Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari kawan lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dgn tel.Adakalanya pada waktu2 kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.
Selain itu,Faebook juga amat berguna untuk mereka yang ingin mengembangkan perniagaan atau menjalankan bisnes kerana facebook menerima jutaan pelawat setiap hari.
Ciri-ciri ketagihan facebook:
1. Tidak dapat berenggang dg. internet
2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.
3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,
4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline
5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv
6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.
7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.
8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.
9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.
10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet.
Sesuatu yang baik itu boleh digunakan untuk keburukan jika kita mahu. Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya, orang lain dan alam seluruhnya.
Ciri-Ciri Ketagihan Facebook
Posted by Unknown
on 1:49 AM
0 comments:
Post a Comment