Home » , » Guilin Tempat Selesa Untuk Melancong

Guilin Tempat Selesa Untuk Melancong

Bandaraya Guilin merupakan tempat yang menarik untuk melancong dan membeli belah. Ia menyediakan tempat-tempat penginapan yang mencukupi dan sempurna untuk pelawat dari hotel-hotel mewah dan sederhana ke hostel dan rumah tumpangan dengan harga yang berpatutan.

Pengunjung tidak perlu risau mengenai tempat penginapan apabila hendak berjalan-jalan di kawasan beli belah terkenal di Lorong Zhengyang atau melawat tempat tarikan pelancong seperti Taman Bintang Tujuh, Bukit Belalai Gajah dan Taman Xishang kerana semuanya terletak di sekitar bandaraya.

Mereka boleh membeli belah dengan selesa dan berkunjung ke tempat-tempat menarik dengan mudah kerana adanya kemudahan pengangkutan yang sempurna. Selain itu kedai-kedai makan dan restoran ada di mana-mana di sekitar bandaraya, hanya menunggu ketibaan pelanggan.


Ini termasuk mereka yang beragama Islam. Ada beberapa kedai makanan halal untuk pelawat dari Negara-negara Islam yang kebanyakannya terletak berhampiran masjid.

Ada empat buah masjid di sekitar bandaraya yang akan memudahkan pengunjung untuk bersolat selepas puas menikmati pemandangan menarik lanskap Guilin dan membeli belah. Semuanya berada dalam kawasan bandaraya yang mudah untuk sampai

Masjid ini terletak berhampiran Sungai Taohuajiang di tengah-tengah bandar iaitu di pangkal Jalan Minzu dengan Jalan Nanhuan dan Jalan Xicheng. Ia sebuah masjid besar dua tingkat bercirikan senibina Arab dengan dihiasi sebuah kubah besar dan kubah kecil pada menara azan.

Di bahagian bawah ialah ruang kemudahan menyambut tetamu dan bilik imam manakala di tingkat atas, dewan solat yang besar yang dilengkapi dengan ruang berwudhu serta bilik mandi dan tandas.

Masjid ini terletak dalam kawasan kemudahan orang Islam dengan adanya kedai makanan halal etnik Hui dan etnik Uigur, kedai menjual daging dan kedai runcit. Sesiapa yang hendak ke masjid ini pasti tidak terlepas pandang apabila sampai ke persimpangan yang dimaksudkan kerana letaknya selepas jembatan yang menyeberangi Sungai Taohuajiang.

Masjid ini terletak tidak jauh dari Masjid Lama. Dari persimpangan Jalan Minzu masuk ke Jalan Zhongshan belok ke kiri kira-kira 100 meter sahaja jauhnya.

Melangkahkan kaki untuk dewan solat tersedia sebuah ruang besar yang dilengkapi dengan meja-meja besar dan bangku panjang untuk kumpulan-kumpulan usrah dan disediakan minuman ringan dan buah-buahan untuk para peserta.

Di sebelah masjid ada sebuah restoran kecil makanan halal untuk pengunjung atau jika mahu selesa lagi sebuah restoran besar makanan halal yang terletak tidak jauh dari persimpangan tersebut.

Ia sebuah masjid kecil yang terletak di hujung Lorong Pejalan Kaki Zhengyang iaitu melepasi Jalan Jiefang dan masuk ke Jalan Zhenyang. Sampai ke lorong pertama sebelah kiri, lorong kecil Barat atau Xixiang, masuk ke dalam kira-kira 50 meter akan nampak masjid berkenaan tidak jauh daripada sebuah gereja besar.

Ia bangunan dua tingkat. Sebaik masuk ke dalam ialah ruang kemudahan beriadah yang terdapat bilik-bilik untuk warga emas di sebelah kiri. Bagaimanapun, kemudahan agak terhad. Ada sebuah tandas untuk kegunaan semua.

Ke hadapan lagi masuk ke ruang kemudahan menyambut tetamu dan bilik imam dan ruang berwudhu dan bilik mandi di hujungnya. Ruang ini juga digunakan oleh kaum hawa dan mereka berwudhu di bilik-bilik mandi berkenaan.

Naik ke tingkat dua menerusi tangga kayu terus ke ruang solat. Ia ruang terbuka yang hanya dipisahkan dengan tabir tempat muslimah di belakang. Ruang solat lelaki dua saf yang dapat memuatkan seramai kira-kira 20 orang jemaah

Ia terletak dalam taman Seven Star Park. Tiada masalah bagi mereka yang berkunjung dan bersiar-siar di taman ini kerana adanya kemudahan untuk bersolat. Taman yang luas ini yang tarikan utamanya sebuah gua besar yang bersejarah yang terletak bersebelahan sebuah kuil lama tidak jauh dari pintu utama.

Setelah berjalan-jalan dalam taman ini melawat, taman kesenian etnik-etnik di Guilin, zoo dan rumah panda serta tarikan lain, pengunjung akan sampai ke pintu keluar di sebelah selatan.

Di situlah terletaknya Masjid Maping iaitu berhampiran dengan institusi lukisan hembus dan gerai lukisan. Masjidnya agak besar, lengkap dengan kemudahan berwudhu, bilik mandi dan tandas.

Oleh kerana letaknya dalam taman, jauh daripada kunjungan orang pada hari-hari biasa kecuali pada hari Jumaat, penduduk di sekitar taman akan datang untuk solat Jumaat.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts