Gambar & Berita Palsu Yang Menghebohkan Dunia
Beberapa gambar pernah tersebar luas dalam masyarakat diinternet mahupun media massa dan dipercayai oleh sebahagian orang gambar tersebut merupakan kejadian nyata.Berikut adalah beberapa gambar yang pernah mengebohkan dunia.
1) Gambar ini muncul dihalaman utama Daily Mirror yang menunjukkan tentera Inggeris dari Resimen Queen’s Lancashire memperlakukan semena-menanya tahanan Iraq.Gambar ini ternyata rekaan yang menyebabkan editor Piers Morgan mengundurkan diri.
2) Pada awal tahun 2000,tersebar gambar kucing raksasa melalui e-mail dan dikatakan antara kucing berukuran besar yang ditemui dekat laboratorium nuklir Canada.Gambar ini sebenarnya lelucon Cordell Hauglie yang menyebarkan pada Mei 2001 kepada kawan-kawannya dan tidak pernah menyangka akan terjadi 'terkenal' yang sangat luar biasa.
3) Beberapa ketika selepas serangan 11 September tersebar gambar di Internet mengenai seorang lelaki yang sedang berdiri berdekatan bangunan WTC, dibelakang lelaki tersebut kelihatan pesawat yang akan melanggar bangunan itu.Sebenarnya,gambar tersebut ternyata palsu.
4) Pada tahun 1917, dua orang budak perempuan kembali dari bermain di kebun dengan kamera dan gambar pari pari.Tetapi pada tahun 1970-an terungkai bahawa pari pari Cottingley gambar itu adalah palsu. Salah seorang saksi bernama Elsie Wright mengaku kawan pari mereka tidak lebih dari guntingan kertas.
5) Gambar ini terkenal dengan nama Monster Loch Ness atau Nessie. Pada tahun 1994 terungkai gambar tersebut adalah rekaan semata-mata.
6) Ray Santilli Pada tahun 1995 menyatakan memiliki gambar tentang Alien UFO.Tetapi tahun 2006 dia mengakui bahawa gambar yang ada itu tidak sepenuhnya benar. Gambar tersebut hanyalah rekaan semata-mata dari sebuah kejadian.
7) Gambar ini nampak seakan akan seperti tengkorak yang ditemui di Arab Saudi dalam laporan surat khabar The New Nation Bangladesh pada tahun 2004.Gambar ini sebenarnya palsu dan diedit menggunakan photoshop yang juga pernah dipublikasikan di website Worth1000.com
8) Pada 1 April 2008 sempena hari 'april fool',BBC melaporkan rakaman seekor penguin terbang dari Antartika ke Brazil. Rakaman ini merupakan rangkaian 'April fool' yang sengaja dipublikasikan oleh BBC namun mendapat reaksi yang serius dari berbagai pihak
9) Gambar ini tersebar luas melalui email pada tahun 2001 yang memperlihatkan sebuah helicopter diserang oleh seekor jerung ganas.Gambar ini telah dipilih oleh National Geographic’s sebagai Photo of the Year.
Sejarah Kota Makkah
Sejarah kota Makkah bermula dengan pendudukan puak Amaliqah, diikuti Jurhum dari Yaman. Keluarga Nabi Ibrahim iaitu anaknya Nabi Ismail telah berkahwin dengan suku Jurhum dan telah melahirkan golongan Musta’ribah. Selepas itu muncul Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun.
Penguasaan Qusay bin Kilab ke atas kota Makkah :
Selepas Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun muncul pula kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab dan muncul juga Bani Harith yang diketuai oleh Amru bin Luhai dan memperkenalkan agama penyembahan berhala di Makkah setelah terpengaruh dengan corak penyembahan kaum Balqa.
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bertanggungjawab memajukan kota Makkah dan semakin bertambah maju apabila adanya telaga air zam-zam dan telah didirikan kaabah. Baginda telah menyeru agar masyarakat Arab ketika itu menganut agama Allah dan mengerjakan haji. Dalam masa yang sama kedatangan Bani Khuzaah telah menjadikan Makkah sebagai pusat penyembahan berhala dan mempunyai 360 buah berhala sekitar kaabah. Amalan ini berterusan sehingga pentadbiran Qusay bin Kilab dan Nabi Muhammad s.a.w. setelah baginda menerima wahyu pada 610 M.
Pentadbiran Kaum Quraisy :
Corak pentadbiran yang diamalkan adalah kabilah semenjak penguasaan Bani Khuzaah untuk menarik ramai orang mengunjungi Makkah ketika itu seperti menyediakan makanan bagi orang yang mengerjakan haji, menguruskan kaabah dan menyediakan kemudahan para pedagang. Pemerintahan ini dikuasai oleh golongan bangsawan. Sebuah majlis telah ditubuhkan iaitu Majlis Syuyukh yang berperanan membuat peraturan dan menyelesaikan masalah politik, ekonomi dan sosial. Ia dianggotai oleh penyair, pemidato, panglima dan aristocrat.
Pemimpin kaum Quraisy :
Pemimpin kaum Quraisy diketuai oleh Qusay bin Kilab. Permulaan lokasi penempatan mereka adalah di Lembah al Bitah dan mahir dalam bidang ketententeraan serta bertindak mengawal kota Makkah dari sebarang ancaman musuh.
Penubuhan Darul Nadwah :
Qusay telah membina Darul Nadwah sebagai tempat perbincangan pemimpin-pemimpin kota Makkah, tempat sambutan majlis peristiwa-peristiwa bersejarah. Contohnya Abu Jahal pernah berbincang di Darul Nadwah bagi menentang Nabi Muhammad s.a.w. dari terus menyebarkan agama Islam.
Penubuhan Jabatan :
Qusay telah menubuhkan beberapa jabatan baru seperti Sadanah al-Bait untuk menguruskan kaabah, Majlis al-Siqayah untuk menguruskan air, al-Rifadah untuk menguruskan makanan, al-Liwa’, Unnah, Khazanah, Asynaq dan Hijabah. Jabatan ini masih diteruskan oleh anak cucu Qusay setelah Qusay meninggal dunia iaitu dari keluarga Abdul Manaf, Hashim dan Abdul Mutalib
Majlis Suku :
Majlis Suku atau Asyirah ditubuhkan untuk melicinkan urusan pentadbiran suku-suku dan struktur politiknya secara berkumpulan. Selain itu , ditubuhkan juga majlis eksekutif yang dianggotai orang-orang tua yang berumur 40 tahun ke atas.
Hubungan Diplomatik :
Hubungan diplomatic dijalankan bagi mengelakkan ancaman musuh. Contohnya pada masa pimpinan Abdul Manaf dan Hashim, Makkah telah menjalinkan hubungan dengan Negara jiran.
Pengisytiharan Tanah Haram :
Kawasan Tanah Haram telah diisytiharkan untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan kota Makkah. Diisytiharkan juga bulan-bulan yang diharamkan berperang seperti Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam untuk mengerjakan haji manakala Rejab pula untuk mengerjakan umrah. Ia dikenali sebagai al- Asyhurul Hurum.
Peraturan Adat dan Nenek Moyang :
Peraturan adat dan sunnah nenek moyang diamalkan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Setiap individu, suku dan kabilah terpelihara keselamatan mereka selagi menghormati kabilah masing-masing. Sebarang pencerobohan akan ditentang dan terdorong dengan semangat assabiyah.
Dasar pemerintahan sedemikian oleh kaum Quraisy menjadikan kabilah Quraisy sebagai kabilah yang disegani kerana berupaya mentadbir Makkah . Kota Makkah telah menjadi pusat ibadat, kebudayaan, perdagangan dan keamanan, maka ia telah digelar sebagai ‘ jantung hati Semenanjung Tanah Arab’
credit to : Fastnote
7 Tips Membuatkan Otak Berfikir Lebih Cepat
Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer biologi.Ia memerlukan makanan, oksigen, dan ia juga perlu latihan.Korang dapat melakukan beberapa hal untuk meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya,atau memanipulasinya.
Tip di bawah ini mungkin akan membuatkan otak korang bekerja lebih baik.
1. Ambil dosis EPA secukupnya
EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.
2. Seks secara terancang
Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.
3. Buat teka teki
Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak korang tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika korang tidak berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.
4. Berjalan kaki
Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu korang menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran korang lebih 'jernih.'
5. Ketawa/Senyum
Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak.Pastikan korang ketawa setiap hari yer.Lagipun senyum itu sedekah ;)
6. berfikiran Kreatif
Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan korang berfikir lebih cepat dan Kreatif.jadi,kalau korang minat muzik,selalu2 kanlah pergi Jamming
7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan
Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).
Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan pikiran korang dari penjara pikiran 'seorang dewasa', koraang akan menemui cara berpikir yang belum pernah ada sebelumnya.
P/s : kalau ada tip lain untuk dikongsi,tinggalkan komen yer ;)
Katy Lim Li Lian Hina Allah & Islam di Facebook
Bengang betul dengan manusia macam ni.Kalau tak suka dengan islam tak payah la nak hina.Tak pasti la korang dah tau belum info pasal seorang budak cina bengong ni yang mengutuk/mengina Allah & Islam di facebooknya.
Dalam info terbaru yang aku baca diforum Carigold,komuniti diforum tersebut telah bersepakat akan membuat laporan polis dan juga laporan ke Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM)
Admin diforum tersebut mengajak kepada seluruh umat Islam tidak kira ahli komuniti atau pelawat supaya bekerjasama menandatangani petition online yang bertujuan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang individu berbangsa Cina yang mengutuk dan mempersendakan Islam dan nama Allah di dalam laman Facebook.
Berikut adalah screenshot yang diperolehi dari beberapa sumber :
Laporan ke Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Dibuat :
Aku harap pihak berkuasa bertindak tegas membawa mereka yang mengutuk/menghina agama ke muka pengadilan
M.Rajoli Meninggal Dunia
Terlebih dahulu,takziah diucapkan kepada pelakon M.Rajoli yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam.Terkejut dengan berita sedih ini.Terasa satu kehilangan besar dalam industri lakonan di Malaysia.Dibawah ini antara artikel yang aku petik dari Berita Harian
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, yang terlantar sakit lebih setahun lalu, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini jam 10.45 malam tadi akibat sesak nafas.
Turut berada di sisi ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya ialah isteri, Hashimah Md Din dan anak bongsunya, Muhd Arif.
Adik ipar M Rajoli, Mohlis Md Din, ketika mengesahkan berita itu berkata, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Datuk Keramat, di sini sebelum Zuhur hari ini.
Pelakon yang nama sebenarnya Mohd Rajoli Mohamed Zain itu menderita barah otak sejak tiga tahun lalu dan melarat hingga ke bahagian urat saraf, sekali gus lumpuh seluruh badan dan terpaksa menggunakan sistem bantuan pernafasan.
“Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” kata Mohlis yang turut berada di hospital bersama sanak saudara.
Allahyarham terkenal dengan kebolehannya memegang pelbagai peranan dengan berkesan sama ada dalam drama atau filem me-nyebabkan peminat sentiasa senang dengan kemunculan pelakon kelahiran Kelantan itu.
Rajoli yang berasal dari Pasir Mas mula berlakon sejak 1964 menerusi Ibu Ayam arahan Allahyarham Salleh Ghani. Dalam filem itu, wataknya kecil saja sebagai penggesek biola.
Imejnya sebagai orang alim bermula apabila Allahyarham diberi peranan oleh Tan Sri Dr Jins Shamsuddin sebagai pembaca talkin dalam filem Esok Untuk Siapa (1985).
Perkahwinan M Rajoli dan Hashimah dikurniakan empat anak, Siti Dzaleha, Nur Muhammad, Siti Nazirah dan Muhd Arif dan tujuh cucu. Cucu terbaru pasangan itu dilahirkan 12 tengah hari semalam.
Allahyarham yang terkenal dengan sikap ranggi dan sporting kerana gemar menunggang motosikal berkua-sa tinggi turut meninggalkan seorang lagi isteri, Wan Chik Daud, bekas juruhebah dan pelakon veteran.
Berita Harian 18/09/2010
Antara Drama Dan Filem Lakonan M-Rajoli :
2009 - Lembing Awang Pulang Ke Dayang - (Pelakon Pembantu)
2009 - Skrip 7707 - (Pelakon Pembantu)
2008 - Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib - (Pelakon Pembantu)
2008 - Histeria - (Pelakon Pembantu)
2008 - Congkak - (Pelakon Utama)
2007 - Impak Maksima - (Pelakon Pembantu)
2007 - Cinta Yang Satu - (Pelakon Pembantu)
2006 - Misi 1511 - (Pelakon Pembantu)
2006 - Cicakman - (Pelakon Pembantu)
2006 - Diva Popular - (Pelakon Pembantu)
2006 - Man Laksa - (Pelakon Pembantu)
2006 - Persona Non Grata - (Pelakon Pembantu)
2006 - Main-Main Cinta - (Pelakon Pembantu)
2006 - Castello - (Pelakon Pembantu)
2005 - Lady Boss - (Pelakon Pembantu)
2005 - Cinta Fotokopi - (Pelakon Pembantu)
2004 - Bintang Hati - (Pelakon Pembantu)
2004 - Bisikan Remaja - (Pelakon Pembantu)
2003 - Lang Buana - (Artis Jemputan)
2003 - MX3 - (Pelakon Tambahan)
2003 - Mr. Cinderella 2 - (Pelakon Pembantu)
2003 - Diari Romeo - (Pelakon Pembantu)
2003 - Gila-gila Pengantin - (Pelakon Pembantu)
2002 - Mr. Cinderella - (Pelakon Pembantu)
2002 - Idola - (Pelakon Tambahan)
2000 - Anaknya Sazali - (Pelakon Utama)
1999 - Puteri Impian 2 - (Artis Jemputan)
1998 - Badai Mentera - (Pelakon Pembantu)
1993 - Perempuan,isteri dan.....? - (Pelakon Tambahan)
1989 - Awang Spanar - (Pelakon Pembantu)
1989 - Oh Fatimah - (Pelakon Pembantu)
1986 - Kembara Seniman Jalanan - (Pelakon Pembantu)
1986 - Bujang Lapok Kembali Daa - (Pelakon Pembantu)
1984 - Tujuh Biang Keladi - (Pelakon Tambahan)
1984 - Azura - (Pelakon Pembantu)
1983 - Darah Satria - (Pelakon Pembantu)
1983 - Mekanik - (Pelakon Pembantu)
~Al-Fatihah ~
Tutorial Hack Facebook Account
Korang nak tahu tak cara mendapatkan username & password facebook dengan menggunakan software?Aku ada sedikit tutorial dan software untuk dikongsikan dengan korang semua.
Korang boleh ceroboh (hack) facebook sesiapa sahaja dengan menggunakan software ini dan ianya dinamakan Facebook Hacker
Step By Step Hack Facebook Account
1) Download "Facebook Hacker Software" DISINI
( Pastikan korang install Microsoft.Net Framework terlebih dahulu di window.click DISINI untuk download )
2) extract Facebook Hacker Software yang korang download di step pertama dengan menggunakan "Winrar".Kalau masih belum install,boleh download DISINI
3) Buka file “Facebook Hacker.exe”
4) Selepas buka file "Facebook Hacker.exe",akan tertera seperti gambar dibawah.Ikut arahan yang diberikan
5) Sekarang fail baru akan dibuat didalam direktori yang sama dengan nama yang korang masukkan (eg. server.exe).Wooo!Korang akan dapat email & password facebook orang yang korang hack di email.Jadi,bolehlah korang masukkan email & password orang itu semasa login facebook
NOTE: file “Stub.exe” Mungkin akan dikesan oleh antivirus yang korang pakai (boleh disable antivirus korang).Jangan buka file “Stub.exe” dan juga delete file ini.Jika tidak,data facebook orang yang korang nak hack tidak berfungsi sama sekali.
Selamat mencuba :)
Penafian : Aku sebagai owner blog ini tidak bertanggungjawab jika korang menyalahgunakan tutorial ini untuk tujuan tidak baik terhadap individu tertentu.Tutorial ini adalah amat sesuai untuk mengesan KESETIAN pasangan korang difacebook
Payment Ketiga Dari Ziddu.com
Alhamdulillah,rezeki raya.Selepas terima payment dari Nuffnang minggu lepas,tadi check ada email dari paypal payment yang dibuat oleh ziddu.com.
Walaupun bayaran yang diterima tak ada la besar sangat tapi aku tetap bersyukur.Sapa nak bagi duit free beb.Boleh la aku pakai duit ni bayar duit rodtex keta aku nanti.hohoho
SS dekat atas tu bukti payment melalui email.
SS dekat atas ni pula bukti payment yang sudah success di akaun paypal.
*Transaction ID terpaksa aku 'hide' atas sebab keselamatan*
Buat korang yang masih belum tahu bagaimana nak buat duit dengan Ziddu,boleh semak balik entry aku yang lepas DISINI
Kalau nak daftar dengan Ziddu,boleh click DISINI ataupun click pada banner dibawah.Apa yang penting pandaftaran adalah PERCUMA!
P/s : Selamat Hari Malaysia.
Datuk Sosilawati & 3 Yang Lain Sah Dibunuh
Kalau korang ada baca paper hari ini,inilah berita sedih kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati.
BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.
Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.
“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.
“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.
Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat.
“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.
“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.
Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.
“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.
Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.
“Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan” katanya.
Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini.
Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.
Sementara itu, pasukan penyelam polis meneruskan usaha menyelam di dasar Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah bagi mencari objek yang boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan berkenaan, semalam.
Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.
Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.
Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.
Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun.
Sumber : Metro Online 14/9/2010
Akhirnya,terjawab sudah kes ini.Sama-sama kita berdoa semoga roh kesemua mangsa ditempatkan dikalangan orang beriman dan suspek utama pembunuhan kejam ini ditangkap dengan segera
P/s : Siapa ek Datuk yang terlibat dalam kes ini?Sama-sama kita tunggu dan lihat!
Check Kedua Dari Nuffnang
Alhamdulillah,Selepas sebulan setengah tunggu akhirnya cek kedua nuffnang sampai juga.Sayangnya check tu aku bank in khamis (9/9/2010) sampai hari ini ahad ( 13/9/2010) tak clear lagi di akaun bank.Maklumlah bank tutup sebab cuti raya.Memang nak kena tnggu sehari 2 lagi baru bleh clear la kot duit nuffnang.huhu
Alang-alang cerita pasai nuffnang,aku nak kongsikan sikit buffered earning aku sejak akhir-akhir ini.Aku tak tau la sebab apa bulan lepas sampai bulan ini blog macam macam ada tak dapat buffered earning langsung!
Adakah sebab nuffnang merajuk aku memadukan diorang sebelum ini?aku pun tak pasti kenapa.Nak kata pelawat blog tak ramai mustahil sebab hari-hari cecah 1K visitor.Survey dekat nuffnang pun aku dah update.Alahai sedihnya..rasa macam down je semangat nak berblogging.huhu
Aku harap bulan ini nuffnang bagi la buffered earning.Tak banyak pun tak apa.Janji ada sudah.Sunyi kot blog ni tak dak buffered earning.kesian la aku.hehe.
Blog ni la yang banyak menyumbang pendapatan dari nuffnang.Kalau blog ni tak dak lagi buffered earning macam mana aku mau cari side income dengan nuffnang?takkan nak harap click je?memang susah la nk cashout tiap-tiap bulan.hmmmm
Korang semua doa-doa la ek aku murah rezeki sikit bulan ini.Baru semangat sikit nak berblogging + buat duit dengan nuffnang.ehhehe
Download Legenda Budak Setan
Aku yakin ramai yang dok tunggu nak download filem ini kalau tak sempat tengok kat wayang.Entry aku sempena raya aku kongsikan link download untuk pembaca setia blog ini.
Sebelum korang download,korang baca dulu sinopsis cita ni dulu.
Selamat Mendownload yer ;)
"Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat kacau dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan.
Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar-benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula".
LINK DOWNLOAD :
Legenda Budak Setan - Part 1
Legenda Budak Setan - Part 2
P/s : Selepas download,kalau ada masalah untuk view video boleh tinggalkan komen.tq
Kronologi Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh
Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
Sumber : Utusan Malaysia
Misteri kehilangan Sosilawati mungkin terjawab hari ini
BANTING: Misteri kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.
Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat dekat sini sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.
Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.
Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.
Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.
Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis telah menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.
Sejak malam tadi, cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.
Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang itu telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.
Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.
Sumber : Bernama
Sosilawati mati dibunuh diMorib
12/09/2010
Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.
Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.
Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.
Sumber : Kosmo
Penyelam Polis Marin cari bahan bukti
12/09/2010
BANTING – Pasukan penyelam Polis Marin hari ini menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lain.
Tinjauan berhampiran sungai itu yang terletak di jalan utama menuju Banting-Tanjung Sepat mendapati pasukan polis memeriksa bahan yang kelihatan seperti tulang berwarna kelabu kehitam-hitaman.
Daripada pemerhatian, terdapat beberapa penandaan (marking) diletakkan pada bahan-bahan itu.
Memandangkan para wartawan tidak dibenarkan menghampiri kawasan operasi itu, mereka terpaksa berpusing di sekitar kawasan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
Polis hari ini mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga orang lain mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.
Operasi polis itu menarik perhatian orang ramai yang cuba memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang sedang berlaku.
Sumber : Kosmo