Cerita Artis 2009

Tahun 2009 bakal berlabuh hanya beberapa minit saja lagi dan tahun 2010 bakal menjelma.Cuba kita ingat balik sepanjang 2009,apakah cerita terhangat artis yang paling mendapat liputan hangat di seluruh Malaysia ataupun dunia?

Jom sama-sama kita baca cerita terhangat artis 2009 dan kontroversi yang mana satukah paling mendapat "hit" tertinggi sepanjang tahun.Check it out!




10)Cerita Syarifah Aini dan S.Atan

Kisah Datuk Syarifah Aini dan S.Atan mendapat liputan luas media tempatan dan juga luar negara.

S.Atan mendakwa dia difitnah Syarifah Aini berhubung kenyataan yang dikeluarkan Syarifah aini mengenai dia menipu penyanyi itu sebanyak RM83,000 yang sepatutnya digunakan untuk menerbitkan album.


9)Cerita Akhil Hayy dan Maizawati

Cerita kisah penceramah bebas dan bekas penyanyi rock,Akhil Hayy bercerai dengan isterinya Maizawati selepas 14 tahun berkahwin.Dikatakan punca mereka bercerai disebabkan Waheeda.

Cerita mereka menjadi lebih hangat selepas Akhil Hayy mengahwini Waheeda dan sekali gus menutup segala spekulasi masyarakat terhadap mereka


8)Cerita Radhi OAG dan Shazlin

Syazlin yang bercerai dengan Radhi dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain menjadi perbualan hangat diseluruh Malaysia.Kontroversi hubungan mereka menjadi lebih panas apabila Radhi bertikam lidah dengan isterinya di luar Mahkamah.

Video rakaman pergaduhan mereka turut dirakam didalam Melodi


7)Cerita Farawahida dan Zulfekar

Saling salah menyalahi antara satu sama lain sehingga membawa ke mahkamah.Itulah soretan cerita celebriti ini pada tahun 2009.Farawahida didakwa Julfekar melanggar kontrak dengan syarikat Millenium Art Sdn. Bhd kerana tidak mahu lagi menjadi artis dibawah rakaman Zulfekar.

Cerita mereka menjadi lebih panas selepas Farah menolak cinta Zulfekar dan dia mendakwa Julfekar menyebarkan rakaman seks mereka berdua.


6)Cerita Remy Ishak dan Ummi

Mereka berdua dikenali melalui drama yang paling mendapat sambutan hangat dari penonton iaitu Nur Kasih.Selepas berakhirnya drama itu,Malaysia dikejutkan dengan kes dimana Remy Ishak dibelasah 7 lelaki di Istana Budaya.

Khabar angin ada mengatakan punca Remy dipukul adalah disebabkan putusnya hubungan cintanya dengan Ummi.Tidak lama selepas kes Remy dipukul,terpampang jelas muka ummi yang cedera teruk dipukul Remy selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.


5)Cerita Awal,Fahrin dan Scha

Selepas putusnya hubungan cinta antara Fahrin dan Linda Onn,berputik cinta baru antara Fahrin dan Scha.Tidak lama selepas itu mereka bercinta,dunia hiburan dikejutkan dengan cerita mereka telah berpisah.

Baru cerita panas ni nak jadi suam-suam susu,timbul pula kontroversi dimana punca Fahrin dan Scha berpisah disebabkan orang ketiga iaitu Awal Ashaari.Scha menafikan sekeras kerasnya gosip tersebut dan tak lama lepas tu,Scha dan Awal telah ditangkap polis di salah sebuah club malam di Bukit Bintang




4)Cerita Dayana Kamal


Cerita Dayana Kamal bekas isteri kepada vokalis kumpulan The Times,Natazar Mohamad yang meninggal dunia akibat kemalangan mendapat "hit" yang tinggi di enjin carian Google dan juga media massa.

Dayana pernah membintangi beberapa buah drama dan juga filem antaranya Black Maria,Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku, Selamat Tinggal Noni,dan juga drama TV3 Matahari.



3)Cerita Vokalis Kumpulan Rabbani

Vokalis kumpulan nashid terkenal Rabbani,Ustaz Asri telah mengejutkan peminatnya di Malaysia selepas menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar

Berita pemergian arwah mendapat sambutan hangat dari pengguna internet dan juga masyarakat yang bersimpati diatas pemergian beliau.



2)Cerita Norman Hakim dan Abby


Semuanya terbongkar selepas Norman ditangkap oleh jabatan agama islam bersama pelakon Mimie Suhaiza dipejabat Norman.

Abby yang bengang dengan berita itu telah menfailkan cerai terhadap Norman.Seolah oleh tidak berpuas hati,kontroversi antara mereka tidak sampai disitu saja.Abby telah menyerang Norman dilokasi pengambaran drama gerak khas yang turut dirakam oleh krew melodi adegan 'bertikam lidah' antara mereka.




1)Cerita Michael Jackson


Sebagai penutup tirai tahun 2009,inilah cerita yang paling menggemparkan seluruh dunia dengan perginya Raja Pop termasyur dunia,Michael Jackson.

Menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 50 tahun di rumah sewanya di 100 North Carolwood Drive, Holmby Hills, Los Angeles kerana denyutan jantung terhenti.

Upacara pengebumian Michael diratapi seluruh dunia termasuklah sahabat dan rakan artis seperti Stevie Wonder, Lionel Richie, Mariah Carey, John Mayer, Jennifer Hudson dan Usher serta 20,000 peminat fanatiknya.

Sumber : www.ceritartis.blogspot.com

6 Bandar Yang Penuh Dosa



1. Pattaya Bandar Seks

Pattaya adalah syurga seks terkenal di dunia.Pertunjukan seks transeksual merupakan 'lubuk' di kota yang terletak di pesisir Teluk Thailand, sebelah tenggara Bangkok ini. Tidak perlu menunggu malam jika ingin menghabiskan waktu dengan pelacur.

Pelacur -pelacur ini 24 jam boleh ditemui dan diajak beraksi. Ada juga diantara wanita cantik jelita yang beredar di sepanjang jalan di wisata. Bosan dengan seks? korang boleh usya saja Thai Boxing di area bar. wahh!!!memang best!


2. Manama Bandar pesta

"Selamat datang di Pesta Oasis Timur Tengah". Ungkapan itu yang bakal korang terima jika tiba di Manama, Bahrain, sebuah kawasan yang berdekatan dengan Arab Saudi. Kalau selama ini peraturan Pemerintah Arab Saudi sangat ketat mengekang warga negara dan pengunjungnya, di Manama semua boleh dibincang!


Ingin clubbing seharian, atau berpesta seks? Di Manama terang2 boleh saja. Memang bandar ini dikenali sebagai salah satu yang berpenduduk Muslim terbesar di kawasan padang pasir itu. Namun pada 2001 bandar ini bersikap lebih liberal. Penduduknya juga mulai membuka mata terhadap pergaulan dunia Barat.


3. Las Vegas Bandar perjudian

Umum sudah familiar kot dengan Las Vegas syurga kaki judi. Semua orang boleh berjudi siang dan malam, bahkan ketika sedang berada di bandar. Hampir seluruh wilayah di Las Vegas menyediakan lokasi perjudian. Walau belum legal sepenuhnya,ia sudah lama menjadi daya tarikan untuk aktiviti di kasino.

Bahagian terbaik dari kota ini, tak peduli latar belakang budaya pendatangnya, Las Vegas tetap menjadi tempat singgah terbaik di Amerika Serikat. "Go On and Sin", itulah slogan kalau korang sampai ke Las Vegas


4. Rio de Janeiro Bandar Topless

Wanita-wanita Brazil memiliki pesona kecantikan luar biasa. Tak heran supermodel top dunia berasal dari sini. Rio de Janeiro salah satu kota yang menyimpan kemolekan tubuh tersebut. Cuba saja kunjungi pantai-pantai di sana, tak sedikit wanita bertelanjang dada @ topless lalu-lalang sambil bercium manja!

Suasana tersebut makin liar ketika matahari terbenam di sudut pantai. Sejumlah rumah pelacuran di tepi pantai siap memanjakan nafsu kaum Adam. Jika musim karnaval tiba, muzik dan wanita akan membawa korang lebih jauh berfantasi!



5. Moskow Bandar Clubbing


Di Moskow Rusia,setiap club malam di sana memutarkan muzik tekno hardcore dan rock. Hampir seluruh anak anak muda Moskow menghabiskan waktu di club.

Sekiranya korang ingin mendapat 'teman ekspres', hampir semua club menyediakan pelayanan ini. Cuba saja ke club dekat Red Square. Ada juga The Hungry Duck, bar yang menyelenggarakan 'ladies night' tiga kali dalam seminggu serta penari telanjang lelaki selama 24 jam.


6. Amsterdam Bandar Mariyuana @ Ganja

Amsterdam, Belanda, memiliki puluhan kafe mariyuana, salah satu jenis ubat-ubatan terlarang. Mariyuana, rokok, dan sejenisnya memang legal di negeri ini. Tidak ada peraturan yang menyebutkan benda-benda itu harus digunakan dengan prosedur tertentu.

Ingin 'manja' dengan pelacur? datang saja di salah satu bahagian bandar. Di sana, korang boleh melihat dan memilih wanita yang diinginkan dari jendela kaca. Para pelacur akan bergaya atau tanpa seutas benang dibadan.Selain terkenal dengan pelacuran,bandar ini juga terkenal dengan hubungan sesama jenis A.K.A Gay!

Tanda Sebelum Mati


Setiap yang hidup past mati!Aku rasa tak semua orang tau pasal perkara ni.Sekadar berkongsi info yang aku dapat melalui email.sama2 kita ambil iktibar dan berdoa moga dipanjangkan umur.Amin!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mere ka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak

10 Manfaat Seks Untuk Kesihatan Lelaki


Sebut saja pasal Sex,aku pasti semua orang mesti suka punya baik muda ataupun pakcik2 tua pun sama naik.kalau Sex 'disaluti' dengan nafsu setan,maka akan terjadi lah kes datuk 'makan' cucu,ayah 'makan' anak dan macam macam lagi la kes yang bernama sex ni.

Akan tetapi,kesihatan seksual yang baik sangat penting untuk kesihatan fizik, dan psikologi seorang lelaki. Secara keseluruhannya, seks dapat berpotensi mengurangkan risiko kanser prostat.

Seks merupakan aktiviti yang bebas kos dan menyenangkan. Lebih murah daripada menjadi anggota sebuah club kecergasan.

Ada beberapa sebab yang membuatkan lelaki lebih sihat dengan melakukan seks.Nak tahu sebab apa? mari follow wahai kaum2 lelaki..


1. Dengan melakukan seks secara rutin bererti kita melakukan pembakaran kalori. Jika korang menghabiskan waktu setengah jam untuk melakukan seks setiap hari,korang dapat menurunkan berat sekitar sepuluh pound atau lebih selama setahun.

2. Selain membakar kalori, seks juga membantu pengeluaran testosteron, yang dapat memperkuat tulang dan otot. Testosteron juga bertanggung jawab untuk menjaga tingkat energi yang sihat, hati tenang, kesuburan, dan hasrat untuk seksual.

Jadi,hubungan seks ketika ini boleh membantu menjaga ghairah seks mendatang. Penurunan kadar testosteron, yang dikenali sebagai andropause atau menopause lelaki, dapat mengakibatkan beberapa kesan sampingan termasuk penurunan libido, kelelahan dan depresi.


3. Dengan seks juga dapat mencegah dari terkena kanser. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang ejakulasi lebih dari 30 persen secara teratur lebih kecil kemungkinannya untuk terkena kanser prostat. Ejakulasi secara teratur, baik dari hubungan seksual atau masturbasi, membantu flush prostat, yang dapat membantu mengekang perkembangan kanser prostat.

4. Seks dapat menghilangkan stres. Penurunan tekanan darah yang diakibatkan dari hubungan seks dapat membantu menurunkan tingkat stres korang.

5. Seks Meningkatkan kesihatan kardiovaskular, kerana seks merupakan bentuk sukan yang baik.hal itu akan nampak positif terhadap kesihatan jantung korang. Satu kajian dari Queens University menunjukkan bahawa lelaki yang melakukan seks lebih dari tiga kali seminggu mengurangi risiko serangan jantung dan stroke.

6. Seks Meningkatkan Ketahanan.Lelaki mungkin tidak menyedari bahawa hubungan seksual secara teratur meningkatkan tingkat immunoglobulin A, sebuah antibodi yang dikenal untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Seks sekali atau dua kali seminggu dapat membantu mencegah pilek atau flu.

7. Seks dapat merapatkan keakraban.Sebelum orgasme, sejumlah endorfin dilepaskan dan kadar hormon oksitosin, kadang-kadang disebut sebagai “hormon cinta,” naik hingga lima kali tingkat normal. Oksitosin juga telah berkaitan dengan peningkatan rasa kemurahan hati, dan dikenal untuk bertindak sebagai neurotransmitter di otak, membangun kepercayaan dan membantu untuk memperkuat ikatan.

8. Seks juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit yang terkait dengan masalah umum seperti sakit kepala.

9. Seks juga memberikan ketenangan ketika tidur malam.

10. Seks dapat membuatkan kesihatan berpanjangan untuk jangka panjang makin baik.

Itulah antara sedikit info berkenaan dengan manfaat seks untuk kesihatan kaum lelaki.Kalau korang laki laki dah ada pengalaman seks,apakata kongsikan manfaat lain untuk kebaikan bersama

Cara Mudah Terima Bayaran Kad Kredit Di Internet


Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan sekiranya anda mula menjual produk di internet, terutamanya bila anda mula menjual produk anda pada pasaran antarabangsa.

Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini?

Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari kita renung satu kandungan emel yang saya terima.


Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatan yang baru bertapak di dalam perniagaan internet. Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkan ialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kos permulaan untuk menggunakan perkhidmatan mereka ialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranya ada kos tambahan atau bulanan.

Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik saya lawati laman web mereka. Produk tempatanlah katakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak? Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberi sokongan.

Namun, selepas melawati laman web syarikat ini, saya sedikit kecewa.

Kenapa?

Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch! Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai “error message” dan maklumat lanjut mengenai syarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripada laman web mereka.

Hmmm… saya terus ambil keputusan yang syarikat ini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaing di bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Buat pengetahuan anda, saya memang cerewet sedikit apabila memilih perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini. Ini penting kerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabila melibatkan pembayaran kad kredit. Jika laman web syarikat pun tidak memberikan impresi yang baik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaan terhadap servis yang ditawarkan.

Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit adalah seperti berikut:

* Berapakah kos atau yuran yang perlu dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?
* Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap transaksi kad kredit?
* Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini mempunyai reputasi (track record) yang baik.
* Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?
* Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?
* dan beberapa perkara lagi.

Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini, saya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servis yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.

Selama ini saya menggunakan beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dan saya rasa mungkin belum masanya saya mencari perkhidmatan yang baru.

Sekiranya berminat untuk menambahkan fasiliti penerimaan bayaran kad kredit di laman web anda, berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dan syorkan.

2Checkout.com

Yuran USD$49 sekali sahaja dan anda boleh gunakan servis ini untuk menjual barangan fizikal dan digital. Mempunyai sistem affiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.

ClickBank.com

yuran pengaktifan USD$49.95 sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysia mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan servis mereka. Ebook “Chapter M” ada membincangkan masalah ini. Mempunyai sistem affiliate sendiri dan cuma membenarkan peniaga menjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.

PayPal.com

percuma dan sekarang anda boleh mengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalam kad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama, terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidak mempunyai sistem affiliate sendiri tetapi anda boleh gunakan service dari PayDotCom.com untuk tujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% + $0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .

Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakan bertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkan perkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahan pembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.

Itulah antara serba sedikit info mengenai cara terima wang melalui kad kredit diinternet yang aku copy paste dari forum wangcyber.com

Banyak manfaat sebenarnya jika korang semua berminat untuk buat duit kat internet zaman sekarang ni.Yang penting minat perlu ada dan usaha.Kalau sekadar "hangat hangat taik kucing" aku rasa boleh lupakan jer!

Ok sedikit info tentang penulis artikel ni.Buat korang yang masih belum mengenali saudara Zamri Nanyan,kenal2kan la diri tu dengan otai yang tak asing lagi dialam cyber lebih2 lagi kalau program buat duit.Selalu nama dia ja akan "up" dulu pastu baru newbies2 lain ikut jejak langkah dia.hehe.Biasa la kan,dah nama pun otai mesti la kena follow baru boleh jadi otai!hohoho

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.


10 Penciptaan Brillion Tahun 2009



1. Transformasi Teknologi perubatan

Beliau adalah seorang yg hebat, namanya Dean Kamen. Dia mempunyai 440 hak paten, dan seorang inovator. Ratusan remaja di Amrik mengikut idea gilanya bermimpi menjadi seorang yang handal, menyelamatkan banyak orang dengan mengubah persepsi perubatan ke dalam teknologi modern.



2. Robot Bola

Ketika kecil, Greg Schroll suka bermimpi tentang bola sepak yang boleh bergerak sendiri. Ketika dia menjadi mechanical engineering student di MIT, dia telah mencipta spherical robot yang menyerupai bola.




3.I-TEC’s Flying Dune Buggy (kereta terbang Udara)

Steve Saint, 59, lahir di Ecuador.Banyak menghabiskan masa di dusun kecil di Amazon. hebatnya dia boleh melakukan sesuatu benda dengan bagus . Bagi orang bandar, ini perkara ini biasa. tapi bagi penduduk terpencil di Amazon, penemuan ini memang sangat bermanfaat. Mereka tidak lagi melakukan perjalanan di hutan belantara




4. Diagnosis Lab memakai chip


Ujian Kesihatan yang dulunya mahal, kini boleh diatasi hanya pakai kaedah seperti di gambar diatas ini.Team dari Harvard yang membuat kaedah ini mendakwa juga boleh mengesan seseorang yang terkena AIDS.



5. Deep Space Plasma Thruster

Roket tenaga bahan kimia masih menjadi harapan NASA. Biasanya peluncuran roket perlukan 3.8 million pound. Oleg Batishchev, ketua team riset dari MIT Department of Aeronautics and Astronautics, memperkenalkan bahan bakar roket yang inovatif, Mini-Helicon Plasma Thruster. bahan bakar ini dikatakan lebih ringan, murah, mudah dipindah ketika di luar angkasa.



6. Batery Natrium sulfur skala Rumah

penemuan ini betul betul membuatkan masyarakat didunia sedikit bernafas dengan
penciptanya bernama Coors. Dia adalah seorang chief scientist di CoorsTek.Coors and fellow researcher John Watkins membuat prototype sandwiching pada material material a sodium super-ionic conductor Antara sodium metal anode dan a still-undisclosed aqueous cathode. Mereka berharap pengembangan generator seharga $2000 ini boleh menyimpan 5 kilowatts untuk 4 hours and keep it up for 10 tahun.



7.Kepler Space Telescope

teleskop yang dikatakan super canggih nih boleh mendeteksi planet yang mirip bumi.
Teropong luar angkasa ini boleh snap 42 CCDs at a group of 100,000 (tak faham maksudnya)plus bintang2 di galaksi bima sakti (within 600 to 3000 light-years of Earth). Jika ada pergerakan planet yang pelik, instrumen ini bakal merakamnya. Misi utama mereka (yang buat teropong) adalah pada tahun 2012 sudah boleh menyelidik kehidupan makluk alien.



8.Microsoft Natal

Pada masa depan,kita mungkin tidak lagi menggunakan Mouse dan Keyboard apabila duduk depan PC.Komputer yang dicipta ini boleh membaca pergerakkan kita melalui kamera, infrared dan beberapa peranti tambahan.


9. Batery Tenaga mikro

Satu kumpulan dari Harvard dikenali sebagai "Lebônê" telah mencipta battery yang tak terlalu mahal untuk digunakan di sub-Saharan Africa. The microbial fuel cell, or MFC, boleh menghidupkan enough current to power LED lights dan charging cellphone batteries



10. X2 Coaxial Rotor Helicopter (Heli tercepat di dunia)

Tahun lalu di kota Horseheads, N.Y., Kevin Bredenbeck menjadi pilot pertama yang mencipta Sikorsky Aircraft’s X2 technology demonstrator. ujian tersebut membuktikan X2 engineering team helikopter tercepat di dunia

Weiner’s team meletakkan 2- single rotor bersamaan (twin), 26.4-foot-long rotor yang berputar pada heli tersebut

10 Maut Kemalangan Bas Di Ipoh


Sedih dan terkejut aku lepas balik kerja tengok berita tv3 kemalangan bas yang mengorbankan 10 nyawa di plaza tol Ipoh selatan awal pagi tadi.Kali ni membabitkan bas express Sani pulak dah!

Tadi masa aku onway balik rumah pun banyak gak kemalangan yang aku tengok dekat jalan tu.Kereta langgar kereta,moto langgar kereta,lori langgar kereta,lembu langgar lembu.Haish!naik seram aku tengok.huhuhu..nak bawa kereta pun kena hati2 dan berdoa gak moga2 selamat perjalanan aku tu.

Tak ku sangka pulak ada lagi kemalangan dasyat yang berlaku hari ini.Yang sadisnya tu ada gak antara mangsa tu dari sungai petani dan gurun kedah. (aku orang SP).Kenapa banyak betul kemalangan yang membabitkan bas?




IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian jam 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.

Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya identiti mangsa terakhir iaitu seorang wanita yang dipercayai berbangsa Melayu masih belum dikenal pasti.


Itu antara petikan didalam paper Metro hari ini.Nak baca artikel penuh click dekat sini

P/s : Al-fatihah diucapkan kepada semua mangsa yang terkorban.Moga2 roh mereka semua dicucuri rahmat.Amin!

Tarikh Yang Sesuai Untuk Cashout Nuffnang


Sedikit entry berkaitan dengan tarikh yang sesuai untuk cashout duit nuffnang.Actually,aku tak pernah lagi pun cashout duit nuffnang.Selalu dok tengok blogger lain cashout and dapat check nuffnang.(jeles beb..huhuhu)

So,aku duk planning bulan ni la kot nak cashout.Rasa tak tahan dah dok smpan lama2 duit nuffnang tu dalam akaun.(saja nak buat best.padahal tak banyak mana pun..cukup beli teh o ais sebungkuih ja)..hehehe

Aku dengan muka tak malu open la ticket untuk tanya nuffnang staff berkaitan dengan tarikh yang sesuai untuk cashout supaya check tu cun2 bleh sampai dalam masa sebulan.

Soalan aku :


saya ada sedikit pertanyaan berkaitan dengan cashout duit nuffnang.Boleh saya tahu bila tarikh yang sesuai untuk cashout duit nuffnang?

contohnya,jika saya cashout duit nuffnang pada 29.12.2009,adakah check akan sampai pada 2.2.2010 ataupun sebaliknya?


Jawapan Nuffnang :

As stated in our payment policy, Nuffnang pays its members 30 days after every end of the month from their cashout request date for Glitterati members. Upon then, the cheque will be compiled and sent to the bank for legal processing before delivered to your registered address. The processing and delivering by the bank will take about 2 weeks time. Therefore, if you cash out at the end of this month, your cheque should reach you some time around the second week of February.

Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations Executive


Aku pasti ramai antara korang yang dah dapat check dari nuffnang.Maklumlah korang semua blogger yang bagus penah dapat duit nuffnang.Tak macam aku ni baru dok newbies.hehe..

Kepada blogger yang nak cashout bulan ni,Jom sama2 kita cashout yer.biaq dapat check pun sama2.hak hak

P/S : Happy Merry krismas kepada penganut agama Kristian!

10 Tandas Menarik


1.Chromoesome Toilet
Dicipta oleh Jemal Wright Bath Designs dengan mencelupkan chrome sehingga menghasilkan warna oren tembus cahaya yang menarik. Toilet ini berbahan porselin berlapis chrome.


2.Vaso a Terro Toilet
Dicipta oleh Master Ceramiche dari Italia dan toilet ini seluruhnya diperbuat
daripada ceramic.



3. Imperial Toilet
Imperial toilet diambil dari desain toilet untuk raja dan ratu China. Desain emas daunnya diperbuat daripada hand-painted.


4.Jungle Dundee Toilet and Bidet
Apa komen korang dengan tandas ni?memang shahduuu kot kalau melabur..hakhak


5. Julien Bench Toilet
Dicipta oleh Troy Adams untuk Julien,Inc. Bench Toilet menjadi cara yang brilian untuk menyembunyikan toilet dan dapat digunakan sebagai tempat duduk.Mendapat pengiktirafan dari DPHA(Decorative Plumbing and Hardware Association) dalam kategori
Innovative New Plumbing Product of the Year Award pada tahun 2007.


6.Duravic Stark X Toilet and Bidet
CStark X toilet dicipta oleh Duravic dan ciptaannya mirip dengan meja kecil.


7. Althea Ceramica Hera Toilet
Reka bentuk luarnya nampak biasa saja dengan bentuk mengerucut di bahagian bawahnya. penutup chromenya dapat digantikan dengan cover putih atau berwarna.


8.Art Ceram Fontana Toilet and Bidet
Toilet menarik dengan cita rasa berbeza. Fontana toilet sangat elegan bagi mereka yang sukakan konsep simple and nice


9.John + Mary (Toilet and Bidet)
Dicipta oleh designer dari Itali, Rapsel,dan menamakan karyanya sebagai "John and Mary".


10.The Isis (Swarovski) Toilet
Tandas ini dicipta khas oleh Jamal Wright dengan menutupi toilet ini dengan kristal Swarovski.

P/s : Terasa macam nak p melaboq pulak nih.haish!hehe

Kenali Omar Khayyam Dan Sejarahnya


Setiap keadaan yang berlaku memberikan hikmah tersendiri. Ia memberi kesempatan bagi seseorang untuk berpikir menghadapi keadaan tersebut, membuatnya mampu menggunakan potensi yang ada dalam dirinya. Itulah yang dialami Omar Khayyam.Keadaanlah yang membuatnya memiliki nama besar. Ia tak hanya besar sebagai ahli matematik mahupun astronomi.

Dia juga memiliki nama besar dalam karya sastra.Dia memiliki kemampuan dalam menulis baris baris puisi. Bahkan dia juga memiliki sebuah karya yang bertajuk "Rubaiyat". Nama sebenar beliau Ghiyath al-Din Abu'l-Fath Umar ibn Ibrahim Al-Nisaburi al-Khayyami. Dia lahir di Khorassan, Iran pada pertengahan abad ke-11.Keadaanlah yang membuatnya mampu mendayagunakan segala potensinya.


Dalam situasi politik yang tak stabil Khayyam menjalani hidupnya. Hidup yang begitu susah, kecuali mereka yang memiliki hubungan kuat dengan penguasa. Mereka yang memiliki kekuasaan akan memiliki kehidupan yang lebih baik. Namun, tampaknya kondisi ini memberikan sebuah berkah bagi Khayyam.Dia menelaah setiap peristiwa yang ada di hadapannya. Bahkan dia terlatih untuk berpikir.

Dia juga memiliki kemampuan dalam kajian astronomi. Sayang kemampuan ini belum cukup sempurna akibat keadaan politik yang tak menentu. Maka pada 1070 dia meninggalkan Khorassan menuju ke Samarkan (kota tertua di asia tengah), Uzbekistan.Khayyam beruntung memiliki hubungan erat dengan seorang hakim yang bernama Abu Tahir. Berkat pertemuan ini,dia mampu mengembangkan kemampuan yang dimilikinya. Ketika Omar ber usia 25 tahun, lahirlah karya monumental di bidang aljabar, "Treatise on Demonstration of Problems of Algebra".

Khayyam berjaya membuat jadual astronomi dan melakukan perubahan pada perhitungan kalender pada 1079. Khayyam menghitung masa satu tahun adalah 365.24219858156 hari. Banyak ilmuwan memuji dan memberi komen atas kecemerlangan Khayyam ini.

Khayyam juga mampu menghasilkan penghitungan berketepatan tinggi.Para astronomi pada akhir abad ke-19 menyatakan bahawa satu tahun adalah 365.242196 hari. Sedangkan hitungan terkini satu tahun memiliki 365.242190 hari. Jadi tak berbeza jauh dengan hitungan yang telah dilakukan Khayyam berabad-abad sebelumnya.

Disebalik kebijaksaan dan dakwah yang dibawa Khayyam,dia pernah diserang oleh kaum Muslim sendiri. Mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan Khayyam tak sejalan dengan keyakinan Islam.

Khayaam memiliki kemampuan lainnya iaitu menulis puisi yang menggambarkan jalan hidup yang dilaluinya didalam karya yang bertajuk "Rubaiyat", Dia menceritakan perasaannya ketika diserang oleh saudara seimannya sendiri.Karyanya kini masih tersimpan di negeri kelahirannya, Iran. Melalui puisi pula ia mengingatkan pula kepada masyarakatnya bahawa para pendahulu di Iran merupakan orang-orang terhormat.

10 Pantai Paling Indah Didunia

Pantai merupakan tempat untuk bersantai,lepak lepak,usya awek/pakwe, disamping boleh menenangkan fikiran.Keindahan matahari, laut serta pasirlah yang menjadi daya tarikan dari pantai.

Didalam buku Lonely Planet's Travel With Children menceritakan sepuluh pantai di dunia yang aman, nyaman dan best!

1.Costa Del Sud, Sardinia, Itali



2. Cottesloe, Australia





3. Durban, Afrika Selatan



4. Pantai Karon, Thailand


5. Kauai, Hawaii, Amerika Syarikat


6. Aitutaki, Kepulauan Cook


7. Noosa, Australia


8. Tavira, Portugal


9. Sayulita, Meksiko


10.Pulau Bali,Indonesia


P/s : Alahai pantai dekat malaysia tak tergolong.Tapi tak apa aku tetap bangga jadi warga Malaysia walaupun pantai tak da daam top 10!hohoho

Popular Posts