Portfolio Blog

</> About Theme

Portfolio Blog another beautiful work of a Template Trackers. It's portfolio style blogger template, which is ideal for photography blogs, personal blogs, portfolio blogs like cookery sites etc. Download this template for free and we bet you'll love this template.

    Theme Specifications

  • Portfolio blog is a portfolio style blogger template. It's ideal template for personal magazine.
  • Functions Great on all browsers. Chrome, Safari, firefox, Opera etc.
  • Modern Design technologies have been used to make this blogger template more robust and user friendly.
  • Minimal and simple look

Banjir Teruk Melanda Bintulu Sarawak

Selepas banjir melanda 4 buah negeri di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, kini banjir besar telah melanda di Bintulu Sarawak pula. Seperti yang diramalkan, hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan banjir dibeberapa buah kawasan disekitar Sarawak.

Kawasan yang paling teruk dilanda banjir adalah Bintulu. Jumlah penduduk yang dipindahkan masih belum diketahui secara rasmi.








Semoga semua penduduk dikawasan tersebut terselamat dan mendapat perlindungan dari Allah SWT. Aamin!

Gambar Perodua Alza Baharu

Auuuuumm! nampaknya perodua telah mengorak langkah dengan mengeluarkan Perodua Alza baharu yang lebih stylish dan elegan yang dijangka akan dilancarkan pada bulan januari 2014.

Alza untuk versi kali ini bahagian hadapan menunjukkan bumpernye yang turut menerima rekaan baharu dan lebih stylish.

Oklah, aku tak mau ulas panjang sebab korang boleh tengok sendiri foto yang disediakan nih.







foto credit to : infokereta.com

Play Book

</> About Theme

Playbook is a 3 column magazine style blogger template carved out with elegance and perfection. Installed with custom widgets and powered by jQuery no doubt, this theme will reinvent the look and feel of your blog.

    Theme Specifications

  • Playbook is portfolio style blogger template. It's ideal for magazine and personal blogs.
  • Functions Great on all browsers. Chrome, Safari, firefox, Opera etc.
  • Modern Design technologies have been used to make this blogger template more robust and user friendly.
  • Blog title of this template auto split up and get customized look and it's SEO optimized.

BN Cuba Menipu - Pembaca Berita TV3



Inilah video yang telah menjadi viral difacebook sejak pukul 9malam tadi selepas pembaca berita TV3, Pang Chin Fei telah tersasur menyebut BN CUBA MENIPU didalam ucapannya selepas Najib Razak berucap.

Tengoklah sendiri video dibawah. Minit ke 1:40. Tak tahu apa nasib si pembaca berita nih esok. Mungkin dikenakan tindakan ataupun terus dipecat.

Isu ini sangat sensitif so berhati-hati lah dalam memberikan sebarang ucapan.


Mesej Rasulullah dan Nelson Mandela - Dr Mashitah Ibrahim


PEMIMPIN dan masyarakat dunia berasa kehilangan Nelson Mandela yang meninggal dunia awal bulan ini.

Dipenjara 27 tahun dan kemudian menjadi Presiden Afrika Selatan, beliau akan dikenang sejarah kerana toleransi dan keikhlasannya mengampunkan rejim aparteid yang menekan rakyat kulit hitam negaranya begitu lama. Walaupun secara peribadi beliau dianiayai, Mandela tidak berdendam.

Mesej keamanan yang dibawanya telah mempercepatkan proses perpaduan nasional di republik itu. Toleransi dan sikap pemaaf yang ditunjukkan Mandela adalah nilai universal yang Islamik kerana Islam adalah ajaran yang sangat cintakan perdamaian.

Bagi umat Islam, tiada contoh lebih baik daripada Nabi Muhammad SAW. Hakikat ini diakui bukan saja oleh sarjana Muslim tetapi juga cendekiawan dan tokoh sejarah Barat/Kristian. Stanley Lane-Poole, dalam buku The Speeches and Table Talk of the Prophet Mohammad, menyatakan kekagumannya dan memuji sikap toleransi Rasulullah SAW ketika Fath Makkah.

Katanya: “The day of Mohammad’s greatest triumph over his enemies was also the day of his grandest victory over himself. He freely forgave the Koraysh all the years of sorrow and cruel scorn in which they had afflicted him and gave an amnesty to the whole population of Mecca (the city of his bitterest enemies)...The army followed his example, and entered quietly and peacefully; no house was robbed, no women insulted.”

Thomas W Arnold (The Preaching of Islam, Ashraf Press, Pakistan, 1968) dan ‘Abd al ‘Aziz ‘Uthman al-Tuwayjiri (Al-Islam wa al-Ta’ayusyi Bain al-Adyan fi Ufuq al-Qarn al-Hadi wa al-‘Isrin, Morocco, 1998) menolak tuduhan bahawa penyebaran dan perkembangan Islam yang begitu pesat adalah melalui perang atau secara kekerasan. Satu contoh klasik ialah ketika Sultan Salahuddin al-Ayyubi (1169-1193H) menakluki Palestin pada 1187 dan menguasai semula wilayah Baitulmaqdis yang berada dalam tawanan tentera Salib sejak 1099.

Beliau tidak membalas dendam atau membunuh tentera Salib walaupun mereka telah membunuh begitu ramai pejuang Islam sepanjang 88 tahun. Hugh Goddard dalam buku A History of Christian-Muslim Relations (Edinburgh University Press Ltd, Edinburgh, 2000) memetik seorang saksi, Raymond of Aguilers, yang berkata dia terpaksa berjalan di celah-celah mayat tentera Islam yang bergelimpangan. Lebih 40,000 dibunuh dalam tempoh dua hari, darah yang mengalir mencecah ke paras lutut.

Ditanya kenapa beliau tidak membalas dendam, Salahuddin menjawab: “Sesungguhnya agama ku melarang menyeksa sesiapa pun. Hati murni ku juga mencegah aku daripada melakukan pembalasan sebagaimana yang telah mereka lakukan kerana agama kami melarang kami membalas perbuatan kejam sebagaimana yang dilakukan musuh kami. Kami diperintahkan agama menepati janji, memaafkan perbuatan buruk mereka dan melupakan kekejaman yang pernah dilakukan ketika berkuasa.”

Banyak petunjuk dalam al-Quran yang menyeru kepada toleransi, termasuk dalam soal keagamaan dalam masyarakat majmuk. Toleransi dalam ajaran Islam membawa kepada perpaduan, keharmonian dan kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat.

Islam mengajar umatnya menghindari perbuatan yang boleh mencederakan orang lain atau menimbulkan ketidakadilan. Al-Qurtubi berkata kekufuran seseorang bukan penghalang untuk mereka mendapat keadilan. (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, Dar al-Kutub al-Ilmiah Jilid III, 1996).

Ayat 99 Surah Yunus, Ayat 256 Surah Al-Baqarah, ayat 8 Surah Al-Maidah dan ayat 108 Surah Al-An’am sering diguna untuk membuktikan prinsip toleransi dan keadilan dalam Islam. Umat Islam dilarang mencerca sembahan penganut agama lain, sebagaimana kita juga tidak mahu menganut agama lain menghina Islam. Paling ideal ialah apabila pihak Muslim dan bukan Muslim sama menghayatinya.

Kita tidak mahu lagi melihat peristiwa seperti bangkai babi dalam masjid, kepala lembu dipijak, gereja dibakar atau serangan ke atas kuil Hindu yang pernah berlaku di Kerling, Selangor 34 tahun lalu. Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik.

Lakukanlah kebaikan selama dan selagi ia tidak menyentuh soal akidah. Akidah yang benar adalah yang bebas daripada unsur kebatilan dan kesyirikan. Moga-moga dengan cara ini, kita akan dapat kembalikan kejernihan dan perpaduan dalam masyarakat kita yang majmuk ini

#Sinar Harian

Permohonan BRIM 3.0 Dibuka Pada 23 Disember 2013


Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

“Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut,” kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. – BERNAMA

Surat Terbuka Rosmah Mansor Menjawab Fitnah


Pembaca yang amat dikasihi;

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap. Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurnian majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara ‘face to face’ itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama ‘membunuh diri sendiri’.

1) Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006
Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

2) Cincin berlian berharga RM24 Juta
Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah ‘regular customer’ kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011. Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

3) Berjoli di luar negara
Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan. Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.

Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

4) Pembaziran Projek Permata
Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik. Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

5)  Bergaya dengan perhiasan mewah
Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan ‘kaku’ dalam kotak simpanan.

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkarayang tidak masuk akal.
Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan.

6) Isu ‘First Lady’
Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).

Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah ‘downgrade’ status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.
Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

7)  Isu menjadi Perdana Menteri Keenam
Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.

Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.

Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.

Semoga Allah memberkati para pembaca semua.
Sekian daripada saya,
Rosmah Mansor

Round Up





Round up is a magazine style blogger templates. Loaded with customized widgets and plugins. Minimal Design and fast loading template It's design and look are heavy but don't worry it will perfectly match with your personality. 



About Theme 


Theme Name : Round Up
Platform : Blogger/Blogspot
Author : www. templatetrackers.com
License : Creative Commons Attribution 3.0





Theme Features


Magazine Style Template
Round Up is a magazine style blogger template

Browser Support
Works fine on all major browsers. Chrome, Safari, Opera, Firefox etc,

Drag & Drop Layout
Customize the layout of theme using drag and drop interface.

Optimized For Adsense
Round Up Is optimized for adsense.

Split Blog Title
Blog title splits up with javascript.

Powered by Javascript and CSS3
Round up functions dynamically as it is powered by Javscript and CSS3

Gambar Syamsul Yusof Berjubah Tersebar!

Patulah sejak akhir2 ini aku perasan Syamsul banyak post atau tweet status berkaitan dengan keagamaan. Rupa-rupanya dia dah mula berhijrah!

Dia yang juga anak kepada Datuk Yusof Haslam, seperti mendapat hidayah dari Allah apabila gambarnya berjubah tersebar difacebook dan twitter bersama Ustaz Azhar Idrus, Pirer Andre dan ramai lagi.

Selepas bocornya filem KL Gangster 2, Syamsul seperti hilang semangat untuk membuat filem lagi.  Mungkin dalam keadaan kecewa dan sedih, Allah telah memberi rahmat dan hidayah untuknya berubah.


Diharapkan lepas ni Syamsul buat la filem bercorakan keagamaan untuk anak-anak muda kita yang semakin jauh dari landasan hidup.


shark sudah insaf. lu jangan sailang!

Gambar Seksi Skandal Adi Putra

Selepas mahkamah memutuskan pelakon Adi Putra tidak bersalah dalam kes skandal dengan wanita bernama Nooraida, suami kepada wanita ini tampil dalam sidang media untuk mendakwa Adi Putra menggunakan 'orang dalam' dalam kes nih.

Tetapi apa yang aku tengok, si isteri ni rasanya TERlebih lucah dengan gambar2 rembes dalam press conference tersebut. Biar gambar berbicara!






gambar kredit kepada rotikaya

Trackers Mag

trackers a responsive blogger template




Trackers is a responsive blogger template which is completely developed and designed by Surya head of trackers team. This theme is basically designed for magazine blogs which posts about technologies inspirations, web-development tutorials etc. Lot of stuffs have been included in this theme like custom comment theme for threaded comments. Scrolling Popular post widgets etc. See the demo screenshot of the theme below.




About Theme


Theme Name : Trackers A Responsive Theme
Platform : Blogger /Blogspot
Author : www.templatetrackers.com
License : Creative Commons License 3.0




Theme Features


Magazine Style Template
Trackers is a simple magazine style template.

Responsive Design
It auto-resize itself in all major screen devices

Browser Support
Template works fine on all major browsers. Chrome, Safari, Firefox, Opera etc.

Drag & Drop Layout
You can easily customize the homepage layout using drag and drop interface.

Customized Comment Theme
Customized comment theme is installed in this template. You can grab more comment theme here.

Custom Widgets
Trackers is loaded with customized widgets.

Fast Loading Template
Trackers is cleanly coded, and it loads fast. A good SEO factor

Powered by jQuery and CSS3
jQuery and CSS3 makes this theme more dynamic both in look and functions.

Berhati-Hati dan Sebarkan Sebanyak Mungkin Keluarga Ini


Orang ramai dinasihatkan JANGAN memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan.

Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.

Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan Citta Mall.

Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal.

Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam.

Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

sumber : facebook

Gadget Mag

Responsive blogger template


 
Gadget magazine a theme for responsive theme for magazine blogs. Designed in minimal way to suit your blog and give it very pleasant minimal look. This theme contains error redirection code so whenever you land on page which doesn't exists it will redirect you to the homepage.




About Theme


Theme Name : Gadget Mag
Platform : Blogger/Blogspot
Author : http://www.templatetrackers.com 
License : Creative Commons Attribution 3.0





Theme Features

Magazine Style Template
Gadget Mag is magazine style blogger template. 

Responsive Design
Auto resizeable layout in all major screen devices like desktop, tablet, smartphones.

Browser Support
Template supports all the major browsers. Chrome, Safari, Firefox, Opera, IE

Drag & Drop Layout
Customize Gadget Mag using drag and drop feature.

Custom Widgets
Gagdet Mag is already loaded with lots of customized widgets.

Automatic Error Redirection
Template is installed with automatic error redirection which lands your user directly to homepage.

Powered by jQuery and CSS3
Gadget mag is one of the most dynamic blogger template in our collection. And it was possible with jQuery and CSS3 only.

Adorable

</> About Theme

Adorable is a grid style blogger template with complete responsiveness. This theme is ideal for the site like news, magazine, reviewing site, fashion, technology and gallery. We have added all essential elements which you'll need for a perfect blogger blog.

    Theme Specifications

  • Adorable a grid style blogger template comes with three columns layout.
  • Template looks simple yet it's attractive at the same. We have used a balanced combination of colors to make this template attractive.
  • Adorable blogger Template Comes with pre-installed google fonts.
  • Customize homepage layout of this theme using drag and drop feature. Add or remove widgets without diving into the ocean of codes.
  • Template get's it's dynamic look from javascript and CSS3.

Bloggie

</> About Theme

Bloggie is an nice minimal style blogger template, designed with latest web techniques using HTML5, CSS3 and jQuery. This template is basically designed for magazine or blog style sites. To make it's performance more better we have optimized it using a bit of javascript function. As all our site are pre-optimized for SEO so is the Bloggie. This template is also optimized for SEO so that your sites get indexed 80% faster then other Blogger templates you use.

    Theme Specifications

  • Bloggie is minimal style blogger template suitable for personal blogs or magazine sites.
  • This blogger template runs smoothly on all browsers. Chrome, Firefox, Safari, Opera and etc it's performance is good.
  • We always take care of the SEo first in our templates, so that your site gets better ranked on Google
  • Custom typeface has been used to give your contents a professional look. All the sections in your blog post has been so edited that you will not need to edit your post yourself. Just write the post and publish it rest of the designing work will be done automatically.

Blogger Magazine

</> About Theme

Blogger Magazine is a news and magazine style blogger template. This blogger template is designed for News/Magazine/Portfolio Blogs. Blogger Magazine, designed with utter care and love, this template is equipped with lot of amazing features this template will perfectly suit your blogger site.

    Theme Specifications

  • Blogger magazine is designed for magazine and news portal sites.
  • Template works fine in all latest & major browsers. Chrome, Safari, Firefox, Opera, IE
  • We always take care of the SEO first in our templates, so that your site gets better ranked on Google
  • Codes are clean and so you can customize it as much as you want.
  • With drag and drop feature you can change the layout of your home page also you can add or remove widgets easily without delving into the sea of codes

Surat Terbuka Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak


Assalamualaikum Dato’ Seri..

Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.

Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang! Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik!

BR1M atau Subsidi Minyak?

Dato Seri Najib Razak,

Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.
  • Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
  • Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
  • Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
  • Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
  • Parking : 23 hari x RM5 = RM115
  • Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
  • Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
  • PTPTN : RM150 (minimum)
  • Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
  • Ibu Ayah = RM200
  • Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
  • TOTAL BAKI : RM213.40

Lonjakan Harga Rumah di Malaysia

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Gaji Rakyat Malaysia?

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

Akan Saman Berjuta Ringgit - Datuk Yusof Haslam

“SAYA akan saman berjuta ringgit!”. Demikian reaksi pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam behubung kontroversi terbaru melibatkan filem arahan terbaru anak lelakinya, Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Filem sekuel yang menelan kos RM 4.5 juta itu dikhabarkan bocor di Internet sedangkan masih belum ditayangkan di pawagam.

Ekoran insiden tersebut, beliau mengadakan sidang media khas tergempar, semalam.

Dalam sidang media itu, jelas kekecewaan daripada pihaknya meskipun yang tersebar hanyalah 'raw material' yang belum diberi sentuhan akhir.
“Dari awal lagi saya dah rasa. Syamsul di Bangkok lagi sudah beritahu saya, ‘pastikan ya Papa, sekarang ini zaman digital, jangan sampai kita bocor di mana-mana. Habis kita nanti.’

“Sebab dah terlalu lewat, saya bagi Syamsul 'dateline' dan dia menghantar 'raw material' untuk filem itu, yang hanya 50 peratus kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat 'final mix' dan sebagainya,” katanya pada sidang media.

Filem yang tersebar luas itu dikatakan bukan dalam format berdefinisi tinggi.

“Dia kata hantar saja ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)' dan Finas untuk penilaian wajib tayang memandangkan berpuluh filem menanti. Kalau tak, tayang 2014. Selama ini, kita hantar filem yang 100 peratus dari segi kualitinya.

“Tapi entah kenapa. Ada hikmah juga. Bayangkan kalau kita hantar 'Full HD' kepada syarat wajib tayang...LPF. Bayangkan apa yang terjadi. Sedangkan yang kualiti 50 peratus ini saja, besar kesannya terhadap kami,” katanya.

Akui tidak akan berkompromi dengan pelaku yang menyebarkan karya anaknya itu, Yusof Haslam memberi amaran bakal mengambil tindakan tegas.

“Pejuangan kami tidak berhenti di sini. kepada mereka-mereka yang nak sabotaj kami, kami tak akan berdiam diri. Kalau kamu menggunakan Internet untuk mencetak rompak, pihak polis juga ada cara untuk mengesan.

“Kami akan bawa orang ini (pelaku) ke muka pengadilan. Bukan dengan denda setakat RM 1,000 tapi saya akan saman jutaan ringgit. Ini yang saya akan buat. Ini bukan perkara main-main.

“Filem ini melibatkan kos yang cukup besar. Walaupun kami buat filem dengan RM 100,000 modal sekalipun, itu adalah titik peluh kami, karya kami. Apabila karya kami dicuri, tidak ada kompromi,” katanya.

Tidak berhasrat untuk mempercepatkan tayangan KL Gangster 2, Yusof tidak mahu bersikap mementingkan diri.

“Tayangan filem ini tetap 3 Oktober. Saya disarankan untuk mempercepatkan tayangannya tapi saya tak nak.

“Saya boleh buat kalau fikir kepentingan diri sendiri tapi sebagai pembikin filem, saya menghormati rakan-rakan produser lain. Saya tak tergamaknya nak pijak kepala produser lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyerahkan soal sambutan dan kutipan kepada rezeki Allah.

“Insya-ALLAH ada rezeki, filem ini akan tetap dapat sambutan. Berapa nak kutip itu soal rezeki dari ALLAH,” katanya.

SUMBER

P/s : jadi yang download punya version tu tak 100% siap la. Mesti akan ada kelainan sikit untuk wayang punya version.

Filem KL Gangster 2 Bocor!


Agak jarang kes filem bocor terlebih dahulu sebelum ditayangkan. Hakikatnya, inilah yang terjadi kepada filem KL Ganngster 2. isu ini tengah hot sekarang di twitter dan juga facebook dimana link download telah dikongsi oleh orang yang tak dikenali. Aku tak pasti adakah strategi pemasaran ataupun ada 'orang dalam' yang telah bocorkan filem ni di internet untuk dimuat turun oleh umum.

Filem arahan Syamsul Yusof ini sepatutnya akan ditayangkan pada 3 Oktober 2013 tetapi ianya telah ditonton terlebih dahulu. Agak berat kes ni. Boleh disaman dan dipenjara beb!. Link download filem aku nampak difacebook. Mula2 tu tak percaya la, lepas aku muat turun dalam pc aku nak pastikan ianya original full movie, ternyata ianya memang benar. Cuma dari segi kualiti video agak teruk sikit.

Minta maaf, kalau korang nak aku kongsikan LINK tersebut memang tak dapat. Aku tak mau ambik risiko. Pandai2 la korang cari sendiri yer~

Dibawah adalah screenshot filem ni yang berdurasi 1jam 55minit. Aku tunggu jawapan dari Syamsul yang mungkin akan buat sidang media esok!



UPDATED : selepas tersebarnya link download filem KL Gangster 2, pengarahnya Syamsul Yusof telah memberi amaran akan mengambil tindakan undang2 kepada individu yang bocorkan filem ini difacebooknya.




Kemalangan Ngeri Federal Highway



Berita terhangat pada 21 April 2013 yang membabitkan kemalangan maut di Federal Highway. Kemalangan maut itu dikatakan berlaku seawal jam 4 pagi menurut saksi kejadian.

Dari pemerhatian video dan gambar, kemalangan ini boleh dikategorikan kemalangan ngeri dimana ada antara mayat kaki dan tangan terputus. Mengikut info tidak rasmi, terdapat 12 orang mangsa dan 7 dikatakan maut dan selebihnya ceder parah.

Kemalangan yang melibatkan 5 motosikal dan 2 buah kereta ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang dikatakan mabuk telah melanggar sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di tepi Lebuhraya secara berkumpulan



Dibawah ada video yg dirakamkan saksi tempat kajadian. AMARAN! tidak sesuai untuk ditonton oleh ibu mengandung, kanak2 dibawah umur 18 dan sesiapa ada penyakit jantung. Aku tak bertanggungjawab selepas tengok video ni ada yang mati!



P/s : Takziah diucapkan kepada semua mangsa yang terkorban. Moga roh mereka dicucuri rahmat

Popular Posts