Home » » 14 Hari Tanpa Panties (Valentine Day)

14 Hari Tanpa Panties (Valentine Day)

KUALA LUMPUR: Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor mengecam kempen ‘no panties’ (tanpa seluar dalam) yang dipromosikan di kalangan penuntut wanita di institut pengajian tinggi (IPT) sempena Hari Kekasih, Ahad ini.

Ketua Wanita JIM Selangor, Dr Ruziaton Hasim, berkata amat menyedihkan apabila usaha itu tidak dilihat sebagai tindakan menjijikkan di kalangan penuntut wanita malah disambut dengan gembira.

“Perkara ini amat mengecewakan kerana reaksi sedemikian datang daripada golongan penuntut Melayu yang seharusnya memiliki nilai kesopanan, kecerdasan minda serta intelek yang baik.


“Golongan penuntut yang terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat sebegini sebenarnya ditipu pihak yang mempromosikan kempen terbabit.

“Wanita JIM Selangor berharap agar semua pelajar wanita terutama golongan Muslim menjauhi promosi itu kerana kempen itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta amalan murni masyarakat,” katanya, semalam.

Harian Metro Isnin lalu turut melaporkan Persatuan Ulama Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memerangi iklan kurang ajar yang menyeru pasangan muda-mudi Islam meraikan Hari Kekasih termasuk saranan agar gadis tidak memakai seluar dalam ketika keluar dengan pasangan.

Berikutan tindakan itu, Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) yang bernaung bawah Persatuan Ulama Pulau Pinang dengan kerjasama Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) serta Komuniti Suara Kehidupan (Kosuke) akan melancarkan kempen ‘Jerat Hari Kekasih’.

Jurucakap Unggas, Nurfitri Amir Muhammad, berkata sepanjang kempen berkenaan, pihaknya turun padang dan mengedar 3,000 poster serta cakera padat (CD) mengandungi ceramah kesedaran di asrama institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah bagi mencegah remaja Islam menyambut Hari Kekasih.



P/s : Memang bangang+bodoh+bengap la sapa2 yang sambut kempen yang macam ni.Umum dah tau Valentine day ni memang tak boleh disambut dikalangan orang islam tetapi kenapa perlu ada kempen macam ni?huh!

-Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts