Ketika dirundung rasa tertekan, wanita dan lelaki memiliki perilaku berbeza.Wanita cenderung lebih membuka diri, sementara lelaki lebih tertutup.
Stress kerap menimbulkan perasaan cemas, tertekan atau gundah bagi mereka yang mengalaminya. Hal ini berlaku baik bagi lelaki mahupun wanita.Namun ahli psikologi menemui,ketika seperti ini wanita dan lelaki menampakkan tindakan yang berbeza.
Hasil kajian di University of Southern California yang dipimpin Mara Mather menyebut,wanita akan terlibat dalam berbagai aktiviti sosial dan mencari teman baru ketika stress.Sebaliknya lelaki akan menjadi anti-sosial dan menutup diri dari pergaulan.
Kajian ini memperkuatkan lagi bahawa senario untuk tidak bercakap atau tidak bergaul akan cenderung terjadi pada lelaki ketika berada di bawah tekanan.
Lelaki akan merasa lebih tenang sendiri ketika tertekan, dan wanita berusaha menghibur diri dengan menyertai berbagai aktiviti untuk melupakan stress yang dialaminya.
Jadi,adakah artikel yang aku berikan ni benar buat korang yang bergelar lelaki dan wanita?
Wanita Lebih Terbuka Ketika Stress
Posted by Unknown
on 8:49 AM
0 comments:
Post a Comment