Home » » Krisis Istana Kelantan

Krisis Istana Kelantan

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berharap kemelut istana Kelantan dapat diselesaikan menerusi semangat kekeluargaan antara ahli keluarga diraja negeri berkenaan tanpa membabitkan tindakan mahkamah.

Perdana Menteri berkata, ia wajar diselesaikan secara baik sesama keluarga diraja daripada dipertikaikan secara terbuka, tuduh menuduh dan mengambil tindakan undang-undang.

"Adalah lebih baik perkara itu dapat dirundingkan antara anak-beranak... itulah yang terbaik. Pada masa sama, mereka (pihak terbabit) perlu meletakkan kepentingan kesihatan Sultan Kelantan sebagai pertimbangan utama," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat kelompok Umno cawangan Pekan, di sini semalam.

Najib diminta mengulas kemelut istana Kelantan sejak Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada Selasa lalu yang mencetuskan pelbagai persoalan terutama berhubung status kesihatan baginda.

Pada hari berkenaan, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Hamid dan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry serta dua doktor cuba membawa Sultan Kelantan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura menaiki pesawat tetapi dihalang polis dan baginda dimasukkan ke HUSM.


Sejurus tiba di HUSM, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Wad Diraja untuk pengawasan perubatan, manakala Tengku Muhammad Fahkry bersama dua doktor itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sebelum dibenarkan pulang, manakala Tengku Anis kembali ke Istana Mahkota.

Semalam, sekumpulan peguam memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Khas di Putrajaya, meminta perintah dikeluarkan supaya membebaskan segera Sultan Kelantan yang didakwa ditahan HUSM.

Peguam Raja Aziz Addruse, Datuk Param Cumarasamy, Datuk Mohd Haaziq Pillay, Gobind Singh Deo, Abdul Rashid Ismail dan Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Tuanku Ismail Petra, mendakwa memfailkan permohonan itu selepas mendapat arahan keluarga diraja Kelantan termasuk Tengku Temenggong , Tengku Muhammad Fakhry. Permohonan itu turut disokong afidavit Tengku Muhammad Fakhry.

Raja Aziz yang mengetuai pasukan peguam itu, memberitahu media, pihaknya meminta mahkamah menetapkan tarikh awal untuk mendengar kes itu kerana ia isu yang perlu disegerakan.

Beliau berkata, pihaknya menamakan lima responden, iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Pengarah HUSM Kubang Kerian, Ketua Pengarah Kesihatan dan Kerajaan Malaysia, tetapi tidak menamakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra kerana baginda tidak relevan dalam kes itu.

“Kita meminta Mahkamah Khas memerintahkan supaya Sultan Kelantan dibebaskan daripada HUSM kerana berpendapat baginda ditahan dalam hospital itu sedangkan pihak berkenaan tidak ada hak berbuat demikian.

“Kami juga bimbang dengan rawatan yang diterima di HUSM kerana baginda sepatutnya meneruskan rawatan oleh doktornya di Singapura. Sultan juga sedar apa yang berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, Raja Aziz berkata, habeas corpus difailkan bukan untuk membolehkan baginda dirawat di Singapura, sebaliknya hanya untuk membebaskannya daripada HUSM dan terpulang sama ada baginda mahu ke Singapura atau sebaliknya.

Sementara itu, Tengku Muhammad Fakhry dalam afidavitnya berkata, sejak ditahan di HUSM, pergerakan Sultan Kelantan diawasi polis pada setiap masa dan penahanan berterusan itu menyalahi undang-undang.

P/s :Macam-macam sekarang ni.Sampai keluarga dekat istana pun boleh bergaduh?hmmmm

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts