Home » , , , , » Jangan Terlalu Taksub

Jangan Terlalu Taksub


Kes 1

Ani berumur 18 tahun dan lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang. Ibubapanya begitu menyanjung Ani dan mengatakan yang dialah satu-satunya harapan keluarga. Segala apa yang Ani kehendaki dipenuhi. Ani dipelihara umpama menatang minyak yang penuh.

Pada satu hari berlaku kemalangan dan Ani cedera parah lalu meninggal dunia. Kedua ibubapa begitu sedih dan terharu dengan apa yang berlaku.

Kes 2

Azhar merupakan anak bongsu tunggal lelaki dan dia begitu disayangi oleh kedua ibubapanya. Ibubapanya pilih kasih dan begitu menyayangi Azhar seorang sahaja kalau dibandingkan dengan adik beradiknya yang lain hingga mereka berasa cemburu.

Malangnya Azhar membesar menjadi penagih dadah dan menyusahkan kedua ibubapanya hingga kini.


Kes 3

Amir begitu mecintai kekasih yang kemudiannya menjadi isterinya. Katanya isterinya itu merupakan perempuan yang punya pakej serba sempurna, punya kecantikan, pelajaran, kerjaya yang baik dan sebagainya.

Setelah berkahwin beberapa bulan tembelangnya pecah. Isterinya seorang yang pemalas, pemarah, berkira dan sebagainya hingga pergaduhan dan pertengkaran berlaku saban hari.

Kes 4

Ada yang taksub pada rupanya hingga dibaling asid, ada taksub pada kereta atau rumah sampai sanggup menghias berpuluh ribu ringgit hinggalah ia kemalangan atau terbakar. Ada yang taksub pada jam dan handphone canggihnya hingga ia hilang atau dicuri, ada yang taksub dengan harta dan kemewahannya hinggalah dia jatuh bankrap, ada yang taksub dengan makan hingga dia menjadi gemuk atau sakit dan sebagainya.

Kesimpulannya, bila kedua ibubapa terlalu taksub dan menyayangi salah satu anaknya lebih dari yang lainnya, bila suami atau isteri begitu taksub kepada pasangannya, bila kita begitu taksub kepada benda, makhluk dan kejadian yang lain maka tanpa disedari ia boleh membawa padah.

Mari kita ambil kisah Nabi Ibrahim AS sebagai iktibar.

Nabi Ibrahim AS berdoa kepada Allah selama 70 tahun untuk mendapatkan anak sebelum doa itu dimakbulkan Allah Taala. Setelah mendapat anak Nabi Ismail, fokus baginda yang selama ini hanya kepada Allah Taala telah bertukar kepada anaknya. Dalam hal ini baginda telah disuruh mengambara selama 7 tahun. Sepanjang 7 tahun itu baginda masih tak dapat melupakan anaknya itu. Bila genap 7 tahun baginda balik tetapi disuruh pula menyambung mengembara tanpa turun dari untanya selama lagi 3 tahun.

Di penghujung cerita Nabi Ibrahim AS menerima wahyu untuk menyembelih anaknya itu Nabi Ismail AS bagi menunjukkan kesanggupan dan kepatuhannya kepada Allah Taala yang melebihi kasih sayangnya pada anak tunggalnya itu dan inilah yang Baginda lakukan dengan rela dan redha.

Apa iktibarnya?

Dalam kes ini pada pendapat saya secara khususnya bila kita terlalu taksub kepada seseorang anak itu, terlalu kasih dan sayang padanya maka di situlah kita akan diuji. Ini adalah kes ketauhidan, janganlah sesekali hilang tumpuan kepada Allah. Janganlah bertuhankan selain Allah Taala. Syirik jadinya nanti. Tindakan menduakan Allah Taala ini hanya mengundang kemurkaaan Allah dan silap hari bulan balasan jugalah yang bakal kita terima.

Dalam artikel ini saya kisahkan beberapa sampel yang pernah saya nampak dan kaji. Mungkin anda juga ada sampel yang ingin anda kongsikan dengan saya. Tulislah di ruangan komen atau emelkan cerita anda kepada saya.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda

Sumber : http://faizalyusup.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts