Home » » 10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Didunia

10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Didunia


Bahasa adalah salah satu anugerah terindah yang diberikan oleh Tuhan. Boleh bayang tak bagaimana jadinya jika dunia tanpa bahasa?setiap orang tidak akan mengerti apa yang telah diucapkannya.Dianggarkan ada sekitar 6912 bahasa yang dipakai di seluruh dunia. Diantara sekian banyak bahasa tersebut ada 10 bahasa yang banyak digunakan di dunia ini. Berikut adalah 10 bahasa yang banyak digunakan di dunia.

1. Bahasa Mandarin

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang paling banyak dituturkan orang di seluruh dunia. Jumlah penduduk di China/Tiongkok ketika ini dianggarkan hampir mencapai 1,4 billion juta orang. Dari jumlah ini, semuanya diwajibkan bertutur kata rasmi dalam satu bahasa iaitu Bahasa Mandarin.Pemerintah Tionghoa di berbagai penjuru dunia yang setia menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa seharian

2. Bahasa Inggeris


Inilah bahasa paling popular di dunia sekaligus bahasa yang paling banyak digunakan menjadi bahasa rasmi di beberapa negara dan organisasi international. Tercatat ada 53 negara dan 10 organisasi international yang memakai bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Selain itu, hampir semua negara di dunia menerapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selepas bahasa nasionalnya.

3. Bahasa Hindi

Negara ini mempunyai penduduk terbanyak kedua di dunia selepas china.India tidak memiliki bahasa nasional rasmi. Bahasa Hindi yang dituturkan oleh sebahagian besar masyarakat India hanya diakui sebagai bahasa rasmi seharian bersama bahasa Inggeris dan bukan sebagai bahasa nasional.

4. Bahasa Sepanyol

Selepas Portugal menguasai kerajaan maritim di Asia, Afrika dan Amerika pada abad ke 15,Sepanyol yang mendominasi wilayah-wilayah tersebut sejak abad ke 16 dan 17. Akibatnya, banyak kebudayaan Sepanyol yang tercatat kuat di sana.Kini, Bahasa Sepanyol banyak dipakai sebagai bahasa rasmi negara-negara di Amerika Tengah dan Selatan. Selain itu, bahasa Spanyol juga banyak dituturkan di beberapa negara bahagian Amerika Syarikat yang bersempadan dengan Maxico. Bahkan beberapa kosa kata bahasa Inggeris dipinjam dari bahasa Sepanyol seperti tornado, bonanza, patio, quesadilla, Enchilada,taco grande supreme, ddan lain-lain.

5. Bahasa Arab

Bahasa Arab adalah salah satu bahasa tertua di dunia dan merupakan bahasa yang digunakan dalam Al Qur’an. Bahasa Arab banyak meminjamkan kosa katanya dari bahasa di Eropah utamanya bahasa Sepanyol, Portugis dan Sisilia. Bahasa Arab, seperti juga bahasa Ibrani dan Persia memakai sistem penulisan aksara dari kanan ke kiri. Sejak tahun 1974, bahasa Arab digunakan sebagai salah satu bahasa rasmi di PBB.

6. Bahasa Rusia

Mikhail Gorbachev, Vladimir Putin, Roman Abramovich, Anna Kournikova, dan si cantik Maria Sharapova adalah para penutur bahasa Rusia yang kita sudah kenal. Namun, selain mereka tentu saja ada 270-an juta orang lainnya yang menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi.

7. Bahasa Melayu (Termasuk Bahasa Indonesia)


Bahasa Indonesia yang termasuk dalam rumpun bahasa Melayu ternyata berada pada tangga ke 7 dengan jumlah penutur sekitar 259 juta orang. Hitungan kasar ini didapatkan dari perkiraan jumlah penduduk Indonesia tahun 2009 yang mencapai 230 juta orang ditambah penduduk Malaysia 28 juta, penduduk Brunei 388 ribu serta sebagian kecil penduduk Thailand, Singapura dan Timor Timur. Jumlah ini mungkin boleh bertambah kerana sejak tahun 2007 Bahasa Indonesia telah ditetapkan sebagai bahasa rasmi kedua di Vietnam.

Fakta menarik tentang bahasa Indonesia:


1)Bahasa Indonesia menduduki peringkat 3 di Asia dan peringkat ke 26 di dunia dalam hal Tata bahasa terumit di dunia.
2)Bahasa Indonesia juga mendunia di dunia maya, buktinya wikipedia berbahasa Indonesia telah menduduki peringkat 26 dari 250 wikipedia berbahasa asing di dunia dan peringkat 3 di asia setelah bahasa Jepun dan Mandarin, selain itu bahasa Indonesia menjadi bahasa ke 3 yang paling banyak digunakan dalam postingan blog di wordpress.

8. Bahasa Portugis

Portugal memang hanyalah sebuah negara yang kecil dan boleh dikatakan salah satu negara miskin di Eropah. Namun pada abad ke 15, Portugal merupakan bangsa yang besar kerana mereka lah yang pertama sekali melakukan penjelajahan maritim ke berbagai penjuru dunia.

Berkat jasa para penjelajah seperti Vasco da Gama, Henry the Navigator, Afonso de Albuquerque dan Pedro Álvares Cabral, Portugal menguasai wilayah-wilayah penting di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dan kemudian menanam pengaruh kebudayaannya di sana.

9. Bahasa Banggali

Bangladesh adalah sebuah negara dengan wilayah geografik yang kecil, tapi jumlah penduduknya mencapai 162 juta orang. Bahasa rasmi Bangladesh adalah Bahasa Banggali. Disebabkan wilayah Bangladesh hampir seluruhnya berbatasan dengan India maka jumlah penutur bahasa Benggali meluas hingga ke beberapa wilayah India.

10. Bahasa Perancis

Bahasa yang sering disebut sebagai bahasa paling romantik di dunia ini selain digunakan di Perancis juga menjadi bahasa rasmi di beberapa negara yang pernah dijajahnya. Bahasa Perancis juga adalah salah satu bahasa rasmi dekat Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selain bahasa Inggeris, Mandarin, Rusia, Sepanyol dan Arab.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts