Cek Nuffnang Cash Cek Atau Tidak?

Macam mana bulan ni dengan income Nuffnang korang?ada bagus ke atau dok merangkak-rangkak lagi?nasihat aku kalau income korang still slow,jangan putus asa dan teruskan berblogging dan dapatkan traffic (pelawat) dari Malaysia seramai mungkin kerana nuffnang lebih utamakan pelawat dari Malaysia untuk membolehkan korang dapat buffered earning.

Ok,berbalik kepada tajuk kita iaitu adakah check nuffnang 'cash check' atau tidak?Cash check ni merupakan check yang membolehkan kita terus tunaikan duit nuffnang dikaunter dengan cepat.Kiranya tak payah la kita tunggu check tu clear dalam masa 2-3 hari.

Kepada yang pernah terima duit dari nuffnang,mungkin artikel ni tidak sesuai kot untuk korang.Tapi kalu nak baca juga boleh saja.hehe


Sebelum aku terima payment,aku ada tanya dekat nuffnang pnya staff adakah check yang dihantar nuffnang merupakan cash check atau tidak.

Dalam masa sehari sahaja,aku sudah dapat jawapan dari mereka yang mengatakan check itu bukan cash check.So,ini bermakna check yang kita dapat tu tak boleh la kita tunaikan secara cepat dikaunter bank.Kena tunggu dalam masa 2-3 hari waktu bekerja baru boleh check nuffnang clear di akaun bank kita.

Agak kecewa juga la check nuffnang bukan cash check.Tapi tak apa lah,lambat sikit tak apa yang penting duit nuffnang masuk ke akaun bank sudah.

Diharapkan artikel aku ni dapat memberi satu lagi info baru buat korang tentang nuffnang.

10 Tips Cipta Produk Sendiri


Zaman sekarang,menjual barang diinternet lebih mudah dan cepat selain menjimatkan kos,masa,dan tenaga.Selain itu ia dapat mengembangkan lagi bisnes dan juga network korang.

Jika korang merancang untuk mencipta produk sendiri dan menjualnya di internet, berikut 10 tips yang boleh korang cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian.

1.Sentiasa membawa ke mana-mana sebuah buku nota kecil dan sebatang pen.Korang harus sentiasa bersedia pada setiap detik jika secara tiba-tiba korang mendapat idea. Jika tidak dicatat idea tersebut,aku pasti korang akan mudah lupa.


2.Idea yang datang secara tidak diduga tidak harus korang edit.Tulis sahaja, kemudian barulah korang fikirkannya semula walaupun idea tersebut ‘gila-gila’ dan tidak masuk akal sekali pun pada awalnya.

3.Mulakan mencari idea berdasarkan hobi korang. Ada kebarangkalian yang tinggi untuk korang mengembangkan sepuluh idea berlainan lagi hanya daripada salah-satu daripada hobi korang.

4.Kenangkan kembali pengalaman-pengalaman korang yang silam.Mungkin korang mempunyai pengalaman bekerja di sesebuah tempat yang menarik di mana perkongsian pengalaman tersebut amat bermanfaat untuk dikongsi bersama orang lain.Korang boleh mencipta produk
informasi berkaitan bidang pekerjaan korang yang lalu.

5.Baca akhbar harian untuk melihat apakah isu-isu semasa yang menjadi topik perbualan hangat. Jika ia adalah suatu masalah,korang boleh fikirkan penyelesaiannya dan dari situ bangunkan suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menyelesaikan masalah
masyarakat di sekeliling.

6.Lawati perpustakaan atau kedai-kedai buku dan majalah. Di sana terdapat pelbagai buku dari pelbagai tajuk dan niche. Mana tahu dari situ korang akan mendapat idea baru untuk mencipta produk dalam sesuatu niche. Jika terdapatnya buku bagi sesuatu niche atau
bidang itu, ada kemungkinan besar yang niche tersebut menguntungkan
atau profitable.

Sebab apa? Sebab dia mudah saja, jika terdapat buku atau majalah dalam sesuatu niche itu yang terjual sehingga kini, sudah tentulah ada orang yang membelinya. Ada orang yang membeli, maksudnya adalah proses jual beli di situ.

7.Tengok dan kaji setiap iklan di TV. Dari situ mungkin korang akan dapat idea untuk keluarkan produk informasi. Pelbagai niche yang diketengahkan oleh iklan-iklan tersebut. So, the next time ada iklan di TV, jangan mengeluh atau tukar siaran. Kaji dan cuba jana idea untuk hasilkan produk sendiri yang berkaitan.

Ini juga boleh kita jadikan salah-satu indicator untuk nak tahu samada niche dalam iklan itu profitable atau pun tidak. Sudah tentulah ianya menguntungkan dan buying niche. Kalau tak, tak kan lah pihak pengiklan sanggup menghabiskan wang ribuan RM untuk stesen-stesen TV macam TV3, ntv7 dan sebagainya menyiarkan iklan mereka.

8.Buat research di Clickbank Marketplace. Di situ terdapat berpuluh-puluh niche berbeza. Bukan takat niche buat duit. Kembangkan minda korang sikit. Cipta produk informasi berdasarkan niche yang ada di situ. Jangan hanya fikirkan niche buat duit.

9.Pastikan idea produk yang bakal korang cipta tu menyelesaikan masalah orang lain. Tak guna kalau buat produk yang korang syok sendiri. Tanya diri korang, adakah produk tersebut boleh menyelesaikan sesuatu masalah.

10.Tanya pada diri korang soalan-soalan berikut :

Produk korang mengenai apa? Siapakah yang bakal membeli produk korang? Mengapa mereka harus beli produk korang dan bukan produk orang lain? Bilapada kebiasaannya produk tersebut akan dibeli? Bagaimana para pelanggan korang boleh membeli produk korang dengan cara semudah yang boleh?

P/s : Sumber asal www.AspirasiCyber.com

Gambar Menarik Simbol Tentera Amerika

Gambar ini diambil pada awal abad 20, oleh fotogrpher berbangsa Inggris iaitu Arthur S. Mole dan John D. Thomas.

Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan tentera Amerika berbaris membentuk simbol-simbol sejarah Amerika.











Rozita Che Wan Cakap Dia Masih Dara

Benarkah khabar angin yang mengatakan Rozita Che Wan masih dara?korang semua mesti tertanya-tanya mana mungkin si janda dah beranak pinak ni boleh jadi dara balik sedangkan sah2 dah kena tebuk!

Apa bukti Rozita masih dara?Ok,jangan gopoh2..baca dulu artikel ni bagi habis.Aku tau korang yang masuk entry ni mesti x sabaq2 nak tengok gambar rozita masih dara bukan?Yelah..minah tiptop ni pantang orang ceta sikit ja pasal dia..mesti ada saja sambutan hangat..janda mantap katakan..hahaha!!

Edisi panas pisang goreng malam ni menerjah kisah disebalik Rozita Che Wan masih DARA!




Nampak tak dekat mana Rozita masih dara?aku rasa mamat belakang dia tu kot dara lagi.rozita still macam tu gak la.hahahahaha!!

Minta maaf la kalau entry aku ni buat korang benci,tak suka,menyampah,meluat,sakit hati dan sebagainya.Actually,aku terfikir nak buat entry ni selepas baca 1 thread di forum.

baca reply dari 1st page sampai la nie... sakit perut aku baca komen korang... ntah apa2 ntah.....lawakkkkk


virgin or tak tarak kisah.yg penting mesti mauuu..!!!


dekat atas ni antara komen2 dekat forum tu..Memang sambutan gila hangat thread ni.Ada yang marah,ada yang suka,ada yang layan ja..haha..

Tp bagi aku syok la baca komen2 diorang kat sana.Memang lawak habis.Kalau korang rasa malam ni macam bosan ka,mood tak elok ka..p la baca dekat forum tu.mesti korang akan gelak guling2..hahahaha!!

Klik SINI

Batu Kristal Gergasi





P/s : Bapak best kalau dapat amek semua batu kristal tu bawa balik umah.hehe!!!

Lagi Bukti Saiful Bukhari Penipu


Ini dia lagi bukti permainan penipu BESAQ saifool bersama koncu-koncunya yang entah apa2 jer..Makin bersemangat plak aku nak review pasal kes dia ngan anwar.

Kalau dah nama penipu, pemfitnah tu macam-macam cara Allah akan bukakan aib.Cuma lambat atau cepat saja..Entry lepas,aku ada bagi bukti dimana saifool juga pernah buat ugutan dengan salah seorang kenalannnya di friendster.Kalau korang terlepas entry tu,boleh tengok dekat sini

Siapa si tali barut yang bersubahat nak jatuhkan Anwar tu?nama dia Papagomo.Mamat ni lah kaki fitnah, selalu timbulkan isu yang bukan-bukan untuk mengelirukan rakyat, lebih-lebih lagi pembaca blog dia.Dari nama pun dah tau dia ni jenis orang2 macam saifool ni gak.hahaha!!!




Korang mesti tertanya tanya macam mana screenshot wall FB diorang ni boleh tersebar bukan?Dari info yang aku dapat,akaun facebook si Papagomo ni kena hack!padan muka korang penipu besar!tengok Allah S.W.T dah tunjukkan bukti satu persatu agenda jahat yang korang cuba mainkan.

20 Amalan Murah Rezeki


Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah aku. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas.

Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2. Memperbanyakan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain


Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalinkan silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Credit : http://laman- seri.blogspot.com

Hepatitis B Punca Ramai Yang Mati


Artikel malam ni aku nak review sikit pasal penyakit yang aku rasakan merbahaya juga kalau tak dirawat iaitu Hepatitis B.Sebelum ni tak berapa nak tau sangat sal ni.Selepas aku baca 1 info sal penyakit ni,terus rasa nak buat artikel sikit.haha

HEPATITIS B adalah jangkitan hati yang serius disebabkan virus hepatitis B (HBV). Bagi sebilangan orang, jangkitan itu boleh bertukar menjadi kronik sehingga membawa kepada kegagalan hati, barah hati atau sirrosis (keadaan yang menyebabkan hati berparut untuk selama-lamanya) .

Mengikut statistik, hepatitis B kronik menduduki tangga ke 10 dalam carta punca kematian paling utama di seluruh dunia dengan kira-kira 350 juta orang dijangkiti sepanjang hayat.


Malah, hepatitis B kronik juga menjadi punca 80 peratus daripada barah hati utama dunia. Dianggarkan setiap tahun kira-kira 1.2 juta individu meninggal dunia akibat penyakit hati kronik yang berkaitan dengan hepatitis B. Di Malaysia, dianggarkan 5.24 peratus penduduk mengalami hepatitis B (kira-kira 1.3 juta).

Secara saintifiknya, hepatitis B berpunca daripada virus hepatitis B yang menyerang sel hati. Virus ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak ketika proses kelahiran atau menerusi pemindahan darah atau pendedahan terhadap darah dan bendalir lain daripada pesakit.

Virus ini 100 kali lebih berjangkit daripada HIV, dan kebanyakan orang tidak menyedari mereka dijangkiti. Ini kerana gejala penyakit hepatitis B mungkin tidak muncul dengan serta-merta. Justeru, ramai pesakit hepatitis B kronik mengambil sikap sambil lewa dalam mendapatkan pemeriksaan. Sikap ini juga mungkin didorong oleh kurangnya pengetahuan mengenai program rawatan yang khusus untuk mengawal virus hepatitis B.

Ada juga kes membabitkan segelintir doktor yang tidak mengetahui wujudnya protokol rawatan untuk pesakit hepatitis B. Ini menyebabkan timbulnya salah anggap oleh pesakit yang berasakan mereka tiada harapan untuk mendapatkan rawatan.

"Sikap segelintir doktor itu adalah masalah yang serius kerana pesakit yang tidak mendapatkan rawatan kemungkinan besar akan berhadapan komplikasi penyakit yang lebih serius seperti penyakit hati kronik, sirrosis dan kanser hati.

"Oleh itu, pesakit hepatitis B seharusnya didiagnosis supaya dapat ditentukan sama ada rawatan diperlukan atau tidak selain jenis dan tempoh rawatan yang sesuai. Walaupun ada sebilangan pesakit yang tidak memerlukan rawatan serta-merta, mereka ini juga harus mendapatkan nasihat doktor supaya komplikasi penyakit boleh dielakkan,"


Gejala Penyakit

Bagi sesetengah orang, hepatitis B menunjukkan simptomnya pada peringkat awal (terutama bagi bayi dan kanak-kanak) tetapi bagi sesetengah yang lain pula tanda awal tidak kelihatan. Secara umumnya gejala hepatitis B akan muncul 12 minggu selepas korang dijangkiti dan ia boleh terjadi sangat serius atau pada tahap lemah.

Rawatan Hepatitis B

Ada banyak rawatan hepatitis B yang ada di pasaran. Antaranya Sebivo yang dilancarkan Novartis Corporation (Malaysia) Sdn Bhd. Sebivo adalah ubat oral sekali sehari yang boleh diambil bersama atau tanpa makanan. Ia berfungsi dengan mengekang HBV secara pantas dan berkesan di kalangan pesakit dewasa yang menunjukkan tanda-tanda penggandaan virus dan radang hati aktif.

Pelan rawatan bagi pesakit hepatitis B kronik bergantung kepada peringkat penyakit itu. Justeru, penting untuk pesakit menemui doktor secara berkala untuk pemeriksaan walaupun mereka tidak memerlukan ubat buat masa ini.

Ini bagi menentukan rancangan pengurusan dan jenis terapi yang sewajarnya berasaskan keadaan mereka.Pengesanan awal amat penting kerana ia boleh mencegah kerumitan serius yang dihadapi pesakit pada masa depan dan membantu meningkatkan kualiti kehidupan.

P/s : Sama2 la kita sediakan payung sebelum hujan ..hehe


Tips Besarkan Buah Dada

Petua dan tip aku nak bagi malam ni memang sesuai bangat kot buat perempuan.Kalau laki-laki nak try pun ok what?hahaha..

Bagaimana untuk menegangkan payudara?kalau setakat besar saja tak tegang tak guna jugak kan?lelaki zaman sekarang ni mau yang jenis mantap ja.Kalau setakat besar je,memang tak layannnn..

Wahai sahabat2 perempuanku,korang mesti dah tak sabar bukan?yela,nak besarkan payudara tu.tip ni untuk anda!jom followw..


Petua 1:

Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau.

Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih.

Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.

Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’.

Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.

Petua 2:


Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik.

Ramas labu tersebut tika masih suam.

Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit.

Lakukan 2 kali seminggu.


Petua 3:

Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman.

Buat 3 kali seminggu.

Petua 4:

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.


P/s : Selamat Mencuba :)

Ragam Feshen Ke Pasaraya





















Tip Elak Meroyan


Kelahiran bayi yang dinantikan selama ini seharusnya memberi sinar baru dalam kehidupan. Anda sepatutnya bergembira dengan kelahiran si manja. Namun yang demikian, terdapat segelintir ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut ‘meroyan’.

Dianggarkan kira-kira 80% ibu mengalami masalah sebegini dan 10% daripadanya terjadi pada tahun-tahun pertama selepas ibu melahirkan bayi mereka. Sehubungan itu, terdapat doktor yang boleh mengesan masalah ini sejak daripada ibu hamil lagi. Namun yang demikian, jumlahnya terlalu kecil. Doktor-doktor tersebut biasanya merupakan doktor yang biasa dikunjungi oleh ibu bagi setiap kehamilannya.


Dengan itu, doktor berkenaan mudah bertindak balas dari awal lagi untuk menghalang masalah kemurungan daripada terus berlanjutan. Dalam pada itu, sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti insomnia, tidak boleh menumpukan tumpuan sewaktu melakukan sebarang jenis kerja, mudah tersentuh sehingga mengalirkan air mata, tidak berselera makan, bimbang tanpa ada sebab dan yang seumpama dengannya, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar ginekologi dan obstetrik anda secepat mungkin. Ini kerana simptom-simptom itu adalah antara petanda anda mengalami masalah post partum. Sebelum terlambat, lebih baik anda mencegahnya terlebih dahulu.

Terdapat beberapa teknik lain yang boleh anda praktikkan untuk mengatasi masalah ini. Caranya mudah sahaja. Anda perlulah bersikap realistik dan jangan sesekali mengharapkan sesuatu yang di luar kemampuan anda sendiri.

Berikut adalah cara-cara yang boleh membantu anda menghalang kemurungan selepas bersalin.

1. Sesuaikan diri

Sememangnya memikul tanggungjawap sebagai seorang ibu adalah berat, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali melahirkan bayi. Anda perlu peruntukkan masa 24 jam untuk melayan karenah bayi yang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada anda. Namun, anda masih perlu memenuhi tuntutan ini walaupun kadangkala mengadu kepenatan. Untuk itu, anda perlulah bersikap positif dan menyesuaikan diri dengan peranan baru. Lihatlah tanggungjawap anda itu sebagai satu lagi tugas baru yang menyeronokkan dalam kehidupan anda.

2. Rehatkan diri


Luangkan sedikit masa sekurang-kurangnya 10 minit dengan berehat sebentar seperti melakukan meditasi ataupun mandi. Paling tidak pun, tarik nafas panjang untuk meleraikan keletihan. Dengan yang demikian, anda dapat mengelakkan diri daripada bermurung. Hasilnya, anda akan lebih tenang dan dapat menjalinkan hubungan dengan bayi dengan lebih rapat.

3. Tidur


Ini merupakan terapi yang paling hebat! Bayi biasanya mengambil masa yang panjang untuk tidur di siang hari. Jadi, salah satu cara untuk anda mengatasi kemurungan ialah dengan mencari masa untuk melelapkan mata sewaktu bayi tidur. Jadi, anda dapat berehat sebentar. Gunakan masa tersebut untuk menggantikan semula tidur anda yang sering terganggu di malam hari. Usahlah anda menyibukkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan pada lain masa. Yang penting, anda mendapatkan tidur yang mencukupi untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

4. Bersenam

Ibu yang rajin bersenam sebelum dan selepas bersalin cenderung untuk memiliki emosi yang lebih setabil. Namun, sekiranya anda terdiri daripada golongan yang malas bersenam, masih belum terlambat untuk mengubahnya. Tidak perlulah anda melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar senaman ringan sahaja. Lakukannya secara santai dan bersahaja. Matlamat anda sekarang bukan untuk menguruskan badan tetapi untuk membantu diri berasa lebih tenang bagi menghindari masalah kemurungan.

5. Usah risau

Bagi yang bekerja sepenuh masa, anda tentu mempunyai perancangan kerja yang tersendiri. Anda mungkin perlu menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mempastikan perjalanan kerja berjalan lancar. Ada juga sesetengah ibu yang mempunyai sikap cerewet dalam melaksanakan sesuatu kerja. Setelah bergelar ibu, anda mungkin hanya mampu menghabiskan sebahagian daripada senarai kerja berkenaan sahaja. Jadi, anda risau kerana tidak mampu menyempurnakannya sebaik mungkin. Jangan begitu! Mulai sekarang, belajarlah untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel. Beri peluang kepada diri sendiri. Berikan waktu tambahan bagi melakukan sesuatu kerja. Anda juga boleh mengajar minda untuk menyudahkan kerja yang berbaki pada keesokkan harinya pula.

6. Bantuan

Dapatkan bantuan sama ada daripada ahli keluarga mahupun kawan-kawan sewaktu anda perlu melakukan tugas-tugas penting. Sebagai contoh, anda boleh meminta ibu, kakak atau adik untuk menjaga anak sewaktu anda perlu menghadiri tugasan luar kawasan dan sebagainya.

7. Kawan

Mengasingkan diri akan menambahkan lagi kemurungan. Ketahuilah! Bukan anda seorang sahaja yang mengalami masalah sebegini. Ramai lagi ibu lain di luar sana yang menghadapi masalah yang sama. Jadi, adalah lebih baik jika anda mencari kawan-kawan yang turut mengalami masalah yang sama seperti anda. Dengan itu, anda dan mereka dapat berkongsi pengalaman sekali gus dapat membantu anda menjaga bayi dengan lebih baik.

8. Belajar

Masa untuk anda menecap keseronokan bergelar ibu masih lagi panjang. Pada mulanya, anda mungkin agak sukar menyesuaikan diri. Pada ketika inilah perasaan tidak menentu akan muncul. Ingat! Anda dan bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri masing-masing. Ambillah masa dan bergembiralah menjadi seorang ibu.

9. Tiada yang sempurna

Lazimnya, golongan yang mengalami masalah kemurungan ialah orang yang mementingkan kesempurnaan. Apabila anda tertekan, ia secara tidak langsung akan mendorong kemurungan. Anggapan bahawa anda bukanlah seorang ibu yang tidak boleh menjalankan tugas dengan baik adalah tidak benar. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang sempurna.

Sumber : http://laman-seri.blogspot.com

Bahasa Itu Indah


BAHASA merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis. Percakapan atau tulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna mendalam dan juga mampu menyentuh perasaan.

Justeru, Islam menggalakkan umatnya menggunakan bahasa yang indah dan baik-baik apabila bertutur. Rasulullah SAW sendiri berdakwah menggunakan bahasa yang paling baik dan halus dan tidak pernah menggunakan bahasa yang kesat dan kasar dalam pengucapan baginda. Sifat ini seharusnya dicontohi terutama sekali para remaja supaya dapat menggunakan bahasa yang baik dan teratur dalam percakapan seharian.

Luqman Al-Hakim juga berpesan dengan anaknya, menggunakan istilah 'wahai anakku' yang menggambarkan kelembutan seorang ayah dalam menasihati anaknya sehingga termaktub dalam al-Quran (Luqman:12-19)


Penulis buku motivasi terkenal, La Tahzan (Jangan Bersedih), Dr. Aidh Abdullah al-Qarni juga ada berkata dalam suatu temuramah, "Islamlah yang mengajak orang untuk memiliki kebebasan berekspresi. Tapi ada dua syarat dalam hal ini. Jangan sampai menghina suatu agama dan, kedua, jangan sampai merosak dan memfitnah orang lain." Ini menunjukkan bahawa bersuara tidak mengehadkan batas pemikiran manusia, tetapi harus dilakukan dengan batas lingkungan yang benar dan beretika.

Namun dapat diperhatikan senario pada hari ini, ialah penggunaan bahasa yang semakin kasar dan kadangkala juga boleh menggugat keimanan. Ia terserlah dalam penggunaan bahasa di kalangan muda-mudi termasuk remaja, dalam blog penulisan, bait lagu dan puisi, serta dalam rancangan di televisyen atau radio. Penggunaan bahasa pasar dan bahasa kasar sememangnya kurang enak didengar, namun itulah realiti yang terpaksa ditelan hari ini.

Persoalannya :

1. Adakah rancangan-rancangan tidak akan laku sekiranya tidak menggunakan bahasa yang indah dan teratur?
2. Adakah setiap program memerlukan jenaka yang kadangkala berlebihan dan kurang sedap didengar untuk menarik perhatian penonton?
3. Adakah bahasa yang digunakan dalam lagu misalnya tidak melambangkan sikap dan jiwa sebenar seseorang itu?

Oleh itu, remaja perlu berfikir secara mendalam akan penggunaan bahasa agar ia tidak menyinggung perasaan orang lain sekali sekalipun untuk menyatakan kebenaran.

Antara gurauan dan igauan

Dalam menggunakan bahasa, perkara-perkara seperti sebutan, ejaan, kosa kata, tanda baca dan sebagainya dipanggil tatabahasa dan ia merujuk kepada struktur dan binaan ayat. Manakala peraturan-peraturan bagi memilih bentuk sapaan, ganti nama, bentuk hormat, dan perbuatan menyentuh orang, mengiktiraf taraf sosial, taraf pendidikan, usia orang dan lain-lain pula boleh dipanggil sebagai budi bahasa.

Budi bahasa adalah sesuatu yang penting apabila bertutur dan berkomunikasi, walaupun sedang berjenaka dan bergurau. Yang menjadi masalahnya ialah apabila ramai antara kita yang cuba bergurau tetapi menggunakan bahasa yang kurang enak didengar dan kadangkala mengaibkan orang lain. Islam tidak melarang berjenaka dan bergurau, tetapi tidak harus berlebih-lebihan. Menghiburkan diri dengan jenaka atau kata-kata gurauan boleh menghilangkan kerisauan hati tetapi dalam masa yang sama ia kadangkala mengundang sensitiviti kepada orang yang terlibat dan mendengar.

Oleh itu, remaja harus sentiasa berhati-hati agar tidak menyinggung perasaan sesiapa dan pastinya kita mengharapkan perbuatan yang serupa daripada orang lain juga. Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik dan hati memproses emosi.

Apabila seseorang memberi tindakbalas yang positif, secara automatik emosi akan berasa ceria dan bersemangat dan begitulah sebaliknya. Apatah lagi sekiranya berjenaka tentang agama yang bermaksud untuk memperlekehkan agama. Ia mungkin berlaku tanpa disedari, sebagai misalnya berlawak mengenai hukum-hakam yang sudah sedia maklum wajib dilakukan seperti bersolat, berpuasa, dan asas-asas rukun Islam dan rukun Iman yang lain. Ada juga yang tanpa sedar berjenaka mengenai tuntutan yang wajib dilakukan seperti menutup aurat, menjaga kewajipan dengan jiran dan guru, poligami dan sebagainya.

Paling tidak pun, bergurau dengan memendekkan istilah-istilah yang baik seperti astaga, La'ilah, dan sebagainya dengan tujuan menimbulkan rasa geli hati kepada pendengar. Semua ini akan menjejaskan keimanan walaupun dilakukan tanpa sedar dan niat.

Adalah menjadi suatu kebiasaan pula di masa kini untuk menyelitkan lawak jenaka dalam majlis-majlis ilmu. Sesetengah orang berpendapat bahawa tanpa jenaka sesebuah ceramah akan menjadi bosan dan tidak menarik. Mungkin ada benar. Dan mungkin juga ia kurang tepat. Bagaimana ilmu boleh disampaikan secara berkesan sekiranya disampaikan dengan lawak dan terlalu santai? Apakah matlamat sebenar apabila berceramah? Memastikan matlamat seminar tercapai atau membuat orang ketawa?

Justeru, penggunaan bahasa dalam bergurau dan jenaka mesti digunakan sebaik-baiknya kerana dibimbangi boleh membawa interpretasi yang salah yang menyinggung manusia dan hukum-hukum Allah. Sekiranya ia dilafazkan untuk meredakan ketegangan minda dan sekadar menaikkan suasana ceria, bolehlah dilakukan sekadarnya. Apa yang penting, gurauan dan jenaka bukanlah jalan untuk mengalih dan menutup pintu kebenaran. Kerana apabila manusia sudah terlalu gembira, kadangkala mereka terlupa akan isu pangkal dan fokus sebenar.

Syirik tanpa sedar

Selain itu kita juga sering disajikan dengan lagu-lagu, sajak, drama atau filem yang menggunakan bahasa-bahasa yang menggambarkan cinta manusia lebih unggul daripada cinta kepada Allah SWT.

Lambakan lagu yang menggunakan istilah seperti 'tidak boleh hidup tanpamu', 'hidup matiku hanya untukmu' dan sebagainya menggambarkan bahawa manusia seolah-olah telah menjadi hamba kepada cinta dan manusia bergantung kepada manusia yang lain sedangkan Allah telah menjadikan manusia dengan kemampuan dan kelebihan yang tersendiri.

Terdapat juga lagu-lagu yang tanpa kita sedari menyalahkan takdir atas musibah yang berlaku, sedangkan dalam Islam kita harus percaya kepada ketentuan qadar dan qada yang Allah tentukan. Lagu digambarkan seolah-olah hidup akan hancur selepas kehilangan sesuatu atau seseorang, ataupun sedangkan kita dituntut untuk bersabar, percaya dan bertawakal kepada Allah.

Begitu juga dengan nyanyian, iaitu pada dasarnya ia tidak sepatutnya melekakan apatah lagi memuja-muja sesuatu selain Nya yang boleh membawa ke arah syirik.

Menggunakan perkataan seperti dewa, dewi, idola dan lain-lain sebagai manifestasi kepada orang yang dicintai adalah sesuatu yang salah. Sungguhpun ia digunakan untuk menggambarkan betapa agungnya kecintaan terhadap seseorang, ia menyalahi konsep bahawa yang perlu diagungkan adalah Tuhan yang kekal abadi, dan bukan manusia dan dunia yang fana ini. Harus diingat bahawa pengucapan kepada manusia tidak boleh melebihi tingginya kuasa Allah. Malang sekali apabila radio dan stesen TV juga menyiarkan lagu ini sewenangnya tanpa berfikir akan implikasinya apabila ia menjadi siulan ramai.

Memang tidak salah para remaja menjadi orang-orang yang dinamik dalam menggunakan istilah dan konsep. Tetapi setiap istilah terkandung makna dan makna dalam istilah agama berkait rapat dengan al-Quran dan hadis. Seperti juga orang-orang Barat mengemukakan istilah-istilah tertentu untuk dipopularkan, tetapi ia terkandung maksud yang bercanggah atau tidak serasi dengan tradisi dan budaya orang Islam. Orang Barat mengguna pakai sesuatu istilah, kadang-kadang berkait rapat dengan tradisi, budaya dan pancaran daripada sistem kepercayaan atau agamanya.

Para remaja yang hidup dalam negara merdeka amat mustahak menjaga kepentingan jati diri. Memelihara jati diri tidak semestinya menyebabkan para remaja menjadi tertutup terhadap pengaruh baik daripada budaya dan tradisi orang lain. Budi bahasa yang baik sememangnya menyenangkan hati semua orang dan lebih baik disertakan dengan perbuatan yang yang baik. Bak kata pepatah Melayu, 'Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa'.

Kesimpulan


Penggunaan bahasa dalam komunikasi seharian bukan kecil fungsinya. Penggunaan bahasa yang tepat dan benar memberikan makna mendalam dan struktur yang kukuh dalam menyampaikan sesuatu maksud. Untuk bercakap mengenai kebenaran, tidak semestinya dalam nada yang keras dan kasar. Ia boleh disampaikan dengan nada yang lembut, tetapi tegas dan berprinsip. Untuk berbeza pendapat juga tidak semestinya meninggi suara atau melukakan, tetapi harus dibalas dengan ilmu, fakta dan berbudi bahasa. Oleh itu, remaja harus berupaya membezakan antara yang baik dan buruk, serta tidak hanya terikut-ikut sesuatu perkataan atau perbuatan hanya dikatakan untuk mengikut peredaran zaman.

Sumber : Utusan Malaysia

Jangan Terlalu Taksub


Kes 1

Ani berumur 18 tahun dan lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang. Ibubapanya begitu menyanjung Ani dan mengatakan yang dialah satu-satunya harapan keluarga. Segala apa yang Ani kehendaki dipenuhi. Ani dipelihara umpama menatang minyak yang penuh.

Pada satu hari berlaku kemalangan dan Ani cedera parah lalu meninggal dunia. Kedua ibubapa begitu sedih dan terharu dengan apa yang berlaku.

Kes 2

Azhar merupakan anak bongsu tunggal lelaki dan dia begitu disayangi oleh kedua ibubapanya. Ibubapanya pilih kasih dan begitu menyayangi Azhar seorang sahaja kalau dibandingkan dengan adik beradiknya yang lain hingga mereka berasa cemburu.

Malangnya Azhar membesar menjadi penagih dadah dan menyusahkan kedua ibubapanya hingga kini.


Kes 3

Amir begitu mecintai kekasih yang kemudiannya menjadi isterinya. Katanya isterinya itu merupakan perempuan yang punya pakej serba sempurna, punya kecantikan, pelajaran, kerjaya yang baik dan sebagainya.

Setelah berkahwin beberapa bulan tembelangnya pecah. Isterinya seorang yang pemalas, pemarah, berkira dan sebagainya hingga pergaduhan dan pertengkaran berlaku saban hari.

Kes 4

Ada yang taksub pada rupanya hingga dibaling asid, ada taksub pada kereta atau rumah sampai sanggup menghias berpuluh ribu ringgit hinggalah ia kemalangan atau terbakar. Ada yang taksub pada jam dan handphone canggihnya hingga ia hilang atau dicuri, ada yang taksub dengan harta dan kemewahannya hinggalah dia jatuh bankrap, ada yang taksub dengan makan hingga dia menjadi gemuk atau sakit dan sebagainya.

Kesimpulannya, bila kedua ibubapa terlalu taksub dan menyayangi salah satu anaknya lebih dari yang lainnya, bila suami atau isteri begitu taksub kepada pasangannya, bila kita begitu taksub kepada benda, makhluk dan kejadian yang lain maka tanpa disedari ia boleh membawa padah.

Mari kita ambil kisah Nabi Ibrahim AS sebagai iktibar.

Nabi Ibrahim AS berdoa kepada Allah selama 70 tahun untuk mendapatkan anak sebelum doa itu dimakbulkan Allah Taala. Setelah mendapat anak Nabi Ismail, fokus baginda yang selama ini hanya kepada Allah Taala telah bertukar kepada anaknya. Dalam hal ini baginda telah disuruh mengambara selama 7 tahun. Sepanjang 7 tahun itu baginda masih tak dapat melupakan anaknya itu. Bila genap 7 tahun baginda balik tetapi disuruh pula menyambung mengembara tanpa turun dari untanya selama lagi 3 tahun.

Di penghujung cerita Nabi Ibrahim AS menerima wahyu untuk menyembelih anaknya itu Nabi Ismail AS bagi menunjukkan kesanggupan dan kepatuhannya kepada Allah Taala yang melebihi kasih sayangnya pada anak tunggalnya itu dan inilah yang Baginda lakukan dengan rela dan redha.

Apa iktibarnya?

Dalam kes ini pada pendapat saya secara khususnya bila kita terlalu taksub kepada seseorang anak itu, terlalu kasih dan sayang padanya maka di situlah kita akan diuji. Ini adalah kes ketauhidan, janganlah sesekali hilang tumpuan kepada Allah. Janganlah bertuhankan selain Allah Taala. Syirik jadinya nanti. Tindakan menduakan Allah Taala ini hanya mengundang kemurkaaan Allah dan silap hari bulan balasan jugalah yang bakal kita terima.

Dalam artikel ini saya kisahkan beberapa sampel yang pernah saya nampak dan kaji. Mungkin anda juga ada sampel yang ingin anda kongsikan dengan saya. Tulislah di ruangan komen atau emelkan cerita anda kepada saya.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda

Sumber : http://faizalyusup.blogspot.com

Kenapa Orang Jepun Suka Raba Perempuan?

Pada entry lepas,aku ada tulis sebab kenapa orang jepun tak ramai ada akaun Facebook.Malam ni nak buat review sikit kenapa ramai lelaki jepun paling kerap meraba perempuan di tempat awam.haa!!

Bagi korang yang kaki tengok cerita blue++kuning,mesti korang pernah tengok wabak diamana lelaki jepun p londeh/meraba perempuan semasa naik bas,berebut-rebut ataupun semasa masuk atau keluar dari LRT?

Ok,rasanya dekat Malaysia ni pun ada gak mamat2 gila sex yang buat perangai macam japanese.Lebih2 lagi kot belah KL sana la.Kalau dekat belah kedah mana nak ada LRT.haha(masih ketinggalan)

Tahukah korang,Fakta yang dilaporkan oleh Japan Times,setiap tahun seramai lebih kurang 1800 lelaki ditahan kerana meraba-raba bahagian sulit wanita.Pada tahun 2004 saja, kajian ke atas wanita berumur 20-an hingga 30an dan sebanyak 64 % meyatakan mereka diraba di dalam tren.


Lelaki yang suka meraba disebut "chikan" dalam bahas Jepun. Mangsa cuma 2% orang saja yang membuat laporan polis. Pada tahun 2008 jumlah lelaki meraba bertambah lagi iaitu 2416 kes di Tokyo, Kanagawa, Chiba dan Saitama.
Apa yang lebih menarik,di Jepun telah wujud satu laman web yang berkongsi cara dan pendapat bagaimana cara untuk meraba dan melepaskan diri dari ditangkap ataupun kantoi semasa meraba.

Laman web itu berupa perbincangan dan online chat room berkongsi cara-cara meraba.Jepun ada gerabak khas buat wanita saja yang tak dibenarkan untuk penumpang lelaki.

Fuh!gila dasyat kan orang jepun ni?

Alahai Senyumlah Selalu..

WHAT PART OF QUIET DIDN'T YOU UNDERSTAND??

EVERYONE NEEDS TO FEEL SECURE....
COULDN'T HELP IT MA, THAT FIRST STEP IS A KILLER..
NOW WHAT DO I DO???





IT'S IN THERE SOMEWHERE, I JUST KNOW IT!!
I REALLY NEED TO GET GOING, BUT JUST CAN'T SEEM TO GET MOTIVATED.............
MAN...I'M GETTING SO FAT I CAN HARDLY SCRATCH MY OWN BUTT!!
THESE MORNING WALKS ARE KILLING ME!!!!
Korang sudah tersenyum hari ini?

mari kita senyum2 lagi :)








P/s : Pastikan hari2 korang disulami dengan senyuman kerana senyum itu sedekah.

Popular Posts