Filem Karak & Misteri Lebuhraya Karak

Melalui kisah dari artikel yang aku baca mengenai misteri lebuhraya karak ni, kisahnya lebih kurang sama macam filem Karak yang baru ditayangkan baru-baru ini.Cuma ada sedikit kelainan berbanding filem Karak.Kalau korang dah tengok filem Karak, korang akan dapat bezakanlah yang mana lainnya tu

Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”

“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.

Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.

“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”


“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.

Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.

“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.

“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.

Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.

Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.

Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.

Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.

Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.

Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.

Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.


Adakah benar artikel ini dan juga kisah dalam filem Karak tu?Sama-sama renungkan

Source

Jom Racing Secara Berkhemah


Malam ni aku nak ajak korang racing secara berkhemah untuk memang iPad 2 32GB Wifi, Canon EOS 550D dan HTC Desire dan juga 100 Tiket Wayang

Macam mana nak join?Mudah saja, korang hanya perlu mendaftar secara percuma DISINI dan ikut arahan yang diminta.

Selesai je daftar, korang gunalah kepakaran korang untuk menang hadiah menarik dibawah.



KLIK DISINI UNTUK LIHAT SAPA YANG TENGAH LEADING RACING NI


Oh ya sebelum aku terlupa, racing ni akat tamat pada 17 Julai 2011. Sila buat note ye supaya korang tak terlepas untuk menang Ipad2

P/s : aku menggunakan minyak fuel save 95 untuk race malam ni.hehe

Download Filem Karak

Walaupun baru-baru ni kecoh dengan isu kerajaan block web sharing file, tetapi ianya tidak mendatangkan masalah kepada kaki2 download sebab banyak lagi website file sharing yang bertapak dalam dunia ni.hehehe

Aku baru je lepas download ceta ni.Tengah malam sikit baru nak layan.Ok, aku tau korang pun mesti tengah tunggu nak download kan?Ok baca sinopsis dulu .hehe


SINOPSIS FILEM KARAK :

Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.


DOWNLOAD LINK :

LINK 1 ( Filesonic )
LINK 2 ( Upload Station )
LINK 3 ( Fileserve )

P/s : Link download credit to : jiwang.org

Samsung S II Dan Lady Gagap

3 Perkataan je aku nak bagitau tentang Samsung S II ni iaitu Vivid, Fast, and Slim!

Apa yang menariknya Samsung baru ni?Baca sedikit info kat bawah.



4.3" SUPER AMOLED Plus display, a dual core application processor and only 8.49mm, doesn't that sound so good?


Tak mau cerita banyak, kalau korang nak tau lebih lanjut atau nak tau harga Samsung S II ni, layari website Samsung dengan KLIK DISINI



Ini pula pasal Lady Gagap.Apa yang menariknya?

Can't stop listening to Born This Way by Gaga? Fill up your details today & you could be on your way to catch Gaga at #GagaSecretGig


KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT PASAL GIG LADY GAGAP

P/s : Tahniah kepada pasukan Malaysia yang telah berjaya menewaskan Lubnan 2-1 di Stadium Bukit Jalil semalam.Malaysia BOLEHHHHHHHHHHHHHH!!


(Kantoi ) Video 3gp Nenek 72 Tahun

Eh, aku ingatkan budak sekolah je yang ada video 3gp, tak sangka nenek berusia 72 tahun pun boleh 'kantoi' video 3gp nya.Sungguh menarik!

Terkejut juga aku tengok video ni.Macam tak percaya dalam usia lanjut begini boleh plakkkkk rakam video yang merangsang nafsu serakah aku..

Sebelum tu, meh kita layan lagu ni dulu.Sesuai la kot dengan 'tema' tajuk entry hari ini.hehe





Ok,tak yah buang masa.Meh kita layan ajeeee video 3gp nenek 72 tahun.Gambar dibawah adalah edisi 'short'.Semoga terhibur ;)



KLIK DISINI UNTUK EDISI PENUH VIDEO 3GP NENEK BERUSIA 72 TAHUN










DISCLAIMER :

OWNER BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA TERJADI SESUATU YANG TIDAK DIINGINI.IANYA ADALAH HIBURAN SEMATA-MATA.TERIMA KASIH

P/s/s : Al-Fatihah buat pelakon Zami Ismail @ Pak Uda yang telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi.Moga rohnya dicucuri rahmat.AMIN!

11 Tips Untuk Mengandung Cepat

Sebenarnya,aku rasa macam janggal plak nak post entry ni.Tapi bila difikirkan balik ada bagusnya jugak untuk bakal isteri aku nanti.hehehe

Tip ni aku dapat melalui email.Tak pula diberikan blognya.Mungkin tak ada blog kot.Tak apa lah,meh sama-sama kita tambahkan ilmu

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.


2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.


3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.


4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.


5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.


6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.


7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.


8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
- Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

- Memasak
- Bersenam
- Mendengar muzik
- Membaca dan mendengar audiobooks
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
- Beromantik dengan suami


11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

credit to : Mazlina Mohd Nazir

Kereta Perodua Myvi 2011


Tepat jam 8.45 malam tadi secara rasminya Perodua Myvi New Edition dilancarkan dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin.

Dengan reka bentuk dan design yang berbeza dari edisi sebelum ini,Myvi kali ini tampil dengan versi yang lebih menarik.

Exterior Design Myvi New Edition






Interior Design Myvi New Edition










Terdapat 3 jenis model Myvi yang dikeluarkan kali ini iaitu :

Perodua Myvi Standard



Perodua Myvi Premium



Perodua Myvi Premium Elegance



Kepada yang nak beli tu,boleh la usha harga kat bawah ni.So far bagi aku,standart je dengan model yang lama punya price


Gambar credit to : paultan automative news

Serangan Hack Website Government Bermula ( Part 1)

Buletin Utama TV3 tadi hangat tajuk dimana hackers yang menggelarkan diri mereka "Anonymous" akan menggodam website-website government malaysia.

Setakat sekarang jam 1.30am ( 16.6.2011 ) , aku dah jumpa 2 website yang telah digodam oleh mereka.Mungkin akan ada banyak lagi website akan digodam hari ni.Kita tunggu dan lihat saja

http://www.tourmalaysia.com.my

http://penang.uitm.edu.my




Antara website lain yang menjadi target hackers ini adalah

http://www.malaysia.gov.my
http://www.cidb.gov.my
http://www.sprm.gov.my
http://www.moe.gov.my

Aku tak sabar nak tunggu website ni kena godam.Dengarnya serangan besar besaran akan bermula pada 3.30am nanti.kalau korang larat tunggu la.hehe

P/s : Memang pedihhh hackers2 ni punya ayat dalam website tourmalaysia tu.Terbaik dari ladang!hahahahahha

Disaat Aku Mencintaimu

Btw,dah lama aku cari lagu ni.Berjanggut juga la baru nak dapat.Huh!alangkah slownya aku update lagu-lagu terbaru.hahah!!!

Kalau korang pun sama juga macam aku dok cari band mana yang nyanyi lagu ni,jom kita sama-sama layan VC dibawah.Seriuss lagu ni best!




LIRIK DISAAT AKU MENCINTAIMU - DADALI

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamuhttp://www.blogger.com/img/blank.gif
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta....


DOWNLOAD LAGU DISAAT AKU MENCINTAIMU

Kebahagian Seorang Suami

Dari artikel yang aku dapat melalui email ni,pengirimnya berasal dari Indonesia.Pening juga aku nak paham.Aku dah translate ke BM untuk memudahkan korang paham.Kalau tak paham juga,lantak korang lah..hehe



Kebahagiaan yang sesungguhnya bagi seorang suami begitu bermakna justeru bukan dalam kegembiraan namun disaat keluarganya sedang diuji oleh Allah, apakah dirinya sanggup menjalani ujian itu atau tidak?

Kekuatan cinta kerana Allah akan mampu menangani semua derita, menanggung beban dalam suka mahupun duka, hidup bersama isteri dan anak-anaknya. Itulah kebahagiaan bagi seorang suami dengan cintanya yang tulus untuk keluarga. Pernah ada seorang bapak yang diuji oleh Allah. Isteri yang dicintainya sedang sakit. Bersama anaknya sentiasa menjenguk isteri tercintanya yang terbaring dikatil

Disekelilingnya ada alat pengukur tekanan nafas dan tabung untuk memeriksa kesihatan. Bila sampai di hospital, suami yang setia itu datang menggantikan pakaian isterinya dan menanyakan keadaan isterinya. Tidak ada perubahan sama sekali. Keadaan isterinya tetap seperti semula. Tidak ada perubahan yang baik. Kesembuhan isterinya seolah tidak boleh lagi diharapkan.


Setelah menjenguk dan merawat isterinya, Si bapak dengan anaknya selalu memohon doa kepada Allah agar memberikan kesembuhan. Hampir setiap hari menjaga, merawat dan mendoakan untuk kesembuhan isterinya.

Meluangkan waktu untuk merawat ditengah kesibukannya yang juga harus bekerja mencari nafkah. Kesediaannya merawat isteri yang sedang sakit memerlukan energi yang sangat besar. Sifatnya untuk menjaga, merawat dan mendoakan istrinya yang sedang sakit sungguh sangat luar biasa. Padahal keadaan isterinya belum pulih.

Bahkan ada orang yang menyarankan agar mengunjungi isterinya seminggu sekali saja. Namun. Suami setia itu memilih untuk menjaga dan merawat isterinya.

Sesudah si suami sampai untuk menjenguk isterinya, isterinya bergerak dari tempat tidur. Dia merubah posisi tidurnya. Tak lama kemudian isterinya membuka kelopak matanya. Doktor pun datang membantu menolong, meminta jururawat membuka alat-alat bantuan dan membersihkan bekas alat bantuan ditubuhnya.

'Ketika saya datang, saya terperanjat, jantung saya seolah-oleh mahu tercabut. Bagaimana tidaknya, disaat saya kehabisan harapan, saya melihat isteri saya kembali pulih.' Kata bapak itu dengan tangisan bercampur bahagia tidak boleh dibendung lagi.

Beliau menangis, memanjatkan kesyukuran ke hadirat Allah yang telah memberikan kesembuhan terhadap istrinya. 'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.' tuturnya.

Artikel dari : En M. Agus Syafii

Popular Posts