Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua pengikut-pengikut blog ini dan selamat menunaikan ibadat puasa.

Di samping itu, aku juga ingin memohon maaf kalau2 pernah buat sebarang kesilapan dalam posting blog dan juga didalam facebook .

Sebagai reminder kot2 dah lupa niat puasa , meh kita refresh dan hafal ok :)

Niat Puasa Harian:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Niat Puasa Sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Doa Buka Puasa:






Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Oh yaaa, sebelum terlupa kepada blogger yang nak join majlis berbuka puasa bersama Nuffnang tidak lama lagi,sila berikan cadangan tempat berbuka puasa yang menarik kepada mereka.

Aku dah cadangkan depa buat dekat kedah..hampa pulak?vote la kedah ek?hehe

Kenali Forum Cari.com.my

CARI.com.my @ CARI Internet Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat Malaysia yang diasaskan beroperasi di laman enjin carian pertama negara dan laman web portal, bersama-sama dengan Flowers.com.my iaitu sebuah laman web menjual bunga secara online.

CARI Forum adalah forum yang menggabungkan 3 versi bahasa iaitu( Cina, Melayu & English) untuk membincangkan sesuatu topik yang dibuka

Diasaskan oleh oleh Liew Chew Keat pada tahun 1996 dan menjadi salah seorang terkaya di negara malaysia dengan menerima RM2.5 juta (USD 657,808) dalam pembiayaan modal dari AKN.com pada tahun 2000 sebagai pertukaran untuk kepentingan 15%, yang kemudiannya dipindahkan ke Swansoft Technologies.

Pada tahun 2003, CARI Internet mengumumkan pelancaran website yang dibangunkan menggunakan E-Commerce @ E-Dagang platform, yang bekerjasama dengan sistem Payment Sdn. Bhd Pada tahun 2008.

CARI mengumumkan satu perkongsian dengan restoran tempatan Startup FoodStreet, yang diasaskan oleh ahli teknologi tempatan dan makanan iaitu Aidan Lee

Mengikut ranking website popular pada Oktober 2010 (Alexa) , cari.com.my adalah laman web yang ke-19 yang paling popular di kalangan 17 juta pengguna internet diMalaysia apabila menerima pelawat unik sebanyak 5 juta setiap bulan pada tahun 2009 iaitu 70% dalam versi bahasa Cina.

Mengikut ranking Alexa 2011, forum CARI berada di tangga yang ke-16 website paling popular diMalaysia dan merupakan antara forum yang paling popular berbanding forum Carigold,Wang Cyber dll.

Website : www.cari.com.my
Reference : http://en.wikipedia.org/wiki/Cari_Internet
Alexa Ranking : http://www.alexa.com/topsites/countries/MY

Ashraf @ Aleesha Meninggal Dunia

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. - Sumber

P/s : Tiada apa yang boleh dikomenkan lagi orangnya pun dah meninggal dunia.Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah semoga Allah ampunkan dosanya

Kenapa Orang Melayu Kurang Berjaya Dalam Perniagaan ?

Kenapa bangsa melayu lebih mundur dari bangsa lain contohnya cina dari segi ekonomi?kalau nak mengata melayu, kitapun melayu juga, tapi memang sikap melayu semulajadi kot yang tak boleh maju dalam perniagaan? ( tak ramai)

Aku terfikir nak buat entry ini selepas balik berjumpa dengan bekas pensyarah aku dikolej dulu.Sembang punya sembang,dia buka cerita ada buat share partner dengan seorang taukey minyak ni untuk buka bisnes cyber cafe.Mula2 tu ok la kan bisnes maju pelanggan pun ramai.Makin lama makin 'gelap mata' si taukey minyak ni dengan RM.Duit ke mana modal ke mana.Gayanya nak lebih dan nak jadi 'sorang' dalam apa bisnes tu.Lastly,pensyarah aku ambil keputusan nak keluar dari partner dengan orang yang macam tu.Apee pun tak boleh..!!!

Point yang aku nak kongsikan dekat sini juga ada kaitan dengan tajuk entry aku hari ini.Tadi buka email, ada perbincangan dari member aku disana berkenaan tajuk Kenapa orang melayu kurang berjaya dalam perniagaan?Aku berminat untuk share dengan korang 1 kisah member aku ni selama dia bekerjasama dengan bangsa melayu sendiri.Jom sama-sama kita baca..

Dari : En Hamden Yahaya
Tarikh : 29.7 2011

Saya fokus dan menjaga semua aspek perniagaan. Customer is always right,syarikat cukup capacity, delivery on time, produk yang unik dan diperlukan, operasi pemasaran secukupnya, website sangat class, kualiti terjaga, tidak boros, tidak kedekut, selalu upgrade knowledge, network yang agak besar dan segala blah blah dalam buku dan practice. Kebanyakannya customer kami ialah kawan-kawan, kawan pada kawan dan good pay-master pulak.

Saya dah takda sebab untuk gagal TAPI GAGAL JUGAK. Biar saya bentangkan kenapa:

1. SYARIKAT A. Rakan-kongsi bawa lari projek besar kepada syarikat Pak Saudaranya dan juga kepada syarikat kawannya yang lain. Projek kecik dengan syarikat kita. Apabila saya dapat tahu pengkhianatan ini RED-HANDED, saya keluar dari syarikat perkongsian ini dan bawak diri ke luar negara. Saya kenal dia lebih dari 10 tahun dan amat rapat semasa bekerja di dalam satu syarikat. Ada sekali-sekala dia buat khianat kecil terhadap saya, saya maafkan. Tapi bagi saya kali ini adalah khianat besar. Nak kaya cepat, maka mengelat dengan saya. Lepas 1 tahun, syarikat tu bungkus. Perwatakan dia ni macam wali-wali makam tinggi. Saya mengadu kat Allah di depan pintu Kaabah pasal mangkuk tu. Sekarang dia nak berjalanpun terpaksa bertongkat walaupun umur masih muda.

2. SYARIKAT B. Dua orang rakan-kongsi curi duit syarikat berdikit-dikit kerana saya amanahkan pengurusan kewangan dan operasi pada mereka. Saya banyak bawa pelanggan dari network saya. Curi punya curi, tiba-tiba mereka stuck tak dapat supply pelanggan. Untuk menjaga nama saya, saya terpaksa keluar beratus ribu untuk cover dan bayar hutang-piutang. Kemudian saya tutup syarikat. Group ini berjanggut berkopiah dan saya kenal mereka berbelas tahun. Kalau cakap macam pijak semutpun tak mati. Setiap baris ayat ada sebut Allah. Oleh itu saya mengadu kat Allah pasal mereka di Kaabah. Salah seorangnya kini tunggu ajal kerana sakit tenat berpanjangan. Seorang lagi hidup merempat.

3. SYARIKAT C. Saya diminta propose, close deal dan implement projek antarabangsa yang lumayan oleh sebuah syarikat. Ini projek luarnegara pertama bagi mereka. Pelbagai imbuhan dipersetujui oleh semua pengarah dan dimeterai dalam perjanjian. Mereka ni kira orang baik-baik sebab ada yang dah haji dan semuanya solat jemaah. Setelah selesai, berjaya dan dikagumi oleh pelanggan, mereka mungkir janji dengan saya beberapa imbuhan penting. Saya mengadu pada Allah hal mereka semua ni di Kaabah. Mereka ditipu oleh seorang dengan jumlah berpuluh kali ganda banyaknya sehingga syarikat hampir rebah. CEO syarikat hampir diguling keluar.

Serupa aje format kuat mengelat kumpulan Melayu tersebut. Bukan saya seorang aje kena. Ada banyak jugak yang saya deal dengan peniaga Melayu yang lebih kecil, malangnya mereka pun serupa jugak kuat mengelat. Sebelum berjaya, mereka tersengeh-sengeh dan beriya-iya. Setiap hari pick-up saya dan hantar pulang. Setelah tertunai hajat, mereka khianat, membohong, mengelat dan mungkir janji.

Setiap kali pengkhianatan mereka, hidup saya jadi amat susah sehinggakan tiba musim saya terpaksa berhutang-piutang setiap bulan dengan bank.

Satu kali tu sehingga tinggal RM7 aje dalam poket saya, sedangkan anak-anak nak pergi sekolah esokpun tak cukup. Nak beli barang dapur pun tak dapat. Jadinya saya pergilah berjumpa dengan seorang rakan Melayu yang pernah saya bantu sehingga menjadi kaya-raya. Dia dapat supply system kepada beberapa local council. Technologypun saya yang cadangkan semasa dia dibuang kerja. Tapi hampa sebab saya dihalau keluar dari pejabat hanya kerana ingin mencari pekerjaan dengannya. Bukan saya nak berhutangpun. Kini syarikat dia ni dah lingkuppun dan dia terpaksa jual barang MLM serta ambil duit poket dari bini.

Saya tetap berdoa pada Tuhan untuk menggantikan peristiwa pahit dengan kemudahan rezeki. Saya tak pernah rasa hiba sehingga dihalau keluar pejabat kerana memohon kerja dengan kawan sendiri. Sedih betul. Waktu saya kena halau itu adalah waktu Asar dan saya terus ke Masjid Jamek KL memohon bantuan dari Tuhan sehingga Isya. Apa lagi yang saya boleh buat masa rock-bottom ni. Nak balik rumahpun malu jumpa anak dan isteri yang saya sayang. Lepas Isya' saya dapat panggilan untuk buat tugasan dari Saudi Arabia dengan bayaran cukup untuk hidup berbulan-bulan lama.

Cabaran yang saya hadapi, saya bersyukur, tidak beritahu sesiapa untuk beberapa bulan dan terus mengadu pada Allah terlebih dahulu. Kesannya, mangkuk-mangkuk tu semua dapat balasan yang sesuai. Saya diberi kefahaman tentang manusia dan kesedaran dari kobodohan diri sendiri. Pengalaman saya menjadikan saya lebih kuat dan lebih matang.

Tapi jangan kita sangka kita dah pandai, sebab penipu lagi pandai dan sentiasa upgade knowledge mereka. Oleh itu, kita perlu menghadirkan diri kita kepada Allah dan melakukan doa-doa perlindungan yang sesuai. Tawakkal 'alallah.

Sebagai kesimpulan, kegagalan berpunca dari banyak perkara. Selagi tak gagal susah nak berjaya. Bila hampir berjaya, berjaga-jaga dari hasad manusia dengan rahmat perlindungan dari Allah. Apabila sampai pada matlamat, beri rahmat kepada orang lain pula supaya barakah dalam rezeki. Dengan itu dapatlah hidup dan mati dengan rahmat dari Allah.

P/s : Aku suka tengok cara orang cina bekerja.mereka rajin dan tidak pernah kenal apa itu penat!

Malaysia Tersingkir Kelayakan Piala Dunia


Malaysia tersingkir daripada saingan kelayakan Piala Dunia 2014 selepas sekadar seri 1-1 dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Singapura mara ke pusingan ketiga dengan agregat 6-4.

Gol dijaringkan oleh Safee Sali min 59 dan singapore min ke 72

Fakry dilayangkan kad merah pada minit2 akhir permainan.

"TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"



P/s : Kenapa la Rajagopal tak bawa masuk Badrol Baktiar?yang p bawa masuk Fakry tu buat apa!apeee ponn tak boleh!


Kereta Lamborghini Di Alor Setar

Lamborghini ni aku snap dekat area Mergong, Alor Setar.Terkejut beruk jugak aku tengok Lambo jenis ni sebab tak pernah aku terjumpa lagi style macam ni.Enjin bunyi macam jet.Dia punya lebar memang macam kapal terbang MAS.No Plat dia memang cun!

Aku dok terfikir gak Lamborghini jenis apakah ini?Try tanya pakcik google terjumpa 1 gambar yang lebih kurang macam Lambo aku jumpa ni.

LAMBORGHINI REVENTON



Sorry la gambaq tak berapa elok sebab snap pun curi2..hahaha!!!






P/s : Korang dah tengok model terbaru Proton Saga FLX? cer usya2 dekat SINI

Dr Asri - Warkah Terbuka Kepada Anggota Polis

Terharu aku baca warkah dari Ustaz Asri kepada anggota polis yang dihantarkan kepada laman web malaysiakini.Setiap ulasan beliau dalam artikel ini memberi maksud yang amat mendalam.

Wahai anggota polis sekalian, cuba luangkan masa untuk membaca artikel ini.Sama2lah kita jadikan iktibar dan panduan



Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jul 26, 11
3:57pm


Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Guru Tercantik Dan Terseksi Di China

Sekali tengok tak macam cikgu kot..aku tengok dah macam bintang Porno yang berjaya je..gila lawa + seksi habis la cikgu ni..kalau la dulu time sekolah dia ajar aku, sumpah aku tak ponteng kelas..markah exam aku pun mesti akan A..haha!!

Aku pun tak dapat info pasal cikgu ni..nama pun aku tatau..aku main sedut je dari member2 aku di CG.hehe

Selamat malam cikgu :)











Jom kenali Hackers Gaysec

Banyak betul hackers zaman sekarang ni kan?Sebelum ni kita dikejutkan dengan gang hackers yang menggelarkan diri mereka Anonymous yang telah godam beberapa lama web kerajaan dan juga bank.

Info terbaru yang aku dapat mengenai hackers yang menggelarkan diri mereka Gaysec telah menggodam beberapa laman web antaranya Nuffnang, Adverlerts, CIMB Bank, TV3 dan banyak lagi.Korang boleh masuk ke laman web rasmi mereka DISINI

APAKAH OBJEKTIF DAN MOTIF GAYSEC?

Objektif kami adalah untuk mewujudkan salah satu kumpulan yang menegakkan keselamatan sesuatu laman web atau apa sahaja sistem yang berada di dalam negara malaysia ini.

Kami tidak mahu malaysia menjadi salah satu mangsa 'dibuli' oleh pembuli siber, kerana itulah kami terpaksa melakukan perkara ini semua semata-mata untuk menyedarkan sesebuah pihak atau webmaster tentang keselamatan sesuatu sistem laman web atau sistem itu. Kami akan mengeluarkan bukti dan kenapa kami melakukan ini semua di dalam setiap pengumuman berita 'serangan' kami.

Kami bukannya suka melakukan ini semua, tetapi kerana kami takut dan tidak mahu jika suatu hari nanti dunia siber di dalam malaysia ini lumpuh dan menjadi "medan permainan" oleh sesebuah pihak kerana kesilapan seseorang webmaster atau sistem admin itu sendiri. Kami mahu setiap webmaster di malaysia ini saling mengingati dan sentiasa berwaspada dengan tahap keselamatan laman web sendiri sebelum menyalahkan kami, kami tidak akan pernah merosakkan sesuatu sistem itu, tetapi hanya untuk memberi kesedaran terhadap keselamatan laman web itu.

ANTARA LAMAN WEB YANG BERJAYA DIGODAM OLEH GAYSEC

1) TV3
2) NUFFNANG
3) CIMB BANk
4) ADVERLETS
5) GENGBLOGGER
6) JIWANG.ORG
7) ECCOUNCILACADEMY.ORG
8) PLKN ( Pusat Latihan Khidmat Negara)

Hmmm..Apakah website seterusnya yang ditarget oleh Gaysec?Hope bukan web aku ni la yer..

Kalau korang teringin nak dapatkan tip2 dari hackers ni, boleh la join facebook diorang

FACEBOOK GAYSEC

( Video ) Pembunuhan Paling Ngeri

Ini antara video pembunuhan paling kejam aku pernah tengok.Serius tak dapat bayangkan betapa seksanya mangsa bunuh ketika itu.Kepada korang yang masih tak tengok lagi dan mempunyai 'hati kering', jom reramai kita layan video dibawah.Sebelum tu,jom baca sedikit info pembunuhan ni

Secara ringkas, kejadian ini berlaku pada penghujung tahun Jun hingga Julai 2007 di Ukraine. Tiga remaja ini menjadikan pembunuhan sebagai hobi mereka. Masa bunuh, mereka rakam sekali. Kata mereka semasa proses perbicaraan, mereka rakam agar ada kenangan di hari tua. Mereka membunuh tanpa motif, dan mangsa mereka biasanya orang awam yang tidak bersalah apa pun.

Remaja ini juga mengaku bahawa mereka telah membunuh lebih 21 orang siap rakam sekali. Rakaman yang lain sudah dimusnahkan oleh pihak berkuasa, cuma yang ini saja dijadikan bukti dalam proses pendakwaan.

Pak cik yang telah dibunuh oleh mereka dalam rakaman tersebut baru sahaja sembuh daripada penyakit kanser. Semasa beliau sedang menunggang basikal ambil angin terus kena tarik dengan pembunuh ini dan mereka pun pukul dan bunuh. Agak kejam, mata beliau dikorek hidup-hidup, kepala dikatuk-katuk dengan hammer dan sebagainya. Semua ada dalam video di bawah.





Ini gambar si pembunuh tu yang barua tu..Cilaka punya binatang!



Ni pulak gambar si mangsa.huhu



credit penuh kepada : kari-ngeri.com

Dapatkan BlackBerry Playboook Sekarang

Aku pasti ramai yang tertunggu-tunggu Blackberry Playbook ni launching di malaysia kan?Ok, korang dah boleh beli sekarang pada harga RM990 dengan plan data top-up Maxis

Rupa bentuk dan design ala-ala ipad, Playbook Blackberry ada sedikit perbezaan iaitu lebih kecil berbanding Ipad.

APA YANG BESTNYA BLACKBERRY PLAYBOOK?

The BlackBerry PlayBook has now arrived. Own it! Exclusively from Maxis. Bridge it to your BlackBerry smartphone and amplify your BlackBerry experience! Experience an OS which powers nuclear plants!


Jadi,kalau korang berminat dengan Blackberry Playbook ni, layari website maxis atau KLIK DISINI



P/s : Bangga dengan pasukan Malaysia semalam yang hanya tewas tipis 1-0 di tangan Chelsea.MALAYSIA BOLEH!!!


Kisah Budak Sekolah Henry Gurney

Semalam korang tengok tak episod akhir Juvana?Memang ngetopp kot cerita tu.Macam nak ja aku suh pengarah buat Juvana 2.

Sempena dengan episod akhir Juvana semalam yang mencacatkan jumlah penonton yang ramai,aku nak share artikel dekat bawah ni.Jalan cerita dia memaang best!

KISAH SEKOLAH BUDAK HENRY GURNEY

Mulanye aku di lahirkan di sebuah hospital besar di sebuah negara kat malaysia.Tidak lama kemudian adik pula lahir masa adik dah lahir dua minggu,ibuku meninggalkan kami buat selamanye.dia diserang sakit jantung.Selepas kematian ibuku,kami adik-beradik berpisah.aku di hantar kepada nenek untuk di jaga dan adik pula dihantar kepada baby sitter.

Setelah lama kita terpisah,akhir nye kami bertemu semula pada umur ku 11 tahun.Pada pertemuan itu kami rasa amat senorok sekali.selepas itu kami berpisah lagi.pastu kami tidak berjumpa lagi.Dalam masa yang sama,ada seorang awek telah memikat hati ayahku.setelah dua tahun bercinta akhir nye dijodohkan oleh Allah.

Setelah lama ayah berkahwin ngan mak tiri.aku mula rasa tidak seronok bila mak tiri tu ada dalam hidupku.Bagi aku mak tiri nie buat menyemak jer.depan ayah dia membuat mesra ngan aku,tapi bila ayah takde dia membuat perangai.aku mula rasa bosan akan sikap ibuku lalu aku meminta ayah supaya hantar aku balik ke rumah lamaku yang terletak kat melaka.Masa aku di melaka aku mula jadi nakal.Kenakalan ku makin lama makin melampau sampai la suatu hari ku di buang sekolah.aku dibuang sekolah kerana aku telah kurang ajar ngan seorang cikgu dan telah belasah nye ngan kengkawan ku.Selepas 2tahun aku tak sekolah,aku rasa bosan sangat,aku meminta ayah ku memasukkan ku kat mana2 sekolah yang boleh menerima ku lagi.Tetapi kepetusan semua sekolah hampar.

Tapi ayah tetap berusaha untuk mencari sekolah untuk aku.Lastlu aku dapat sebuat kolej swasta yang terletak di Genting Highlands.Aku rasa seronok pabila dapat kolej tu.Tapi kerana oleh kenakalan ku tidak henti-henti...aku terjebak dalam kancah dadah.aku mula menjinak-jinak dalam kancah tu.lama kelamaan aku menjadi seorang Pusher(tukang jual dadah).dalam masa 6bulan kehidupan aku semakin seronok kerana hasil jualan dadah ku mendapat sambutan yang banyak sekali.tapi keseronokan itu tidak tahan lama.kerjaya aku dapat dihidu oleh pihak berkuasa kerana kawanku telah memberitahu yang aku adalah pusher.Pastu aku ditangkap dan di tempatkan lokap kat Bentong.Aku dikenakan seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952.Selama 3 bulan aku bicara di makamah akhirnye aku di jatuh kan hukuman 3tahun di sekolah Henry Gurney oleh hakim tersebut.Masa aku dijatuhkan hukuman tu,aku terasa resah sangat kerana aku macam tak percaya yang aku akan di hantar ke sekolah Henry Gurney.

Selepas aku di hantar ke sekolah itu aku dapat melihat semua budak-budak sekolah tu badan semua besar2.Aku mula terasa resah.akhir nye aku diquarantin di sebuah blok yang di beri nama BILIK PENERIMAAN.Di situ aku memulakan kehidupan aku sebagai seorang juvana.Selepas tiga bula aku berada di situ,aku di naikkan ke blok lain mengikut kehendak kerja yang aku minta.Masa tu aku meminta untuk memasuki sekolah balik dan aktiviti petang ialah Pancaragam.Aku dapat ditempatkan kat HOUSE HANG LEKIR.Selepas aku ditempatkan di tempat tersebut,aku di tanya oleh budak2 senior,samada aku nak jadi gengster/balaci/jambu.

Maksud gengster ialah ketua/taiko.Balaci ialah org yang jadi tukang basuh baju budak senior dan jambu ialah.tak payah la bagi tau paham2 sendiri la.budak2 yang satu batch ngan aku cuma 3org jer pilih gengster.yang lain semua takut ada yang pilih balaci dan jambu.selepas aku ngan 2 org lagi pilih gengster maka start la kita org sparing(bergaduh).Setip petang mesti kita akan sparing...selama 3bulan aku hadap benda tu dan akhir nye aku dapat tempah nama kat sekolah tu.Aku dapat pangkat kepala port(maksud nye ketua gengster).Nasib aku baik sangat kerana aku bukan seorang yang kaki pukul belakang.aku mendapat jambu yang banyak dan balaci.Tetapi aku kesian melihat mereka.

Selama 2 tahun 2 bulan aku di naikkan pangkat sebagai Kapten sekolah oleh Tuan besar yang jaga penjara tu.Selepas aku di naikkan pangkat aku berasa sangat seronok kerana aku dapat pangkat yang paling besar kerana budak2 lain tak dapat keistimewaan ini.aku macam kaki mum houser master la(tuan yang jaga blok aku).Semasa aku dalam sekolah tu aku dapat banyak sangat pengajaran dan teladan.Aku belajar bagaimana nak jadi seorang insan yang berguna pada masyarakat.Aku sangat menyesal akan tindakan aku pada masa lalu.

Setelah 3 tahun berlalu aku telah dibebaskan.dan aku balik ke kampung asalku.Sekarang aku mendapat kerjaya yang bagus.Aku berasa bangga kerana Allah masih sayangkan hamba nye.Akhir nye aku hidup sederhana.

Sumber : http://gengcerita.activeboard.com/t9360558/kisah-sekolah-budak-henry-gurney/

Gambar Majlis Persandingan Farah AF2


Gambar sekitar majlis persandingan bintang Akademi Fantasia ( AF2), farah Farah Diana Anuar dan pasangannya Johan Johari.

Majlis persandingan telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Maritim Putrajaya Sabtu lalu.Agak sopan juga baju yang digayakan Farah.Ini baru betul2 perempuan melayu terakhir.ahak!









Gambar credit : Gua.com.my

Isu Pusat Hiburan Di Kedah

Dibawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh TG Nik Aziz berhubung isu pusat hiburan di Kedah.Dari pandangan aku sendiri, sebenarnya kerajaan PAS Kedah xpatut rasa malu dengan isu ini.

Sekurang kurangnya mereka telah melaksanakan hukum islam yang sebenar dan sedia mendengar pandangan dari bangsa lain.Tidak seperti dipihak sebelah sana tu yang ....
malas nak explain..korang paham sendiri lah!

ISU PUSAT HIBURAN DI KEDAH - TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.

Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat
di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.

Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?

Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.

Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh : 18 Julai 2011

Apa Yang Akan Terjadi Episod Akhir Drama Juvana

Kalau Korang ada tengok drama Juvana episod minggu lepas ( episod 11 ) , korang mesti dah tak sabar nak tengok episod Akhir kan?

Apa yang akan terjadi kepada cikgu Zakiah?Apa yang akan terjadi kepada Daim dan rakannya?Adakah Daim,Apek, dan rakan-rakannya berjaya melepaskan diri?

Dibawah antara persoalan yang mungkin akan berlaku pada episod akhir drama Juvana esok.

1) Cikgu Zakiah dirogol oleh botak
2) Daim dan rakannya berlakon kononnya mereka bergaduh sesama sendiri dan apabila guard sampai mereka pukul guard tu then larikan diri
3) Cikgu Arifin menjadi hero dan menyelamatkan cikgu Zakiah dan pelajar lain
4) Ketika daim dan rakannya diseksa dan cikgu Zakiah dirogol, Datuk & polis datang selamatkan mereka
5) Mungkin juga episod esok akan 'tergantung' dan disambungkan pula dengan Juvana 2


Sebenarnya, banyak juga persoalan yang bermain dekat kepada otak aku ni.Tetapi tak tertulis la pulak semua.hehe

Untuk pengetahuan korang, pada episod 11 rating penonton yang menyaksikan drama ini mencecah 2.9 juta orang.Adakah rating episod akhir boleh menandingi drama Nur Kasih yang berjaya mengumpul sejumlah 19 juta penonton?

Kepada korang yang nak buat koleksi drama ni dekat laptop/Pc bolehlah download dekat link dibawah

DOWNLOAD LINK

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

Jom esok ramai-ramai2 kita tunggu depan TV pukul 9 malam hanya di TV3!!

Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS

Serius menyentuh hati baca artikel luahan dari seorang peserta berbangsa cina yang menyertai perhimpunan Bersih sabtu lepas.Artikel ini adalah catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Kepada rakyat yang masih tak nampak lagi keadilan didepan mata, aku harapkan Allah bukakan hati korang yang dah karat tu.

Jom sama2 renungkan artikel dibawah..

Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.

Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.

Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.


Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu http://www.blogger.com/img/blank.gifmuncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.


sumber : MerdekaReview

Peluk dan Cium Lebih Penting Buat Lelaki ?

Bukan rahsia lagi bila kaum lelaki lebih suka menginginkan seks, sedangkan perempuan lebih senang untuk dibelai atau dipeluk. Dalam kajian terbaru menunjukkan bahawa stereotype itu mungkin telah berubah.

Sebenarnya,Kaum Adam juga memerlukan belaian dan ciuman. Pelukan dan ciuman, menurut hasil kajian bertaraf antarabangsa yang dilakukan oleh para ahli sosiologi dari Kinsey Institute of Indiana University, bahkan lebih penting dalam menentukan kebahagiaan kaum lelaki berbanding kaum wanita.

Kajian yang melibatkan lebih dari 1000 pasangan di lima negara, seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol, Brazil, dan Jepun. Responden yang terlibat adalah mereka yang berusia antara 40 dan 70 tahun.

Semua pasangan yang menjadi bahan dalam penyelidikan ini telah hidup bersama sekurangnya selama setahun ketika kajian dilakukan. Namun, rata-rata dari mereka sudah tinggal bersama selama 25 tahun.

Hasil penyelidikan menunjukkan, semakin lama sebuah hubungan terjalin, setiap pasangan mengakui semakin bahagia dan menikmati kehidupan seksnya. Namun bagi kaum Hawa, semakin lama terikat dalam suatu hubungan, mereka semakin dapat menikmati seks yang lebih baik.

Kajian yang dipublikasikan oleh Archives of Sexual Behaviour ini juga menunjukkan, peluk cium ternyata tidak banyak mempengaruhi pada kebahagiaan kaum perempuan. Sementara itu, di kalangan lelaki, mereka yang mencium dan memeluk pasangannya rata-rata tiga kali lebih bahagia dibandingkan yang tidak melakukannya.

Selain itu,menurut kajian oleh Julia Heiman, kepuasan seksual di kalangan perempuan telah meningkat seiring bertambahnya usia kerana mereka terus tumbuh dewasa dan mengalami sedikit tekanan.

"Mungkin wanita lebih puas kerana jangkaan mereka berubah, atau kehidupan menjadi berubah ketika kanak-kanak berkembang dewasa. Kami juga mengetahuinya dari kajian lain bahawa menjalin hubungan jangka panjang memberi manfaat bagi kesihatan. Kini kami boleh belajar lebih banyak tentang apa yang membuat suatu hubungan menjadi tahan lama dan bahagia," ujar Heiman.

jadi, siapa sebenarnya yang lebih menikmati pelukan dan ciuman, lelaki atau wanita?

Tepuk dada tanya hati..

Keputusan Malaysia Lawan Arsenal


Hahhh..tamat sudah game Malaysia dengan Arsenal.Tengok relex je Arsenal main macam lawan futsal pun ada.hehehe..apa2 pun tahniah juga kepada pasukan Malaya dapat mempertahankan dari bolos banyak biji

Keputusan penuh game tadi Malaysia 0 Arsenal 4.

Kita tunggu game Malaysia menentang Liverpool dan Chelsea minggu depan

MALAYSIA BOLEH!!


P/s : bengang je tadi semangat nak tengok Live dekat Astro,tengok2 tunjuk Liverpool plak Live.HuH!

Jadual Perlawanan Malaysia Vs Arsenal , Liverpool & Chelsea


Dalam kekalutan politik diMalaysia ketika ini, jangan dilupakan pula perlawanan persahabatan bolasepak yang akan berlangsung di negara kita bermula hari ini ( 13 July) apabila pasukan Harimau Malaya ( Malaysia )akan bertemu pasukan gergasi Inggeris,Arsenal.

Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung oleh Astro Supersport (817) dan sepak mula pada jam 8:45 pm (GMT +8.00) waktu Malaysia

Jika korang ingin menyaksikan perlawanan ini di stadium, korang boleh dapatkan tiket pada harga RM58, RM68, RM108 dan RM388 yang boleh ditempah melalui online di www.ticketpro.com.my dan juga di outlet2 sukan yang terpilih.


Berikut jadual perlawanan pasukan Malaysia :

1) Malaysia vs Liverpool FC, 16 Julai 2011 di Stadium National Bukit Jalil.Perlawanan akan bermula pada jam 5:45 pm (GMT +8.00) waktu Malaysia.

2) Malaysia vs Chelsea FC, 21 Julai 2011 di Stadium National Bukit Jalil.Perlawanan akan bermula pada jam 8:45 pm (GMT +8.00) waktu Malaysia.

Ayuhhh ..kepada penyokong Malaysia tak kira korang parti politik mana sekalipun jom ramai2 kita sokong pasukan bolasepak Malaysia.

MALAYSIA BOLEH!MALAYSIA BOLEH!MALAYSIA BOLEHHHHH!!!!!!!!!

100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation

Walaupun demontrasi BERSIH hanya dihadiri suku sahaja rakyat Malaysia untuk membantah kerajaan, Media Perdana boleh pusing cerita yang benar, tetapi mereka tidak boleh menyekat rakyat dari menyuarakan luahan melalui Internet.

Melalui laman Facebook 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation, rakyat menuntut supaya DS Najib meletak jawatan dengan segara.Page yang baru diwujudkan pada hari sabtu bersamaan dengan demontrasi BERSIH sehingga hari ini sudah mencapai 152,391 yang menekan button LIKE!



Yang mengejutkan aku,page itu bila direfresh 4 saat sekali, ianya akan bertambah dari semasa ke semasa.Ini bermakna setiap saat ada sahaja yang tekan button LIKE!


Pada mulanya,Admin page itu menjangkakan hanya 100,000 sahaja yang akan LIKE.Dari sambutan yang mahukan Najib mengundur diri,aku rasa angka itu akan bertambah hari demi hari.

Kalau korang juga tidak setuju dengan pemerintahan yang ada sekarang,ayuhhh LIKE ramai2 di page 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation



Korang kenal dengan Ustaz diatas?beliau adalah Ustaz Zamri pengacara TV9.Tak sangka Uztaz pun join BERSIH.Saluutee sama Uztaz Zamri!!!

Tragedi Berdarah Memali 1985

Selepas demontrasi BERSIH siang tadi, jom sama-sama kita berfikir sejenak dan mengingati kembali tragedi berdarah Memali pada tahun 1985.

Walaupun aku masih belum lahir ketika itu,tetapi aku dapat merasakan kesedihan apabila membaca artikel peristiwa ini.

Diharapkan artikel dibawah dapat memberi iktibar dan membuka minda korang betapa kejamnya kerajaan malaysia ketika itu



TRAGEDI BERDARAH MEMALI NOVEMBER 19, 1985

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.


Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak.”

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.

Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.

Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.


Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali



credit to carigold

Sekitar Demontrasi BERSIH 2.0

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.



8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.





8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.




9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag kepunyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.

9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.




9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.


9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.

Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.

Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.




9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.

10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.

10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.

Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.

10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.




10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.

10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.

Ketika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.



10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.

10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.

10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.

Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.

11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.

11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.

11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald.

Dari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.

Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya.

Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang.

11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.

11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.

11:45am: Sogo - Seorang wanita dilihat merayu kepada pihak polis supaya membebaskan suaminya yang telah ditahan selepas pasangan itu membeli-belah di Haniffa Textile.

"Polis minta saya ambil teksi, tapi tak ada teksi di sini," kata wanita itu ketika trak polis yang membawa suami beredar dari situ.

11:47pm: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menghantar tweet berkata kumpulan Patriot akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 1 tengah hari. "Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi telah ditangkap polis di stesen bas Putra."

11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."

Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.

11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

Puluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.

11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning.

12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir.

Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.

12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.

12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.

12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.

Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.

12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.

12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini,” kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.

Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.

12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.

"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.

Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek.

12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap dan kini di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.

12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.

Kumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.

12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.

Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.

12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.

Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

Enam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain.

Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.

12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.

1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Sebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

Lagi sorotan penuh demontrasi BERSIH di http://www.malaysiakini.com/news/169378

Lagi gambar dibawah.Klik untuk besarkan


Popular Posts