Artikel ini aku dapat melalui email yang dikongsikan oleh seorang sahabat yang bernama syahrilkadir.Mari sama2 kita ambil iktibar dari kisah tersebut
Betul, malam tadi aku dan tiga orang sahabat iaitu Jamali, Mie dan Sharul ke Lorong Hj.Taib, tempat yang terkenal di Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan seks wanita dan pondan ‘kasta rendah’
hina dan kutuklah kami semahunya, percayalah ia tidak akan menjadi kudis buat kami berempat.tujuan kami ke sana cuma satu, untuk bertemu wanita pekerja seks dan anak-anak mereka.kami bukannya pergi atas tiket kerja atau NGO, kami bukan ahli politik dan kami bukannya siapa-siapa
Segalanya bermula ketika kami berempat sedang berehat setelah selesai berbuka puasa tiba-tiba kami terfikir untuk membuat sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan, bukan banyak pun, kebetulan masing-masing pun tengah sengkek
lalu aku teringatkan Kak Fidah, pengasas rumah kebajikan Sinar Salam yang menempatkan wanita penagih dadah dan pekerja seks di Lorong Hj. Taib
"Kalau adik nak datang, baguslah…akak pun suka, sekurang-kurangnya masih ada orang yang sudi nak jenguk kami kat sini,” kata Kak Fida
namun ketika kami sampai, tak ramai ‘penghuni’ di situ, rupa-rupanya ada di antara pelacur yang mendapatkan perlindungan di sini pergi menunaikan selawat tarawih bersama anak-anak mereka
aku terus jadi sebak, dalam hati aku berkata, walaupun mereka ini pelacur, namun mereka masih ada kesedaran untuk memohon hidayah dari Allah SWT, alhamdulilah…
tapi yang membuatkan aku bertambah sedih apabila melihat wajah anak-anak pekerja seks ini
wajah mereka putih dan bersih walaupun ibu mereka bergelumang dengan noda dan dosa.sahabat aku Jamali (Wesport), Sharul (Bank Negara) dan Mie (Offshore) dengan anak-anak pekerja seks
terus terang, katalah apa saja, tapi aku cukup kagum dengan para pelacur ini, sekurang-kurangnya mereka masih mahu membesarkan anak mereka seperti orang lain
ini berbeza dengan ramai insan di luar sana yang lebih sanggup membuang bayi mereka ke dalam tong sampah atau membiarkan ia dimamah anjing, semata-mata untuk menutup aib!
tapi yang paling memilukan apabila aku mendukung baby bernama Siti Aishah, anak salah seorang pekerja seks di sini.
aku dan adik Siti Aishah yang menghidap penyakit Hydrocephalus (kepala besar)
Siti Aishah menghidap hydrocephalus atau masalah kepala membesar
Siti Aishah hanya mampu menangis dan berbaring kerana tidak mampu menggerakkan kepalanya yang semakin hari semakin membesar itu
walaupun dana rumah Sinar Salam terhad, namun Kak Fidah masih berusaha bersungguh-sungguh agar Siti Aishah mendapat rawatan yang sebaik mungkin daripada hospital
” Kalau ikutkan dik, manalah nak ada duit nak tanggung semua ni, tapi akak akan usaha juga, kalau bukan kita orang Islam nak bela mereka, siapa lagi, mengutuk dan mengeji tak akan menyelesaikan masalah, adakah kita semua sanggup melihat Siti Aishah menderita macam tu saja,” kata Kak Fidah dengan mata yang berkaca
lebih kurang sejam di rumah itu, kami pun meminta izin untuk beredar, kebetulan Kak Fidah merancang untuk memberi sedekah berbentuk makanan kepada para pelacur yang ‘mencari makan’ di Petaling Street
justeru dalam ruang yang kecil ini, aku memohon agar bersamalah kita membantu Kak Fidah membela nasib para pekerja seks dan anak mereka yang tidak berdosa ini
membela di sini bukan bermaksud memanjakan atau menggalakkan mereka melacur, tetapi untuk membantu atas dasar kemanusiaan serta dalam masa yang sama memberikan mereka ‘jalan keluar’ dari neraka dunia ini
ingat, tiada siapa yang nak jadi pelacur tetapi keadaan memaksa mereka untuk berbuat begitu..namun ini bukan bermakna kita tidak boleh membantu mereka keluar dari masalah tersebut
mudah-mudahan, dengan niat yang baik jujur dan ikhlas, kita dapat membantu Kak Fidah dan seterusnya mengeluarkan wanita-wanita ini daripada terus melakukan kerja yang terkutuk dan dilaknat itu
kita mungkin boleh menjatuhkan hukuman, tetapi kalau yang jadi pelacur itu ditakdirkan adik atau ahli keluarga kita sendiri bagaimana?
kalau bukan kita, siapa? kalau bukan sekarang, bila?
Kisah Pelacur Bertarawih & Anak Pekerja Seks
Posted by Unknown
on 10:02 AM
0 comments:
Post a Comment