Dizaman kegawatan ekonomi yang melanda dunia sekarang,ramai belia-belia dan tidak kurang juga yang berumur menceburi dunia IT untuk mencari duit poket.Mana tak nya,harga gula dah naik.Ada yang mencari pendapatan dengan berniaga secara online dan juga menyertai program buat duit seperti Google Adsense,Nuffnang dan banyak lagi.
Artikel aku kali ini just nak berkongsi beberapa kelebihan dan kekurangan dalam berniaga secara online sama ada menggunakan blog ataupun E-Commerce.
Kelebihan Blog Berbanding E-Commerce
1)Kelebihan utama blog adalah ianya amat mudah dibina dan yang paling penting ianya percuma.Korang boleh menggunakan perkhidmatan blog percuma seperti blogspot dan Wordpress.Tidak seperti e-commerce,korang perlukan modal yang besar untuk mengupah web designer membangunkan laman web e-commerce korang.
2)Masa yang diambil untuk membangunkan blog adalah amat singkat sekali berbanding e-commerce.Biasanya dalam sehari pun boleh siap.Tidak seperti e-commerce,ianya mungkin mengambil masa dalam berminggu-minggu untuk disiapkan.
3)Membangunkan blog percuma adalah lebih mudah untuk diindex didalam search engine seperti Yahoo dan Google.Terdapat banyak plugin yang boleh korang masukkan supaya blog korang lebih
cepat disenaraikan di search engine.Berbeza dengan e-commerce,korang perlu mengupah mereka yang pakar dalam SEO (Search engine optimization) untuk membolehkan laman web e-commerce korang lebih cepat diindex disearch engine.
4)Jika korang gunakan blog,ribuan template yang cantik dan percuma boleh didownload.Korang boleh dapatkan disini dan juga disini
Kelebihan E-Commerce Berbanding Blog
1)Secara amnya,blog bukanlah dibina untuk tujuan perniagaan.Ianya lebih kepada personal dan information sahaja.Jika korang menggunakan blog untuk memasarkan sesuatu produk,Kebanyakan tempahan di terima secara manual iaitu melalui email.Berbeza dengan e-commerce,ianya sudah direka khas untuk pelawat membeli barang secara online dengan menggunakan sistem payment gateway seperti paypal,credit card dan lain2 lagi.jadi dengan adanya payment gateway,pembelian barang adalah lebih mudah dan cepat.
2)Jika korang mempunyai banyak produk untuk dijual di blog,mungkin tidak sesuai sekali kerana rekabentuk dan pangkalan data (database) blog bukan dibina untuk tujuan perniagaan.Kemungkinan,ianya mungkin tidak dapat menampung transaksi yang banyak bagi sesebuah kedai online yang mempunyai banyak produk dan pelanggan.Sistem e-commerce seperti Magento,Virtuemart,Zencart merupakan software yang direka khas untuk memenuhi kehendak pernigaan internet dalam jangka masa yang panjang.
3)Dalam e-commerce,korang tidak akan lagi mempunyai masalah untuk melihat sesuatu rekod perniagaan korang.Kebanyakkan sistem e-commerce sudah tersedia laporan bagi memantau perniagaan korang dengan lebih tepat dan cepat.
4)Dengan adanya laman web e-commerce,ianya akan nampak lebih professional berbanding blog kerana design dan juga template boleh dioptimized mengikut kehendak yang dinginkan untuk laman web e-commerce korang itu
Kesimpulannya,terpulang lah kepada korang untuk menilainya.Jika korang tidak mempunyai banyak produk,adalah lebih baik menggunakan blog.Tetapi jika korang ingin menjalankan perniagaan secara besar-besaran,aku cadangkan gunalah e-commerce kerana ianya nampak lebih efektif dan professional.
Blog Vs E-Commerce Mana Satu Pilihan Korang?
Posted by Unknown
on 10:01 AM
0 comments:
Post a Comment