(Video) Mati Gantung Diri Akibat Tekanan Hidup

Sebelum korang saksikan video ini,mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah even kesalahan yang dilakukannya tergolong dalam dosa besar..

Video ini telah dikongsi oleh kawan aku sendiri yang kebetulan berada ditempat kejadian.Mengkut sumber dari kawan aku ni,si arwah merupakan seorang pelajar pandai dan pendiam.Akibat dari tekanan hidup,si arwah telah membuat keputsan untuk membunuh diri dengan menggantung dirinya sebelum keesokkan harinya ditemui oleh ibunya sendiri





Daripada Jabir bin Samurah R.A. katanya:

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:


Sama-samalah kita ambil pengajaran dari video ini.Ingat,buatlah keputusan yang RASIONAL sebelum bertindak!

Ps/s : Oh yaa..sebelum aku terlupa kepada yang minat dengan Formula 1,kalau nak tengok racing tu pada 8-10 April nanti,boleh dapat tiket Free DISINI

(Gambar) Lelaki Mana Yang Bersama Lisa Surihani Di Bilik?

Aku pun tak kenal dengan dia ni..mari kita terjah dan tanya Lisa Sendiri..

Posing Lisa paling menarik antara gambar dia yang pernah aku tengok..boleh dikategorikan 'lentik' juga lah..korang rasa cana? :)



lagi gambar lisa ketika photoshoot bersama URTV.Sila klik pada gmbar untuk saiz besar




Oh yaa..sebelum aku terlupa kepada yang minat dengan Formula 1,kalau nak tengok racing tu pada 8-10 April nanti,boleh dapat tiket Free DISINI

(Ngeri) Kepala Berlubang Kemalangan










Kerja atau Kesihatan? Korang Pilih?

Eh! korang taw tak apa yang diperlukan untuk seimbangkan antara kerja and korang punya kesihatan?Korang mesti kena taw!kalau korang tak ambik taw macam mana korang nak berada kat tahap korang sekarang kan?

Tapi korang jangan risau,sebab baru-baru nih Nestle ada buat satu Kempen yang dipanggil "Nestle Wellness Profiler Test"

Kempen Nestle Wellness Profiler Test adalah untuk bagitau kita tentang beberapa ciri gaya hidup yang sihat dan seimbang disamping cara untuk membina gaya hidup sihat.

So kalau korang nak tau,korang ni jenis yang mengamalkan hidup sihat dan permakan yang seimbang ke tak bole lah KlIK SINI


P/s : Ni masih awal taun.tak terlambat lagi kot untuk aku pun check gaya hidup aku.HAHA.mari sama2 check!

Pandu Uji Proton Exora Dan Menang RM6000


Korang masih tercari-cari kereta yang sesuai untuk keluarga atau nak cuba pandu uji kereta Proton Exora dan menang WANG tunai RM6k?

Aku ada berita baik nak share dengan korang sempena "Exora VIP Test Drive Session" yang akan bermula pada April 23, 2011.

Bagaimana caranya?Korang hanya perlu daftar secara percuma di laman web Proton ataupun terus klik link

SAYA MAHU TEST DRIVE KERETA PROTON EXORA DAN MENANG RM6K

P/s : Tuah ayah nampak dikaki tuah korang sape yang tahu?All the best :)

(Sajak ) Ada Aku Peduli?

Terima kasih kepada Dr Fauziah yang sudi berkongsi sajak ini diemail.Sama-sama ambil iktibar khasnya kepada mereka yang sudah berumah tangga

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli
jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli
berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika
isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika
isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki

Opera Mini Kini Di Telefon Bimbit!

Korang idamkan peluang untuk melayari Internet dan Facebook di smartphone seperti kawan korang yang lain? Berita baik untuk korang semua, DIGI ada tawaran hebat untuk pengguna telefon bimbit biasa juga!

Dengan DIGI, korang mempunyai peluang untuk download Opera Mini dengan PERCUMA! Ya betul, PERCUMA! bukan nak sembang KOSONG!

Mudah saja hanya perlu SMS “OPERA” dan hantar ke 2000

Bukan itu sahaja, kalau korang adalah pengguna 'Prepaid Sub', korang mempunyai peluang untuk memenangi 1MB PERCUMA penggunaan data jika korang tekan link FREE 1MB di Opera Mini korang

UNTUK INFO LANJUT,KLIK DISINI

Korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti HTC Mozart dengan membuka Opera Mini dan klik pada Refer-A Friend

Apa itu Opera Mini?

Opera Mini merupakan browser yang mampu memadatkan data sehingga 6x lebih cepat yang membolehkan korang melayari Internet dengan lebih cepat dan murah.

Jangan lepaskan promosi ini! DOWNLOAD Opera Mini sekarang!

Mengapakah Dunia Islam Berdiam Diri Krisis Libya?


Dibawah ini adalah komen seorang hamba Allah yang dihantar ke email aku terhadap perkara yang sedang berlaku di Libya dan mugkin juga aku rasa dikebanyakkan negara Islam Lain di Dunia.

Beliau mengeluarkan kenyataannya sebagai berikut

Mengapakah dunia Islam berdiam diri?

Ketegangan di negara Libya tidak pernah terjadi dalam dunia sebelum ini. Seorang penjenayah dan tidak berakal telah membangunkan negara penindas selama 42 tahun dan membawa seluruh kelengkapan tenteranya untuk membunuh rakyat awamnya di samping memusnahkan negara sendiri. Anehnya dunia Islam berdiam diri menyaksikan jenayah kejam ini.

Apakah Al-Quran tidak mengarahkan memerangi kelompok yang bertindak zalim atas kumpulan yang lain dalam negara Islam? (Surah al-Hujurat, ayat 9)

Peperangan tidak diperlukan namun mengapakah pemimpin negara Islam, cendiakawan dan ahli politik berdiam diri? Mengapakah Pertubuhan Persidangan Islam menyepi? Mengapakah Liga Arab tidak memainkan peranan mereka?

Setidak-tidaknya negara Islam mampu mengiktiraf revolusioner secara rasmi manakala pemerintah Libya serta tali barutnya diakui sebagai penjenayah perang, kemudian mereka ini dihadapkan ke mahkamah antarabangsa.

Ini boleh memanaskan para revolusioner di samping memberitakan penjenayah Libya tidak mempunyai masa depan. Meskipun ia dapat memberikan kesan untuk menghadang jenayah, namun ia masih belum memadai.

Jelas sekali semua jenayah kejam tiada tandingan ini dilaksanakan ke seluruh kota-kota Libya dan orang awamnya dibunuh. Mustahil kerajaan ini dapat memerintah lagi di waktu mendatang, apakah mereka ingin mengiktiraf secara rasmi pemerintah seperti ini?

Umat Islam mengulangi hal yang sama di Yaman dan beberapa negara Islam yang lain. Jikalau pihak Barat kelihatan berpeluk tubuh bergembira menonton perkembangan yang memusnahkan dan membunuh negara Islam ketika menggulingkan kerajaan mereka, bagaimana pula halnya dengan umat Islam yang berdiam diri?

Promosi Istimewa Kepada Kaki Urut & Spa


Kepada kaki Urut & Spa,nih aku Ada info baik punya nak share dengan korang.Zense Face & Body Treatment ada buat promosi urut & spa selama 2 jam 30 min servis hanya RM58 ( harga asal RM395) sahaja!ya hanya RM58 sahaja!

Dalam pakej ni,korang akan dapat servis seperti Essential Facial + DNA Eye & Ampoules + Neck Treatment + Seaweed Mask + Traditional dan Body Massage ( extra servis aku tak sure ada ke tak )

Dekat mana lokasi dia bro?Ok yang duduk di sekitar KL & Selangor,aku rasa korang memang patut pergi iaitu di Damansara Perdana,Petaling Jaya,selangor.


Kena ingat ya Promosi ni akan tamat 3 hari dari sekarang.cepat booking sebelum terlepas peluang.Macam mana nak booking?

CEPAT KLIK DISINI SEKARANG!


P/s : Lama dah aih aku tak p massage..ngeee!!!

Tsunami di Jepun Bukti Kiamat Semakin Dekat

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat.

Diantara kiamat kecil ialah

1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4.Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
<
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi Tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena 'Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

Thanks to : Jeming Hasan

Siapa Minat Tomok Cepat Join Contest!

Hello Followers...

Kalau korang adalah peminat Tomok,jom join peraduan dengan Stail Cornetto dalam Bahasa Malaysia.Bid untuk Tomok dan dapatkan sesi dendangan lagu istimewa daripadanya untuk melafazkan CINTA kepada couple korang

Lafazkannya dengan idea palinggggggggg kreatif korang dengan stail Cornetto untuk menambat hati couple korang! Tempoh peraduan bidaan untuk Tomok ialah pada 14 hingga 24 Mac 2011 sahaja!

Jangan tunggu lagi cepat layari Facebook CornettoLove untuk mengetahui cara bidaan!

Macam mana cara untuk join peraduan ini? mudah sahaja,klik DISINI untuk maklumat lanjut


Lama tak dengaq lagu ni.Layannnn jerrr!!hehe



Menang Duit Dengan ERA FM

Hello followers...

Korang nak menang wang tunai sekurang-kurangnya RM105 setiap jam tak? Jika ya,follow ERA fm sepanjang hari dan segera hubungi studio ERA apabila mendengar isyarat peraduan Aznil vs Muzik dan jawab soalan mudah mengenai topik 'Aznil' atau 'Muzik'.

Andai kata jawapan yang diberikan kurang tepat, wang tersebut akan di bawa ke segmen seterusnya.

Korang juga berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti TV LCD 32 Inci atau Set Teater Rumah SINGER bernilai lebih dari RM2000 di dalam slot bonus Aznil! Jadi tunggu apa lagi?

CEPAT KLIK DISINI UNTUK MENYERTAI ATAU DAPATKAN LEBIH INFO!



P/s : Semalam tengok berita,mangsa yang terkorban tsunami meningkat kepada 10,000 orang.huhu

Download Filem Kembar Siang

Kepada korang yang belum isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid™, Sila ambil perhatian bahawa promosi ini akan berlangsung dari 1st March - 31st March sahaja!Pelbagai hadiah menarik menanti korang pengguna DIGI.KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Sinopsis Filem Kembar Siang

KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan AWAL dan AWI sepasang kembar seiras. AWAL abang dan AWI adik. AWAL normal tetapi AWI sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Tetapi AWI mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luarbiasa dan sering memberi tuisyen kepada MAZLI dan IZAN, anak sekolah yang sering menemaninya. AWAL dan AWI mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka HAJI SABRAN. Pengurusan kedai runcit itu dilakukan oleh mereka berdua: AWAL jadi bos dan AWI jadi pekerja. Kedai runcit AWAL dan AWI mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik PAK DIN DUDA.

Tapi AWAL dan AWI telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai PAK DIN DUDA yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan. PAK DIN DUDA yang sudah tiga kali menduda mempunyai seorang pekerja, MAK YAM. Tetapi MAK YAM tidak dibayar gaji tetap, tetapi dibayar komisyen pada setiap jualan. MAK YAM mendapati komisyennya sangat sedikit. Kedai PAK DIN DUDA tidak dikunjungi ramai pelanggan kerana barang-barangnya yang sedikit dan harganya pula mahal. PAK DIN DUDA melihat AWI yang rajin dan mahu AWI bekerja di kedainya kerana dia sendiri lebih suka berehat dari bekerja. PAK DIN DUDA pujuk AWI dan berjanji akan carikan gadis cantik jadi isteri AWI. Tetapi rahsia PAK DIN DUDA terbongkar bila dia sendiri tak dapat membezakan yang mana AWI dan yang mana AWAL.

Kadang-kadang dia terlepas cakap pada AWAL yang disangkanya AWI. ANI, teman wanita AWAL tidak tahu boy-friendnya mempunyai adik kembar seiras. ANI tergamam bila melihat AWAL yang dikenali sebagai taukeh, bos atau pengurus kedai, tiba-tiba mengangkut tong gas, membawa barang dapur atas motorsikal roda tiga dan memarut kelapa. ANI syak AWAL cuba berselindung dan menipunya. Seorang penagih dadah yang masuk mencuri di rumah AWAL dan AWI juga tergamam dan menjerit bila mendapati AWI yang sedang tidur di dalam bilik berada di warung luar rumah waktu dia mahu melarikan diri. Di waktu yang lain budak yang sama menjerit ketakutan bila AWI yang masuk ke toilet di belakang kedai runcit tiba-tiba mendekatinya dari depan sewaktu dia mencuri makanan ringan di dalam kedai. Sekalipun AWAL dan AWI kembar seiras, tetapi mereka mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. AWAL suka keluar malam bawa girlfriend, ANI makanmakan dan menonton wayang. AWI takutkan gelap dan bila malam terus tidur.

AWAL ada kereta tetapi AWI lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse. AWI pula jika memandu kereta dalam gear reverse sahaja. AWI diperkenalkan kepada ANI oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan ANI. AWAL jadi serba salah. AWAL memujuk ANI supaya berkahwin dengan AWI. ANI merajuk dan lama mereka tidak berjumpa. Suatu hari AWAL melihat ‘ANI’ yang bertudung masuk ke kedainya membeli barang tetapi langsung tidak menegurnya. AWAL mengikuti ‘ANI’ yang menaiki skuter. AWI juga ikut. AWAL terkejut melihat bapa ‘ANI’ yang berbeza warna kulit. AWAL menemui bapa ‘ANI’, MOHAMAD RAFI dan dapat cerita sebenarnya. ‘ANI’ adalah ANA dan kembar ANI. Gadis dua beradik itu kematian ibubapa dan dipelihara oleh dua keluarga berbeza. Kedua-duanya tinggal dengan bapa tunggal bila ibu mereka meninggal dunia.

Bapa ANI, PAK WAN dan bapa ANA, MOHAMAD RAFI yang mengenali HAJI SABRAN bapa AWAL dan AWI. Katanya dia masuk jawi dengan HAJI SABRAN selepas memeluk Islam bersama isterinya. MOHAMAD RAFI juga kawan baik PAK WAN, dan pernah bekerja dengan majikan yang sama, bapa dan ibu sebenar ANI dan ANI. Mereka sudah lama tak berjumpa. AWAL beritahu bahawa ANI adalah tunangannya. AWAL mengatur pertemuan antara dua sahabat lama dan gadis kembar ANI dan ANA. Cerita berakhir dengan satu majlis persandingan tiga pasang pengantin: AWAL dan ANI, AWI dan ANA serta MOHAMAD RAFI dan MAK YAM. Antara tetamu yang terkulat-kulat melihat ketiga pasangan itu bersanding ialah PAK WAN dan PAK DIN DUDA. BUDAK PENCURI juga terkedu dan terjekil biji mata melihat dua pasangan kembar di atas pelamin.

Download Here:

DOWNLOAD FILEM KEMBAR SIANG

Video credit to : Dimensi@jiwang.org

Promosi Untuk Pengguna DIGI

Hello kawan..aku ada berita baik lagi ni nak kongsi khasnya untuk pengguna DIGI.

DiGi bakal menghujani korang dengan pelbagai ganjaran menarik setiap kali korang isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid™.Perlu diingatkan,setiap promosi menarik pasti mempunyai tempoh masa yang terhad bukan?

Promosi ini akan bermula dari 1st March sehingga 31st March sahaja! Jadi jika korang gemar mengumpul ganjaran-ganjaran menarik, tungga apa lagi?isi semula sekarang juga dengan klik DISINI

Lebih banyak korang isi semula, lebih banyaklah ganjaran yang bakal korang dapat!

Cepat! Kongsilah berita gembira ini dengan kawan-kawan korang dengan klik DISINI

P/s : Nak p dating sat ;)

Jepun Dilanda Gempa Bumi 8.9

Berita terbaru yang diterima,jepun telah dilanda gempa bumi Tsunami 8.9 skala ritcher mengikut info yang dipetik dalam laman web cnn.com



Tokyo (CNN) -- An 8.9-magnitude earthquake hit northern Japan on Friday, triggering tsunamis and sending a massive body of water filled with debris that included boats and houses inching toward highways.

The epicenter was 373 kilometers (231 miles) away from the capital, Tokyo, the United States Geological Survey said. But residents there felt the tremors.

The quake rattled buildings and toppled cars off bridges and into waters underneath. Waves of debris flowed like lava across farmland, pushing boats, houses and trailers toward highways.



Full artikel DISINI

Amaran kepada penduduk persisir pantai di Terengganu & Sabah,tsunami dijangka akan sampai di tempat ini

P/s : Teringat Tsunami dekat Indonesia,Malaysia,Thailand..hu

Tutorial Hide Title Dan Description Blog

Rasanya dah lama aku tak bagi tutorial dekat sini.Ok Malam ni,aku nak kongsikan tutorial macam mana nak hide blog tittle dan description blog


Bro,kalau hide blog title google search engine spider dapat cari blog kita tak?Tengok jawapan dibawah ni.Aku dah googlekan :)





"If your blog has quality unique contents then there is no power to stop your blog showing in search engine. Contents are always the kings!"

Ok,jangan tunggu lagi kita mulakan tutorial sekarang!


Tutorial hide blog title


1. Log masuk ke dalam akaun Blogger korang dan pergi ke bahagian Dashboard
2. Klik pada Layout >> Edit HTML
3. cari code #header h1 didalam HTML code
4. Sekarang,masukkan code display:none; dibahagian akhir code diatas
5. Boleh lihat contoh dibawah jika tak paham


#header h1 {
display: none;
padding-top: 38px;
margin: 0 14px .1em;
line-height: 1.2em;
font-size: 100%;
display:none; /*<--Masukkan dikawasan berikut */ }

6) Save Now!

Tutorial hide blog title description

1) Sama juga seperti step diatas,cari code #Header .description
2) Lihat contoh dibawah

#header .description
margin:5px 5px 0;
padding:15px 20px .25em;
line-height:1.2em;
display:none; /*<--Masukkan code dikawasan berikut*/ }

3. Save Now!

Kalau ada masalah atau error,tinggalkan komen.

Selamat mencuba!

8 Artis Wanita Perokok


Di tempat pertama (1)ialah Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap.

Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.


Di tempat kedua (2) ialah pelakon Impian Sunsilk iaitu Diana Amir. Menduduki tempat kedua kerana selain merupakan bekas penuntut USM, dia juga adalah salah seorang artis yang 'cun' di Malaysia ni. Baru-baru ini, ada pihak menulis di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa Diana ni sebenarnya adalah 'kaki seks', 'minum arak' dan 'perokok'. Cuba anda search di Google imej tentang diana. Apa nak jadi dengan artis sekarang nie, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat, memang agak susah dan sukar. Pelakon baru, Diana Amir juga tergolong dikalangan segelintir artis yang suka bersosial. Walaupun gayanya kurang menampakkan dirinya itu seorang yang sosial, tetapi, Diana Amir juga sebenarnya layan...(layan ape? hah! yang ini kite nak tahu)...rokok. Tambah memualkan dia seorang perempuan, kaum perempuan ni mestilah dengan gaya lemah lembut dan sopan, tetapi Diana Amir nampak lebih advance dalam dunia artis yang diceburinya.


Artis di tempat ketiga (3) pula adalah Aflind Shauki dan isterinya. Si 'Buyot' (nama glamour dalam filem Buli) ni nampak saja 'skema' dalam filem Papadom tapi di dunia realiti, lihat sajalah.

Tetapi dalam meniti era kegemilangannya..Afdlin tampak tidak profesional dalam pengurusan peribadinya. Rata-rata ramai yang tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan..Dan gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan dia merupakan seorang perokok. Lihat saja di tangan dia dan isterinya itu. Jika ditanya pada tuan empunya badan, pasti jawapannya 'super impose'. Untuk makluman anda, gambar seperti ini tidak boleh di 'super impose'kan...




Di tempat keempat (4) pula adalah pelakon sinetron Soleha yang memegang watak isteri kedua kepada watak Ikram lakonan Rionaldo, iaitu Zaskia Adya Mecca. Tentu para pembaca tertanya-tanya, mengapa artis Indonesia juga termasuk ke dalam senarai ini kan? Jawapannya adalah kerana tidak ada bezanya industri seni Malaysia ataupun Indonesia, kerana yang pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton karya-karya dari seberang. Ya kan? Pernahkah anda terfikir bahawa Zaskia ini adalah perokok dan mempunyai tatoo.






Di tempat kelima (5) ialah Fasha Sandha. Akibat penyebaran secara berleluasa gambar di atas, Fasha Sandha akhirnya telah membuat pengakuan yang dia sememangnya merokok. Namun dia bukanlah seorang heavy smoker, cuma kadang-kadang (social smoker) sahaja.

Fasha Sandha telah memberitahu yang gambar di atas telah diambil oleh kenalannya di suatu majlis. Fasha Sandha sendiri telah melihat gambar di atas menggunakan Blackberry miliknya.




Di tempat keenam (6)
ialah Sazzy Falak. Sazzy memang dikenali dengan gaya urbannya. Gambar ini menunjukkan Sazzy sedang memegang puntung rokok ini diambil ketika Sazzy bersama-sama Yasmin Hani dan rakan-rakannya yang lain di sebuah parti. Di sebuah laman hiburan, menyatakan bahawa Sazzy sememangnya perokok. Tapi, kadang-kadang je


Seterusnya di tempat ketujuh (7) pula ialah Shariffah Sofea. Gambar ini dirakamkan ketika Shariffah Sofea bersama-sama Jue Aziz dan Jehan Miskin di sebuah kelab malam.


Yang terakhir (8) ialah bekas peserta Gadis Melayu 3 Sharifah Jasmine Soraya. beberapa gambar lagi menunjukkan Jasmine sedang bercumbu dengan pasangan wanitanya.

P/s : credit to : ceritartis

Lawak Temuduga Polis

Ajoi dan Sumardi pergi interview jawatan Polis.Dalam ujian tersebut, seorang pegawai polis menguji kepantasan mereka.

Polis: “Ini ialah gambar suspek, cuba kamu ceritakan apa yang kamu ingat tentangnya.(Sambil penemeduga menunjukkan sekeping gampar suspek dalam masa 5 saat kemudian ditutup cepat-cepat)

Ajoi:”Kacang jer tu tuan, kami akan dapat tangkap dia dengan cepat, kerana dia hanya ada satu mata sahaja!”

Polis:”Weyyy…satu mata sebab gambar dari tepi lah!”

Kemudian Polis menunjukkan gambar tersebut kepada Sumardi pula.

Sumardi: “Aha, senang jer tuan, dia hanya ada satu telinga!”

Polis:”Lagi sorang nih…satu telinga sebab gambar dari tepi lah!”"takde jawapan lain ker? Pening pala aku!”

Tanpa putus asa, pegawai polis penemuduga tu memberi lagi satu peluang kepada Ajoi dan Sumardi.

Polis menunjukkan gambar tersebut sekali lagi kepada Ajoi dan bertanya dengan nada keras. “Ini gambar suspek, bagaimana kamu mengenalinya?” Dia menyambung lagi “Berfikir sebelum memberikan jawapan!”

Ajoi merenung gambar itu sejenak, dan berkata “Suspek menggunakan contact lens..!”

Pegawai Polis tersebut teruja dan kagum,kerana dia sendiri tidak tahu bahawa suspek memakai contact lens atau tidak.

“Wah, sebuah jawapan yang hebat. Tunggu sebentar, saya lihat dulu datanya, apakah dia pakai contact lens atau tidak”.

Beberapa minit kemudian pegawai polis datang dengan tersenyum.

Polis: “Wow, saya seperti tidak percaya, BETUL! suspek memang menggunakan contact lens!, hebat!, bagaimana kamu boleh meneka dengan sedetail ini?”

Ajoi : “Mudah sangat tuan”. “DIA TIDAK BOLEH PAKAI CERMIN MATA KERANA HANYA ADA SATU MATA DAN SATU TELINGA!”

Polis: WTF! “….”

P/s : pening pala den.haha :))

Bangga Tak Kalau Ada Iphone4?

Dulu kalau nak beli iphone4 mesti kena pakai line kan?hehe..sekrang tak lagi!korang klik SINI je kalau nak tau lebih lanjut


Aku nak ingatkan korang,promosi ni sampai 3 april je!so cepat2!..kalau lambat nanti terlepas la peluang baik ni..


layan la dulu beb video ni..mesti korang tak sabar2 nak tau apa yg menarik dlm artikel ni kan?hehe





P/s : Best kot pakai iphone4 wehhh :)

CEPAT KLIK DISINI SEKARANG!! :)

Surat Terbuka Pelajar Kepada Datin Seri Rosmah Mansor

Remaja yang baru menjangkau usia 19 tahun,Muhammad Muizzuddin yang pernah menyuarakan pandangan melalui 'Surat Pelajar Kepada PM' kali ini tampil dengan luahan terbaru kepada isteri PM Datin Seri Rosmah Mansor.

Sama-sama kita baca dan sebarkan supaya dapat 'membuka mata' DS Rosmah

Surat Terbuka daripada seorang pelajar untuk Datin Seri Rosmah Mansor


Assalamualaikum Datin Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, andai diizinkanNya, Julai nanti genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansur yang saya hormati,

Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
Datin Seri,

Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,

Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

a dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

Isu IFF dan ISLAM
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.

Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!

Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASA

Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!


Datin Seri,

Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,

Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!

credit to : WanGhost

Layan Konsert Maroon 5 Dengan Maxis

Aku minat Maroon 5! Aku minat suara Vokalis dia Adam Levine!

Nah ada berita baik kepada peminat band Maroon 5.Mereka dikhabarkan akan membuat persembahan secara live di KL.Wau gempak tuu!!!

Apa yang lebih menarik lagi,sekarang MAXIS ada menawarkan korang 30% diskaun tiket untuk melihat persembahan Maroon 5.Diskaun ini akan diberi dengan pembelian salah satu daripada 5 telefon bimbit rockstar HTC,HTC 7 Mozart, HTC Desire Z, HTC HD7, HTC Desire, HTC Wildan.

Cepat dapatkan telefon HTC korang sebelum kehabisan!Jangan lupa ajak kawan-kawan semua.Untuk maklumat lanjut,

KLIK DISINI



P/s : Aku minat kot lagu she will be loved.Meh kita layan dlu.hehehe



Popular Posts