Telur Dan Ayam Yang Mana Dulu?


Aku terfikir untuk menulis entry ni selepas aku dengar seorang pendengar HOT FM yang konfius selepas 40 tahun dia hidup,dia masih lagi dok blur antara telur ayam dan ayam yang mana dulu.

Aku rasa macam nak tergelak pun ada.Tapi bila aku fikir2 balik memang menjadi tanda tanya juga persoalan pasal telur ayam dan ayam ni.So,aku pun buat la kaji selidik mencari sumber2 yang boleh dipercayai.

Artikel dekat bawah ni antara info dan persoalan yang mungkin dapat membantu korang jika korang pun masih dok blur macam seorang pendengar HOT FM tu .hehehe


Teka-teki klasik antara telur dulu atau ayam dulu mungkin terjawab dengan penemuan fosil sarang dinosaurus di Kanada. Di sarang yang dibuat 77 juta tahun lalu itu masih kelihatan jelas bekas kumpulan lima butir telur.

"Karakteristik sarang tersebut mirip dengan sarang burung," ujar Francois Therrein, dari Royal Tyrell Museum Alberta, Kanada. Ini bererti bahawa dinasour lebih dulu membuat sarang sebagai tempat mengeram telurnya sebelum burung melakukannya. Selama ini, sejumlah pakar evolusi mengatakan burung berkembang dari dinasour

Ukuran sarangnya berdiameter sekitar setengah meter dan diperkirakan seberat 50 kilogram. Di dalamnya setidaknya terdapat bekas 12 cangkang telur yang masing-masing berukuran panjang 12 sentimeter dan tersusun rapi serta mengarah ke satu titik.

"Berdasarkan bentuk telur dan sarangnya, kami yakin sarang tersebut buatan seekor caenagnathid atau raptor kecil, kedua duanya pemangsa dan memiliki kekerabatan yang erat dengan burung,"

P/s:Itulah antara serba sedikit info yang aku dapat kumpulkan dari pelbagai sumber.Sejauh mana kebenaran disebalik persoalan ini?aku pun tak pasti :)

Gambar Terbaru Planet Mars
















P/s : Gambar terbaru Mars yang diambil menggunakan kamera super canggih dari ketinggian 300KM

10 Makanan Paling Disukai Pelancong Di Indonesia

Indonesia memang terkenal memiliki budaya yang beragam, bermula dari rumah adat, tarian, budaya dan tak ketinggalan adalah makanan.Dekat bawah ini merupakan makanan indonesia yang paling disukai pelancong asing kalau berkunjung ke Indonesia.

Soto Betawi


Nasi Goreng




Nasi Kuning


Pecel Lele


Gudeng


Ketoprak


Siomay


Bakso


Sate


Gado-Gado


Macam Mana Nak Buat Blog

Malam ni aku nak bagi tutorial sikit macam mana nak buat blog dengan menggunakan platform Blogger.com (Blogspot).Selain Blogger.com,Wordpress.com juga merupakan satu lagi platform yang popular untuk buat blog.

Kepada yang baru nak berjinak jinak untuk menghasilkan sebuah blog,korang kena fokus betul-betul dengan tutorial ini.Artikel ini sangat ringkas dan hanya memerlukan beberapa step sahaja untuk ada blog!

Step 1 :



1)Pergi ke laman web http://www.blogger.com
2)Seterusnya,korang akan dapat lihat seperti gambarajah diatas.
3)Klik CREATE A BLOG (lihat digambarajah diatas)


Step 2 :



1)Masukkan Email Address (pastikan email korang itu wujud)
2)Ulang Email address sekali lagi
3)Masukkan Password korang
4)Ulang sekali lagi password yang dimasukkan tadi diruangan Retype Password
5)Masukkan nama korang di ruangan Display name
6)Jika korang bersetuju untuk menerima info dari blogger,korang boleh tick diruangan Email notifications (lihat gambarajah diatas)
7)Diruangan Word Verification,sila masukkan perkataan yang diberi
8)Diruangan Acceptance of Terms,pastikan tick checkbox I accept the Terms of Service
9)Seterusnya,klik CONTINUE


Step 3 :


1)Masukkan tajuk blog korang diruangan Blog title.contohnya "Macam Macam Ada" atau sebagainya
2)Seterusnya,masukkan alamat blog korang diruangan Blog address (URL).Contohnya "blogsaya" atau sebagainya
3)Klik CONTINUE

Step 4 :


1)Seterusnya,korang akan dibawah ke page Choose a template (lihat gambarajah diatas)
2)Korang mempunyai 12 pilihan template untuk diguna pakai.Jika korang tidak suka dengan template yang diberikan,boleh download di sini
3)Selepas berpuas hati dengan template yang dipilih,klik CONTINUE

Step 5 :


1)Akhir sekali,korang akan dibawah ke page Your blog has been created! (lihat gambarajah diatas)
2)Ini bermaksud korang sudah berjaya menghasilkan sebuah blog!
3)Langkah seterusnya,klik pada START BLOGGING untuk post artikel.

Sekian tutorial ringkas buat blog dengan menggunakan Blogger.com. Jika ada masalah,jangan malu dan segan untuk tinggalkan komen.Jumpa lagi pada tutorial seterusnya!

Kisah Seorang Isteri

Artikel dekat bawah ni berkisahkan cerita disebalik seorang isteri yang aku dapat melalui email.Sama2 ambil iktibar dari kisah tersebut

Beratnya hati saya utk menulis kali ini..bukan takut dikritik, tetapi bimbang akan jadi perbalahan lagi. Sejujurnya, bila berlaku semua ini saya dapat melihat keikhlasan sahabat2 saya. Indahnya persahabatan yang tiada ada sebarang syarat dan balasan. Mereka yang memberikan sokongan kepada saya adalah mereka yang belum pernah bertemu dan bersua muka dengan saya. Mereka yang tidak pernah berchatting atau bersms dengan saya sebelum ini. Dan tulisan kali ini saya dedikasikan kepada mereka semua.

Tahun 2007, seorang wanita muda berusia 26 tahun datang ke ofis saya dengan wajah yang muram dan suram. Sepupunya merupakan pelajar di UIA dan pelajar itulah yang membawa wanita itu ke ofis saya. Saya bertanyakan wanita yang bernama A itu.."Apa yang saya boleh bantu puan?" "Panggil saya A saja Dr...tak payahlah panggil puan." A kemudiannya menyambung perbualannya. ."Dr, saya nak bercerai dengan suami saya". Saya terkejut kerana dia betul2 kelihatan tekad ingin bercerai. A memberitahu saya dia baru saja mendapat seorang cahayamata yang berusia 2 bulan waktu itu.Pernikahannya baru berusia 18 bulan.



"Kenapa nak bercerai?Suami tak berikan nafkah ke?" Wanita muda ini menjawab, "Tak dr, dia berikan saya RM300 seminggu." saya bertanya lagi utk kepastian, "RM300 seminggu atau RM300 sebulan?"?Dia menjawab setiap minggu RM300, sebulan jumlah nafkah yang diberikan RM1200. Suaminya turut membayar duit ansuran bulanan utk keretanya. Dia tidak bekerja dan mempunyai seorang pembantu. Terdetik di hati saya, bertuahnya wanita ini kerana suaminya boleh dikatakan bertanggungjawab dari sudut nafkah zahir.

Saya menyambung lagi.."jadi kenapa puan nak bercerai? Anak pun masih kecil kan?" Wanita ini mula menangis dan saya menghulurkan kotak tisu kepada dia. Dia memberitahu saya, "dari segi kewangan memang dia baik dr, tapi setiap hari dia menghina saya.saya dah tak tahan dr."

Saya bertanya lagi, "menghina yang macamana?cuba jelaskan kepada saya." A kemudiannya memberitahu saya, setiap hari suaminya mengherdiknya dengan kata-kata, "perempuan bodoh! perempuan tak sedar diri."

"Kenapa suami cakap macam tu?" A kemudian memberitahu saya, dia cuma anak org kampung dari utara tanahair, manakala suaminya pulak anak orang kenamaan di KL. "Saya tahu saya ni orang kampung, mak ayah saya pun tak kaya raya, tapi dia yang masuk meminang saya.Bukan saya masuk meminang dia dr.." Saya terdetik di hati, betullah tu..kalau dah orang terima pinangan kita, bersyukurlah. kalau tak terima kan susah jugak.?

"kalau sekali dua tak ape, ni setiap hari dr.hati saya ni rasanya dah macam retak seribu.tapi bila fikirkan anak, rasa tak tergamak pisahkan anak drpd ayahnya. kalau tak mahu cakap i love you pun tak ape dr. tapi saya dah tak tahan terima semua ni. padahal sayalah yang patut cakap dia tak sedar diri dan tak sedar diuntung." Saya tersentak dan bertanya lagi, "Apa maksud awak"?

"sebenarnya dr, dulu saya kerja di sebuah company besar. bila bertunang, dia minta berhenti.saya berhenti sebab sayangkan dia walaupun gaji dah besar masa tu. seminggu sebelum bernikah dr tahu apa jadi?" saya berkata, "Ceritalah, saya dengar". Ada org beritahu saya tunang saya pernah tidur dengan pelacur. saya rasa nak pitam dr, tak percaya...tapi org tu cakap, kalau tak percaya, tanyalah tunang saya sendiri."?Saya bertanya, "habis tu, awak ada tak tanyakan kpd tunang awak?"?Dia mengangguk dan menyambung cerita, "dia mengaku dr..memang betul tapi cuma sekali. dan saya tanya dia, gunakan kondom tak masa tu? katanya ya guna."?jadi disebabkan dia jawb gunakan alat tu lah saya cekalkan hati terima dia.lagipun dr, semua persiapan dah dibuat. tinggal 5 hari nak kenduri.saya tak mahu mak ayah saya malu."

Saya terdiam....dan wanita muda ini menyambung, "Saya tak bersyukur atau dia yang tak bersyukur dr? saya sanggup berkorban demi cinta pada dia. Berbaloikah saya terus bersabar menerima kata2 bodoh dan tak tahu diuntung?"

Perbualan kami berlangsung hampir sejam setengah..apa nasihat saya kepada dia saya rahsiakan kerana bimbang ada yang mengatakan saya nak menunjuk2. Moral of the story...selain wang ringgit, nafkah zahir dan kekayaan dunia.lebih ramai wanita yang mahukan kasih sayang dari seorang suami.bukan kata2 pujian tetapi kata-kata baik yang mengeratkan lagi hubungan sesama suami isteri. bukannya susah sangat pun nak ucapkan kata2 yang baik itu.tetapi kadang2 kita terlupa..hati manusia bukan dibuat daripada kayu atau batu. semua manusia ada hati dn perasaan.kita perlu berhati-hati dengan tuturkata kita. Para isteri juga ada yang bermulut laser, jadi..fikirkanlah perasaan suami sebelum bercakap atau mengeluarkan kata2 yang beracun.

pepatah Arab ada menyebut, lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. pedang tajam itu sepatutnya digunakan hanya utk mempertahankan diri bila perlu.bukan utk menyakiti hati org lain, terutamanya isteri yang banyak berkorban utk suami dan anak2. isteri yang menerima kekurangan suami sedanya..isteri yang menerima dan memaafkan kesilapan silam suaminya. Ingatlah satu perkara, "kalimah atau kata2 yang baik itu juga sedekah.."

2 bulan selepas pertemuan saya dan A...saya menerima panggilan daripadanya. "Dr, alhamdulillah dia dah ada banyak perubahan walaupun belum sepenuhnya. Terima kasih dr, saya harap kita dapat berjumpa lagi dan minum teh bersama-sama. kalau dr free...call lah saya.kita pergi hi-tea ya. banyk benda saya nak ceritakan."

sudah 3 tahun berlalu...saya tidak pernah keluar minum teh dengan wanita itu.bukan tidak sudi, tapi keadaan belum mengizinkan. perkembangan terbaru yang saya tahu..dia telah selamat melahirkan anak kedua tahun sudah. Alhamdulillah. Kepada para isteri saya cuma mampu meminta bersabar dan berusaha mengubah keadaan.Jangan mudah mengalah..perkahwin an bukan seperti membeli barang emas.jika berkenan yang baru, kita jualkan yang lama. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci, jadi cuba pertahankan sedaya upaya kita.jika tiada lagi kesabaran dan kasih sayang di jiwa, kalau ditakdhdirkan berpisah..lakukan dgn baik.Jangan ada benci dan dendam kesumat di antara suami dan isteri.kerana jika dendam kesumat berlaku..anak2 lah yang akan jadi mangsa.

Manusia Makanan Burung (18sx)











P/s : gambar-gambar dekat atas ni bukan diedit ok?mengikut info yang aku dapat,ini merupakan 1 cara mayat disemadikan di Tibet.Sejauh mana kebenaran fakta ini,hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tau! :)



(Pelik)Buah Kesusu



Buah Kesusu atau nama saintifiknya Prainea limpato merupakan sejenis buah yang dianggap unik kerana mempunyai rupa bentuk yang tidak seperti buah-buahan yang lain. Buah ini dikatakan berasal dari Borneo, namun menurut rujukan ia juga dipercayai terdapat di Semenanjung Malaysia. Selain nama kesusu, nama lain yang digunakan ialah seperti Buruni, Ematak, dan Karon.


Gambar di atas merupakan peringkat di mana buah yang masih putik memenuhi setiap ranting pokok. Benjolan akan mula keluar sedikit demi sedikit pada buah yang putik sehingga lengkap sepenuhnya menyerupai buah sebenar.



Buah yang telah masak akan bertukar warna oren hijauan. Cara nak makan buah ini ialah dengan memulas benjol tersebut dan terus masuk ke dalam rongga mulut. Lidah anda akan merasai sedikit masam dan kadangkala sedikit manis.

Korang semua pernah lihat ke buah ini? Di mana ? Bila ?

sumber : http://fazlisyam.com

Fahami Yang Tersirat Dalam Hati Suami

Berapa tahun korang mendirikan rumah tangga? Ada yang kita temui mengakui sudah bertahun-tahun bersama suami, tetapi masih tidak mengenali hati budi suami masing-masing. Kalau yang baru berkahwin tidak menjadi masalah kerana mereka baru hendak mengenali hati masing-masing. Namun kadang-kadang mereka tidak mengambil kesempatan pada masa itu untuk mengenali satu sama lain.

Apabila sudah mengenali kegemaran dan kebencian pasangan, carilah jalan tengah supaya masing-masing boleh menerima seadanya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak sempat melakukan semua itu pada awal perkahwinan, boleh belajar untuk memahami sikap suami dan isteri dalam pergaulan harian. Dibawah ini ada beberapa tip dan cara bagaimana untuk mengenali hati dan sikap pasangan.





Paparan diatas adalah kajian secara rawak dalam kalangan umat Islam. Lazimnya isteri tidak faham maksud itu, lalu bertindak sebalik sehingga berlaku pergaduhan antara suami isteri. Contoh yang paling dekat ialah no 6.Apabila suami berbuat begitu, isteri mensyaki sesuatu terhadap suaminya. Dia segera mengenakan syarat yang berbagai-bagi macam!

Suami sebenarnya tidak mahu poligami tetapi kadang-kadang sikap suami itu seperti doakan pula. Akhirnya suaminya kahwin lain. Jadi, betulkan sikap demi keharmonian rumah tangga.

Fahrin Bengang Difitnah Linda


“Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?”

Itu antara luahan Fahrin Ahmad berhubung kenyataan Linda Onn yang dikatakan cuba memfitnah Fahrin didalam laporan dua akhbar, baru-baru ini.

Dalam muka hadapan akhbar Metro hari ini,gambar Fahrin kelihatan sedang menangis akibat dari kenyataan Linda yang mengatakan Fahrin seorang Kaki Pukul dan tidak pernah menghormati perempuan


“Ini bukan keputusan mudah dan saya ambil masa panjang untuk ambil tindakan undang-undang ini. Sebelum ini, saya hanya berdiam diri tetapi kini keadaan tidak terkawal, menyebabkan saya tertekan dari aspek psikologi dan mencalar maruah saya.

“Biarpun pada mula saya anggap perkara sebegini remeh, sebaliknya apa yang dilaporkan menerusi dua akhbar ini menjadi bukti kukuh untuk saya ambil tindakan undang-undang. Kedua-dua artikel ini mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan saya berperangai macam itu"


Fahrin yang hadir bersama peguamnya Tengku Naufal & Co memberikan tempoh 7 hari kepada Linda untuk memohon maaf secara terbuka,penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar dia tidak mengulangi perbuatan itu dan surat tuntutan ganti rugi.

Sumber : www.ceritartis.blogspot.com

Sejarah Masjidil Haram


“Sesungguhnya rumah yang mula-mula di bangunkan untuk tempat beribadat manusia ialah Baitullah yang terletak di Makkah ” al- Imran, ayat 96.

Sejarah Ka'bah

Ka’bah adalah bangunan suci Muslimin yang terletak di kota Mekkah di dalam Masjidil Haram. ia merupakan bangunan yang dijadikan patokan arah kiblat atau arah solat bagi umat Islam di seluruh dunia. Selain itu,ia merupakan bangunan yang wajib dikunjungi atau diziarahi ketika musim haji dan umrah.

Ka’bah berbentuk bangunan kubus yang berukuran 12 x 10 x 15 meter . Ka’bah disebut juga dengan nama Baitallah atau Baitul Atiq (rumah tua) yang dibangunkan pada masa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail setelah Nabi Ismail berada di Mekkah atas perintah Allah.


Kalau kita membaca Al-Qur’an surah Ibrahim ayat 37 yang berbunyi “Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezeki mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur”,

Ka’bah telah wujud sewaktu Nabi Ibrahim AS menempatkan isterinya Hajar dan bayi Ismail di lokasi tersebut. Jadi Ka’bah telah ada sebelum Nabi Ibrahim.



Ketika Nabi saw berusia 30 tahun,saat itu beliau belum diangkat menjadi rasul.Bangunan ini dibina kembali akibat banjir yang melanda kota Mekkah pada ketika itu. Sempat terjadi perselisihan faham antara ketua suku atau kabilah ketika hendak meletakkan kembali Hajar Aswad.Namun berkat hikmah Rasulullah, perselisihan itu berjaya diselesaikan tanpa kekerasan dan pertumpahan darah.


Pada zaman Jahiliyyah sebelum diangkatnya Rasulullah saw menjadi Nabi sampai perpindahannya ke kota Madinah, ka’bah penuh dikelilingi dengan patung - patung yang merupakan Tuhan bangsa Arab padahal Nabi Ibrahim as yang merupakan nenek moyang bangsa Arab mengajarkan tidak boleh mempersekutukan Allah, tidak boleh menyembah Tuhan selain Allah yang satu, tidak ada yang menyerupaiNya dan tidak beranak dan diperanakkan.

Setelah pembebasan kota Makkah, Ka’bah akhirnya dibersihkan dari patung - patung tanpa kekerasan dan tanpa pertumpahan darah.

Selepas itu, bangunan ini diuruskan dan dipelihara oleh Bani Sya’ibah sebagai pemegang kunci ka’bah dan pemerintahan serta pelayaran haji diatur oleh pemerintahan yang adil iaitu pemerintahan khalifah Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Muawwiyah bin Abu Sufyan, Dinasti Ummayyah, Dinasti Abbasiyyah, dan Dinasti Usmaniyah Turki.

Pada zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as, Stuktur asa bangunan Ka’bah terdiri atas dua pintu dan pintunya terletak diatas tanah, tidak seperti sekarang yang pintunya terletak agak tinggi. Namun ketika Renovasi Ka’bah akibat bencana banjir ketika Rasulullah saw berusia 30 tahun,bangunan ka’bah dibuat hanya satu pintu serta ada bahagian ka’bah yang tidak dimasukkan ke dalam bangunan ka’bah yang dinamakan Hijir Ismail (lihat gambar)yang diberi tanda setengah lingkaran pada salah satu sisi ka’bah.Ketika itu pintunya dibuat tinggi letaknya supaya hanya suku Quraisy yang boleh memasukinya.



Hajar Aswad


Hajar Aswad merupakan batu yang dalam agama Islam dipercayai berasal dari syurga. Yang pertama kali meletakkan Hajar Aswad adalah Nabi Ibrahim as. Dahulu kala batu ini memiliki sinar yang terang dan dapat menerangi seluruh jazirah Arab. Namun semakin lama sinarnya semangkin malap dan hingga akhirnya sekarang berwarna hitam. Batu ini memiliki aroma wangi yang unik.Sehingga kini,batu Hajar Aswad tersebut diletakkan di sisi luar Ka’bah sehingga mudah bagi seseorang untuk menciumnya.Mencium Hajar Aswad adalah Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Pada awal tahun gajah, Abrahan Alasyram penguasa Yaman yang berasal dari Habsyah atau Ethiopia, membangunkan gereja besar bertujuan untuk menghancurkan Ka’bah dan memindahkan Hajar Aswad supaya dapat mengikat bangsa Arab untuk melakukan Haji ke Sana. Abrahah kemudian mengeluarkan perintah supaya penyerangan terhadap Mekkah dan dipimpin olehnya dengan pasukan gajah untuk menghancurkan Ka’bah. Beberapa suku Arab menghalang pasukan Abrahah, tetapi pasukan gajah tidak dapat dikalahkan.

Abrahah telah mengirimkan utusan kepada penduduk kota Mekkah bahawa mereka tidak akan bertempur dengan jika mereka tidak menghalang penghancuran Ka’bah. Abdul Muthalib,ketua suku Quraisy, mengatakan bahawa ia akan mempertahankan hak-hak miliknya, tetapi Allah akan mempertahankan rumah-Nya, Ka’bah.Hari berikutnya, ketika Abrahah bersiap untuk masuk ke dalam kota,kelihatan burung-burung yang membawa batu-batu kecil dan melemparkannya ke pasukan Ethiopia.Kesannya semua orang telah terbunuh.Kejadian ini diabadikan Allah dalam surah Al-Fil.

Makam Ibrahim



Makam Ibrahim bukan kubur Nabi Ibrahim sebagaimana banyak orang berpendapat. Makam Ibrahim merupakan bangunan kecil terletak di sebelah timur Ka’bah. Di dalam bangunan tersebut terdapat batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Hajar Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di saat beliau membangun Ka’bah bersama sama puteranya Nabi Ismail. Dari zaman dahulu batu itu sangat terpelihara, dan sekarang ini sudah ditutup dengan kaca berbentuk kubbah kecil. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim yang panjangnya 27 cm, lebarnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat orang ramai.

Multazam

Multazam terletak antara Hajar Aswad dan pintu Ka’bah berjarak kurang lebih 2 meter. Dinamakan Multazam kerana dilazimkan bagi setiap muslim untuk berdoa di tempat itu. Setiap doa dibacakan di tempat itu sangat diijabah atau dikabulkan. Maka disunahkan berdoa sambil menempelkan tangan, dada dan pipi ke Multazam sesuai dengan hadis Nabi saw yang diriwayatkan sunan Ibnu Majah dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash.

Akhir kata,semoga artikel “Ka’bah” ini boleh membawa mangfaat, menyejukan hati dan menambahkan semangat kita dalam mengenal dan mencintai rumah Allah S.A.W





Popular Posts