuhnya.

'Ketika saya datang, saya terperanjat, jantung saya seolah-oleh mahu tercabut. Bagaimana tidaknya, disaat saya kehabisan harapan, saya melihat isteri saya kembali pulih.' Kata bapak itu dengan tangisan bercampur bahagia tidak boleh dibendung lagi.

Beliau menangis, memanjatkan kesyukuran ke hadirat Allah yang telah memberikan kesembuhan terhadap istrinya. 'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.' tuturnya.

Artikel dari : En M. Agus Syafii

Ketahui Mood Anak Anda Sekarang!

Aku ni bujang lagi tapi hidup berjiran dengan orang yang ada family.so korang paham la family yang ada anak-anak kecik ni macam mana kan?Paling aku tak tahan bila pepagi budak-budak ni menangisla,menjeritla,gelak la..tapi apa mau buat,aku pekakkan telinga je la.hehe

Bagi parents yang bekerja dan susah nak urus anak yang ada macam-macam macam mood ni boleh lah join SINI untuk daftar sebagai Junior Nestle Club dan dapat dua tiket exclusive.tiket apa tu kawan?KLIK SINI kalau korang nak tau!

Anak-Anak aku nanti mood mesti macam aku..hehe


Ohhh yaa..sebelum terlupa kalau korang nak pandu uji kereta Proton Exora dan menang RM6000,boleh klik DISINI

Pandu uji akan bermula pada 23 April.Cepat jangan lepaskan peluang ini

(Sajak ) Ada Aku Peduli?

Terima kasih kepada Dr Fauziah yang sudi berkongsi sajak ini diemail.Sama-sama ambil iktibar khasnya kepada mereka yang sudah berumah tangga

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli
jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli
berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika
isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika
isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki

3 Teknik Menggoda Isteri Melakukan Hubungan Seks

Berikut adalah tiga rahsia teknik menggoda yang anda boleh ikut.

Eye contact yang menggoda.

Wanita selalunya tidak mampu melawan eye contact dari seorang lelaki. Eye contact adalah godaan peringkat pertama. Wanita akan bertentang mata dengan lelaki yang menarik minatnya. Ia bergantung pada lelaki bagaimana hendak menerimanya. Namun, sebagai lelaki anda perlu pandai menyerang pasangan anda.

Setiap hari, anda bertentang matanya dan menciumnya di dahi sebelum keluar ke tempat kerja. Apabila pulang dari tempat kerja, goda pasangan anda dengan renungan mata. Jika dia sedang masak, anda ambil kerusi dan duduk sambil melihat pasangan anda memasak. Pasangan anda mula rasa tergoda apabila dia memulakan perbincangan. Anda sambung renungan ketika makan, ketika berehat di ruang tamu.

ika teknik renungan anda berjaya, pasangan anda akan rasa tarikan seksual yang sangat tinggi dan malam tersebut mungkin menjadi malam yang anda tidak dapat lupakan.

Wanita tidak suka di goda dalam keadaan sedar.

Anda goda pasangan anda melalui jalan tidak sedar iaitu pasangan anda tidak perasan anda sedang menggodanya. Contohnya, anda tegapkan badan anda dengan pergi ke gim. Berbekalkan badan yang tegap dan seksi, anda dehgan bersahaja menanggalkan pakaian anda dengan gaya maskulin di hadapan isteri anda ketika anda ingin mandi atau menukar pakaian.

Anda goda pasangan anda dengan memberi dia hadiah.


Setiap hari bawa hadiah kecil seperti coklat, bunga atau kad – kad cinta. Biarpun sudah berkahwin, perasaan bercinta jangan anda hilangkan. Ketika anda bercintalah, anda sangat bernafsu pada pasangan anda, begitu juga dengan pasangan anda. Hidupkan suasana cinta dalam hidup anda dan anda pasti akan menerima respon yang positif dalam hubungan seks.

sumber

P/s : Terasa nak kawen tapi duit tak cukup.huhuhu

Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah

Kisah ini diceritakan oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.


Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.


Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.

Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.


credit to : selatanonline

Kenapa Isteri Sukakan Zakar Yang Besar Dan Panjang?

Adakah anda dan isteri merasa puas dalam hubungan seks? Dalam satu kajian sebanyak 67% wanita yang ditemubual tidak gembira dengan saiz zakar suami mereka. Jadi siapa kata wanita tidak ambil berat tentang saiz zakar pasangan?

Jika anda hendak menambah kenikmatan dalam hubungan seks, ini adalah tips yang perlu anda tahu iaitu besar & panjang zakar anda!

Pertama sekali, zakar yang besar bukan sahaja bermaksud 'persembahan' yang lebih baik di atas katil. Suami yang mempunyai zakar yang besar, panjang & tebal kelihatan sebagai lelaki yang matang dan tahu menjaga diri. Sama juga jika lelaki melihat buah dada wanita. Saiz zakar lelaki boleh menjadi tarikan seksual, bahkan boleh membunuh selera seks.

Tapi bila untuk seks, tak ada orang yang menyangkal yang zakar yang pendek tak akan memuaskan isteri. Letak anda di kedudukan si isteri untuk sekali adakah anda akan rasa seronok terhadap suami yang mempunyai zakar yang pendek dan kecil? Zakar tersebut tidak boleh memenuhi & 'mengurut' dinding vagina anda? Ada kemungkinan anda akan onani untuk melepaskan nafsu.

Mempunyai zakar yang lebih besar, dengan erti kata lain, boleh memberikan si isteri perasaan 'tarikan di dalam vagina beliau. Bentuk zakar yang besar dan panjang memberikan apa yang si isteri benar-benar nak merasa ke atas vagina isteri yang sensitif. Selain itu, zakar yang lebih besar & panjang boleh merangsang G-spot isteri dan klitoris yang merupakan aset terpenting untuk isteri mencapai puncak nikmat.

Banyak kes yang isteri meninggalkan suami mereka untuk mencari lelaki lain kerana suami mereka tidak boleh memenuhi kehendak seksual isteri. Memastikan zakar anda besar, panjang dan tebal menjadikan ianya satu jaminan untuk hubungan yang lebih baik terhadap isteri.

Jika anda hendak tahu cara besar & panjangkan zakar tanpa mengurut, selamat dan mudah, sila klik sini DISINI ataupun klik pada banner dibawah



Antara sebab anda perlu memiliki produk ini.Lihat video dibawah




Antara gambar produk Androzakakar






Jika anda masih tercari-cari produk yang terbaik untuk zakar,cepat dapatkan produk Androzakakar ini untuk kepuasan isteri anda.


Suami Curang Di Facebook

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian..

Semalam saya mendapat tahu serta bukti bahawa suami saya sedang mabuk bercinta dengan isteri orang.Saya melihat buktinya di laman facebook dan juga archive yahoo messenger suami saya. Perempuan tersebut mengaku bahawa dia berstatus janda padahal saya telah siasat dia isteri orang.

Nak minta nasihat sahabat sekalian apa patut saya buat? patutkah saya dedahkan aktiviti mereka kepada suami beliau atau saya paparkan saja gambar serta aktiviti mereka di facebook ?


Ha itu antara petikan yang aku dapat melalui email dimana suami wanita ini telah menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang ( Curang!)

Dalam entry aku yang lepas,aku ada siarkan isteri curang difacebook.Boleh klik disini kalau belum baca.Tup2 hari ni buka email dapat plak info suami curang di facebook.Ish2 macam-macam betul!

tak tau nak nasihat macam mana dah sebab aku pun belum kahwin dan tiada pengalaman macam ni.Tapi kalau pengalaman putus cinta tu ada la.hehehe

Kalau korang ada nasihat yg berguna untuk wanita ini,boleh la tinggalkan komen.Nanti aku forward dekat dia.Kesian la plak.huhu!!!

P/s : Dunia sekarang ni memang adil.Lelaki & Wanita sudah tiada bezanya..

Isteri Curang Di Facebook

Terbukti,Facebook bukan saja mendorong ke arah kebaikan tetapi ada juga keburukkannya.Aku ada 1 artikel menarik nak dikongsikan dengan pembaca blog ini iaitu berkisah tentang isteri curang di laman social Facebook.

Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang suami di email yang mengetahui isterinya telah curang di facebook dengan kawan lamanya dan akhirnya terlanjur.

Oh!Memang sedih story ini. Mari sama2 kita jadikan pengajaran dan teladan.

Salam sahabat..

Alhamdulillah segalanya selesai sudah. Baru balik dari mahkamah syariah. Saya menceraikan isteri saya dengan talak 3 ... tiada lagi ruang untuk kami kembali. Puncanya ... isteri yang selama ini saya sayang sangat pada dia tidak belah bagi akhirnya kantoi kerana menduakan suami melalui hubungan dengan lelaki kawan lama yang muncul hubungi dia melalui facebook.


Saya telah lebih 2 bulan menyiasat kegiatan mereka yang bermula dengan tegur menegur di facebook.. saling mencurah perasaan rindu dendam... akhirnya membawa kepada pertemuan sulit hingga mereka terlanjur. Bila saya dah kumpulkan semua bukti saya pun bentangkan pada dia... akhirnya mengaku lalu saya ceraikan dia serta merta.

Kepada suami suami sekelian.... berhati hati dengan aktiviti isteri anda di facebook. Mereka mungkin akan curang pada bila bila masa. Jika anda sekelian ingin belajar bagaimana untuk menceroboh masuk akaun perempuan curang seperti itu sila email saya. Saya ada kaedah yang efisen dan terbukti berjaya membongkar hubungi sulit isteri saya.

Suami Tidak Mahu Memberi Nafkah Batin

Saya ingin bertanya mengenai hubungan intim suami isteri.Saya sudah menikah selama 2 tahun,tetapi hingga kini masih belum mengandung.Suami saya belum pernah pernah berhubungan intim dengan saya.Tampaknya dia segan berhubungan intim, walaupun saya minta dengan baik dan halus bahkan dengan pujuk rayu.

Bagaimana hukumnya dalam islam ustaz, suami yang tidak memenuhi keinginan biologi isteri? Saya lihat di buku-buku islam kebanyakan membahas isteri yang menolak suami, hampir tidak ada yang membahas kalau suami yang menolak permintaan isteri.Bagaimana untuk saya menghadapi dengan suami saya ustaz?

Saya mulai panik ustaz,kerana ingin segera memiliki anak, usia saya sudah mendekati 30-an.Saya takut jatuh ke zina tangan ustaz,kerana untuk berdekatan intim saja dalam satu bulan belum tentu mau, bahkan dalam 8 bulan suami saya menolak mencuba berhubungan suami isteri dengan saya. Alasannya adalah kerana letih atau belum ada mood

Wasalamualaikum.

Luna

jawapan :

Semoga Allah merahmati kita semua

1.Menurut sebahagian besar Ulama’ Nafkah batin hukumnya wajib, laki-laki wajib memberikan nafkah batin kepada pasangannya (isteri).Jika dia tidak melakukannya maka hukumnya adalah berdosa.Jika alasannya kerana tidak mampu maka kembali kepada hukum tidak mampu melaksanakan kewajipan.

2.Sebaiknya dicari alasannya, boleh jadi kerana faktor tekanan,atau kerana penyakit. Setiap masalah insyaallah ada penyelesainya.

Sumber: Ustaz Muchsinin Fauzi, LC

P/s : Semoga kita memperoleh manfaat daripada artikel ini.


10 Manfaat Melakukan Seks

Selama ini kebanyakan orang hanya mengetahui dalam melakukan hubungan seks,yang didapati hanyalah kepuasan berupa orgasme yang diraih oleh pasangan yang melakukannya. Tetapi sebenarnya selain itu, ada kegunaan lain yang boleh kita dapat dengan melakukan hubungan seks, yang akan membuatkan korang tidak punya alasan lagi untuk malas melakukannya.

1. Mengurangkan risiko disfungsi ereksi

Kajian terkini menunjukkan lelaki yang selalu melakukan seks dapat mengurangkan risiko berkembangnya disfungsi ereksi.Lelaki yang melakukan seks sekali dalam seminggu mempunyai risiko dua kali lebih besar menderita disfungsi ereksi jika dibandingkan dengan lelaki yang terlibat dalam aktiviti seks selama 3 kali dalam seminggu.

2. Mengurangkan berat badan

Tidak perlu pergi Gym.Seks dapat membuatkan semua kelompok otot tubuh bekerja. Ini merupakan latihan cardio-vascular yang bagus dan akan membantu korang membakar 300 kalori dalam satu jamnya.


3. Melepaskan tekanan

Dengan mendapatkan kepuasan dari hubungan seks dapat membantu menghilangkan beban dari hari yang berat dengan meningkatkan tingkat cuddle chemical oxytocin, yang mana dapat membangkitkan perasaan kehangatan dan cool

4. Meningkatkan prestasi

Mengikut kajian oleh Norwegian University of Sport,atlet wanita yang melakukan seks pada malam sebelum berlumba pada keesokan harinya,akan merasa lebih percaya diri dan lebih rileks dari biasanya.

5. Awet muda

Tingkatkan penampilan korang dengan hubungan seks yang memuaskan.Seks akan membuat korang selalu tampak dan merasa lebih muda, serta membuat rambut menjadi lebih berkilau dan kulit menjadi lebih cerah. Semua ini kerana bertambahnya estrogen dan hormon lainnya.

6.Meringankan rasa sakit

Sakit kepala? Lupakan ubat penghilang rasa sakit dan minuman alkohol kerana perasaan nyaman ketika endorphin dilepaskan semasa hubungan seks dan dapat membantu mengurangkan rasa sakit.

7. Mengatasi depresi

Kepuasan dan hormon yang dihasilkan juga dapat mengurangkan depresi dan kegelisahan.

8. Meningkatkan kekebalan

Melakukan seks dua kali dalam seminggu dapat membuatkan korang terhindar dari selsema atau flu.Mengikut kajian di New Scientist, Hal ini disebabkan hubungan seks dapat meningkatkan lgA (lapisan pertahanan pertama dari sistem kekebalan)

9. Mempercepatkan pemulihan kondisi badan


Dengan berusaha keras untuk meraih bahagian tubuh seperti perut dan bahagian dalam paha dalam beberapa sesi hubungan seks dalam seminggu,dapat membantu memacu badan korang kembali ke kondisi fit.

10. Hidup lebih lama

Mengikut kajian University of Bristol,lelaki dan wanita yang melakukan seks 3 kali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko mereka terkena serangan jantung atau stroke.

P/s : Diharapkan korang terhibur dengan artikel aku kali ini.Buat korang yang dah kawen tu,tunggu apa lagi?shhss..hehe

Jangan Terlalu Taksub


Kes 1

Ani berumur 18 tahun dan lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang. Ibubapanya begitu menyanjung Ani dan mengatakan yang dialah satu-satunya harapan keluarga. Segala apa yang Ani kehendaki dipenuhi. Ani dipelihara umpama menatang minyak yang penuh.

Pada satu hari berlaku kemalangan dan Ani cedera parah lalu meninggal dunia. Kedua ibubapa begitu sedih dan terharu dengan apa yang berlaku.

Kes 2

Azhar merupakan anak bongsu tunggal lelaki dan dia begitu disayangi oleh kedua ibubapanya. Ibubapanya pilih kasih dan begitu menyayangi Azhar seorang sahaja kalau dibandingkan dengan adik beradiknya yang lain hingga mereka berasa cemburu.

Malangnya Azhar membesar menjadi penagih dadah dan menyusahkan kedua ibubapanya hingga kini.


Kes 3

Amir begitu mecintai kekasih yang kemudiannya menjadi isterinya. Katanya isterinya itu merupakan perempuan yang punya pakej serba sempurna, punya kecantikan, pelajaran, kerjaya yang baik dan sebagainya.

Setelah berkahwin beberapa bulan tembelangnya pecah. Isterinya seorang yang pemalas, pemarah, berkira dan sebagainya hingga pergaduhan dan pertengkaran berlaku saban hari.

Kes 4

Ada yang taksub pada rupanya hingga dibaling asid, ada taksub pada kereta atau rumah sampai sanggup menghias berpuluh ribu ringgit hinggalah ia kemalangan atau terbakar. Ada yang taksub pada jam dan handphone canggihnya hingga ia hilang atau dicuri, ada yang taksub dengan harta dan kemewahannya hinggalah dia jatuh bankrap, ada yang taksub dengan makan hingga dia menjadi gemuk atau sakit dan sebagainya.

Kesimpulannya, bila kedua ibubapa terlalu taksub dan menyayangi salah satu anaknya lebih dari yang lainnya, bila suami atau isteri begitu taksub kepada pasangannya, bila kita begitu taksub kepada benda, makhluk dan kejadian yang lain maka tanpa disedari ia boleh membawa padah.

Mari kita ambil kisah Nabi Ibrahim AS sebagai iktibar.

Nabi Ibrahim AS berdoa kepada Allah selama 70 tahun untuk mendapatkan anak sebelum doa itu dimakbulkan Allah Taala. Setelah mendapat anak Nabi Ismail, fokus baginda yang selama ini hanya kepada Allah Taala telah bertukar kepada anaknya. Dalam hal ini baginda telah disuruh mengambara selama 7 tahun. Sepanjang 7 tahun itu baginda masih tak dapat melupakan anaknya itu. Bila genap 7 tahun baginda balik tetapi disuruh pula menyambung mengembara tanpa turun dari untanya selama lagi 3 tahun.

Di penghujung cerita Nabi Ibrahim AS menerima wahyu untuk menyembelih anaknya itu Nabi Ismail AS bagi menunjukkan kesanggupan dan kepatuhannya kepada Allah Taala yang melebihi kasih sayangnya pada anak tunggalnya itu dan inilah yang Baginda lakukan dengan rela dan redha.

Apa iktibarnya?

Dalam kes ini pada pendapat saya secara khususnya bila kita terlalu taksub kepada seseorang anak itu, terlalu kasih dan sayang padanya maka di situlah kita akan diuji. Ini adalah kes ketauhidan, janganlah sesekali hilang tumpuan kepada Allah. Janganlah bertuhankan selain Allah Taala. Syirik jadinya nanti. Tindakan menduakan Allah Taala ini hanya mengundang kemurkaaan Allah dan silap hari bulan balasan jugalah yang bakal kita terima.

Dalam artikel ini saya kisahkan beberapa sampel yang pernah saya nampak dan kaji. Mungkin anda juga ada sampel yang ingin anda kongsikan dengan saya. Tulislah di ruangan komen atau emelkan cerita anda kepada saya.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda

Sumber : http://faizalyusup.blogspot.com

Fahami Yang Tersirat Dalam Hati Suami

Berapa tahun korang mendirikan rumah tangga? Ada yang kita temui mengakui sudah bertahun-tahun bersama suami, tetapi masih tidak mengenali hati budi suami masing-masing. Kalau yang baru berkahwin tidak menjadi masalah kerana mereka baru hendak mengenali hati masing-masing. Namun kadang-kadang mereka tidak mengambil kesempatan pada masa itu untuk mengenali satu sama lain.

Apabila sudah mengenali kegemaran dan kebencian pasangan, carilah jalan tengah supaya masing-masing boleh menerima seadanya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak sempat melakukan semua itu pada awal perkahwinan, boleh belajar untuk memahami sikap suami dan isteri dalam pergaulan harian. Dibawah ini ada beberapa tip dan cara bagaimana untuk mengenali hati dan sikap pasangan.





Paparan diatas adalah kajian secara rawak dalam kalangan umat Islam. Lazimnya isteri tidak faham maksud itu, lalu bertindak sebalik sehingga berlaku pergaduhan antara suami isteri. Contoh yang paling dekat ialah no 6.Apabila suami berbuat begitu, isteri mensyaki sesuatu terhadap suaminya. Dia segera mengenakan syarat yang berbagai-bagi macam!

Suami sebenarnya tidak mahu poligami tetapi kadang-kadang sikap suami itu seperti doakan pula. Akhirnya suaminya kahwin lain. Jadi, betulkan sikap demi keharmonian rumah tangga.

Popular Posts