Gadis Kelantan Kilang Jelitawan

Menarik artikel dalam paper Metro hari ni bertajuk "Pasir Mas kilang jelitawan".AKu semangat nak baca artikel ni bukan apa,sbb rata-rata awek kelantan memang cun2 belaka.

Ingat lagi masa aku travel p kelantan 7 tahun lepas,boleh dikatakan 70% awek kelantan yang aku tengok memang cun sangat.Kulit depa ni mmg putih gebu.serius mcam nak buat bini.hehehe

Haa,gambar dekat sebelah ni awek kelantan.Aku sedut dalam fb dia ( Jangan marah yer wanie) i pinjam pic u jap ;)

Ok,kalau korang malas sangat nak buka web Metro,aku dah copy paste artikel tu dkat blog ni,Teruskan membaca

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya
sebagai‘kilang gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel‘lote’serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap 'putera’.

ni kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

"Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

"Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

P/s : Kalau tak dapat kawen ngn awek kelantan pn xpa la,yg penting muka macam awek kelantan sudah.hihihi

Haleeda Kahwin Di Siam

Dalam Akhbar METRO hari ni,panas cerita pelakon Haleeda Kahwin Di Siam.Haleeda yang sebelum ni pernah menimbulkan kontroversi dimana dia diserang di set lokasi pengambaran drama dikatakan menjadi orang ketiga dalam keretakan rumah tangga Shah.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon wanita yang juga bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal di zaman 90-an dulu, dikesan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu.

Menurut sumber pengakuan pasangan terbabit yang mereka sudah bernikah di negara jiran diperoleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), selepas seorang pengadu membuat laporan kepada Jais, sering melihat pelakon lelaki terbabit ke rumah dramatis itu pada waktu malam dan hanya keluar pada awal pagi.

Difahamkan wanita itu dihubungi Jais Khamis lalu untuk tujuan siasatan namun dia menafikan perkara itu.

Sumber itu berkata, berikutan penafian itu pihak jabatan agama sudah bersiap sedia untuk menyerbu rumah pelakon wanita berusia 38 tahun itu berdasarkan aduan daripada pengadu, tetapi pada petang hari yang sama pelakon lelaki berusia 40-an itu datang ke pejabat agama bagi membuat pengakuan serta menunjukkan sijil nikah mereka.

“Berdasarkan pengakuan lelaki terbabit pihak berkuasa tidak jadi untuk menyerbu rumah dramatis yang terletak di Taman Keramat, dekat sini kerana pasangan berkenaan mengaku sudah bernikah.

“Cuma yang menjadi kesalahan mereka bernikah di luar kariah masjid tempat mereka bermastautin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk,” katanya di sini, semalam.

Artikel penuh klik DISINI

Bukti Bayaran Dari Gumgum.com


Dalam entry yang lepas aku ada buat review sikit pasal gumgum.com . Kalau terlepas entry tu boleh tengok dekat SINI

Hari ni aku nak kongsikan dengan korang bukti bayaran yang aku dah dapat dari mereka.Payment tu telah pun masuk ke dalam akaun paypal aku kelmarin.

"tuan empunya blog nak tanya payment dah dapat ke belum? sah website nieh tak bayar lagi tulis aje amount kat user profile aku dah kena banyak kali dah tulis sampai beratus, berpuluh tapi tak bayar"

Dekat atas tu komen reader blog ni dalam entry lepas pasai Gumgum.Mungkin dia fikir Gumgum ni nak tipu orang dengan tidak membayar ahlinya.So,aku akan buktikan dengan korang GUMGUM.com bukan scam dan mereka betul2 jujur membayar ahli yang mendaftar.




Bukti dah ada so tiada lagi tanda tanya gumgum membayar ahli atau tidak.Yang paling penting kalau nak berjaya buat duit dengan Gumgum pastikan blog/website korang berkaitan dengan GAMBAR dan juga pastikan pelawat itu ramai dari EROPAH.

P/s : Terasa letih lepas main futsal.6 bulan kot tak main.huhuh..zzzzzzzzz

Perhatian Facebook Tidak Akan Ditutup!


Bengang betul kepala aku dapat private message dari kawan2 dekat fb yg pecaya sangat facebook akan ditutup pada bulan March 2011 nanti.Kalau yer pun nak pecaya bulat2,kaji la dulu beb bukan main forward jek.Kan dah semak inbox aku derr!

Ni artikel palsu dari weeklyworldnews yang mengatakan facebook akan ditutup.memang betul2 Scam website tu!

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

Mudah betul 1 dunia kena tipu dengan berita palsu tu.Mark tak penah pun keluarkan statment Facebook akan ditutup.

Tak pecaya? Tengok je dekat SINI

P/s : Kalau fb tutup,mesti dah tak ada kan LOGIN FACEBOOK DAPAT DUIT!!hahaha!!

Download Filem Ngangkung


Haaa..kepada korang yang tak tengok lagi filem paling mahal pada tahun lepas,boleh sedut dekat blog aku ni ha..sharing is caring ;)

Sinopsis Filem Ngangkung

‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.

Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.

Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli.

Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka?



DOWNLOAD LINK :

PART 1
PART 2
PART3
PART 4

Thank to : Karl@jiwang.org

Model Terbaru Perodua Bezza



Bukan Proton je akan keluarkan kereta baru,nah Perodua pun dah nak keluarkan model terbaru mereka iaitu Perodua Bezza.Aku suka design kereta ni.Agak2 berapa yer harga dia?hmmm



Artikel dari Berita Harian :

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) semalam memperkenalkan model prototaip, Bezza yang menggunakan enjin hijau yang sedang dibangunkan bagi kegunaan kenderaan keluarannya pada masa akan datang.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata reka bentuk Bezza dibangunkan sepenuhnya kakitangan PERODUA, manakala enjin hijau dimajukan di bawah Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau syarikat itu dengan kerjasama Daihatsu Motor Corporation, Jepun.

Beliau berkata, Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau PERODUA itu masih pada fasa pertama, bermatlamat menghasilkan enjin yang menggunakan Sistem Bahan Api Cecair Bebas Logam Berharga (PMLFC) iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Sistem PMLFC tidak menggunakan petrol atau diesel sebagai bahan bakar, sebaliknya bahan api alternatif yang tidak mengandungi logam berharga, sekali gus menjadikannya lebih mesra alam dan menjimatkan.

PERODUA berpendapat kos menghasilkan kenderaan elektrik atau hibrid sangat tinggi dan harganya juga mahal.

Kami membangunkan kaedah lain untuk menghasilkan kenderaan mesra alam bagi memastikan PERODUA turut menyumbang kepada teknologi mesra alam, katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan prototaip itu pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Aminar Rashid berkata, sejajar Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau itu, PERODUA akan memohon kerajaan menimbangkan insentif kepada syarikat automotif yang berupaya menghasilkan kenderaan mesra alam selain kenderaan elektrik atau hibrid.
Beliau berkata, insentif itu bukan saja menggalakkan lebih banyak syarikat automotif berusaha menghasilkan kenderaan mesra alam, tetapi dapat menarik pengeluar kereta kompak seperti PERODUA untuk turut sama membangunkan kenderaan sedemikian.

Pengeluar kenderaan kompak seperti PERODUA tidak menumpukan pembangunan kenderaan elektrik atau hibrid kerana kenderaan kami sememangnya menjimatkan dari segi penggunaan bahan api. Kami juga percaya masih ada ruang meningkatkan tahap kecekapan enjin pembakaran dalaman kami, katanya.

Durian belanda Anti Kanser

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pokok Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin,dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pokok Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pokoknya yang rendah di Brazil dinamakan 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini.

Hasil penyelidikan membuktikan :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, antaranya kanser Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pokok “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawapannya adalah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh mereka yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pokok Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pokok ini seperti kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan penyakit sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan

Tetapi,kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang boleh mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mula lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan dan Graviola terbukti sebagai pokok pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute memulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebohkan

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memulihkan, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahawa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Tips Membantu Pasangan Untuk Hamil

Adakah anda sedang berusaha untuk mendapatkan cahayamata? Anda mungkin pernah mendengar perbagai andaian mengenai perkara ini. Ada yang menyarankan kedudukan yang betul ketika perhubungan badan. Ada juga minta wanita mengatur jadual mengikut kedatangan haid dan pelbagai lagi cara yang di anjurkan bagi meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Terutama kepada pasangan yang sudah agak lama berumahtangga tapi belum mendapatkan cahaya mata.

Tetapi adakah apa yang dianjurkan itu semua betul dan tepat? Sebelum mencuba segala petua yang anda dengar itu, sebaik-baiknya, ketahui dahulu bagaimana proses kehamilan itu terjadi.

Beberapa Tip untuk Hamil :

Pilih Waktu Terbaik
Perkara terpenting adalah mengetahui waktu paling baik untuk terjadinya pembuahan bagi seorang wanita. Waktu terbaik adalah ketika masa subur atau waktu ovulasi.

Anda boleh mengetahui waktu subur ini melalui kelendar kedatangan haid anda. Atau boleh ke klinik wanita untuk meminta saranan mengenai perkiraan waktu subur anda.

Yang Perlu diberi perhatian adalah telur yang matang hanya hidup 24 jam sementara sperma hidup 48-72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu melakukan hubungan seksual sebelum waktu ovulasi atau pembuahan lebih baik bagi meningkatkan kehamilan daripada sehari atau dua hari selepas waktu pembuahan.

Kedudukan hubungan seksual
Kedudukan atau posisi seks yang dianjurkan untuk meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan adalah lelaki di atas dan wanita di bawah.

Frekunsi Hubungan Seksual
Frekunsi atau beberapa kerap mahu melakukan hubungan seksual bergantung kepada pasangan itu sendiri. Tiada ada angka khusus yang boleh memastikan beberapa kali seseorang itu harus berhubungan seks bagi mendapatkan kehamilan. Ada wanita yang hamil hanya dengan sekali hubungan sahaja dan ada juga yang memerlukan masa lebih lama baru berjaya hamil. Yang terpenting berapa kerap anda melakukan hubungan seksual pada waktu yang tepat?

Nikmati proses hubungan seksual anda
Kajian menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme (kemuncak), vagina akan membentuk suasana alkaline. Keadaan ini amat di sukai sperma daripada keadaan normal vagina yang berbentuk asam (asid). Jika anda mencapai orgasme pada masa yang bersamaan atau sesaat selepas pasangan anda ejakulasi, maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik lebih meningkat.

Jangan Banyak Bergerak?
Tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa setelah berhubungan seks, wanita yang ingin hamil, tidak boleh bergerak yakni harus tetap di tempat tidur dengan kaki atau punggung dalam kedudukan lebih tinggi. Ini kerana sebenarnya sperma sudah pun berada di dalam servik sebaik sahaja lelaki ejakulasi.

Tidak ada pakar yang tetap menganjurkan agar memberi ruang waktu sebentar untuk sperma berenang ke servik dan menyangga punggung dengan sebiji bantal sepanjang tempoh perhubungan seks.

Yang terpenting juga sewaktu anda membersihkan vagina selepas perhubungan seks, elakkan daripada menggunakan cairan pembersih vagina, kerana cairan pembersih vagina bersifat toksid kepada sperma.

Informasi pada suami
Para suami sebaik-baiknya mengelakkan daripada memakai seluar yang terlalu ketat atau mandi air panas. Perkara ini akan menurunkan kemungkinan kehamilan disebabkan proses penekanan atau panas di daerah testis (pembentuk sperma).

Jaga Kesihatan Anda
Menjaga kesihatan adalah perkara yang penting. Pastikan tubuh anda cukup khasiat dan zat. Ingat bahawa wanita yang sihat akan mudah hamil daripada wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau berkurangan.

Tips-tips yang diberikan ini boleh membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Ingatlah kebanyakan sperma ketika masuk ke saluran dan telur yang matang serta sedia untuk dibuahi. Hanya 30% sahaja yang mempunyai hasil ujian kehamilan positif. Selebihnya 70% lagi walaupun melakukan semua saranan yang diberikan dengan betul, tapi masih belum tentu akan berjaya. Ada pasangan perlu menunggu lebih lama dan mencuba berkali-kali. Sekiranya anda sudah melakukan segalanya selama satu tahun tetapi masih belum hamil, sebaik-baiknya dapatkan nasihat dari pakar dengan segera.

thank to : drewberry

Sinopsis Filem Kongsi

Kepada peminat filem Malaysia dan juga peminat Shaheizy Sam Samad,pastikan jangan terlepas untuk menonton filem KONGSI ( Lu Langsi Lu Mati!) yang akan menggegarkan pawangan pada bulan April 2011.

Sinopsis Filem KONGSI :

Filem aksi komedi dengan tagline 'Lu Langsi Lu Mati' mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.

Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.

ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.Apakah kesudahan filem kongsi ini?sama-sama kita nantikan pada bulan April 2011

Pelakon :

Shaheizy Sam - Tumulak
Norliana Samsudin - Detektif Maya
Fizo Omar - ASP Shariff
Azad Jazmin - Mikail
Putri Mardiana - Yati
Fida - Maria
Zul Handy Black - Kimpedu
Shafie Jaafar - Tok Malik
Pooniah - Victor
Chew Kin Wah - Jimmy



P/s : Serius aku nak tengok filem ni kat wayang.Tengok trailer dia pun best derr..sapa nak teman aku ek?hehe

Faizal Yusop Meninggal Dunia



Terkejut dengar berita kematian pelakon Adamaya,Faizal Yusop dekat forum carigold tadi.Baru je lepas layan gelagat lucu dia dalam cita Adamaya tak sangka plak dia dah meninggal siang tadi :(

Arwah yang juga bekas suami Siti Nordiana,telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.


Arwah Faizal akan dikebumikan pada jam 10 pagi esok (2 Januari).

Moga semuanya berjalan dengan baik.Al-Fatihah buat arwah dan sekeluarga

untuk lebih info klik DISINI


Important Ideas for Excellent Design Wordpress Themes

Wordpress commenced in 2003. It uses MySQL and PHP to help users produce their private publishing system with GPLv2 licenses. Right now, Wordpress is termed the biggest blogging technique online. It is used on numerous websites and a great deal of folks sees it day-to-day. With that said, utilizing Wordpress will unquestionably enhance your website or personal blog's chance to acquire visitors. There are lots of theme options that may help you design your website should you be now thinking about the application of Wordpress.

A Wordpress theme is a gaggle of files you will want to select as an approach to increase the looks and performance of your respective web page. They attribute different layouts of headers, footers, visuals, as well as the logos along with the site's general layout. Designing your website logo it’s important to do, you can create a professional logo by yourself or you can search free or paid logo design on internet. The best thing I know about design logo or even professional photography is depositphotos.com. That website provides high quality photos and many logos of professional design.



Internet Speed Websites From Depositphotos.com

Maybe you might even choose a number involving simple wordpress themes manufactured by numerous developers and in addition code monkeys today. You'll find, in fact, countless of Wordpress themes or templates available but not each of them is of good quality and searching to get the best ones can be challenging. And even if you hunt for great ones, you must buy wordpress themes which have been suitable for your internet site. Those are capable to be beneficial and make your blog a lot attractive pertaining to visitors.

Web owners understand that will buying clean wordpress themes costs a lot of cash and though some ones include various plug-ins along with features, the prices are not cheap. However, newbie bloggers or organization web owners can still search and look for the perfect theme that won't cost them some enormous cash. Here are some tips that one could utilize to locate the top theme for your site.

The first thing you must do is to identify your preferences and select what to concentrate so that you can help you find your theme that fits anyone best. Do not forget that this design of Wordpress themes consist of business, personal, blogging and a lot of other things. Finding out the needs you have will surely make you seek out the theme that is fantastic for your website.Put your logo design to your theme and also put all high quality imagesto your content. This step will increase your search ranking of your website.



Wallpaper and brush sticking From Depositphotos.com

The presentation is in addition an excellent consideration when you find yourself thinking to buy wordpress themes or templates. You must opt on an appealing theme so you'll have lot of people visiting your blog. Your theme should not be a close look sore; rather it has to have simple and clean collections. When you apply these types of themes, you can present your contents with a manner that your guests can read well.

The popular features of the wordpress themes portfolio are an advantage. The features of these themes include the most essential thing you must think about such as their qualification, color schemes, fonts plus customizability. Remember the idea that the theme you apply can decide should your web page can continue to be long or not. When the themes you choose are able to pick up visitors' attention, then you'll be able to guarantee that your website is going to be visited by lots involving users.

Searching for a trusted website that delivers high-end wordpress themes and also trusted website that delivers quality photos or images and even logos such as Depositphotos.com essential so that you can make your site operate effectively and gain popularity inside online industry.Take note that you can adhere to the measures given so as that you can contact buy wordpress themes or templates appropriately. There are zero questions about our yearnings of attaining fast benefits, but as an approach to make it happen properly, patience must be applied also.

All Images on this article from Depositphotos.com

Popular Posts