Easycash Program Jana Wang Terbaru Di Facebook


Program yang dilancarkan pada 1 Jun 2010 telah menarik ramai IM dunia untuk menjana pendapatan dengan aplikasi difacebook ini.Tidak perlu bersusah payah keluarkan modal untuk daftar kerana ianya PERCUMA!

Bagaimana cara menghasilkan USD di Aplikasi facebook ini?

1.Selepas korang join diaplikasi ini, secara tidak langsung USD1.00 akan dikreditkan ke dalam akaun.Sila lihat di dalam akaun balance korang selepas daftar.

2.Bonus inviting list friend / jemput kawan sebanyak USD 0.05.Sebagai contoh korang mempunyai kawan di facebook 300 orang, dari 300 orang hanya 200 yang join, bermakna korang perolehi USD $ 10.00

3.Korang dapat 10% daripada pendapatan setiap referral atau kawan yang korang jemput.Contoh pengiraan pendapat korang dibawah :

$ 1.00 (10% x $ 10) x 200 kawan = $ 200 (passive income dari kawan yang aktif)

Pembayaran akan di lakukan setiap 2 x dalam sebulan ( 1 hb dan 16 hb )dan bayaran di lakukan minimum USD 5 melalui paypal.Kalau tak ada akaun paypal lagi boleh daftar dekat SINI

Easy Cash is an exciting application where you can make REAL MONEY!

* Take surveys and complete free offers to earn cash.
* Refer friends and earn 10% of what they make.
* Get paid as soon as you reach $5.00 earnings!


Jadi,jangan tunggu lagi.Cepat daftar DISINI.DISINI.DISINI!

Cara promosi mengikut kreativiti korang sendiri.Sama ada melalui blog,laman sosial.email etc.Ajak kawan melalui cara wall di facebook paling senang sekali untuk dapat referral.hehe.

All the best!

10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Didunia


Bahasa adalah salah satu anugerah terindah yang diberikan oleh Tuhan. Boleh bayang tak bagaimana jadinya jika dunia tanpa bahasa?setiap orang tidak akan mengerti apa yang telah diucapkannya.Dianggarkan ada sekitar 6912 bahasa yang dipakai di seluruh dunia. Diantara sekian banyak bahasa tersebut ada 10 bahasa yang banyak digunakan di dunia ini. Berikut adalah 10 bahasa yang banyak digunakan di dunia.

1. Bahasa Mandarin

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang paling banyak dituturkan orang di seluruh dunia. Jumlah penduduk di China/Tiongkok ketika ini dianggarkan hampir mencapai 1,4 billion juta orang. Dari jumlah ini, semuanya diwajibkan bertutur kata rasmi dalam satu bahasa iaitu Bahasa Mandarin.Pemerintah Tionghoa di berbagai penjuru dunia yang setia menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa seharian

2. Bahasa Inggeris


Inilah bahasa paling popular di dunia sekaligus bahasa yang paling banyak digunakan menjadi bahasa rasmi di beberapa negara dan organisasi international. Tercatat ada 53 negara dan 10 organisasi international yang memakai bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Selain itu, hampir semua negara di dunia menerapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selepas bahasa nasionalnya.

3. Bahasa Hindi

Negara ini mempunyai penduduk terbanyak kedua di dunia selepas china.India tidak memiliki bahasa nasional rasmi. Bahasa Hindi yang dituturkan oleh sebahagian besar masyarakat India hanya diakui sebagai bahasa rasmi seharian bersama bahasa Inggeris dan bukan sebagai bahasa nasional.

4. Bahasa Sepanyol

Selepas Portugal menguasai kerajaan maritim di Asia, Afrika dan Amerika pada abad ke 15,Sepanyol yang mendominasi wilayah-wilayah tersebut sejak abad ke 16 dan 17. Akibatnya, banyak kebudayaan Sepanyol yang tercatat kuat di sana.Kini, Bahasa Sepanyol banyak dipakai sebagai bahasa rasmi negara-negara di Amerika Tengah dan Selatan. Selain itu, bahasa Spanyol juga banyak dituturkan di beberapa negara bahagian Amerika Syarikat yang bersempadan dengan Maxico. Bahkan beberapa kosa kata bahasa Inggeris dipinjam dari bahasa Sepanyol seperti tornado, bonanza, patio, quesadilla, Enchilada,taco grande supreme, ddan lain-lain.

5. Bahasa Arab

Bahasa Arab adalah salah satu bahasa tertua di dunia dan merupakan bahasa yang digunakan dalam Al Qur’an. Bahasa Arab banyak meminjamkan kosa katanya dari bahasa di Eropah utamanya bahasa Sepanyol, Portugis dan Sisilia. Bahasa Arab, seperti juga bahasa Ibrani dan Persia memakai sistem penulisan aksara dari kanan ke kiri. Sejak tahun 1974, bahasa Arab digunakan sebagai salah satu bahasa rasmi di PBB.

6. Bahasa Rusia

Mikhail Gorbachev, Vladimir Putin, Roman Abramovich, Anna Kournikova, dan si cantik Maria Sharapova adalah para penutur bahasa Rusia yang kita sudah kenal. Namun, selain mereka tentu saja ada 270-an juta orang lainnya yang menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi.

7. Bahasa Melayu (Termasuk Bahasa Indonesia)


Bahasa Indonesia yang termasuk dalam rumpun bahasa Melayu ternyata berada pada tangga ke 7 dengan jumlah penutur sekitar 259 juta orang. Hitungan kasar ini didapatkan dari perkiraan jumlah penduduk Indonesia tahun 2009 yang mencapai 230 juta orang ditambah penduduk Malaysia 28 juta, penduduk Brunei 388 ribu serta sebagian kecil penduduk Thailand, Singapura dan Timor Timur. Jumlah ini mungkin boleh bertambah kerana sejak tahun 2007 Bahasa Indonesia telah ditetapkan sebagai bahasa rasmi kedua di Vietnam.

Fakta menarik tentang bahasa Indonesia:


1)Bahasa Indonesia menduduki peringkat 3 di Asia dan peringkat ke 26 di dunia dalam hal Tata bahasa terumit di dunia.
2)Bahasa Indonesia juga mendunia di dunia maya, buktinya wikipedia berbahasa Indonesia telah menduduki peringkat 26 dari 250 wikipedia berbahasa asing di dunia dan peringkat 3 di asia setelah bahasa Jepun dan Mandarin, selain itu bahasa Indonesia menjadi bahasa ke 3 yang paling banyak digunakan dalam postingan blog di wordpress.

8. Bahasa Portugis

Portugal memang hanyalah sebuah negara yang kecil dan boleh dikatakan salah satu negara miskin di Eropah. Namun pada abad ke 15, Portugal merupakan bangsa yang besar kerana mereka lah yang pertama sekali melakukan penjelajahan maritim ke berbagai penjuru dunia.

Berkat jasa para penjelajah seperti Vasco da Gama, Henry the Navigator, Afonso de Albuquerque dan Pedro Álvares Cabral, Portugal menguasai wilayah-wilayah penting di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dan kemudian menanam pengaruh kebudayaannya di sana.

9. Bahasa Banggali

Bangladesh adalah sebuah negara dengan wilayah geografik yang kecil, tapi jumlah penduduknya mencapai 162 juta orang. Bahasa rasmi Bangladesh adalah Bahasa Banggali. Disebabkan wilayah Bangladesh hampir seluruhnya berbatasan dengan India maka jumlah penutur bahasa Benggali meluas hingga ke beberapa wilayah India.

10. Bahasa Perancis

Bahasa yang sering disebut sebagai bahasa paling romantik di dunia ini selain digunakan di Perancis juga menjadi bahasa rasmi di beberapa negara yang pernah dijajahnya. Bahasa Perancis juga adalah salah satu bahasa rasmi dekat Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selain bahasa Inggeris, Mandarin, Rusia, Sepanyol dan Arab.

Gambaran 6 Neraka Mengikut Agama Tertentu

Disini aku akan berkongsi info bagaimana gambaran neraka berdasarkan 6 agama yang berbeza.Jom sama-sama baca..

1. Agama Islam

Ditulis di dalam Al - Qur 'an bahawa manusia setelah melalui alam kubur akan dibangkitkan semula iaitu alam akhirat. Dimana semua manusia yang telah mati dikumpulkan. Satu persatu dari manusia akan melalui jambatan yang disebut Jambatan Sirathal Mustaqim.

Lebar jambatan yang akan dilalui setiap manusia berbeza,bergantung dosa atau pahala kah yang banyak dia lakukan. Jika jatuh dari jambatan itu manusia akan terjun bebas ke bawah dan di bawah sudah menanti neraka yang siap menampung manusia berdosa dan yang paling banyak dosanya akan masuk ke neraka yang paling bawah iaitu Neraka Jahannam.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan- Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” — At-Tahrim [66]:6

2. Agama Kristian

Dimana manusia di neraka menurut agama Kristian akan dibakar oleh api untuk selama - lamanya dan tidak akan pernah ada penghujungnya. Tubuh manusia itu akan meleleh, bernanah dan akan menyebabkan rasa sakit yang tidak terhingga.Tubuh akan utuh kembali dan terbakar lagi. Semua akan terus berulang - ulang selamanya. Itulah hukuman bagi orang yang berdosa

3. Agama Jain

Ini adalah agama asli orang India.Menurut agama ini terdapat 8juta jenis neraka. Jadi,bermula dari penyiksaan manusia dengan api, ada juga yang direbus hidup-hidup atau didiamkan saja. Mungkin seluruh penyiksaan di neraka menurut agama-agama lain ada di neraka menurut Agama Jain.

4. Agama Budha

Menurut agama ini terdapat 15 jenis neraka, 7 diantaranya adalah neraka api. Dimana di dalam neraka ini manusia diikat dan diseksa dengan cara dipotong lehernya, ditusuk dan disayat - sayat tubuhnya oleh setan-setan disana.

5. Agama Taoisme

Dalam agama ini neraka sebenarnya ada di dalam kuil itu sendiri, tapi di sana ada iblis-iblis yang siap menerkam manusia berdosa dengan senjata tajam. Dan tubuh manusia dibelah berkeping-keping.Didalam kuil terdapat dunia yang berbeza.

6. Agama Judaisme

Ini adalah agama orang Yahudi Ortodox, yang mana mereka percaya di dalam neraka manusia akan direbus hidup-hidup dan disiat tubuhnya

Jadi, kita sebagai manusia yang beriman sepatutnya menjalankan amalan baik dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh agama kita masing- masing.Diharapkan info yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua

Proses Pembentukan Manusia Dalam Rahim Ibu

Berikut adalah beberapa koleksi gambar proses pembentukan manusia yang diambil oleh Lennart Nilsson. Dia terkenal dengan gambar-gambar embrio manusia dan subjek2 kedoktoran lainnya yang dulu dianggap tidak boleh dirakamkan dengan jelas.

Dia menggunakan sebuah endoskop untuk mengambil gambar2 menakjubkan ini.Dalam koleksi ganbar ini,kita boleh melihat sendiri dengan jelas bagaiman proses kejadian manusia itu.Inilah bukti kekuasaan ALLAH S.W.T!

Gambar dibawah adalah benar.Bukan di edit yer?sama2 kita lihat























Inilah alat yang digunakan iaitu menggunakan endoskop.Bentuknya seperti ini

Salleh Gregor Samsa Bikin Panas!



Ni lagi sekoq setan di bulan puasa yang saja nak bagi panas cerita.Act,rasanya kontroversi pasal budak bernama Salleh Gregor Samsa mungkin korang dah tahu kot kalau selalu lepak blog.Aku saja nak sharing dekat blog ni plak.

*klik dekat gambar untuk saiz besar*



Updated :


Kali ni minah ni plak hina bulan puasa.Siot ja!

P/s : Moga Allah berikan hidayah buat mereka yang terlibat!

Perempuan Materialistik Gila Duit

Inilah yang dinamakan perempuan Materialisitik!Gila duit!Disebabkan lelaki kaya,sanggup hina TUNANG yang jual BURGER.yang naik MOTOR!yang tak HENSEM!

Korang layn dan komen je la apa yang patut.Dunia akhir zaman dah ni.huhuu




P/s : makan sahur jappp

Dapatkan RM1000 Dengan Contest ChurpChurp

Sejak akhir-akhir ini,banyak betul aku dapat 'tag' buat duit hanya login facebook.Mula-mula tu aku ingat memang betul la.Siasat punya siasat,Hampeh je.Buang masa aku ja.Semuanya basic kepada MLM!mengarut betul.Dahla aku paling tak suka MLM punya program.Yang kaya org atas dan yang kayap orang bawah.huhu

Entry lepas,aku penah kongsikan apa itu Churchurp dan macam mana kita boleh menjana pendapatan dengannya.Korang boleh tengok DISINI

Ok,malam ini aku nak share sikit contest yang churpchurp anjurkan.Hadiah menarik menanti korang.Apa hadiahnya tu ek?

One (1) Grand Prize winner of RM 1, 000 instant credit
One (1) Second Prize winner of RM 5 00 instant credit
Ten (10) Consolations Prize winners of RM 100 instant credit each
20 Lucky New Churpers will get RM 25 instant credit each


Contest ini berjalan dari August 3 – September 2, 2010 dan terbuka kepada 'chuppers' dari malaysia sahaja

Jadi,apa tunggu lagi.Meh ramai-ramai join Churchurp.KLIK DISINI UNTUK DAFTAR DENGAN CHURPCHURP.Paling penting dekat form pendaftaran dibahagian Referral Contest (Optional) - Malaysia only, korang masukkan nama lunaih

:)

(Panas) Video Budak Sekolah Meraba Dalam Kelas

Video dibawah ni aku dapat dekat facebook.Rasanya video ni baru lagi kot.Budak-budak ni pun aku tak kenal sapa.Yang betulnya diorang ni budak sekolah yang baru nak matang.

Tak mau komen banyak.Korang layan je la video ni.Under 18 tahun tidak digalakkan tengok.Terima kasih




P/s : Nak salahkan siapa dalam video ini?mak bapak diorang?Nenek diorang?Atok diorang?Sama2 fikirkanlah

Musibah Bazaar Ramadhan Amaran Dari Allah

Bagi mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah SWT

Apa tidaknya anda bayangkan seawal tengahari (dari pengalaman penulis memerhati) kelmarin bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru pulang dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai pekerja(baca-mungkin peniaga) sudah mula sibuk memacak khemah dan mengatur barang jajaan. Laju benar mereka menyudahkan solat, apakah mereka hanya hadir ke masjid sekadar mendengar khutbahnya sahaja?










Jika pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu. Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka disini penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan dengan perniagaan itu TIDAK bersolat.

Baik, teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat,apakah kita kira mereka itu bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai tidak memperdulikan soal aurat.

Malah dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil masa dan perhatikan.

Maka tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan oleh pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 - 6 buah diletakkan, tetapi tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau(kontena yang diubahsuai boleh digunakan apa?) itu tidak penting agaknya.




P/s : Penulis yang dimaksudkan dalam artikel diatas bukannya aku.Tetapi sahabat dari email yang menghantar artikel ini untuk dikongsi.Aku memang sokong 100% artikel dari penulis tersebut.Sama-sama kita ambil iktibar

Kisah Pelacur Bertarawih & Anak Pekerja Seks

Artikel ini aku dapat melalui email yang dikongsikan oleh seorang sahabat yang bernama syahrilkadir.Mari sama2 kita ambil iktibar dari kisah tersebut

Betul, malam tadi aku dan tiga orang sahabat iaitu Jamali, Mie dan Sharul ke Lorong Hj.Taib, tempat yang terkenal di Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan seks wanita dan pondan ‘kasta rendah’

hina dan kutuklah kami semahunya, percayalah ia tidak akan menjadi kudis buat kami berempat.tujuan kami ke sana cuma satu, untuk bertemu wanita pekerja seks dan anak-anak mereka.kami bukannya pergi atas tiket kerja atau NGO, kami bukan ahli politik dan kami bukannya siapa-siapa

Segalanya bermula ketika kami berempat sedang berehat setelah selesai berbuka puasa tiba-tiba kami terfikir untuk membuat sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan, bukan banyak pun, kebetulan masing-masing pun tengah sengkek



lalu aku teringatkan Kak Fidah, pengasas rumah kebajikan Sinar Salam yang menempatkan wanita penagih dadah dan pekerja seks di Lorong Hj. Taib

"Kalau adik nak datang, baguslah…akak pun suka, sekurang-kurangnya masih ada orang yang sudi nak jenguk kami kat sini,” kata Kak Fida

namun ketika kami sampai, tak ramai ‘penghuni’ di situ, rupa-rupanya ada di antara pelacur yang mendapatkan perlindungan di sini pergi menunaikan selawat tarawih bersama anak-anak mereka

aku terus jadi sebak, dalam hati aku berkata, walaupun mereka ini pelacur, namun mereka masih ada kesedaran untuk memohon hidayah dari Allah SWT, alhamdulilah…

tapi yang membuatkan aku bertambah sedih apabila melihat wajah anak-anak pekerja seks ini

wajah mereka putih dan bersih walaupun ibu mereka bergelumang dengan noda dan dosa.sahabat aku Jamali (Wesport), Sharul (Bank Negara) dan Mie (Offshore) dengan anak-anak pekerja seks

terus terang, katalah apa saja, tapi aku cukup kagum dengan para pelacur ini, sekurang-kurangnya mereka masih mahu membesarkan anak mereka seperti orang lain

ini berbeza dengan ramai insan di luar sana yang lebih sanggup membuang bayi mereka ke dalam tong sampah atau membiarkan ia dimamah anjing, semata-mata untuk menutup aib!

tapi yang paling memilukan apabila aku mendukung baby bernama Siti Aishah, anak salah seorang pekerja seks di sini.

aku dan adik Siti Aishah yang menghidap penyakit Hydrocephalus (kepala besar)

Siti Aishah menghidap hydrocephalus atau masalah kepala membesar

Siti Aishah hanya mampu menangis dan berbaring kerana tidak mampu menggerakkan kepalanya yang semakin hari semakin membesar itu

walaupun dana rumah Sinar Salam terhad, namun Kak Fidah masih berusaha bersungguh-sungguh agar Siti Aishah mendapat rawatan yang sebaik mungkin daripada hospital

” Kalau ikutkan dik, manalah nak ada duit nak tanggung semua ni, tapi akak akan usaha juga, kalau bukan kita orang Islam nak bela mereka, siapa lagi, mengutuk dan mengeji tak akan menyelesaikan masalah, adakah kita semua sanggup melihat Siti Aishah menderita macam tu saja,” kata Kak Fidah dengan mata yang berkaca

lebih kurang sejam di rumah itu, kami pun meminta izin untuk beredar, kebetulan Kak Fidah merancang untuk memberi sedekah berbentuk makanan kepada para pelacur yang ‘mencari makan’ di Petaling Street

justeru dalam ruang yang kecil ini, aku memohon agar bersamalah kita membantu Kak Fidah membela nasib para pekerja seks dan anak mereka yang tidak berdosa ini

membela di sini bukan bermaksud memanjakan atau menggalakkan mereka melacur, tetapi untuk membantu atas dasar kemanusiaan serta dalam masa yang sama memberikan mereka ‘jalan keluar’ dari neraka dunia ini

ingat, tiada siapa yang nak jadi pelacur tetapi keadaan memaksa mereka untuk berbuat begitu..namun ini bukan bermakna kita tidak boleh membantu mereka keluar dari masalah tersebut

mudah-mudahan, dengan niat yang baik jujur dan ikhlas, kita dapat membantu Kak Fidah dan seterusnya mengeluarkan wanita-wanita ini daripada terus melakukan kerja yang terkutuk dan dilaknat itu

kita mungkin boleh menjatuhkan hukuman, tetapi kalau yang jadi pelacur itu ditakdirkan adik atau ahli keluarga kita sendiri bagaimana?

kalau bukan kita, siapa? kalau bukan sekarang, bila?

Fakta Menarik Menara Jam Terbesar di Makkah

Macam-macam andaian dari umum mengenai Menara jam terbesar yang dibina di Makkah.Mereka mengatakan itulah tanda-tanda kiamat sudah hampir dekat.

Mengikut info yang aku dapat,Imam Masjidil Haram menangis apabila menara itu hendak dibina.Mungkin kerana ada kalangan umat islam yang pergi ke Makkah bukan hendak melihat kaabah dan beribadat, tapi melihat menara berkenaan.






Jam terbesar di dunia ini akan mula berdetik di menara pencakar langit Makkah dan Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing.

Fakta Menarik Menara Jam Terbesar Makkah :


1) Menjadi sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich dan juga dibina dibangunan kedua tertinggi di dunia.

2) Mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) digunakan semenjak 126 tahun kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia menurut ulama dan cendikiawan Islam.

3) Bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

4) Bakal menenggelamkan Big Ben di London yang pernah menjadi menara jam empat muka terbesar dunia.

5) Jarumnya dikatakan lima kali lebih besar dan ditulis dengan kalimah ALLAH di atasnya akan diterangi dua juta cahaya LED.

6) Lebih besar berbanding jam Cevahir Mall di Istanbul yang mempunyai ukuran muka 36 meter pada bumbung telus cahaya.

7) Dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan masukkanya waktu solat fardu.

8) Direka oleh jurutera Jerman dan Swiss membabitkan kos bernilai $800 juta (RM2.56 bilion)

Majlis Berbuka Puasa Bersama Nuffnang


Kepada semua Nuffnangers,jangan ketinggalan untuk berbuka puasa bersama Nuffnang pada hari Rabu khamis 12 Ogos 2010 di di The Apartment, KLCC.

Disamping berbuka puasa,korang boleh la kenal antara satu sama lain sesama blogger cina,india dan melayu.

Tujuan sesi berbuka puasa ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim di antara para blogger beragama Islam dan kakitangan Nuffnang yang berada di sebalik tabir perkhidmatan menjual ruang-ruang iklan di blog anda. Selain itu, para blogger juga boleh mengambil kesempatan ini untuk bertemu dan bergaul di antara satu sama lain terutamanya bagi mereka yang tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi telah lama membaca blog sesama diri.


Disamping mengenali antara satu sama lain,Nuffnang ada menyediakan juadah bebuka yang cukup istimewa.Rugi sape tak pergi.Aku tak pasti la korang masih berpeluang tau x untuk pergi ke sana.Apa-apa pun,just email kepada berbukapuasa@nuffnang.com dengan nama penuh dan URL blog Korang.

P/s : Selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Umat Islam Di Seluruh Malaysia.Jangan curi2 makan plak disiang hari.hehe

Nur Fathia & Kontoversi Panas

Sebelum aku bagitau kontroversi pasal Nur Fathia,korang layan dulu gambar pelakon yang tengah meningkat naik ini.Anak mami mari..









"Korang perasan x nur fathia ni blakon byk scene poluk2, raba2 lar....byk kali dah aku tgok, aku mula suka dia bila dia blakon drama nur kasih tu, jd kwn nur amina tu, muka baik, lembut je kn..ms tu ingatkan dia ni btul2 bertudung, skali kuar majalah lps tu bleh tahan gak seksi nye...n lepas tu dia blakon citer musang bjanggut ngn fizo omar tu pon byk gak scene peluk2...skrg ni laila asyikin lak, pon sama, pluk fahrin n sape nama lelaki yg jd suami dia tu?? u oll x perasan ke?? pelik plak aku rs....org lain blakon xde lah byk scene plok2 pulak aku rs??"

Dekat atas ni kontroversi panas yang aku petik di salah satu forum.Nak komen apa?entah la.Aku tak suka sangat komen lebih2.Sebab aku pun bukannya bagus sangat.

Apa yang boleh aku katakan,memang best drama Laila Asyikin.Lakonan dia pun mmg berkesan.Memang menjadi la dia bawa watak Laila.Tapi sudah tamat doh. :(

Popular Posts